PERBELANJAAN MELEBIHI PERUNTUKAN[1]
Adalah didapati kerajaan berbelanja melebihi peruntukan mengikut objek am. Jumlah perbelanjaan melebihi peruntukan adalah sebanyak RM4.8 bilion, seperti di bawah:
Perkara
(Rm juta) |
2005 | 2006 | 2007 | 2008 | 2009 |
Perbelanjaan Tanpa Peruntukan | 20.45 | 4.98 | 8.92 | 0.52 | 45.49 |
Perbelanjaan Melebihi Peruntukan | 2,608.80 | 4,077.53 | 2,238.94 | 5,700.43 | 4,830.80 |
Tambahan Peruntukan Tidak Dibelanjakan | 115.61 | 502.30 | 285.49 | 48.23 | 62.20 |
Hasil analisis tersebut mendapati 118 kes di mana perbelanjaan tanpa peruntukan dan perbelanjaan melebihi peruntukan yang melibatkan bayaran selain emolumen.
Sebanyak 109 kes perbelanjaan melebihi peruntukan berjumlah RM527.43 juta telah berlaku di 24 Kementerian/Jabatan bagi bayaran bekalan, perolehan aset serta pemberian dan kenaan bayaran tetap.
Semakan Audit mendapati secara keseluruhannya, 11 Kementerian/Jabatan telah berbelanja RM3.61 bilion melebihi peruntukan keseluruhannya yang diluluskan untuk Kementerian/Jabatan berkenaan. Antara Kementerian yang jauh lebih berbelanja adalah:
Kementerian / Jabatan | Peruntukan Muktamad (RM juta) | Perbelanjaan Sebenar (Jumlah) | Perbelanjaan Sebenar (%) | Varian (%) |
Jabatan Perkhidmatan Awam | 1,800.16 | 2,087.90 | 116 | (287.74) |
Kementerian Kesihatan | 11,863.17 | 12,173.09 | 102.6 | (309.92) |
Kementerian Pertahanan | 10650.50 | 11,311.44 | 106.2 | (660.94) |
Kementerian Dalam Negeri | 7,149.05 | 7,818.60 | 109.4 | (669.55) |
Kementerian Pelajaran Malaysia | 27,350.30 | 28,822.70 | 105.4 | (1,472.40) |
PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI KEDUA – KEMENTERIAN PELAJARAN POHON PROJEK TETAPI TIDAK MELAKSANAKANNYA[2]
Kementerian Pelajaran Malaysia menambah projek daripada 6 kepada 21 projek.
Daripada 118 projek di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua, 110 projek telah dilaksanakan manakala 8 projek di bawah Kementerian Pelajaran tidak dilaksanakan.
AKAUN BELUM TERIMA KERAJAAN PERSEKUTUAN MELAMBUNG TINGGI[3]
Akaun Belum Terima (ABT) Kerajaan Persekutuan bertambah daripada RM12.06 bilion pada akhir tahun 2005 menjadi RM21.93 bilion (81.8%) pada akhir tahun 2009.
Sebanyak 53 Kementerian/Jabatan/Agensi mempunyai tunggakan berjumlah RM21.93 bilion. Tunggakan bagi 6 Kementerian/Jabatan sahaja adalah berjumlah RM21.69 bilion (98.9%).
Kementerian/Jabatan (RM juta) | 2008 | 2009 |
Perbendaharaan Malaysia | 11,648.62 | 11,279.02 |
LHDN | 9,798.93 | 9,249.77 |
Jabatan Perkhidmatan Awam | 814.47 | 434.39 |
Kementerian Pelajaran | 312.30 | 303.66 |
Jabatan Kastam Diraja Malaysia | 259.83 | 267.92 |
Kementerian Kesihatan | 123.05 | 152.28 |
22,957.20 | 21,687.04 |
TUNGGAKAN BAYARAN BALIK PINJAMAN BADAN BERKANUN RM2.15 BILION[4]
98 daripada (31.8%) 308 pinjaman kepada Badan Berkanun mempunyai tunggakan bayaran balik pinjaman berjumlah RM2.15 bilion pada akhir tahun 2009.
Perbadanan Aset Keretapi mempunyai tunggakan yang tertinggi iatu berjumlah RM1.02 bilion.
TUNGGAKAN BAYARAN BALIK PINJAMAN SYARIKAT KERAJAAN/BUKAN KERAJAAN RM3.25 BILION[5]
Sebanyak 32 (45.7%) daripada 70 pinjaman yang disalurkan kepada syarikat yang mempunyai tunggakan bayaran balik pinjaman dengan tempoh tunggakan antara 1 hingga 10 tahun. Tunggakan bayaran balik pinjaman bagi syarikat Kerajaan dan bukan Kerajaan pada akhir tahun 2009 adalah berjumlah RM3.25 bilion.
