Politik Ketakutan Menjelang PRU-13: Tangan Ghaib Di Sebalik Institusi Polis Menghalalkan Budaya Samseng?

Menjejaki langkah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang semakin hampir, suasana politik dalam negara ini juga semakin panas. Sejak awal tahun ini, bertambahnya  insiden ganas dan provokasi khususnya ketika pihak oposisi atau badan bukan kerajaan (NGO) mengadakan aktiviti di seluruh pelosok negara, memberikan gambaran bahawa tahun 2012 yang bakal membentuk Malaysia ala- zaman perubahan sedang berdepan dengan tentangan hebat pihak berkepentingan.

Sikap ketidakacuhan daripada pemimpin kerajaan dan pihak polis seolah-olah menggalakkan budaya samseng dalam arena politik negara dan dalam masyarakat tempatan. Kerajaan Barisan Nasional (BN) terus membisu di samping membenarkan kejadian seperti ini terus berlaku. Apakah ini satu petunjuk siapa dalang di belakang kejadian-kejadian ganas tersebut kerana sehingga kini, tiada sesiapa telah didakwa di mahkamah atas kejadian seumpama?

Jadual 1 menunjukkan bahawa pencerobohan atau perbuatan provokasi yang bersifat ganas berlaku setiap bulan sejak awal tahun; kini telah menjadi satu trend samseng sengaja menimbulkan suasana kecoh ketika Pakatan Rakyat (Pakatan) atau NGO mengadakan ceramah atau aktiviti. Tujuan pencerobohan atau provokasi bukan sahaja untuk mencetuskan huru-hara, tetapi juga menyebabkan penderitaan psikologi kepada para hadirin yang menjadi mangsa kepada keganasan samseng-samseng tersebut. Kini sikap kerajaan BN membenarkan kewujudan keganasan samseng menimbulkan persoalan, apakah semua ini untuk mempertahankan rejim pemerintah yang sedang berdepan dengan krisis kelangsungan hayat?

Jadual 1: Kronologi Insiden Keganasan (Jan 2012-Mei 2012)

Tarikh

Acara/Tempat

Insiden

25 Mei Lembah Pantai   Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah melaporkan beberapa biji telur dilempar di tangga pejabatnya.
24 Mei Ceramah Pakatan/ Lembah Pantai   Beberapa individu membaling batu, telur dan botol air ke arah para hadirin mengakibatkan seorang penonton ceramah cedera selepas terkena batu yang dilemparkan dari arah yang tidak diketahui dan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, Nurul Balqis turut terkena lontaran batu sebesar kira-kira penumbuk tangan.
24 Mei Ceramah Pakatan/ Kuala Kangsar   Terdapat 11 kereta disimbah cat biru semasa majlis ceramah dilangsungkan, termasuk kereta Bekas Menteri Besar Perak yang digulingkan dari kuasanya, Nizar Jamaluddin. Cat itu kebanyakannya disimbah di bahagian lampu depan.
24 Mei Ceramah Pakatan/ Bangi   Sekira-kira 30 orang melakukan provokasi termasuk membaling batu dan melontar kata-kata kesat ketika Mat Sabu memberi ceramah di pentas.[1]
20 Mei Minum Petang bersama Amiga/Merlimau, Melaka   Dua anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP menjadi mangsa apabila acara minum petang bersama Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga. Salah satu daripada tayar kenderaan ADUN Bandar Hilir Tey Kok Kiew dipancitkan, cermin sisi pecah dan badannya kemik teruk dihentam kumpulan itu.
11 Mei Pulau Pinang   Kira-kira 30 anggota kumpulan pendesak Melayu PERKASA melangsungkan “upacara pengebumian” di depan rumah Ketua Menteri Lim Guan Eng di Pulau Pinang bagi menyatakan perasan tidak puas hati terhadap pentadbirannnya sejak 2008.
6 Mei Pahang   Ibu Pejabat Keadilan Pahang diceroboh. Pengerusi Majlis Pimpinannya, Datuk Fauzi Abdul Rahman berkata bahawa pecereboh itu bukan berniat mencuri tapi fail, komputer habis dimusnahkan.[2]
2 Mei Hantar memorandum pada Perdana Menteri/Putrajaya   Tiga orang ahli Keadilan iaitu K. Gunasekaran, S. Murali dan Gobalakrishnan telah tercedera akibat serangan yang didakwa diketuai oleh Ketua Pemuda MIC, T. Mohan semasa mereka melawat Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya untuk menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri berkenaan isu kad pengenalan bangsa India di Malaysia.[3]
19 April Demonstrasi Mansuhkan PTPTN/ Dataran Mederka   Sekumpulan antara 40 hingga 80 samseng berkelakuan biadap apabila menyerang perkhemahan mahasiswa di Dataran Merdeka, kira-kira jam 2.30 pagi. Mereka berpakaian serba hitam, samseng itu turut meroboh khemah, memukul mahasiwa dan orang ramai yang menyokong perkhemahan di samping mensasari terhadap mereka yang membawa kamera dan alat perakam video.
3 April Pertikaian rumah pangsa Kampung kerinchi/ Lembah Pantai   Protes aman melibatkan seramai 433 bekas penduduk rumah pangsa Kampung Kerinchi, bertukar kecoh apabila sebahagian penduduk enggan mengosongkan rumah mereka. Kekecohan ini juga menyaksikan pelajar kontroversi Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) Adam Adli ditumbuk.
26 Mac Majlis Sambutan Sempena Empat Tahun Pemerintahan Pakatan Rakyat Selangor/ Stadium Kuala Selangor   Seramai kira-kira 20 samseng bermotor berkumpul di pagar stadium dan melakukan provokasi kepada hadirin, termasuk membaling objek seperti batu dan botol air ke dalam stadium.[4]
26 Febuari Ceramah Pakatan/Felda Lepar Hilir, Gambang, Pahang   Seorang samseng Umno mengacu penumbuk, beberapa inci sahaja dari wajah Nurul Izzah, sebelum sempat dihalang penyokong Pakatan.[5]
26 Febuari Perhimpunan Hijau, Pulau Pinang   Sekumpulan samseng Umno menaiki pentas acara Himpunan Hijau di Pulau Pinang dan menghambur kata-kata kesat terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng. Pecerobon tersebut mengakibatkan seorang wartawan dan seorang jurugambar sebuah akhbar bahasa Cina cedera dipukul dengan topi keledar.
19 Febuari Ceramah Pakatan/ Sembrong, Johor   Lebih 100 orang, kebanyakannya remaja belasan tahun, telah melakukan gangguan di sebuah program ceramah DSAI. Mereka turut melempar mercun, telur, botol dan kayu di samping melontar kata-kata kesat ketika DSAI berucap.  Di samping itu, sekumpulan samseng yang membawa bendera Umno dan BN itu turut memecahkan cermin kereta DSAI dan bertindak ganas menendang bahagian keretanya sehingga kemek.
13 Febuari Ceramah Pakatan / Alor Gajah   Sekira-kira 20 hingga 30 samseng bermotosikal serta puluhan lagi kereta bagi mengganggu ceramah tersebut. Malah, sejurus sebelum ceramah bermula, mereka telah menampar seorang lelaki ahli Keadilan yang cuba meletakkan bendera parti sebagai persiapan ceramah.
12 Febuari Kebebasan Akademik/ Klang   Satu ceramah mengenai kebebasan akademik terpaksa dibatalkan selepas sekumpulan remaja mengganggu majlis itu dan mengepung lokasi sebelum ceramah bermula.
21 Jan Ceramah ABU/ Shah Alam   Penyokong Umno dipercayai bertindak ganas apabila menyerang orang ramai pada satu aktiviti ceramah ABU (Asal Bukan Umno)-Hindraf, mereka menggunakan kerusi dan juga menggunakan kayu bendera sebagai senjata memukul orang India yang berada di dalam serta di luar dewan. Insiden ini mengakibatkan seorang ahli Kelab Penyokong PAS, Krishnan cedera parah apabila diserang oleh Umno dan dimasukan ke Hospital Pakar Sri Sentosa bagi menerima rawatan.

Pada perhimpunan Bersih 3.0 yang lalu, rakyat Malaysia dikejutkan dengan perlakuan ganas sesetengah pegawai polis yang bertugas. Sesetengah wartawan tidak terlepas daripada menjadi mangsa keganasan sesetengah pegawai polis yang bukan sahaja, merampas dan menghancurkan kamera wartawan, tetapi juga membelasah mereka.

Pada tahun 2009, Perdana Menteri melancarkan konsep 1Malaysia di mana antara konsepnya adalah menghargai dan menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara serta menjadi asas kepada prinsip keadilan untuk semua kaum.[6] Menerusi konsep 1Malaysia, nilai murni didokongi oleh nilai hormat-menghormati antara semua kaum. Pada 16 April 2012[7], Perdana Menteri juga mengumumkan transformasi negara melalui inisiatif Transformasi Politk Negara (PTP) yang melibatkan pembatalan 3 Proklamasi Darurat, pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Kediaman Terhad dan Akta Buang Negeri, Penggubalan Akta Perhimpunan Aman termasuklah pemindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, dan akhirnya pemindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti. Akan tetapi, transformasi yang didambakan oleh kerajaan BN di bawah naungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hanyalah berbaur retorik berikutan peristiwa-peristiwa  semasa.

Transformasi Hak Asasi, Angan-angan Siang?

Transformasi yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri bersifatkan retorik apabila diingatkan semula kepada insiden keganasan polis terhadap bukan sahaja peserta perhimpunan aman Bersih 3.0, malah kepada para wartawan yang meliputi perhimpunan tersebut. Kerajaan BN dilihat menghalalkan perlakuan melampau sekelompok polis semasa menjalankan tugas.

Polis pula pasca perhimpunan Bersih 3.0 telah mengeluarkan gambar-gambar para peserta yang dipercayai bertindak ganas seperti memukul polis dan orang awam serta merosakkan harta benda ketika berlangsungnya perhimpunan tersebut.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menafikan bahawa tindakan polis merampas kamera dan rakaman wartawan yang meliputi perhimpunan Bersih 3.0 sebagai sebahagian daripada garis panduan operasi polis (SOP). Ironinya, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein menyatakan sebaliknya.[8]

Ini telah menanam perasaan tidak puas hati dan marah di kalangan rakyat yang merasai Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara tidak berada dalam muka surat yang sama mengenai apa itu SOP polis menangani perhimpunan aman. Lantas, ketidakpercayaan terletak pada polis untuk menjalankan tugas mereka sebagai penjaga keamanan dalam negara. Pelepasan tembakan ke arah peserta perhimpunan Bersih 3.0 merupakan kesalahan polis kerana ini mengakibatkan tindak balas rantai yang memburukkan lagi keadaan sewaktu perhimpunan Bersih 3.0. Sementara itu, apakah Menteri Dalam Negeri dengan mengeluarkan kenyataan yang bertentangan, cuba menghalalkan budaya keganasan selagi rejim UMNO dapat dipertahan?

