Kes Ganjil Perak dan Negeri Sembilan: Persekongkolan SPR dan Kecacatan sistem PRU

Pelaksanaan Pilihan Raya Umum (PRU-13) yang dicemari oleh pelbagai penipuan dan kontroversi mengakibatkan kebebasan dan keadilan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dipersoal oleh para pengundi dan rakyat Malaysia. Ia juga mendedahkan sektor awam yang diperkudakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) selama setengah abad merentasi sempadan antara negara dan antara parti politik. Bersama kerjasama SPR sewaktu PRU-13 ini, BN berjaya mengekalkan kuasa mentadbir walaupun kadar sokongan BN dalam keputusan PRU-13 telah jatuh kepada kurang daripada separuh.

Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak menyalahkan keputusan PRU-13 kepada “tsunami Cina”. BN mendakwa walaupun mereka gagal meraih sokongan etnik Cina, BN sebenarnya meraih sokongan daripada kumpulan etnik yang lain. Dalam dunia politik BN selama setengah abad ini, rejim pemerintah telah bergabung dengan sektor awam sambil mempromosi ideologi politik BN melalui media-media arus perdana bahawa erti BN adalah persamaan dengan maksud sebuah negara atau nasional dan bukannya sebuah parti politik semata-mata. Begitu juga, BN turut memanipulasi sektor awam seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan SPR untuk melaksanakan pelbagai tipu helah dalam pilihan raya di samping menimbulkan konstroversi insiden-insiden keganasan politik.

Badan pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) mendapati bahawa BN mendakwa mereka telah meraih sokongan daripada etnik lain selain daripada etnik Cina, lantas, ini mengakibatkan rejim BN mengekalkan status politik mereka dalam PRU ini. Namun begitu, kadar sokongan dan jumlah kerusi di negeri Perak dan Negeri Sembilan tidak selari jika ianya dibandingkan dengan negeri-negeri yang lain. Secara amnya, pertumbuhan kadar sokongan akan membawa peningkatan jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Namun keadaan tersebut tidak dilihat dalam PRU-13 ini.

Sebagai contoh negeri Perlis (Sila lihat Jadual 1) melihatkan Pakatan Rakyat (PAKATAN) hanya meraih satu kerusi DUN di Perlis menjelang PRU-12 pada tahun 2008, di mana kadar sokongan menyumbang sebanyak 39.9 peratus. Manakala, dalam PRU-13 ini, PAKATAN meraih dua kerusi DUN, lantas kadar sokongan adalah selari dengan jumlah kerusi DUN kerana sokongan melonjak sebanyak 44.3 peratus.  Sebaliknya, kadar sokongan kepada BN menurun sebanyak 4.8 peratus daripada 60.1 peratus tahun 2008 kepada 55.4 peratus pada tahun 2013. Ini melihatkan kadar sokongan selari dengan penurunan jumlah kerusi DUN. Namun, dengan anehnya, negeri Perak dan Negeri Sembilan mengalami satu fenomena yang berbeza daripada negeri-negeri lain; iaitu PAKATAN mengalami peningkatan kadar sokongan tetapi jumlah kerusi DUN telah dikurangkan dalam negeri-negeri tersebut.

Kadar undi meningkat tapi jumlah kerusi menurun?

 

Jadual 1Kadar pengundian dan Jumlah kerusi antara PAKATAN dan BN

 

2013

2008

Peningkatan/

Penurunan

Jumlah kerusi DUN

Peningkatan/

Penurunan

Kadar Sokongan undian

 

BN

PAKATAN

BN

PAKATAN

BN

PAKATAN

BN PAKATAN
Negeri Jumlah Kerusi DUN Kadar Sokongan Undian (%) Jumlah Kerusi

DUN

Kadar Sokongan Undian (%) Jumlah Kerusi

DUN

Kadar Sokongan Undian (%) Jumlah Kerusi

DUN

Kadar Sokongan Undian (%) Jumlah Kerusi

DUN

Jumlah Kerusi

DUN

Kadar Sokongan Undian (%)