Perwaja Terengganu Sdn. Bhd. dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mempunyai tunggakan tertinggi iaitu RM1.8 bilion dan RM600.72 juta masing-masing.
TUNGGAKAN PINJAMAN GLC DAN BADAN BERKANUN ADALAH JAUH LEBIH TINGGI DARIPADA TUNGGAKAN PINJAMAN KERAJAAN NEGERI
Jumlah pinjaman belum selesai Syarikat Kerajaan/Bukan Kerajaan (RM22.9 bilion) adalah 25% lebih daripada jumlah pinjaman kepada Kerajaan Negeri (RM18.3 bilion). Adakah GLC lebih penting daripada rakyat di negeri?
Jumlah tunggakan bayaran balik pinjaman Syarikat Kerajaan/Bukan Kerajaan dan Badan Berkanun (RM5.4 bilion) adalah 17% lebih tinggi daripada jumlah tunggakan Kerajaan Negeri (RM4.6 bilion).
Peminjam | Pinjaman Belum Selesai Pada 31.12.2009 | Tunggakan Bayaran Balik Pinjaman Pada | |
(RM juta) | 31.12.2008 | 31.12.2009 | |
Syarikat Kerajaan/Bukan Kerajaan | 22,880.16 | 4,221.65 | 3,251.20 |
Kerajaan Negeri | 18,314.69 | 4,081.17 | 4,623.18 |
Badan Berkanun | 7,787.07 | 2,192.65 | 2,154.78 |
Pelbagai Agensi | 2,375.63 | 164.56 | 126.78 |
PINJAMAN YANG DIJAMIN OLEH KERAJAAN MENINGKAT SECARA DRASTIK[6]
Jumlah pinjaman yang diberi jaminan oleh Kerajaan Persekutuan telah meningkat sebanyak RM15.08 bilion (21.8%) berbanding dengan tahun 2008 yang berjumlah RM69.23 bilion. Jumlah jaminan RM84.3 bilion itu adalah sebanyak 16% daripada KDNK Malaysia.[7]
Berbanding dengan tahun 2005, jumlah jaminan hutang pada tahun 2009 telah melonjat sebanyak 51%!
Tahun
(RM juta) |
Pinjaman Dalam Negeri | Pinjaman Luar Negeri | Jumlah Pinjaman yang Dijamin | Peningkatan / (Penurunan) | Peningkatan / (Penurunan) |
2005 | 38,101.82 | 17,579.03 | 55,680.85 | 2,343.12 | 4.4% |
2006 | 38,857.10 | 20,457.01 | 59,314.11 | 3,633.26 | 6.5% |
2007 | 44,700.10 | 17,848.43 | 62,548.53 | 3,234.42 | 5.5% |
2008 | 59,336.19 | 9,899.52 | 69,235.71 | 6,687.18 | 10.7% |
2009 | 75,676.91 | 8,637.74 | 84,314.65 | 15,078.94 | 21.8% |
Peningkatan jaminan berjumlah RM15.08 bilion pada akhir tahun 2009 terutamanya adalah disebabkan jaminan yang diberi oleh Kerajaan terhadap pinjaman yang dibuat oleh Valuecap Sdn. Bhd. dan PTPTN yang berjumlah RM8 bilion. Selain daripada itu, ia juga disebabkan jaminan yang diberi oleh kerajaan kepada 1Malaysia Development Berhad dan Syarikat Prasarana Negara Berhad untuk menerbitkan Islamic Medium Term Note yang bernilai RM7 bilion.
Peminjam | Baki Pinjaman yang Dijamin pada Akhir Tahun | |
2008 (RM juta) | 2009 (RM juta) | |
Badan Berkanun | ||
PTPTN | 11,000.00 | 14,000.00 |
Syarikat | ||
Presarana Negara Berhad | 7,101.00 | 9,101.00 |
1Malaysia Development Berhad | – | 5,000.00 |
ValueCap Sdn. Bhd. | – | 5,000.00 |
Jumlah Kecil | 18,101.00 | 33,101.00 |
Badan Berkanun dan Syarikat Lain | 51,134.71 | 51,213.65 |
Jumlah Keseluruhan | 69,235.71 | 84,314.65 |
Sejumlah besar jaminan pinjaman adalah kepada PTPTN, 1MDB dan ValueCap. Apakah peranan mereka dalam pembangunan negara, apakah status kewangan mereka sekarang, dan adakah operasi mereka telus dan sedia disemak oleh rakyat?