Walaupun dengan kemajuan sosio-ekonomi yang dinikmati oleh negara bertahun lamanya, semua itu hanyalah sebuah retorik apabila demokrasi rakyat dilanyak oleh kerajaan yang rakus dalam memegang kuasa yang dinikmatinya melebihi setengah abad lamanya. Pemodenan bukan sahaja dari segi pembangunan ekonomi dan industrialisasi, ia seiringinan dengan kebebasan rakyat menikmati hak-hak sebagai rakyat negara ini. Fahamkah pemimpin UMNO erti sebenar pembangunan dan pemodenan?

Penghalalan Kekejaman Polis di bawah Akta Perhimpunan Aman

Peruntukan seperti Seksyen 20 Akta Perhimpunan Aman memberikan kuasa budi bicara terlampau kepada polis untuk menangani perhimpunan aman, terutamanya perhimpunan Bersih 3.0, di mana, kelakuan melampau sesetengah pegawai polis dihalalkan oleh seksyen ini.  Lantas, peruntukan seperti Seksyen 20 tidak mencerminkan masyarakat bertamadun mahupun masyarakat yang berwawasan 2020 ataupun bercirikan semangat 1Malaysia. Mengapa Perdana Menteri 1Malaysia terus membisu dalam hal ini?

Akibat keganasan polis yang tidak mengenali bangsa, agama, umur dan jantina, 113 orang menerima rawatan hospital di Hospital Kuala Lumpur. Mereka terdiri daripada 40 orang lelaki dan 25 orang wanita. Seorang daripadanya terpaksa menjalani pembedahan akibat kecederaan yang dialami oleh polis.[9] Di antara yang tercedera termasuklah wartawan. Lantas, mencemari lagi nama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bukan sahaja dalam negara, malah di luar negara juga.

Kesan kekejaman sesetengah pegawai polis ke atas rakyat Malaysia yang tidak berdosa hanya menambah minyak ke dalam api yang sedang membara. Rakyat kini tidak dapat meletakkan kepercayaan kepada institusi polis untuk mengekalkan keamanan dalam negara selagi rejim yang menghalalkan budaya keganasan terus berkuasa. Malah, insititusi polis kini dilihat sebagai hamba kerakusan kerajaan BN. Rakyat menghormati institusi polis yang profesional dan cintakan rakyat, bukan institusi yang dihambakan oleh rejim yang sedang kehilangan kuasa akibat kekejamannya menekan rakyat.

Transformasi atau slogan 1Malaysia yang begitu didahagakan oleh rakyat bukanlah hanya sebuah retorik. Akan tetapi, kehendak rakyat tidak perlu kekal sebagai retorik. Perubahan rejim dapat menangani masalah integriti dan kepercayaan rakyat kepada polis semula, antara cabarannya adalah untuk mereformasikan institusi-institusi penting negara seperti SPR, SPRM, Pejabat Peguam Negara dan PDRM untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan.

Sebuah kajian oleh Transparency International bagi tahun 2012 menerbitkan sebuah laporan di mana di antara semua institusi di Malaysia, institusi polis merupakan di antara institusi negara yang paling tidak bersih. (sila lihat Jadual 2)

Jadual 2: Pendapat Orang Awam mengenai Institusi Dalam Negara Terkotor[10]

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar, polis tidak akan mngambil tindakan terhadap para peniaga yang membuka gerai menjual burger di hadapan rumah Datuk Ambiga Sreenevasan kerana menurut beliau, tindakan peniaga-peniaga tersebut bukan suatu tindakan pencerobohan privasi Ambiga. Beliau bersambung bahawa pembukaan gerai tersebut dilakukan di kawasan orang awam lantas tidak mengganggu privasi Ambiga.[11]

Sikap pihak atasan polis bertindak prejudis terhadap Ambiga mencerminkan bahawa institusi polis berada dalam poket kerajaan BN yang sering menyalahkan Ambiga  ke atas perhimpunan Bersih 3.0.  Berlakunya perlakuan ”double standard” apabila polis sehingga kini gigih mencari dan menghukum peserta perhimpunan Bersih 3.0 tapi pada masa yang sama gagal menghukum pegawai polis yang berlaku ganas sewaktu perhimpunan Bersih 3.0 dan tidak mengambil sebarang tindakan terhadap demonstrasi ”punggung” oleh veteran tentera,  gangguan-gangguan oleh pihak-pihak tertentu dan peniaga-peniaga kecil-kecilan yang melakukan pencerobohan privasi ke atas Ambiga dan keluarga beliau.

Pendeknya, di mana integriti institusi polis apabila mereka yang terlibat dengan budaya samseng dibiarkan tetapi yang cintakan negara dan mahukan pembaharuan yang lebik baik dihukum?

Prejudis ”double standard” ini juga berlaku apabila baru-baru ini pihak polis tidak mengambil sebarang tindakan terhadap para pengganggu[12] yang bukan sahaja mengakibatkan kacau bilau di sebuah acara Parti Keadilan Rakyat (KEADLAN) di Lembah Klang yang melibatkan lontaran bata yang mencederakan dua orang yang hadir di acara KEADILAN tersebut dan lontaran telur oleh penyokong UMNO.

Pada April 19 yang lalu[13], aktivis mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka telah diserang oleh sekumpulan samseng di mana pihak polis yang hanya berada beberapa meter dari tempat kejadian bergerak perlahan sambil melihat keganasan oleh kumpulan samseng ke atas mahasiswa tersebut. Serangan oleh kumpulan samseng itu menyebabkan seorang mahasiswa terpaksa dikejarkan ke hospital akibat dibelasah oleh kumpulan samseng tersebut.

Nyata sekali Perkara 8 Perlembagaaan Persekutuan tidak dihormati oleh sesetengah pegawai polis dan apakah wujud tangan ghaib di belakang institusi polis yang membenarkan serangan ke atas kesucian undang-undang negara ini dan demi memegang kuasa sebagai kuasa politik memerintah negara ini?

Integriti institusi polis haruslah dipelihara dengan cara bukan sahaja membasmi gejala rasuah, tetapi dengan memisahkan kuasa politik dan tugas utama polis; iaitu menjaga keamanan negara dan rakyat negara. Tugas polis bukan untuk menjaga kepentingan rejim tetapi kepentingan rakyat dan negara. Demi mengembalikan kepercayaan rakyat kepada institusi polis, pembersihan dari virus rasuah adalah perlu untuk membawa kepada pemisahan campur tangan politik ke dalam institusi polis.

Walaupun Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berpendapat bahawa Majlis Peguam ’menghukum’[14] institusi polis kerana membantah sekeras-kerasnya kekejaman polis sewaktu perhimpunan aman Bersih 3.0; ia adalah tugas institusi polis untuk menjaga keamanan dan keselamatan rakyat dan bukannya menyerang rakyat yang berhimpun dengan aman dengan tujuan yang jujur. Dan untuk menghadapi PRU-13, pihak polis perlu mengambil tindakan segera terhadap mereka yang terlibat dengan serta memupuk politik dan budaya samseng.

Tindakan polis berikutan peristiwa-peristiwa semasa menggambarkan tangan ghaib di belakang institusi polis begitu dambakan kuasa sehingga melupai dan tidak mengendahkan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.

Penghormatan kepada Perkara 8 yang sewajarnya adalah untuk mengembalikan kepercayaan rakyat Malaysia terhadap institusi polis negara. Ia tidak mustahil untuk dilakukan. Ia cuma persoalaan sama ada institusi polis negara atau PDRM ingin memikul tanggungjawab dan melakukan apa yang betul untuk mencari dan menghukum sekelompok samseng yang sering membuat kacau bilau seperti yang disenaraikan dalam Jadual 1 di atas lantas memberi ketelusan peluang kembali kepada integriti institusi polis negara.

IPCMC Harapan Transformasi Polis?

Bagi memisahkan kuasa politik daripada institusi polis, kini tiba masanya  dibicarakan semula pembentukan Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC) pasca perhimpunan Bersih 3.0. Suruhanjaya ini merupakan suatu keperluan sebelum PRU-13 untuk mengembalikan kepercayaan institusi polis.  IPCMC merupakan suatu badan yang bebas[15], adil dan tegas menyiasat segala perbuatan yang melanggar undang-undang oleh pihak polis dan mana-mana agensi yang berkenaan dan kadangkala, jika merupakan suatu keperluan; memerintahkan hukuman bagi perbuatan yang melanggar undang-undang ini. Rakyat amat memerlukan suatu proses diinstitusikan untuk menangani penyelewengan oleh agensi-agensi pihak berkuasa, khususnya yang melibatkan kuasa politik. Akan tetapi, sehingga kini, harapan ini masih tidak diendahkan oleh kerajaan BN.

Transformasi yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri kelihatan sebagai hanya sebuah slogan yang retorik apabila Datuk Seri Tengku Adnan B. Tengku Mansor, Setiausaha Agong UMNO dalam memberi pendapat mengenai pembangunan politik di negara jiran, Indonesia mengeluarkan kenyataan bahawa ’…salah satu masalah dengan Indonesia adalah terdapat kebebasan yang terlalu banyak.’[16] Ini merupakan suatu fakta yang merisaukan apabila seorang ahli politk berpendapat terdapatnya terlalu kebebasan dalam sebuah negara apabila ia sudah dinyatakan di dalam Perlembagaan Persekutuan hak-hak asasi rakyat Malaysia seperti kebebasan untuk berhimpun secara aman dan tanpa bersenjata serta kebebasan bersuara merupakan hak setiap rakyat Malaysia. Jenis kenyataan ini oleh seseorang yang berpengaruh yang memberi ruang kepada pihak polis untuk bertindak sebegitu prejudis dan bersifat politik.

Tangan Ghaib Di Sebalik Institusi Polis?

Apabila kita membicarakan kuasa polis, kita membicarakan SOP polis dalam menangani situasi berkenaan keamanan dan keselamatan rakyat dan negara.  Ketua Polis Ismail Omar[17] sendiri mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan polis merampas kamera dan rakaman wartawan yang membuat liputan perhimpunan Bersih 3.0 bukan sebahagian daripada SOP.