Kadar Sokongan Undian

(%)

Perlis

13

55.4

2

44.3

14

60.1

1

39.9

-1

1

-4.8

4.4

Kedah

21

50.6

15

48.5

15

46.8

21

53.2

6

-6

3.8

-4.7

Kelantan

12

43

33

53.7

6

44.7

39

55

6

-6

-1.8

-1.3

Terengganu

17

51.4

15

48.5

24

55.1

8

44.7

-7

7

-3.7

3.7

P.Pinang

10

31.6

30

67.8

11

36.9

29

63

-1

1

-5.3

4.8

Perak

31

44.9

28

54.7

26

46.5

33

53.3

5

-5

-1.6

1.4

Pahang

30

55.2

12

44.4

38

59.5

4

40.5

-8

8

-4.3

3.8

Selangor

12

39

44

59.4

20

44.3

36

55.4

-8

8

-5.3

4

N. Sembilan

22

51

14

47.3

21

54.7

15

45.1

1

-1

-3.7

2.2

Melaka

21

53.8

7

46.2

23

57.4

5

42.6

-2

2

-3.6

3.6

Johor

38

54.9

18

45

50

65.3

6

34.7

-12

12

-10.3

10.3

Sabah

49

55

11

35.9

59

61.6

1

32.5

-10

10

-6.6

3.4

Malaysia

276

47.4

229

50.9

307

51.4

198

47.6

-31

31

-4

3.2

Nota: Calon parti STAR yang memenangi kerusi DUN di Sabah pada PRU-13 dan calon bebas yang memenangi kerusi DUN di Kedah dan Pahang pada PRU-12 digolongkan bersama jumlah kerusi BN.

Sumber: laman web SPR dan akhbar bahasa Cina.

 

Rajah 1: Penurunan Kerusi DUN dibandingkan dengan Peningkatan Kadar Sokongan PAKATAN di Negeri Sembilan

 Negeri sembilan

 

 

PAKATAN memenangi sejumlah 15 kerusi DUN di Negeri Sembilan (Rajah 1) menjelang PRU-12 tahun 2008. Kadar sokongan kepada PAKATAN pada PRU-12 adalah sebanyak 45.1 peratus. Pada PRU-13 baru-baru ini, PAKATAN hanya memenangi 14 kerusi DUN di Negeri Sembilan, namun begitu, kadar sokongan telah meningkat kepada 47.3 peratus. Sebaliknya, BN memenangi sejumlah 21 kerusi DUN di Negeri Sembilan pada PRU-13 dan kadar sokongan kepada BN adalah sebanyak 54.7 peratus. Walaupun dengan kemenangan tambahan 1 kerusi pada PRU-13, kadar sokongan kepada BN sebenarnya menurun daripada 54.7 peratus kepada 51 peratus, iaitu penurunan sebanyak 3.7 peratus. Di samping itu, Perak juga mengalami keadaan yang sama dengan Negeri Sembilan; iaitu kadar sokongan yang tidak selari dengan jumlah kerusi yang dimenangi.

 

Rajah 2: Penurunan Kerusi DUN dibandingkan dengan Peningkatan Kadar Sokongan PAKATAN di Perak

perak2

 

PAKATAN memenangi sejumlah 33 kerusi negeri di Perak pada PRU-12 tahun 2008 (Rajah 2), dengan kadar sokongan mencapai 53.3 peratus. Lantas, PAKATAN berjaya merampas rejim kerajaan negeri Perak dari BN. Walau bagaimanapun, pada tahun 2013, PAKATAN hanya memenangi 28 kerusi negeri di Perak, iaitu penurunan sebanyak 5 kerusi negeri. Akan tetapi pada masa yang sama, kadar sokongan kepada PAKATAN telah meningkat kepada 54.7 peratus.