Adalah didapati bahawa hutang luar negeri telah menurun dari RM17.6 bilion pada tahun 2005 kepada RM8.6 bilion pada tahun 2009. Pada masa yang sama, pinjaman dalam negeri telah meningkat dari RM38.2 bilion kepada RM75.7 bilion dalam tempoh yang sama.
Nilai tukaran mata wang Ringgit Malaysia telah meningkat daripada RM3.80/AS$ kepada RM3.1/AS$, ataupun sebanyak 19%.[8] Ini bermakna jika pinjaman luar negeri dan bukan dalam negeri dibuat antara tahun 2005 hingga 2009, kerajaan dapat menjimatkan 20% daripada jumlah pinjaman, iaitu lebih kurang RM7-8 bilion.
KECEKAPAN JABATAN PERDANA MENTERI
Adalah didapati bahawa tempoh yang diambil oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk menghantar laporan siasatan kepada perbendaharaan Malaysia adalah yang terlama, iaitu selama 52 hingga 361 hari.[9] Adakah ini menunjukkan kecekapan JPM rendah akibat perkembangan saiznya yang tidak terbatas?
INISIATIF PEMBIAYAAN SWASTA (PFI) GAGAL[10]
Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan RM20 bilion kepada 17 Kementerian/Jabatan untuk membiayai projek pembangunan di bawah RMKe-9. Sehingga 31 Dis 2009, sejumlah RM12.62 bilion sumber dana diterima daripada Syarikat Pembinaan PFI Sdn. Bhd. di mana RM6.63 bilion atau 52.5% daripadanya telah dibelanjakan.
Semakan audit mendapati 7 Kementerian/Jabatan yang telah diluluskan peruntukan perbelanjaan berjumlah RM1.68 bilion untuk membiayai 71 projek langsung tidak dibelanjakan sehingga tahun 2009.
Daripada RM20 bilion yang diperuntukkan, hanya RM12.62 bilion yang diterima, dan hanya RM6.63 bilion yang dibelanjakan.
Perbelanjaan yang rendah menunjukkan usaha sama dengan pihak swasta tidak berjaya. Pada kata lain, pihak swasta tidak berminat dengan projek PFI walaupun kerajaan telah memperuntukkan RM20 bilion dan memberikan pelbagai jaminan.
TUNGGAKAN PINJAMAN PERUMAHAN MAKIN PARAH (RM44.09 BILION)
Pada akhir tahun 2009, baki pinjaman perumahan yang belum selesai adalah berjumlah RM44.09 bilion.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 426,182 pinjaman dengan baki RM23.10 bilion telah dijual kepada Cagamas MBS Berhad melalui pensekuritian.
Persoalannya, bank manakah yang menjalankan urusan pengsekuritian, apakah tujuan pengsekuritian dan adakah tunggakan pinjaman tersebut sudah tidak boleh ditebus sehingga perlu disekuritikan?
Selepas pengsekuritian, Bahagian Pinjaman Perumahan mempunyai 473,389 peminjam dengan baki pinjaman belum selesai berjumlah RM20.99 bilion, ataupun bersamaan dengan 210 kali peruntukan kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli bagi tahun 2011.
Tahun | Bilangan Peminjam | Peningkatan/(Penurunan) | |||
Bilangan Peminjam | Baki Pinjaman Belum Selesai
(RM Juta) |
Bilangan Peminjam | Baki Pinjaman Belum Selesai | ||
(RM juta) | (%) | ||||
2005 | 596,709 | 22,776.23 | 15.2% | (3,154.07) | 12.2% |
2006 | 626,197 | 25,647.05 | 4.9% | 2,870.82 | 12.6% |
2007 | 541,172 | 20,282.03 | -13.6% | (5,365.02) | -20.9% |
2008 | 494,367 | 20,495.22 | -8.6% | 213.19 | 1.1% |
2009 | 473,389 | 20,991.76 | -4.2% | 496.54 | 2.4% |
[1] Laporan Ketua Audit Negara, m.s 13
[2] Laporan Ketua Audit, m.s 23,24
[3] Laporan Ketua Audit, m.s 27
[4] Laporan Ketua Audit, m.s 34
[5] Laporan Ketua Audit, m.s 35
[6] Laporan Ketua Audit, m.s 39
[7]http://www.statistics.gov.my/portal/index.php?option=com_content&view=article&id=53:gross-domestic-product-gross-national-income-updated-18082010&catid=35:key-statistics&Itemid=53&lang=en
[9] Laporan Ketua Audit, m.s 46
[10] Laporan Ketua Audit, m.s 47