Apabila institusi polis tidak menghormati Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan,  tidak memberikan perlindungan yang sama rata kepada semua rakyat negara tidak kira agama, kaum, dan pemahaman politik,  ”mesra, cekap dan beramanah”, tangan ghaib di belakang tadbir tindakan polis menjadi persoalan. Ia adalah tangan ghaib yang menghalalkan sekumpulan samseng membelasah kumpulan mahasiswa yang mendirikan khemah di Dataran Merdeka. Ia juga merupakan tangan ghaib yang menghalalkan sekelompok samseng yang sering membuat kacau bilau semasa ceramah.

Bicara kembali ke atas serangan ganas kumpulan samseng ke atas mahasiswa Occupy Dataran mendatangkan persoalan samada hak-hak asasi mahasiswa tersebut tidak dilindungi oleh undang-undang apabila pihak polis mengambil tindakan lambat justeru membenarkan serangan ganas tersebut.  Pihak polis telah menjalankan siasatan efektif dan pantas ke atas Irene Fernandez berikutan kenyataan beliau bahawa Malaysia tidak selamat untuk pekerja asing yang memasuki Malaysia untuk bekerja, akan tetapi ketiadaan tindakan undang-undang ke atas pihak-pihak yang tidak putus mengganggu acara-acara pihak oposisi dan NGO serta perhimpunan-perhimpunan aman rakyat mempersoalkan di manakah terletaknya kuasa melindungi keamanan dan keselamatan rakyat dalam negara.

Permainan politk yang jijik telah melihatkan kuasa polis dipermainkan oleh Kerajaan BN untuk menghukum rakyat yang menyuarakan ketidakpuashatian mereka ke atas pentadbiran dan pada masa yang sama melindungi pihak-pihak yang jelasnya melanggari kesucian perundangan negara yang sedia ada.  Tangan ghaib di sebalik institusi polis telah mencemari integriti institusi polis apabila Kementerian Dalam Negeri dan institusi polis tidak berada dalam pemahaman yang sama mengenai perundangan. Tangan ghaib ini juga yang bertanggungjawab ke atas kegagalan polis menjaga keselamatan rakyat negara dari budaya samseng yang menyerap ke dalam permainan politik kotor.  Apabila keselamatan rakyat terancam dan pihak polis mengutamakan gangguan terhadap tokoh politik pembangkang, nilai integriti institusi polis sudah hilang maknanya.

Campur tangan politik ke dalam polis sudah lama berlaku dalam negara untuk memastikan kuasa pemerintah dilindungi.  Campur tangan politik dan polis tidak hanya berlaku dalam negara. Malah, ia sudah lama dilaporkan perkara yang sama berlaku di luar negara. Akan tetapi, perkara seumpama tidak sepatutnya dibiarkan berlaku. Dalam sebuah laporan luar negara, Suruhanjaya Wickersham 1931[18], campur tangan politik dan institusi polis telah di ringkaskan seperti berikut:

”…tidak syak lagi ini pengaruh politik tidak dapat dielakkan dalam apa-apa berhubing di mana jumlah wang yang sangat besar yang akan dibuat oleh kawalan manipulasi pentadbiran, dan di mana naungan dan melaluinya gangguan atau tidak campur tangan dengan aktiviti yang sangat menguntungkan boleh dibuat untuk menghasilkan dana yang besar bagi organisasi politik dan sebagai bermakna kepada kuasa politik. Dalam penguatkuasaan politik larangan campur tangan tegas dari awal, kedua-dua dalam pemilihan kakitangan organisasi menguatkuasakan dan dalam butir-butir operasi.”

Petikan asal berbunyi seperti berikut: -

”…no doubt this influence of politics is inevitable in any connection where very large sums of money are to be made by manipulation of administration, and where control of patronage and through it of interference or noninterference with highly profitable activities may be made to yield huge funds for political organizations and as means to political power. In the enforcement of prohibition politics intervened decisively from the beginning, both in the selection of the personnel of the enforcing organization and in the details of operation.”

Kenyataan tersebut memberitahu bahawa campur tangan politik dan institusi polis merupakan perkara semula jadi kerana menurut Aristotle, ”manusia adalah haiwan berpolitik”. Petikan tersebut juga menyatakan bahawa akibat campur tangan politik ke dalam institusi polis tidak dapat diselami atau difahami oleh pihak yang memanipulasi institusi polis demi menjaga kuasa politik mereka kerana pada akhir hari, yang akan merasai akibatnya adalah rakyat dan negara secara keseluruhan.

Selepas semua telah dikatakan dan dilakukan, manipulasi politik ke dalam institusi polis sendiri yang bertindak sebagai ancaman kepada keamanan dan keselamatan rakyat dalam negara.  Transformasi Perdana Menteri melalui slogan 1Malaysia serta penggubalan undang-undang seperti Akta Perhimpunan Aman 2012 dan pemindaan Atka Mesin Cetak dan Penerbitan, pembatalan 3 Proklamasi Darurat, pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Akta Kediaman Terhad dan Akta Buang Negeri akhirnya menjadi transformasi kosong.

 Penutup Kata

Campur tangan politik telah meninggalkan institusi polis tidak berkesan untuk menangani apa-apa ancaman dan menjaga keamanan serta keselamatan rakyat dalam negara.  Institusi polis sudah hilang kredibiliti mereka apabila mereka gagal untuk mengekalkan pendirian politik neutral dan tidak berpolitik. Bagi mengembalikan kredibiliti mereka sebagai institusi polis negara, maka perlu adanya pemisahan kuasa yang nyata dari campur tangan politik dan polis. Perkara ini tidak boleh dirundingkan kerana pengabaian pelanggaran hak asasi rakyat oleh institusi polis menghala ke suatu keadan yang kritikal di mana rakyat sudah tidak boleh ditipu dan kebenaran sudah tidak boleh dimanipulasikan sejak adanya perkhidmatan internet yang bebas dan media alternatif.

Perbincangan atas mengutarakan langkah-langkah polis untuk menebus profesionalisme polis dan PDRM mempunyai tanggungjawab menghormati kehendak rakyat. Tidak mengendahkan kehendak rakyat hanya merugikan PDRM kerana pasca pilihanraya umum, rakyat mempunyai kuasa untuk menukar mana-mana pihak atasan PDRM yang bersekongkol dengan kuasa politik yang korup kerana ia sudah dilupai oleh PDRM, PDRM merupakan penjawat awam yang berkhidmat untuk rakyat dan bukannya mana-mana pihak politik.

Kalau tidak wujud tangan ghaib, pihak polis sewajarnya mengambil tindakan segera berhubung insiden keganasan politik bersifatkan budaya samseng. Maka penghormatan diberikan kepada institusi polis yang berpegang teguh kepada integriti, profesionalisme dan pengasingan kuasa polis dengan kuasa politik. Polis cintakan rakyat. Rakyat sanjung polis.


Gaji Minimum Sabah Sarawak: Tindakan Penganak-tirian Kerajaan BN?

Pendahuluan

Pelbagai reaksi telah timbul semenjak pengumuman dasar gaji minimum, antaranya termasuk desakan terkini oleh Terengganu Chinese Chamber of Commerce and Industry, supaya negeri Terengganu dikecualikan daripada pelaksanaan dasar gaji minimum[1] dan sebelum itu, respons Pengerusi Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia Negeri Sarawak Mohamad Ibrahim Hamid bahawa dasar tersebut tidak melakukan keadilan terhadap pekerja di Sarawak.[2]

Dalam ucapan Majlis Pengumuman Gaji Minimum Sektor Swasta, Perdana Menteri Najib Tun Razak mengumumkan penetapan gaji minimum bagi negeri Sabah dan Sarawak sebanyak RM 800 sebulan atau RM 3.85 sejam. Menurut beliau, perbezaan di antara gaji minimum bagi Sabah dan Sarawak dan Semenanjung Malaysia berikutan perbezaan di antara struktur upah dan kos sara hidup yang ketara di antara Semanjung dan Sabah dan Sarawak. Menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia Maznah Mazlan, penetapan gaji minimum bagi Sabah dan Sarawak adalah lebih tinggi daripada paras gaji kini. Oleh itu, gaji minimum sebanyak RM800 diputuskan menurut median wage kini kedua-dua negeri tersebut. Beliau mengulas bahawa median wage kini bagi Sabah dan Sarawak ialah RM577 dan RM738 masing-masing.[3]

Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) berpendapat, reaksi pelbagai pihak khususnya berhubung dakwaan bahawa kos taraf hidup di Sabah dan Sarawak adalah lebih tinggi daripada Semenanjung tidak wajar dipandang ringan oleh kerajaan. Pelaksanaan dasar baru merupakan peluang terbaik untuk kerajaan memperbaiki keadaan sosio-ekonomi yang tidak seimbang di antara Sabah dan Sarawak dan Semenanjung yang selama ini tidak diberikan pertimbangan sewajarnya oleh pembuat dasar di Semenanjung.

Pelbagai pihak daripada Sarawak telah membangkitkan isu bahawa kos sara hidup di Sarawak adalah 15-25 peratus lebih tinggi daripada Semenanjung. Mereka yang mempunyai pekerjaan di pasaraya memperoleh pendapatan kurang daripada RM500 sebulan dan para pekerja yang bekerja di suatu pusat membeli belah popular di Kuching hanya memperoleh pendapatan sebanyak RM2.30 sejam.[4]

Begitu juga keadaanya di Sabah. Sebagai contoh, sebuah kereta manual Proton Persona 1.6 B-Line berharga RM 46,713 di Semanjung sementara di Sabah dan Sarawak, kereta jenis sama berharga RM49,256.[5] Keadaan sebegitu rupa mempengaruhi paras kemiskinan yang melanda Sabah dan Sarawak. Pada tahun 2010, ia telah dianggarkan bahawa 1.8 juta daripada 3.25 juta penduduk di Sabah hidup di bawah paras kemiskinan. Ia adalah 60 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk di Sabah.[6]

Dalam ucapan beliau, [7] Najib  menyatakan bahawa, penetapan kadar gaji minimum ini adalah berdasarkan keperluan asas sesebuah keluarga pekerja, keupayaan majikan untuk membayar gaji, peningkatan produktiviti, peningkatan kos sara hidup dan kedudukan pasaran buruh negara. Namun begitu, penetapan gaji minimum ini tidak menangani masalah taraf hidup di Sabah yang lebih tinggi daripada Semenanjung kerana masih adanya, dasar kabotaj yang menyebabkan peningkatan harga barang di Sabah.