Sebaliknya, BN memenangi 26 kerusi DUN Perak pada tahun 2008, dengan kadar undi sebanyak 46.5 peratus. Ini melihatkan BN memenangi sejumlah 31 kerusi DUN dengan peningkatan sebanyak 5 kerusi pada PRU-13 ini. Akan tetapi pada realitinya, kadar undi BN dilihat menurun daripada 46.5 peratus kepada 44.9 peratus. Walaupun kadar sokongan adalah petunjuk sebagai hala tuju sokongan rakyat terhadap sesebuah parti politik, akan tetapi penurunan kadar undi ini telah memberikan BN kemenangan kuasa politik di Perak dalam PRU-13!

PAKATAN mengambil alih kerajaan negeri Perak daripada cengkaman BN pada tahun 2008 dengan kemenangan sebanyak 33 kerusi DUN. Namun begitu, BN menggunakan cara licik dan tidak beretika untuk merampas kembali kuasa pentadbiran kerajaan negeri PAKATAN di Perak dengan menyebabkan 4 anggota Ahli DUN PAKATAN keluar daripada PAKATAN dan memberi sokongan kepada BN. Insiden ini telah menidakkan Perlembangaan Persekutuan dan mengabaikan prinsip demokrasi rakyat memilih PAKATAN sebagai kerajaan negeri dan pelantikan Menteri Besar oleh PAKATAN.

Mahkamah Persekutuan kemudiannya memberi pengiktirafan kepada keputusan Sultan negeri Perak yang mengabaikan Perlembangan Persekutuan dan membawa kepada punca PAKATAN kehilangan kuasa politik di Perak selepas 11 bulan mentadbir.

 

PRU13 ‘ibu segala penipuan’

Insiden rampasan kuasa pentadbiran kerajaan negeri di Perak adalah satu contoh baik menunjukkan usaha BN menghalang PAKATAN mengambil alih kuasa pentadbiran daripada tangan BN kerana ianya melihatkan BN sebagai sebuah parti politik yang sanggup memperkudakan kuasa sektor awam dan insititusi raja yang sepatutnya menegakkan prinsip keadilan dan kesaksamaan demi kepentingan politik tersendiri. Menjelang PRU-13 ini, ianya dapat dilihat bahawa kadar sokongan dan jumlah kerusi DUN yang diraih oleh PAKATAN adalah tidak selari di samping ianya turut mendedahkan kewujudan penipuan dalam pilihan raya yang membawa kesan negatif kepada ketelusan pelaksanaan PRU-13.

Pada PRU-13 ini, BN berjaya mengekalkan status politik mereka akan tetapi kejayaan tersebut diselitkan dengan kemenangan yang tipis iaitu hanya kemenangan 133 kerusi Parlimen daripada 222 kerusi Parlimen. Berbanding dengan PRU 2008, BN kali ini mengalami kehilangan sebanyak 7 kerusi Parlimen dan 31 kerusi DUN di seluruh negara. Kadar sokongan BN daripada 51.4 peratus juga menurun kepada 47.7 peratus.  Sebaliknya, kadar undi PAKATAN meningkat daripada 47.6 peratus pada tahun 2008 kepada 50.9 peratus pada tahun 2013. Lantas, ianya dapat dilihat bahawa PAKATAN berjaya meraih lebih dari separuh sokongan para pengundi. Namun, PAKATAN masih gagal untuk mengambil alih kuasa pentadbiran kerajaan pusat. Ini berpunca daripada SPR yang memainkan peranan bersekongkol dengan rejim pemerintah,  dan melaksanakan sistem pilihan raya yang tidak adil.

Kontroversi-kontroversi lain PRU-13 termasuklah dakwat kekal yang didakwa senang dicuci, pekerja asing yang disyaki turut mengundi, dakwaan SPR menandatangani borang 14 sebelum kiraan undi atau tidak memberikan salinan borang 14 selepas kiraan undi, insiden-insiden keganasan politik, dan Kelab Kebajikan Pulau Pinang 1Malaysia pro-BN yang didakwa memberikan sogokan wang tunai kepada para penduduk kawasan DUN Air Putih, iaitu kawasan yang dimenangi oleh Lim Guan Eng pada tahun 2008.

Pelbagai insiden di atas menunjukkan SPR bersifat berat sebelah dan  ini bersama faktor-faktor yang telah dinyatakan membawa BN kepada pentadbiran berterusan selama 56 tahun sambil menikmati keistimewaan-keistimewaan politik. Pada masa yang sama, BN menggunakan tipu helah tidak beretika untuk memastikan pentas persaingan antara PAKATAN dan BN tidak adil mahupun sama rata. Keadaan ini, sekali dengan sistem first-past-the-post yang mnguntungkan rejim pemerintah, akhirnya membawa kepada keputusan PRU yang tidak munsabah aneh iaitu peningkatan dalam kadar sokongan dan undian kepada PAKATAN, pada masa yang sama, jumlah kerusi DUN dikurangkan.

KPRU mempercayai bahawa jika masalah struktur melibatkan sektor awam, terutamanya SPR yang terus menuruti pucuk pimpinan BN, maka impian rakyat bagi perubahan rejim atau pertukaran kerajaan tidak akan tercapai. SPR telah mengabaikan dakwaan-dakwaan penipuan dalam pilihan raya dengan kerap. Dakwaan-dakwaan yang telah diabaikan termasuklah pendaftaran undian yang mencurigakan iaitu dakwaan pendaftaran berulang warga Sabah dan Sarawak di negeri-negeri lain, isu penyempadanan semula kawasan pilihanraya, dan dakwaan keputusan pengundi pos pengundi di luar negara dan tentera yang tidak telus.

Oleh sedemikian rupa, sistem pilihan raya yang tidak adil mengakibatkan kekalahan kepada PAKATAN walaupun PAKATAN telah meraih sokongan yang lebih daripada separuh para pengundi serta kegagalan PAKATAN untuk mengambil alih kuasa pentadbiran negara ini dengan berpaksikan prinsip demokrasi, iaitu kemenangan majoriti pengundi.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar telah didedahkan sebagai bekas ahli parti UMNO. Mereka kemudiannya menggunakan taktik pendirian “tidak ingat” dan “tidak pernah membayar yuran keahlian tahunan” sebagai alasan untuk terus menyandang jawatan-jawatan sebagai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR.

Namun, PRU-13 telah membuktikan SPR tidak boleh melaksanakan tugas-tugas mereka secara profesional kerana akibat latar belakang parti politik kedua-dua pegawai senior mereka yang mempengaruhi kebolehan melaksanakan tanggungjawab mereka secara telus. Ini adalah kerana Abdul Aziz Mohd Yusof dan Wan Ahmad Wan Omar telah membiarkan penipuan berlaku sepanjang tempoh pilihan raya PRU-13 ini tanpa sebarang perasaan bersalah.

KPRU mempercayai SPR dan JPN telah menjadi pembela kuasa pentadbiran BN sewaktu pentadbiran berterusan BN selama 56 tahun. Oleh itu, demi menegakkan prinsip-prinsip demokrasi dan pilihan raya yang adil dan saksama, SPR mestilah diperbaharui dengan menangani segala kelemahan dalam struktur organisasi dan pentadbiran. Selain itu sektor awam juga memerlukan penstrukturan semula dan menamatkan fenomena amalan kronisme.