Jadual 1: Perbandingan Harga Barang Di Semenanjung, Sabah Dan Sarawak

Sumber: Persekutuan Majikan –Majikan Malaysia (MEF)[8]

Selain itu, seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1, indeks harga penguna di Sabah dan Sarawak tidak banyak berbeza dengan Semenanjung di mana peningkatan peratus harga barangan di Sabah dan Sarawak mengalami keadaan yang sejajar dengan Semenanjung.

Gaji minimum yang telah diumumkan oleh Najib tidak akan membantu penduduk Sabah dan Sarawak keluar dari belenggu kemiskinian, kerana menurut World Bank Research, Sabah dan Sarawak akan terperangkap dalam belenggu kemiskininan pada masa yang lama kerana langkah- langkah yang diambil oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mencukupi untuk membanteras belenggu kemiskinan di Sabah dan Sarawak.[9]

Jika kerajaan BN serius dalam membela nasib penduduk Sabah dan Sarawak, penetapan gaji minimum seharusnya tidak dilakukan secara berasingan. Dalam menangani isu, ini, kerajaan BN seharusnuya menyelesaikan masalah dasar kabotaj yang ‘mensabotaj’ peluang Sabah menjadi negeri maju.

Dasar Kabotaj Mensabotaj Dasar Gaji Minimum

Kerajaan BN pada tahun 2009, telah menjanjikan untuk meliberalisaskan dasar kabotaj akan tetapi, sehingga kini, ia masih belum dilaksanakan.[10] Dasar kabotaj dilaksanakan pada 1 Januari 1980 bagi merizabkan pengangkutan barangan dalam perdagangan domestik kepada kapal kontena yang mengibarkan bendera Malaysia.[11] Ini secara tidak langsung mengakibatkan harga barangan di Sabah lebih tinggi daripada harga barangan di Semenanjung. Perbezaan harga yang disebabkan oleh dasar kabotaj adalah sebanyak 20-30 peratus[12], lantas mempengaruhi taraf hidup yang tinggi di Sabah.

Jadual 2: Statistik Bilangan Kapal Kontena Berdaftar Di antara Pelabuhan-Pelabuhan Dalam Negara

Sumber: Jabatan Laut Malaysia[13]

Jadual 2 menunjukkan bahawa jumlah kapal kontena yang didaftar di Kota Kinabalu adalah lebih rendah berbanding Pelabuhan Klang, Pelabuhan Penang, Kuching dan Labuan. Diambil bersama kos pengangkutan, cukai dan sebagainya, menjadikan taraf hidup di Sabah lebih tinggi berbanding Semanjung maka, jika kos taraf hidup tidak dikurangkan, penetapan gaji minimum tidak akan membawa sebarang kebaikan kepada penduduk negeri Sabah.

Malah, dengan kenaikan harga barang yang kian meningkat, ia merupakan suatu perkara yang tidak logik untuk menetapkan gaji minimum pada RM900 sebulan di Semenanjung dan RM 800 di Sabah dan Sarawak. In adalah kerana garis paras kemiskinan di Semenanjung ialah RM764, manakalah garis paras kemiskinan di Sabah dan Sarawak ialah RM1,048 dan RM912 masing-masing.[14][15] Gaji di Sabah dan Sarawak seharusnya sama atau lebih tinggi daripada gaji minimum di Semenanjung.

Gaji Minimum Gagal Mencerminkan Pariti Kuasa Beli Negara

Jadual 3: KDNK Malaysia Dari Tahun 1960 Hingga Tahun 2010

Sumber: Bank Dunia[16]

 

Jadual 3 menunjukkan KDNK negara mengalami peningkatan setiap tahun akan tetapi, apabila dibandingkan dengan negara lain seperti negara Thailand dan Mesir, Malaysia masih berada di tangga belakang mereka seperti yang ditunjuk oleh graf di bawah.

Jadual 4: Perbandingan KDNK Negara Dengan Negara Luar

                 Sumber: The World Factbook[17]

Nescaya, gaji minimum yang telah ditetapkan oleh kerajaan BN adalah terlalu rendah untuk rakyat Malaysia menghadapi kenaikan harga barang yang tidak menunjukkan sebarang petunjuk untuk menurun. Jadual 4 menunjukkan bagi tahun 2011, Pariti Kuasa Beli Malaysia berbanding dengan negara jiran, Indonesia adalah jauh lebih rendah. Pariti Kuasa Beli negara Indonesia adalah pada USD 1,030 bilion manakala Pariti Kuasa Beli di Malaysia hanyalah USD 414.4 bilion. Malaysia juga lebih ke belakang berbanding Pariti Kuasa Beli Pakistan yang bernilai USD464.9 bilion dan negara Iran di mana Pariti Kuasa Belinya adalah sebanyak USD818.7 bilion.

Empat puluh tahun lalu, Malaysia berada pada paras yang sama bersama Korea Selatan dari segi ekonomi akan tetapi, pada tahun 2011, rakyat di Korea Selatan mempunyai Pariti Kuasa Beli 17 peratus kali ganda lebih tinggi daripada rakyat di Malaysia.[18] Walaupun kerajaan BN telah menetapkan gaji minimum akan tetapi dengan peningkatan KDNK negara, Pariti Kuasa Beli rakyat adalah sangat lemah berbanding negara maju yang lain. KPRU ingin menegaskan bahawa faktor penstrukturan semula jurang perbezaan sosio-ekonomi merentasi negeri khususnya Sabah dan Sarawak wajar dipandang serius ekoran pengumuman dan pelaksanaan dasar gaji minimum.

Perbandingan Gaji Minimum Negara Luar

Gaji minimum yang baru sahaja diperkenalkan oleh kerajaan BN bukanlah suatu fenomena yang baru. Ia sudah lama dilaksanakan oleh banyak negara lain sebagai jaringan keselamatan untuk para pekerja yang banyak menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan kemajuan sesebuah negara.

Hong Kong merupakan negara terkini menyertai senarai negara melaksanakan gaji minimum dalam rantau Asia Pasifik. Pada bulan Januari 2011, kerajaan Hong Kong meluluskan undang-undang yang berkuat kuasa 1 Mei 2011 bagi memperkenalkan gaji minimum iaitu sebanyak HKD28 sejam, bersamaan dengan RM11 sejam.[19] Menurut kerajaan Hong Kong, tindakan sedemikian diambil bagi mengurangkan jurang pendapatan antara golongan kaya dan miskin dalam masyarakat Hong Kong. Ini dilakukan walaupun, sebelum ini, telah pun wujudnya gaji minimum yang ditetapkan buat pekerja asing khususnya pembantu rumah asing, iaitu sebanyak HKD3,740 sebulan, bersamaan dengan RM1,470 sebulan.[20]

Di Brazil pula, sebuah negara yang kini menuju ke arah kemajuan dan pembangunan pesat seperti Malaysia, turut meningkatkan kadar gaji minimumnya sebanyak BRL543 sebulan (bersamaan dengan RM864.49 sebulan) selepas Dilma Rousseff, Presiden Brazil mengambil alih jawatannya pada 1 Januari 2011.[21] Walaupun pariti kuasa beli (PKB) per kapita di Brazil agak ketinggalan daripada negara kita, namun gaji minimum yang ditetapkan di negara tersebut adalah tidak jauh berbeza berbanding di Malaysia.

Sebuah negara lagi yang berada dalam rantau Asia Pasifik, iaitu Australia, menetapkan sebanyak AUD15.51, bersamaan dengan RM48.15 sebagai gaji minimumnya bagi upah bekerja satu jam.[22] Gaji minimum yang tinggi ini sememangnya tidak dapat ditandingi oleh kerajaan Malaysia, memandangkan kadar gaji minimum di Malaysia hanya mencapai RM4.33 sejam bagi pekerja di Semenanjung Malaysia, dan RM3.85 sejam bagi tenaga kerja di Sabah dan Sarawak.

Di rantau Amerika Utara pula, pada Julai 2009, kerajaan Amerika Syarikat mula meningkatkan gaji minimumnya dan kini ia mencatat USD7.25 sejam, iaitu RM22.14 sejam. Negeri-negeri dalam Amerika Syarikat mempunyai autonomi untuk menetapkan gaji minimum bagi negeri masing-masing, dan kebanyakan negeri menetapkan gaji minimum yang lebih tinggi daripada kadar yang ditentukan dalam peringkat persekutuan. Seperti contohnya, gaji minimum yang tertinggi di kalangan lima puluh negeri di Amerika Syarikat ialah di ibu kotanya Washington, di mana gaji terendah ditetapkan pada kadar USD8.67, diikuti pula dengan negeri Oregon dengan gajinya USD8.50 sejam.[23]

Gaji Minimum Tidak Bermaksud Pengangguran

Aspek penting yang harus diberikan perhatian dan penekanan di sini ialah tanggapan yang terlalu simplistik bahawa gaji minimum yang lebih tinggi akan mengakibatkan peningkatan indeks pengangguran. Ia merupakan sangkaan yang tidak berasas. Hal ini terbukti dengan perbandingan antara indeks pengangguran di Australia dan Amerika Syarikat. Data-data yang disediakan di atas telah menunjukkan bahawa gaji minimum yang dilaksanakan di Australia adalah lebih tinggi berbanding dengan Amerika Syarikat, namun kadar pengangguran yang tercatat di Australia ialah lebih rendah, iaitu sekadar 4.2 peratus, manakala Amerika Syarikat pula mencapai kadar 9.4 peratus.[24] Fakta ini sejurus menafikan alasan yang diberikan oleh sesetengah pihak dalam menolak gaji minimum yang lebih tinggi seperti yang dituntut oleh persatuan pekerja.

Gaji Minimum dan Golongan Pendapatan Sederhana

Persoalan lain yang timbul, apakah kesan gaji minimum kepada golongan yang berpendapatan sederhana. Negara kita dilihat sebagai ‘syurga’ kepada pekerja asing berkemahiran rendah, akan tetapi bagi sebuah negara yang berpendapatan rendah, gaji minimum yang bernilai rendah ini seperti persimpangan jauh dari cita-cita negara Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi. Juga, bagi mereka yang berpendapatan RM2000-3000, gaji minimum ini tidak akan membantu mereka keluar dari perangkap pendapatan sederhana.

Menetapkan gaji minimum merupakan suatu langkah pertama untuk menghapuskan kemiskinan, akan tetapi, gaji minimum kerajaan BN tidak akan membantu masalah golongan berpendapatan sederhana untuk keluar dari perangkap pendapatan sederhana selagi negara kita terperangkap dalam negara berpendapatan sederhana (middle income trap). Status negara maju tidak akan dicapai jika golongan berpendapatan sederhana tidak diberi insentif untuk menjadi golongan profesional yang berpendapatan tinggi dalam konteks penstrukturan semula ekonomi Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi.