 

Penutup

Pasca PRU-13, PAKATAN mengadakan Perhimpunan Suara Rakyat Suara Keramat di seluruh negara dan usaha PAKATAN ini berjaya meraih sambutan bersemangat daripada rakyat Malaysia. Ini menunjukkan rakyat seluruh negara menuntut sistem pilihan raya yang adil dan saksama. Di samping itu, Pasukan Siasatan PRU-13 PAKATAN dijangka membuat rayuan di mahkamah mengenai keputusan 27 kerusi Parlimen PRU-13 pada hujung bulan Mei ini.  27 kerusi Parlimen tersebut melibatkan kerusi-kerusi yang meraih kemenangan tipis termasuklah kerusi di Machang, Bentong, Pasir Gudang, Titiwangsa, Bagan Serai, Setiawangsa, Segamat, Balik Pulau, Kuala Kangsar, Kulim-Bandar Baru dan lain-lain.

Akan tetapi, sebarang peluang untuk memperbetulkan keputusan PRU-13 adalah sangat tipis di bawah rejim pentadbiran BN.  Walau bagaimanapun, perhimpunan yang diadakan di setiap negeri dan usaha PAKATAN untuk menuntut PRU yang adil di bawah undang-undang telah menonjolkan sikap tidak putus asa PAKATAN dan rakyat untuk melindungi hak-hak dan kepentingan rakyat di bawah sistem demokrasi demi masa hadapan Malaysia.

Akhir kata, KPRU berpendapat walaupun rakyat Malaysia mengidamkan PRU-14 nanti akan berjaya membawa kepada perubahan rejim atau pertukaran kerajaan bagi mengakhiri rejim BN; akan tetapi jika JPN meneruskan tindakan memberi kad pengenalan kepada warga asing dan bukannya warga Malaysia, disamping SPR terus mengabaikan tututan PAKATAN dan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) untuk mengemaskini senarai nama pengundi, menutup sebelah mata kepada insiden penipuan pilihan raya dan pihak berkuasa yang tidak menangani masalah keganasan politik, maka sebarang pertukaran kerajaan atau penukaran rejim, sebagai proses bagi negara demokrasi tidak akan berlaku di Malaysia walaupun negara ini digelar sebagai sebuah negara demokrasi.

Rakyat Malaysia kini berhadapan masalah struktur institusi awam yang genting. Sebarang reformasi atau perubahan dalam jangka masa lima tahun ini hanya akan tercapai jika BN mempunyai kesedaran untuk melakukan sebarang reformasi atau perubahan kepada masalah-masalah ini. Kegagalan atau keengganan BN untuk menyedari fakta ini hanya akan membawa kekecewaan kepada rakyat Malaysia tidak kira sama pada masa kini atau dalam jangka masa lima tahun akan datang.

 

 

Lima Sebab Kenapa PAKATAN Harus Menang di Sabah Sarawak

Badan pemikir Kajian Politik untuk Perubahan berpendapat bahawa penduduk di negeri Sabah dan Sarawak seharusnya memberi peluang kepada diri mereka untuk membawa suatu perubahan besar ke dalam hidup mereka.

Ini berikutan beberapa faktor.

Faktor utama melibatkan isu Projek IC atau Projek M yang didakwa memberi kad pengenalan bewarna biru kepada pendatang asing seperti warga Filipina, Indonesia and Pakistan. Ianya telah dikatakan jumlah pendatang asing di Sabah adalah sebanyak 1.7 juta orang di mana negeri Sabah hanya mempunyai jumlah penduduk sebanyak tiga juta orang penduduk. Kedua-dua negeri Sabah dan Sarawak telah mengalami peningkatan secara mendadak dalam jumlah penduduk bagi kedua-dua negeri tersebut. Malah menurut bekas senator di Dewan Rakyat dan ahli Dewan Undangan Negeri (DUN), Chong Eng Leong, sehingga 2012, terdapat 700,000 individu yang diberikan kewarganegaraan di bawah Projek IC dan 200,000 dari jumlah tersebut berada dalam senarai pilihan raya. Negeri Sabah pula sehingga 2012, mempunyai 926,638 orang pengundi.