Penutup Kata

Kembali semula kepada kata-kata Najib; “Sesungguhnya, kejayaan Malaysia semalam, hari ini dan hari muka tidak mungkin  tercipta tanpa sumbangan dan jasa Tuan-Tuan dan Puan-Puan para pekerja Malaysia… negara dan rakyat Malaysia tidak boleh sekali-kali alpa”.

Akan tetapi, langkah yang diambil oleh kerajaan BN tidak mencerminkan kesungguhan dan keazaman untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi. Sebaliknya, usaha kerajaan BN mencerminkan tatktik memancing undi rakyat menjelang pilihanraya yang akan datang ini.  Ia juga mencerminkan kerajaan BN, dalam keadaan terburu-buru yang kini merupakan situasi biasa bagi sebuah kerajaan yang mengutamakan kepentingan pihak-pihak tertentu dan bukan rakyat terbanyak; telah memberikan keizinan pihak tertentu untuk terus mengeksploitasi para pekerja dalam negara. Di sebalik mengutamakan kepentingan rakyat, kerajaan BN mengutamakan sifat tamak keuntungan majikan yang bukan sebuah sifat berkonsepkan Wasatiyyah yang begitu diwar-warkan oleh kerajaan BN.

KPRU berpendapat, Kerajaan BN sekali lagi membentangkan sebuah dasar yang kekurangan kandungan mampan dan kajian terperinci. Kelulusan dasar ini mencerminkan sebuah organisasi yang kurang perancangan jangka masa panjang. Kerajaan BN alpa dengan realiti sebenar negara. Di mana, pada kesudahannya, rakyat yang menjadi mangsa kealpaan kerajaan BN.

Di manakah hala tuju negara ini kerana dengan jelasnya, negara ini tidak menuju hala ke sebuah negara berstatus pendapatan tinggi. Jika kerajaan BN benar-benar telus dalam melaksanakan tugasnya sebagai pentadbir negara ini, maka, seharusnya, dasar ini ditunda dan dikaji semula bagi betul-betul mendalami kehendak dan keperluan rakyat terbanyak dan bukannya sesetengah pihak sahaja.


[1] Sin Chew Daily, 28 Mei 2012.

Analisis Isu PTPTN: IPTS Biar Ikut Logik Pasaran, Bukan ’Logik PTPTN’

Gerakan Bersih 3.0 bertemakan ’428 Duduk Bantah’ telah menggegarkan bumi Malaysia selepas mahasiswa mahasiswi ’occupy Dataran’ selama dua minggu. Semangat dan kekuatan yang ditonjolkan oleh gerakan ’Occupy Dataran’ begitu kuat meskipun mereka berdepan dengan segala keganasan kumpulan tertentu dan kelampauan tindakan pihak tertentu secara berterusan. Tuntutan mereka supaya Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan wajar dilihat sebagai sesuatu yang mustahak, justeru Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) cuba menganalisi tuntutan tersebut dan berharap isu dasar ini tidak ditenggelamkan dalam kota yang dikuning-hijaukan.

Pemansuhan pinjaman PTPTN menjadi isu hangat, dibincang oleh rakyat, tidak kira bangsa, agama dan status. Situasi ini bermula selepas Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim pada 23 March 2012[1]  menyatakan bahawa PTPTN akan dimansuhkan di samping pemberian pendidikan percuma kepada pelajar di peringkat pengajian peringkat tinggi jika diberi mandat sebagai kerajaan baru Persekutuan apabila Pakatan Rakyat memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Sekumpulan mahasiswa kemudiannya telah mengadakan demonstrasi menuntut kerajaan memberi pendidikan percuma dan memansuhkan PTPTN pada 14 April 2012.  KPRU melihat secara positif tuntutan pemansuhan PTPTN dan pemberian pendidikan percuma di peringkat pengajian tinggi. Selama PTPTN dilaksanakan, Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) telah mendapat manfaat pada masa yang sama menyebabkan kewujudan ratusan IPTS tanpa kualiti dan daya persaingan. Sementara itu, generasi miskin baru terlahir ekoran pelaksanaan PTPTN dan dasar lain yang ’memiskinkan’ rakyat terbanyak.

Kegagalan PTPTN Membentuk Generasi Miskin Baru

PTPTN  beroperasi sejak penubuhannya pada tahun 1997 dengan tujuan memberi tumpuan kepada pelajar yang telah mendapat kemasukan ke universiti tempatan tetapi tidak dapat melanjutkan pelajaran kerana masalah kewangan. Sehingga 30 September 2011, sebanyak 1.87 juta pembiayaan pendidikan telah diluluskan melibatkan peruntukan sebanyak RM 41.6 bilion.[2]

Kerajaan melaksanakan kaedah baru pembiayaan pendidikan PTPTN dengan mengenakan Ujrah sebanyak 1 peratus bagi menggantikan kaedah pinjaman sedia ada yang mengenakan kos pentadbiran 3 peratus dan 5 peratus yang dikuatkuasa pada 1 Jun 2008. Walaupun kaedah ini dilihat sebagai memberi manfaat kepada peminjam, namun syarat kelayakan dan langkah yang rumit menyebabkan kaedah baru ini tidak dapat dinikamati oleh keseluruhan peminjam PTPTN.

Jumlah pembayaran tidak kira caj 3 peratus mahupun 1 peratus amat membebankan peminjam. Berdasarkan pengiraan jadual bayaran balik pinjaman pelajar (rujuk: PTPTN) daripada laman web PTPTN,[3] seorang graduan yang membiayai PTPTN RM50,000, tempoh bayaran balik 60 bulan, jumlah kos pentadbiran di bawah caj 3 peratus adalah RM4,739.40. Jumlah bayaran bulan pertama adalah RM504.43.[4] Jika pelajar tersebut mendapat tawaran kaedah pinjaman ujrah 1 peratus, jumlah kos pentadbiran 60 bulan akan berkurang kepada RM1,542.98, tetapi jumlah bayaran bulan pertama adalah RM474.98.[5] Jumlah ini membebankan seorang graduan yang baru mula bekerja atau golongan yang rata-rata gaji mereka sekadar RM2000 atau lebih rendah daripada RM2000 sebulan.

Jumlah pembayaran yang membebankan mengakibatkan prestasi bayaran balik pinjaman tidak memuaskan, jumlah penangguhan bayaran balik mencapai jumlah sebanyak RM460 juta sehingga 31 Disember 2010. Dan tunggakan bayar balik daripada peminjam atau penerima biaya yang tidak memberi maklum balas mencapai jumlah sebanyak RM1,091 juta.

Di samping itu, ribuan lagi peminjam yang disenaraihitamkan oleh PTPTN lantas menghalang mereka daripada ke luar negara di bawah Seksyen 22A, Akta PTPTN 1997 [AKTA 566] dan akhirnya membawa implikasi negatif kepada anak-anak muda sehingga mereka dikenakan sekatan perjalanan ke luar negara. Berdasarkan Laporan Tahunan PTPTN 2010, pada tahun 2010 seramai 76,980 peminjam telah dilarang untuk meninggalkan Malaysia, berbanding 28,347 tahun 2009 iaitu peningkatan sebanyak 48,633 peminjam atau 171.56 peratus dalam tempoh satu tahun![6]

Jadual 1: Ringkasan Prestasi Bayaran Balik Pinjaman/ Pembiayaan Keseluruhan Sehingga 31 Disember 2010

No Kategori Bilangan Pinjaman/ Pembiayaan Jumlah (RM)
A Jumlah patut bayar balik

935,566

5,007,819,362

B Penangguhan bayaran balik

83,394

460,675,744

C Jumlah sebenar perlu bayar balik setelah ditolak penangguhan

856,172

4,547,143,619

D Jumlah sebenar telah bayar balik [Tunggakan sebelum dikutip RM1,236,821,432)

650,707

2,219,096,459

E Tunggakan bayar balik daripada peminjam/ penerima biaya yang tidak memberi maklumbalas

205,465

1,091,225,728

F Peratus telah bayar balik berbanding jumlah sebenar perlu bayar balik

76%

48.80%

Sumber: Laporan Tahun 2010 PTPTN, muka surat 27

Jadual 1 menunjukkan perbezaan di antara bilangan peminjam dengan jumlah pembayaran balik pinjaman PTPTN oleh peminjam. 76 peratus daripada 935,566  peminjam telah membayar semula pinjaman PTPTN mereka. 76 peratus ini pula hanya membayar semula sebanyak 48.8 peratus daripada jumlah sebenar pinjaman PTPTN yang patut dibayar semula. Ini menunjukkan kelemahan pengurusan PTPTN dalam menguruskan pengutipan pembayaran semula pinjaman PTPTN.

Oleh sebab kelemahan pengurusan PTPTN, pembayaran balik kurang memuaskan. PTPTN terpaksa meminjam dana daripada agensi lain seperti KWSP, CIMB Bank, RHB Bank, AM Bank. Berdasarkan Laporan PTPTN tahun 2010, jumlah pinjaman daripada KWSP sehingga 31 Disember 2010 adalah sebanyak RM9.5 bilion. KWSP merupakan pemiutang terbesar bagi PTPTN.

Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2, dalam tahun 2010, PTPTN telah melakukan pinjaman jangka panjang daripada CIMBIslamic Bank Berhad sebanyak RM4.5 bilion, AmIslamic Bank Berhad sebanyak RM3 bilion dan RHB Islamic Bank Berhad sebanyak RM1.5 bilion. Ini menjadikan jumlah keseluruhan pinjaman yang dibuat daripada agensi luar sehingga akhir tahun 2010 berjumlah RM18.5 bilion. Jumlah keseluruhan nilai pinjaman jangka panjang ini direkodkan pada nilai kos seperti berikut:-

Jadual 2: Pinjaman Jangka Panjang Oleh PTPTN

Agensi Jumlah Yang Dikeluarkan Setakat 31 Disember 2010 (RM Bilion) Tempoh Pinjaman (Tahun)
KWSP

9.50

10
CIMB Islamic Bank Berhad

4.50

10
AmIslamic Bank Berhad

3.00

10
RHB Islamic Bank Berhad

1.50

10

18.50

Walaupun PTPTN telah mencapai tujuannya yakni memberi kemudahan kepada pelajar miskin melanjutkan pendidikan pengajianya dalam peringkat tinggi. Namun begitu, purata gaji yang rendah membebankan  graduan apabila mereka menamatkan pengajian. Berdasarkan kajian UNICEF, purata kadar inflasi negara dari 1990 hingga 2010 adalah pada tahap 4 peratus[7] berbanding kadar kenaikan gaji sebanyak 2.6 peratus sahaja. Sementara itu, menurut rangkaian berita BBC, purata gaji Malaysia hanya  USD961, iaitu RM2,075 [8], berbanding dengan Hong Kong, di mana purata gajinya adalah USD1,545, gaji purata di Malaysia gagal mencapai tahap purata antarabangsa, iaitu USD1,480. Ini merupakan punca utama  kewujudan generasi miskin baru di negara ini. Jadual 3 mempamerkan hasil kajian berkaitan.Pinjaman tersebut juga menunjukkan isu PTPTN bukanlah isu mahasiswa sahaja tetapi isu dasar yang melibatkan KWSP, iaitu caruman saraan pekerja di negara ini. Sekiranya isu PTPTN tidak diselesaikan secara menyeluruh, ia akan menjejaskan struktur ekonomi negara dan kebajikan pekerja bersara pada masa depan.