Malah, Datu Agbimudin Kiram, yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu yang juga bertanggungjawab untuk pencerobohan di Lahad Datu pada bulan Februari yang lepas juga dikatakan adalah seorang bekas penjawat awam tetapi pada masa yang sama tidak memegang kad pengenalan bewarna biru. Namun, persoalaan yang timbul adalah jika Kiram tidak diberikan kad pengenalan bewarna biru, bagaimanakah Kiram dapat dilantik sebagai seorang penjawat awam?

Soal Projek IC ini menghantui rakyat negeri Sabah yang terpaksa bersaing dengan warga asing yang meraih manfaat melebihi dari warga tempatan kerana mempunyai kad pengenalan Malaysia manakala warga tempatan negeri Sabah pula diketepikan hak mereka sebagai warga Malaysia untuk memperolehi kad pengenalan Malaysia. Warga tempatan menyalahkan kerajaan BN, terutamanya bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir atas pelaksanaan Projek IC namun, sehingga kini, kerajaan BN masih enggan mengambil sebarang tindakan ke atas beliau dan mana-mana individu yang bertanggungjawab menjual hak rakyat Malaysia kepada pendatang asing dengan harga yang murah. Ini adalah walaupun Dr Mahathir pernah mempertahankan pemberian kewarganegaraan kepada warga asing di Sabah sebagai perbuatan “sah” dan menafikan sebarang pengetahuan tentang apa-apa pertimbangan politik yang terlibat.

Faktor kedua adalah kadar kemiskinan di Sabah dan Sarawak yang sehingga kini masih tidak ditangani walaupun kerajaan BN telah mentadbir kedua-dua negeri tersebut selama 56 tahun. Sehingga 2010, sebanyak 1.8 juta dari 3.225 juta populasi di Sabah hidup dalam kemiskinan. Angka ini persamaan dengan 60 peratus dari jumlah keseluruhan penduduk negeri Sabah. Kadar gaji minimum bagi negeri Sabah dan Sarawak juga lebih rendah dari kadar gaji minimum di Semenanjung Malaysia walaupun harga barangan di kedua-dua negeri tersebut adalah dua hingga tiga kali ganda dari harga barangan di Semenanjung Malaysia akibat dasar kabotaj yang dilaksanakan oleh kerajaan BN. Ianya harus diingatkan garis kemiskinan di Sabah adalah sebanyak RM1,048 dan di negeri Sarawak pula, ianya adalah sebanyak RM912. Ianya juga telah disahkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia bahawa negeri-negeri Sabah dan Sarawak merupakan negeri pertama dan negeri kedua termiskin masing-masing.

Ketua Menteri negeri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud pula menyatakan negeri Sarawak merupakan negeri ketiga terkaya dalam Malaysia. Negeri Sabah pula bertanggungjawab untuk mengeluarkan 192,000 tong minyak petroleum sehari, lantas membantu negara Malaysia meraih tempat ketiga tertinggi di rantau Asia Pasifik selepas China dan India. Begitu juga, di mana kekayaan Taib Mahmud telah meraih sebanyak USD$15 bilion, rakyat di negeri tersebut merupakan yang kedua termiskin di Malaysia.

Faktor ketiga adalah penindasan hak tanah adat orang asli di negeri Sabah dan Sarawak. Walaupun negeri Sabah dan Sarawak merupakan antara negeri-negeri yang terkaya dalam Malaysia dengan sumber-sumber asli seperti minyak, kayu balak dan minyak kelapa sawit, namun hak tanah orang asli di kedua-dua negeri tersebut terjejas akibat sifat tamak kroni-kroni kerajaan negeri Sabah dan Sarawak. Dalam satu kes di Beluran, Sabah, para penduduk kampung mengadu bahawa ketua kampung mereka membenarkan tandatangannya digunakan oleh orang luar untuk merampas tanah milik penduduk kampung tersebut pada tahun 1980-an. Tanah tersebut dijual kepada sebuah syarikat perladangan namun pihak berkuasa mengambil keputusan untuk tidak menyiasat syarikat tersebut.

Sehingga 2013, masih terdapat 200 kes di mahkamah yang masih belum diselesaikan berkenaan pencabulan ke atas tanah adat milik orang asli di Sarawak. Manakala sebuah kes di Sabah pula, iaitu di daerah Tongod, dimana 16 buah perkampungan kini berusaha untuk melawan tanah mereka sebesar 38,000 ekar dari dibangunkan untuk sebuah projek agropolitan. Ini berikutan kerajaan negeri Sabah menyatakan para penduduk di perkampungan tersebut tidak mempunyai hak ke atas tanah adat mereka.

Secara amnya, hak orang asli di Sabah dan Sarawak ditolak ke tepi oleh kerajaan BN BN sementara pendatang asing meraih segala hak milik mereka. Segala kekayaan yang sepatutnya menjadi milik orang asli di kedua-dua negeri tersebut dirampas oleh kerajaan negeri mereka. Manakala laporan Suhakam mengenai hak tanah adat orang asli dalam Malaysia sehingga kini masih tidak dikeluarkan oleh kerajaan BN walaupun ianya telah disiapkan sebelum pembubaran Parlimen Malaysia. Pengeluaran laporan tersebut disekat kerana laporan tersebut menjumpai mendapati bukti mengenai penyalahgunaan kuasa dan penipuan yang menjejaskan keadaan orang asli. Oleh kerana keengganan kerajaan BN untuk menyiarkan laporan ini kepada orang awam, Sarawak Report telah mengambil keputusan untuk menerbitkan laporan Suhakam tanpa kebenaran kerajaan BN di laman sesawangnya.

Faktor keempat adalah projek pembinaan 12 empangan di seluruh Sarawak yang dirancang oleh kerajaan BN pada Julai 2008. 12 empangan pada awalnya dirancang untuk dibina di Ulu Air, Metjawah, Belaga, Baleh, Belepeh, Lawas, Tutoh, Limbang, Baram, Murum dan Linau. Manakala empangan Batang Air akan dibesarkan. 12 empangan ini akan menambah kapasiti bekalan tenaga elektik sebanyak 600 peratus dengan penambahan kuasa elektrik yang dibekalkan oleh 2,400MW empangan Bakun. Hanya selepas penentangan hebat oleh penduduk tempatan, terutamanya orang asli tempatan, kerajaan negeri Sarawak menyatakan negeri tersebut hanya akan membina empat dari 12 empangan tersebut.

Pada tahun 2012,  kontraktor yang terlibat dalam pembinaan Empangan Murum bernilai RM3billion di tengah Sarawak diselar oleh Timbalan Menteri Kebudayaan dan Warisan Sarawak, Liwan Lagang kerana memberi layanan buruk kepada orang Penan dan Kenyah yang terjejas oleh pembinaan empangan tersebut. Kira-kira 350 orang Penan, wanita dan kanak-kanak berkhemah menyekat jalan-jalan ke tapak empangan. Manakala pembinaan Bakun pula berjaya menarik lebih 200 saman yang difailkan terhadap projek pembinaan Bakun. Malah penempatan semula di Sungai Asap yang dibuka selepas pembinaan empangan Bakun telah mendapat reputasi sebagai sebuah kawasan setinggan yang mana keadaannya lebih teruk dari penempatan asal kaum Penan.

Manakala bagi pembinaan empangan Murum, rancangan penempatan semula kaum Penan melibatkan kaum Penan akan dipindahkan di kawasan-kawasan terpencil, di kawasan pinggiran perladangan kelapa sawit, di mana mereka dihalang untuk membuka ladang atau kebun milik sendiri dan menjana pendapatan sendiri. Juga, bagi dua tahun pertama, setiap keluarga akan dibayar sebanyak RM850 sebulan dan RM500 sebulan bagi dua tahun seterusnya. Selepas empat tahun ini, tiada sebarang pembayaran akan dibuat kepada kaum Penan. Malah 14 hektar tanah yang diberikan kepada kaum Penan bukan sahaja tanah berkualiti rendah ianya juga telah dirampas oleh syarikat perladangan kelapa sawit.