 

Jadual 3: Purata Gaji Merentasi Negara Berbanding Purata Dunia

Sumber: Laman Web Berita BBC

Dalam situasi ekonomi dan peluang pekerjaan yang tidak menentu, peminjam dibeban dengan syarat dan bunga pinjaman yang akhirnya menjadikan mereka penghutang tegar untuk jangka waktu yang panjang.

 Adakah Daya Persaingan IPTS Meningkat Kerana PTPTN?

Menurut kenyataan Pengerusi PTPTN Ismail Mohamed Said baru-baru ini, pemansuhan PTPTN akan menyebabkan sebanyak 434 IPTS di bawah tajaan PTPTN gulung tikar.[9] Akibat pemansuhan PTPTN, kerajaan akan terpaksa untuk membina lebih banyak Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), lantas, memaksa semua pelajar menyambung pelajaran di IPTA dan bukannya IPTS. Oleh yang demikian, langkah memansuhkan PTPTN akan merugikan IPTS.

Kenyataan Pengerusi PTPTN menonjolkan hakikat, iaitu sebanyak 434 IPTS daripada 600 IPTS atau 72.3 peratus IPTS di bawah Kementerian Pengajian Tinggi bergantung kepada PTPTN. Contohnya Ketua Pegawai Eksekutif Masterskill merupakan antara penerima pendapatan tertinggi di negara ini dalam tangga ke-10, iaitu sebanyak RM8.5 juta [10] setahun pada tahun 2010.  Semua program yang ditawarkan Masterskill mendapat akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia di bawah Kementerian Pengajian Tinggi, membolehkan pelajarnya memohon pembiayaan pendidikan menerusi PTPTN. Perkara itu telah menggalakkan peningkatan pendaftaran pelajar di Masterskill dan hampir 95 peratus daripada pendapatannya diperoleh secara langsung daripada PTPTN di mana risiko kegagalan pengutipan bayaran adalah rendah.

Oleh yang demikian, pemansuhan PTPTN bakal membawa impak besar kepada IPTS di mana sebahagian kos besar bergantung kepada PTPTN, mengakibatkan kebanyakan IPTS yang tidak mempunyai daya saingan akan mengalami kebankrapan. Apakah fakta ini bermakna, kebanyakan IPTS yang kononnya bersaing secara sihat menurut logik kapitalisme sebenarnya mirip dengan produk-produk ‘buatan Dasar Ekonomi Baru’ yang banyak bergantung kepada logik rent-seeking dan bukannya logik pasaran?

KPRU berpendapat, pemansuhan PTPTN mungkin akan menyebabkan penurunan di IPTS akan tetapi jumlah itu tidak akan mencapai tahap kritikal kerana pemansuhan PTPTNlah yang bakal melahirkan persaingan sihat dalam kalangan IPTS untuk mencapai kualiti pelajaran yang diingini bagi menarik enrolmen pelajar ke institusi pengajian mereka. Persaingan dan bukannya pergantungan kepada PTPTN wajar dijadikan tunggak kelangsungan hayat IPTS. Bilangan IPTS tertentu yang berdepan dengan apa yang digelar sebagai creative destruction merupakan IPTS yang selama ini bergantung kepada PTPTN tetapi berbicara tentang persaingan dan pasaran!

Jadual 4: Statistik KPRU: Kemasukan Pelajar Antarabangsa Tahun 2010

PhD

Sarjana

Diploma Lepasan Ijazah

Sarjana Muda

Diploma

Profesional

Lain-Lain

Jumlah

IPTA

7,548

8,138

174

7,170

17

12

1,155

24,214

IPTS

677

3,813

70

28,350

8,692

86

21,017

62,705

Jumlah

8,225

11,951

244

35,520

8,709

98

22,172

86,919

Sumber: Laporan Statistik Pelajar – Kementerian Pengajian Tinggi

Menurut Laporan Kementerian Pengajian Tinggi, enrolmen untuk kursus ijazah di IPTS bagi tahun 2010 adalah seramai 62,705 orang dan 24,214 orang di IPTA. Jumlah keseluruhan enrolmen pelajar asing pada tahun 2010 di negera ini adalah seramai 86,919 orang.  Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian telah memperkasa pelbagai usaha untuk menguatkan lagi promosi Malaysia sebagai tempat pilihan pelajar antarabangsa meneruskan pelajaran dengan mensasarkan 150,000 pelajar antarabangsa  menyambung pelajaran mereka di Malaysia pada tahun 2015.[11] Jadual 4 mempamerkan stastistik KPRU setelah diperkemas data-data berkaitan.

Jadual 5: Jumlah Kemasukan Pelajar Antarabangsa IPTS Berdasarkan Negara Asal, Tahun 2009-2010[12]

Negara Asal

2009

2010

Negara Asal

2009

2010

China

7,078

8,046

Korea

828

1,426

Iran

6,930

7,009

Kazakhstan

1,175

1,229

Indonesia

6,099

6,119

Maldives

1,153

1,154

Nigeria

5,398

5,080

Sri Lanka

897

1,024

Yamen

3,382

3,522

India

1,010

989

Libyan Arab Jamahiriya

2,831

2,805

Thailand

870

939

Sudan

1,867

2,241

Tanzania

821

773

Botswana

1,938

1,909

Somalia

619

739

Saudi Arabia

1,675

1,584

Zimbabwe

577

653

Bangladesh

1,521

1,503

Lain-lain

10,152

12,469

Pakistan

1,473

1,492

Jumlah

58,294

62,705

Sumber: Laporan Statistik Pelajar – Kementerian Pengajian Tinggi

Jadual 6: Statistik KPRU: Perbezaan Kemasukan Pelajar Antarabangsa IPTS

Merujuk kepada Jadual 5 dan Jadual 6, jumlah pelajar antarabangsa yang memasuki negara untuk menyambung pelajaran adalah seramai 62,705 orang di mana pelajar negara China mencatatkan bilangan pelajar yang paling ramai iaitu 8,046 orang. Ini diikuti dengan pelajar Iran seramai 7,009 orang dan pelajar dari negara jiran, Indonesia seramai 6,119 orang. Angka kemasukan pelajar antarabangsa di IPTS meningkat pada tahun 2010 daripada 58,294 kepada 62,705.

Justeru, bagi memanjangkan kelangsungan hayat IPTS tanpa PTPTN, pihak IPTS haruslah membuktikan kekuatan, kualiti dan daya saingan masing-masing khususnya dalam menarik pelajar sama ada pelajar tempatan atau pelajar antarabangsa.

Di Mana Kualiti Pengajian Tinggi?

Selain daya saingan, masalah yang harus diberi perhatian adalah kualiti pendidikan tinggi yang ditawarkan, khususnya di kalangan IPTS. Kualiti yang dinyatakan di sini merangkumi kelayakan pengajar atau pensyarah, kelengkapan kemudahan dan sebagainya. Seperti yang sedia dimaklumkan, kewujudan PTPTN telah mondorong pertumbuhan IPTS bagi memberi peluang kepada pelajar lepasan SPM terus melanjutkan pelajaran mereka di institusi pengajian tinggi. Memandangkan IPTA hanya mampu memuatkan kemasukan pelajar yang terhad, IPTS yang ditubuhkan bagai cendawan selepas hujan, terutamanya selepas PTPTN terbuka untuk permohonan daripada penuntut di institusi pengajian tinggi swasta, menjadi pilihan alternatif bagi para pelajar.

Sekali pandang, perkembangan institusi pengajian tinggi yang ibarat bunga yang kian memekar dalam negara kita, khususnya dari segi kuantitatif, merupakan suatu senario yang menggalakkan. Namun, dari sisi pandangan yang bertentangan, wujudnya pula institusi swasta yang ditubuhkan semata-mata untuk mengaut keuntungan dengan hanya menyediakan kursus-kursus am tanpa memenuhi piawaian profesional dan akademik. Keadaan sebegini bukan sahaja tidak dapat memanfaatkan para pelajar, malahan membazirkan lagi pembiayaan PTPTN.

Sememangnya, tidak dapat dinafikan bahawa institusi pengajian tinggi swasta adalah berorientasikan keuntungan. Kalau begitu, biar bersaing secara sihat mengikut logik pasaran dan bukannya ’logik PTPTN’!

Sesungguhnya, prestasi institusi pengajian tinggi tidak dapat dikait secara langsung dengan pelaksanaan mahupun pemansuhan PTPTN; PTPTN bukan segalanya yang mendominasi mutu pendidikan dalam negara kita.  Dalam perbincangan isu tersebut, keseluruhan sistem pendidikan Malaysia harus diberi penekanan dalam aspek ini. Sistem pendidikan di negara kita adalah masih agak ketinggalan, sama ada dari segi peruntukan perbelanjaan mahupun indeks peratusan pendidikan yang diterima oleh rakyat Malaysia.

Jadual 7: Purata Tahunan Pendidikan Yang Diterima Oleh Rakyat Berumur 25 Dan Ke Atas (%)

Negara

1980

1985

1990

1995

2000

2005

2006

2007

2008

2009

2010

2011

Malaysia

4.4

5.6

6.5

7.6

8.2

8.9

9.1

9.2

9.3

9.4

9.5

9.5

Australia

11.6

11.6

11.7

11.8

11.9

11.9

12

12

12

12

12

12

Belanda

9.3

9.7

10.2

10.5

10.8

11

11.1

11.2

11.4

11.5

11.6

11.6

Amerika Syarikat

11.9

12.1

12.3

12.5

13

12.5

12.5

12.4

12.4

12.4

12.4

12.4

New Zealand

11.6

11.7

11.7

11.9

12

12.2

12.3

12.3

12.4

12.5

12.5

12.5

Germany

5.7

6

8

9.4

10.5

12.2

12.2

12.2

12.2

12.2

12.2

12.2

Korea

7.3

8.2

8.9

10

10.6

11.1

11.2

11.3

11.4

11.5

11.6

11.6

Sumber: Laporan UNDP[13]

Berdasarkan Laporan UNDP (lihat Jadual 7), purata tahunan pendidikan yang diterima oleh rakyat Malaysia yang berumur 25 tahun dan ke atas hanya 9.5 peratus berbanding dengan negara yang lain seperti Korea Selatan (11.6 peratus), New Zealand (12.5 peratus) dan Australia (12 peratus). Ini telah menonjolkan kenyataan bahawa Malaysia masih jauh ketinggalan daripada wawasan 2020 yang diimpikan bagi mencapai tahap negara maju menjelang tahun 2020.