Faktor terakhir adalah penyakit rasuah oleh kedua-dua Ketua Menteri Sabah dan Sarawak.

Pada tahun 2012, ianya telah ditemui bahawa Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman mempunyai akaun bank di Swiss Bank UBS di Hong Kong bernilai USD$29.6 juta. Ini berikutan penahanan Michael Chia (Chia Tien Foh) yang ditangkap pada tahun 2008 kerana cuba menyeludup sebanyak SG$16 juta atau RM40 juta wang tunai ke dalam Malaysia dari Hong Kong. Namun siasatan kerjasama antara Hong Kong dan Malaysia telah dihalang oleh Pendakwa Raya Malaysia, Abdul Gani Pattail yang merupakan kawan rapat Musa Aman. Pada tahun 2012, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membebaskan Musa Aman dari dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram (money laundering) ke atas wang sebanyak RM40 juta di mana menurut SPRM, wang tersebut adalah bertujuan untuk kegunaan Umno Sabah.

Ini menunjukkan kerajaan negeri Sabah walaupun antara yang terkaya, tujuan and punca wang tersebut masih menjadi tanda tanya rakyat Malaysia. Apabila rakyat tempatan negeri Sabah sengsara kerana kemiskinan, kerajaan negeri Sabah dengan gembiranya dan tanpa mempunyai sebarang perasaan serba salah menyalurkan wang sebanyak RM40 juta bagi kegunaan parti politik walhal wang tersebut merupakan hak milik rakyat Sabah dan bukannya kerajaan negeri Sabah atau parti politik Umno.

Manakala bagi negeri Sarawak pula, selama 32 tahun mentadbir, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud telah meraih kekayaan sebanyak USD$15 bilion, menjadikan beliau antara individu terkaya di Malaysia. Selepas video dari Global Witness menunjukkan ahli keluarga Taib Mahmud dan peguam keluarganya dengan jelas dan bangga melakukan amalan rasuah, Taib Mahmud mengambil keputusan untuk menegaskan beliau tidak akan bekerjasama dengan SPRM dan menurut beliau, beliau mempercayai SPRM merupakan sebuah badan kerajaan yang tidak jujur dan nakal. SPRM sebagai balasan pula, telah memilih untuk tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Taib Mahmud mahupun ahli keluarga dan peguam beliau. Begitu juga ketiadaan jawapan dari kerajaan BN mahupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Individu seperti Musa Aman dan Taib Mahmud berpendapat mereka tidak tertakluk kepada undang-undang negara. Undang-undang negara hanya terpakai kpada mereka jika ianya membawa manfaat kepada mereka. Rakyat negeri Sabah dan Sarawak mempunyai peluang untuk bangkit menentang ketidakadilan kerajaan-kerajaan negeri Sabah dan Sarawak.

Orang asli tempatan Sarawak telah bangkit menentang pembinaan 12 empangan di Sarawak di mana akhirnya kerajaan negeri Sarawak bersetuju untuk membina hanya 4 dari 12 empangan tersebut. Warga negeri Sabah pula telah mula bangkit mementang Projek IC yang dilaksanakan oleh kerajaan BN.

Walaupun ianya merupakan suatu objektif yang sukar untuk dicapai, ianya tidak mustahil. Negeri-negeri Sabah dan Sarawak merupakan antara negeri-negeri terkaya di Malaysia dengan kekayaan sumber asli. Biarlah rakyat sebenar negeri Sabah dan Sarawak merasai kekayaan tersebut dan bukannya individu-individu seperti Musa Aman dan Taib Mahmud. PRU13 merupakan masa yang paling sesuai untuk rakyat negeri Sabah dan Sarawk mengambil semula hak mereka akan tetapi, mereka perlu mengambil keputusan untuk melakukan perubahan demi diri mereka dan masa hadapan anak-anak mereka.