Peruntukan perbelanjaan bagi Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi masing-masing mencatat RM37,280 juta dan RM12,897 juta pada tahun 2012. Berdasarkan Jadual 8, jumlah ini telah meningkat jika dibandingkan dengan jumlah peruntukan  pada tahun 2011, iaitu sebanyak RM32,764 kepada Kementerian Pelajaran dan RM12,607 juta kepada Kementerian Pengajian Tinggi.

Jadual 8: Belanjawan Persekutuan (Tahun 2008 – 2012) bagi Pendidikan

Kementerian Pelajaran

2008

2009

2010

2011

2012

Mengurus Juta

27,268

28,822

28,253

26,360

32,699

Pembangunan

4,681

5,137

4,972

6,403

4,582

Jumlah  

31,949

33,959

33,225

32,763

37,281

Kementerian Pengajian Tinggi
Mengurus Juta

8,751

9,862

8,921

10,191

10,642

Pembangunan

2,046

4,119

4,427

2,416

2,255

Jumlah  

10,798

13,982

13,347

12,607

12,898

Jumlah  

42,747

47,941

46,572

45,370

50,178

Sumber: Laporan Belanjawan Negara 2012

Namun, menurut laporan Human Development Report 2010 yang diterbitkan oleh UNDP, jumlah perbelanjaan awam Malaysia untuk pendidikan hanya mancapai 4.1 peratus daripada KDNK pada tahun 2008. Peratusan ini merupakan kadar yang rendah sekali secara perbandingan dengan tahun 2000 (6 peratus) dan 2005 (7.5 peratus). Fakta ini menunjukkan bahawa penambahan dalam peruntukan perbelanjaan untuk bidang pendidikan adalah tidak serentak dengan peningkatan KDNK. Meskipun jumlah peruntukan tidak menjamin peningkatan mutu pendidikan yang ditawarkan, namun peruntukan yang terhad sememangnya menyekat ruang bagi segala usaha dalam penambahbaikan. Sesungguhnya, negara kita memerlukan pertambahan bilangan IPTA yang memerlukan peruntukan kerajaan dan bukannnya pertambahan IPTS yang bergantung kepada PTPTN.

Isu Sampingan

Terdapat juga perdebatan bahawa penghapusan PTPTN akan menghentikan pembiayaan sara hidup. Pada pendapat KPRU, penyataan sebegini tidak harus dijadikan faktor bagi menolak cadangan meniadakan skim PTPTN.  Sesungguhnya, PTPTN adalah bertujuan membiayai yuran pengajian tinggi dan bukannya bagi menanggung kos kehidupan mahasiswa mahasiswi.

Bekerja sama ada secara sepenuh masa atau hanya sebahagian masa ketika belajar merupakan amalan yang biasa di negara-negara seperti Australia, UK dan sebahagian daripada pelajar di Malaysia juga menonjolkan sifat berdikari dalam aspek ini. Kajian telah menunjukkan bahawa hampir semua pelajar di Australia bekerja selama 30 jam seminggu bagi menanggung kos pembelajaran mereka. [14] Tambahan pula, 9 orang pelajar universiti daripada sejumlah 10 digaji separuh masa ataupun giat mendapatkan pekerjaan. Di UK, penuntut yang terlibat dalam pekerjaan secara separuh masa hampir mencecah 70 peratus manakala peratusan pelajar yang bekerja separuh masa di Poland pula sebanyak 90 peratus.

Penglibatan diri dalam pekerjaan sewaktu menuntut pelajaran di kolej atau universiti membolehkan para pelajar mendedahkan diri kepada alam pekerjaan sebelum mereka menjejaki ke tempat kerja secara rasmi. Dengan ini, para pelajar bukan sahaja berpeluang mendapatkan pendapatan tambahan bagi menampung kos hidup, malah mereka dapat mengumpul pengalaman hidup yang amat berfaedah bagi melengkapi diri mereka untuk masa depan.

Namun demikian, konsep bekerja sewaktu belajar adalah tidak lazim di Malaysia. Sehubungan dengan hal ini, banyak faktor yang boleh disentuhi, dan antara sebab yang paling ketara ialah upah yang terlalu rendah dan ’budaya pergantungan’. Masalah sedemikian adalah saling mempengaruhi dan tidak dapat dinafikan bahawa ia bukanlah sesuatu yang boleh ditangani dalam masa singkat.

 


Najib’s Illusory Transformation (IV): Violence against Journalists – One Step for Transformation, Two Steps for Arbitrary Power

Najib’s Illusory Transformation (IV):

Violence against Journalists – One Step for Transformation, Two Steps for Arbitrary Power

By William Leong Jee Keen, Member of Parliament, Selayang

In collaboration with

Political Studies for Change (KPRU – Kajian Politik untuk Perubahan), a local research institute as well as a political think tank.

 

The year 2012 marked the historic act of the journalists wearing black during the World Press Freedom Day to show solidarity with those reporters and photographers who had been assaulted on 28 April 2012. It also marked the day of blatant violence by the ruling regime to commit a large scale daylight robbery of the Rakyat’s right to information despite an amended version of the Printing Presses and Publications Act 1984 or PPPA on the last day of the just concluded Parliament session.

The reviews of the amendments have ranged from the good, on the fence and rejection. The MCA controlled The Star[1] executive director and Group Chief editor Wong Chun Wai called the amendment as a ”strong step forward for the media” whilst Malaysian Press Institute (MPI) chief executive officer, Chamil Wariya welcomed the amendment and hoped that one day would come when the Act would be abolished and National Union of Journalists (NUJ) general secretary[2] V. Anbalagan said the amendments ”appear good” but reiterated that the NUJ stand for the Parliamentary Select Committee to be established to review the Act. On the other hand, The Centre of Independent Journalism (CIJ)[3] said the Act should be scrapped and not merely amended. Whilst the amendments are a minor step for the freedom of press, the PPPA should not only be amended, it should be repealed as having press freedom whilst being subjugated to the whims and fancies of a Minister is nothing short of being a puppet.

Pretend Freed media; insincere legislation

The amendment of Section 3(3) is commendable, yet the amended provision seems to have the air of an aesthetic”transformation” that has the same content. The Minister if”he considers desirable” may refuse, revoke or suspend such licence. The former provision stood as follows:-

The Minister may in his absolute discretion grant to any person a 

    licence to keep for use or use a printing press for such period as may be

    specified in the licence and he may in his absolute discretion refuse any

    application for such licence or may at any time revoke or suspend such

    licence for any period he considers desirable.

The one and only difference between the former and current is the replacement of the terms”in his absolute discretion” with”he considers desirable”. On the surface it seems as the section has been amended but in content wise, it has not differed much from the former provision. Noteworthy, is the failure of the current UMNO-led government in amending Section 8A (1) which criminalises the publication of”false news”. In which Lim Guan Eng was once imprisoned for 10 days in 1994 for reporting a case involving statutory rape by a senior government official.[4]

In other words, when the UMNO- majority Parliament amended the PPPA, they seem to have”forgotten” to repeal Section 8A (1) of the PPPA which denotes that ”Where in any publication there is maliciously published any false news, the printer, publisher, editor and the writer thereof shall be guilty of an offence and shall, on conviction, be liable to imprisonment for a term not exceeding three years or to a fine not exceeding twenty thousand ringgit or to both.”

The failure to repeal that provision is one of many clear signs that the current administrative government has no intention of honouring the rights ensured under the Federal Constitution nor do they have any intention of honouring the fundamental instrument of a democratic state. The current administrative government still has the potent intent to chokehold the reins of the press and threaten it in tightening the chokehold to ensure that the printed press produces news that is in favour of the government and the prime example of this is Utusan Malaysia in which Utusan Malaysia has become nothing but a lackey for the government to print news that places the government in a positive light rather than an power hungry, democratic – allergic administrative government. Indeed, the historical Bersih 3.0 event has shown that major English and Malay newspapers controlled by component parties of Barisan Nasional and their cronies were totally biased in their coverage.

Noting that the UMNO-majority parliament in its haste to pass all eight laws in one night, it would have seemed that the parliament had foregone the need to understand the wants of the people of Malaysia. The parliament in the attempt to regain the support of the Malaysian people amended Section 13B from its former provision:-

No person shall be given an opportunity to be heard with regard to his

    application for a licence or permit or relating to the revocation or

    suspension of the licence or permit granted to him under this Act.

By substituting it with ”A person who has been granted a licence or permit under this Act shall be given an opportunity to be heard before a decision to revoke or suspend such licence or permit is made under subsection 3(3), 6(2) or 13(1), as the case may be.

The substitution on one end is a positive change, yet the parliament failed to amend nor repeal Section 13(1) in which it allows the Minister to suspend or revoke licences in which the publication is prejudicial to public order.

If the current administrative Federal Government was even remotely serious in committing to a democratic change in the media industry, the amendment during the recent Parliamentary session would not only end with the twelve amendments. Among the amendments should be repealed is Section 16 (2) of the original act. There is no clear definition as to what is meant by”reasonable ground to believe”.  Hence, although the person granted licence has the right to be heard but the authority also has the power to confiscate what material is deemed to be in contravention of printing laws under Section 3. As the right to be heard does not necessarily mean that the person granted licence has the right for his or her publication to be returned back to them as it lies in the discretion of the ”senior authorized officer” to determine as to whether those publication in contravention of Section 3 or not.

Fundamental liberties shorthanded by political mind games

The term ”reasonable ground to believe” is as vague as the fog in the cold weather of the British farmlands during autumn. As proven time and time again, vague terms in the legislation of Malaysia often leads to the abuse, misuse and arbitrary usage of such legislation. In his special Malaysia Day eve speech on 15th September 2011, the Prime Minister, he himself noted that the emphasise shall be in accordance of the Constitution, the rule of law and respect fro basic human rights and individual rights are to be protected. And yet the freedom of speech and expression under Article 9 of the Federal Constitution is shackled to the oppressive and draconian legislation of the PPPA; in which in our perspective is still as shackled as a the reins of horse to its rider and owner. It is ”free” to move but ultimately it is the power of the owner to determine as to whether the horse has acted not in the way that is wanted by the owner and be whipped for that unwanted trot.

Malaysia may have moved 17 spots to 124 surpassing Singapore (135) on the Press Freedom Index[5] for the year 2011/2012 from 2010 but these new laws means nothing if the government continue to allow the PPPA to stay, notwithstanding the amendments made in the recent Parliamentary session. If the government has the remote intention of truly honouring the Federal Constitution, and stay true in its ambition for a democratic country; as per the words of Abraham Lincoln, democracy is the government by the people, for the people, of people.[6] Emphasis is given to the word ”people” or Rakyat. The selected people or group (government) is just a representative to execute input and command from the below.[7] Then the government must release the reins of the horse and let run free as in its natural state.

Sincere amendments or cheap cosmetic changes?

That being said, the amendments made to the PPPA do not reflect the wants of the people of Malaysia. It does however, reflects the wants of the selected government to dictate the publishment of whatever that portrays them in either the negative or positive light. Thus the minor adjustment made to the PPPA was made to reflect that the current administrative government that is putting a mask by pretending to assume the position of a government that celebrates the fundamental rights to speech and expression whilst gripping the reins on the control to the direction of such speech and expression.

Such controls over the publication of media have often resulted in backfire by the people. Such can be seen in the crackdown against China’s foremost vocal and critical dissident, Ai WeiWei.[8]  For years, the government had done what it can to silence the voice of Ai WeiWei. Ai WeiWei has been open to his critique against the Chinese government for its political agendas and so forth, in return, the Chinese government, as recent as January 2012, slapped Ai WeiWei a $2.4million fine for tax evasion[9] in its not-so-subtle attempt to silence Ai WeiWei and his arrest in 2011[10] and thus prompted an international outcry for the Chinese government mistreatment of the Chinese political dissident, Ai Weiwei.

However, as the Malaysian government has yet to act in such extreme measures to silence vocal critics in Malaysia, it is to be noted that in July 1999[11], Information Minister Khalil Yaacob announced that opposition parties would be denied access to RTM’s airtime; in March 2000[12], Editions of both Far Eastern Review Economic Review and Asia Week, which had been chronicling the growing opposition to Mahathir, were held back by government censors; in January 22nd 2003[13], acting on a complaint by ruling-party officials, a dozen police personnel confiscate 15 computer central processing units at Malaysiakini’s KL office. The list is non-exhaustive. As according to BBC, Malaysia has some of the toughest censorship laws in the world[14] and the recent amendments has done little to change that fact. Astro’s censored version of BBS news coverage on Bersih 3.0 is another recent example to be noted.

The government has lauded itself for giving more freedom to the press in Malaysia following the recent amendments and yet at the same times in as recent as June and July 2010[15], the Malaysian government has suspended the publication of Suara Keadilan and Era Pakatan for their vocal opposition against the administrative government. Also as the saying goes, actions speak louder than words, the UMNO-led government has also been quick to charge political caricaturist Zunar with ”sedition” for having publishing drawing critical of Malaysia’s political and social situation.[16]

Noteworthy of attention is the banning or 17 books by the government in 2010[17] because according to the government, those books were deemed unsuitable. Also, in 2008[18], the government banned 11 books about Islam as according to the government, those books have contents that are found to be deviating from the teaching of the Islamic religion. The question is whether those 17 banned books are unsuitable for the Malaysian public or the unsuitable for the viewing of the Malaysian government? Because if it is deemed unsuitable for the reading of the Malaysian public, then the Malaysian has unfortunately patronized intelligence of the Malaysian people.

It is as clear as a bright sunny day that the current administrative government is not acting in the best interest of the people of Malaysia, as the actions if the Malaysian government patronizes the intelligence of the Malaysia people in determining as to whether certain writing is unsuitable for our reading and consumption.

Shackled freedom of the press

The recent amendments made has very little meaning if the government continues in its arbitrary act of cracking down on published media that is critical to their administration. The amendments made may be a positive step for the freedom of press in Malaysia; however, the amendments are mere cosmetic changes if only minor changes are made to it. If the government is honest in its intentions in upholding the democracy in this country, then, instead of amending the PPPA, the government should have repealed it in the recent Parliamentary session but it did not. Thus the changes are mere fishing expedition by the government to gain votes of the people for the upcoming election by not only making aesthetic changes to the PPPA, but also bulldozing eight legislations in one night.

 

 

 

 

 

 

 


[Merdeka Review] Ketidakhadiran pemerhati dan agen calon beri laluan kepada PRU terkotor

KPRU: Ketidakhadiran pemerhati dan agen calon beri laluan kepada PRU terkotor
KPRU | Apr 20, 2012 01:11:51 pm


Berikutan Rang Undang-Undang (RUU) Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 diluluskan pada petang semalam di Dewan Rakyat, Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) berpendapat, rakyat Malaysia bakal menyaksikan pilihan raya umum terkotor dalam sejarah Malaysia apabila RUU tersebut dikuatkuasakan sebagai satu akta nanti dan pelaksanaannya terpakai semasa PRU-13.

Memandangkan PRU-13 kian menghampiri, Dewan Rakyat semalam pada hari terakhirnya pula tergesa-gesa meluluskan sebanyak LAPAN rang undang-undang sampai ke saat terakhir majlis dewan ditutup tirainya, antaranya termasuklah RUU Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 yang mengandungi pindaan tertentu yang penuh dengan pertikaian dan mampu mengubah wajah proses PRU-13.

Pindaan yang paling signifikan dan harus diberi perhatian sepenuhnya adalah berkenaan dengan subseksyen 26A(2) dan (3) di bawah barung hendaklah diadakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, di mana kehadiran pemerhati di barung adalah tidak lagi dibenarkan.  Pindaan yang membatalkan kehadiran pemerhati dalam barung bercanggah dengan prinsip demokrasi yang bersifat partisipasi dan bakal mencorakkan proses pilihan raya yang memihak kepada rejim pemerintah.

Seperti yang turut dinyatakan dalam pindaan sub seksyen yang dinyatakan di atas, alasannya bagi meniadakan peruntukan bagi membenarkan kehadiran pemerhati adalah bagi menangani kesesakan dan kesukaran yang timbul semasa petugas pilihan raya melaksanakan tugas mereka.  Alasan ini adalah amat tidak munasabah.  Sekiranya kesulitan sedemikian timbul dalam proses mengundi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seharusnya mengkaji semula mekanismenya kerana kesulitan sedemikian sesungguhnya merupakan masalah teknikal yang boleh diatasi melalui penambahbaikan prosedur dan bukannya dengan menolak kehadiran pemerhati yang jelas bercanggah dengan aspirasi rakyat terbanyak apabila konteks tuntutan dan gerakan BERSIH diambil kira.

Di samping itu, pindaan Seksyen 14(1A) yang bertujuan membenarkan mana-mana ejen tempat mengundi (ETM) atau ejen mengira undi (EMU) bagi seseorang calon untuk bertugas di tempat mengundi hanya pada waktu yang ditetapkan SPR atas alasan bagi mengelakkan kesesakan kelihatan tidak adil kepada mana-mana calon, terutamanya calon bebas dan calon parti oposisi.  Kehadiran ejen-ejen bertugas tersebut adalah penting dalam menyemak dan mengimbang segala proses mengundi pada hari pengundian bagi memastikan keadilan proses pilihan raya.  Tanpa kehadiran ejen-ejen tersebut, SPR yang terletak di bawah jagaan Jabatan Perdana Menteri dibiarkan menguasai proses pengundian.

Seperti yang umum sedia maklum, sistem pilihan raya sedia ada dalam Malaysia sememangnya terbelenggu dengan pelbagai ketidaktelusan dan ketidakadilan.  Isu seperti senarai pendaftaran pemilih yang tidak bersih, undi pos, pengundi hantu dan sebagainya telah pun menghalang kelancaran dan keadilan pilihan raya sekian lama ini.  Hal ini juga merupakan daya pendorong utama yang menggerakkan perhimpunan BERSIH 3.0 terus mara.  Kini, tambahan pula dengan pindaan-pindaan yang diluluskan, ia bakal menjadi pemangkin kepada pilihan raya yang paling bergelumang.

Selain pindaan yang dipertikaikan, pindaan-pindaan yang lain adalah berhubung dengan jarak, di mana kehendak jarak lima puluh meter yang sedia ada dari sempadan mana-mana tempat penamaan, mana-mana pejabat yang dibuka, ditubuhkan atau disenggarakan semasa tempoh berkempen, dan juga mana-mana orang menunggu atau berdiri-diri dari sempadan pusat mengundi semasa hari pengundian dipanjangkan kepada jarak tidak kurang daripada satu ratus meter.  SPR turut diberi kuasa untuk menentukan apa-apa jarak lain yang sesuai di bawah subseksyen baru.

Selain itu, subseksyen 11(1)(c) di bawah Hukuman dan ketidakupayaan kerana perbuatan rasuah yang pada asalnya menyatakan mana-mana orang yang “mencetak, menerbitkan, mengedarkan atau menampalkan atau menyebabkan supaya dicetak, diterbitkan, diedarkan atau ditampalkan apa-apa iklan, surat sebaran, pelekat atau poster yang berkenaan dengan mana-mana pilihan raya dan yang tidak mengandungi pada mukanya nama dan alamat pencetak dan penerbitnya”; yang akan diambil tindakan sekiranya disabit kesalahannya telah disingkirkan dalam pindaan yang baru atas alasan sukar dikuat kuasa.

Memandangkan proses pilihan raya masih dipenuhi dengan taktik kotor dan pembohongan yang jelas mencabuli hak rakyat dalam menyertai dan mengundi dalam pilihan raya – khususnya masalah senarai daftar pemilih yang tidak bersih dan penggunaan senarai daftar pemilih berlainan pada hari pengundian, sekiranya pindaan-pindaan yang menafikan kehadiran ETM, EMU atau wakil politik dan juga pemerhati dalam barung mengundi pada hari mengundi dikuatkuasakan, jelas dakwaan bahawa PRU-13 akan menjadi pilihan raya yang terkotor itu bakal menjadi kenyataan yang cukup menyedihkan.

*Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU - Political Studies for Change) merupakan sebuah pusat kajian yang baru dan kritikal.  KPRU ditubuhkan pada era pasca 8 Mac dengan tujuan membawa idea perubahan kepada rakyat Malaysia melalui kajian dan sesi dialog.

http://www.merdekareview.com/bm/news_v2.php?n=12975