KPRU: LALUAN EKSKLUSIF BAS SEPANJANG 212KM DAPAT DIBINA JIKA KETIRISAN RM4.24 BILION MRT DIJIMATKAN

Baru-baru ini, Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) mengambil tahu bahawa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sejak Februari 2011 telah menganjurkan lebih daripada 30 sesi perundingan awam berkenaan dengan isu pembinaan MRT,[1] dan diikuti dengan acara pecah tanah pada 8 Julai 2011.[2]

Pelbagai cadangan dan pandangan kritikal telah dilontarkan oleh pelbagai pihak berhubung isu pengangkutan awam, khasnya projek MRT yang bakal dilaksanakan. KPRU tidak berhasrat membuat ulangan di sini. Sementara langkah-langkah seperti perundingan awam yang bersifat ”konsultatif” tersebut merupakan satu perkembangan positif (terutamanya berbanding dengan pelaksanaan projek-projek sebelum itu seperti projek Star-LRT, Putra-LRT dan Monorail yang dilaksanakan dalam keadaan yang penuh dengan kerahsiaan dan keraguan), KPRU menganggap bahawa bentuk perundingan sebegitu masih jauh ketinggalan dalam penerapan dan penonjolan prinsip tadbir urus yang baik, malah lebih cenderung kepada ’sesi pameran sebelum pembinaan’.

Secara keseluruhan, aspek ketelusan dan perbelanjaan berhemat belum diberi penekanan cukup oleh SPAD bagi memastikan projek raksaksa tersebut dapat dilaksanakan secara rancak dan tanpa kemusykilan.

Mengikut Laporan Kajian CIMB, berasaskan kos RM353 juta sekilometer, kos pembinaan MRT akan mencecah RM53 bilion.[3] KPRU ingin menekankan bahawa RM53 bilion tersebut akan terjelma kepada beban hutang sebanyak RM14,096 oleh setiap pembayar cukai.[4] Projek MRT bukan sahaja merupakan projek terbesar dalam sejarah Malaysia, malah jika tidak diuruskan secara berhati-hati, projek tersebut berkemungkinan menjadi hutang terbesar dalam sejarah negara kita.

Kerajaan sehingga hari ini masih belum menjelaskan mengapakah projek ini tidak dianugerahkan melalui proses bidaan terbuka yang profesional. Perkembangan terbaru, kontrak Penilaian Kejuruteraan Bebas (Independent Check Engineer, ICE)  telah dianugerahkan kepada konsortium yang bernama HSS Integrated Sdn. Bhd. (HSSI) secara rundingan terus yang dikatakan penuh dengan ’tipu muslihat dan komplot’.[5]

Pengajaran pahit projek pembinaan, penswastaan dan nasionalisasi semula LRT  yang berlangsung sedekad lalu telah menunjukkan bahawa kos pembinaan akan melambung tinggi apabila projek dijalankan tanpa unsur ketelusan dan kebertanggungjawaban. Kajian Jeff Tan (2008) menunjukkan bahawa tanpa proses bidaan terbuka, Projek monorail di Malaysia melihatkan kelebihan kos sebanyak 8% hingga 53% jika dibandingkan dengan negara jiran, seperti yang ditunjukkan di bawah:

Projek Kos sekilometer (AS$) Kelebihan Kos (%)
KL Monorail 37.1
LRT Singapura 15.9 – 24.2 53%
Manila 34.3 8%

(Sumber: Privatization in Malaysia: Regulation, rent-seeking and policy failure, Jeff Tan, 2008)

Sementera itu, kos pembinaan Projek Putra-LRT di Kuala Lumpur adalah 10% lebih tinggi daripada Projek MRT Singapura, iaitu AS$39.5 juta berbanding dengan AS$36 juta sekilometer. Pada halnya, bahagian jajaran terowong Putra-LRT hanya sekadar 15%, berbanding dengan MRT Singapura yang mempunyai 28% jajaran bawah tanah.[6]

Maka jika pengiraan konservatif digunapakai, KPRU mendapati bahawa proses bidaan yang telus dan professional akan dapat menjimatkan sekurang-kurangnya 8% daripada RM53 bilion kos pembinaan MRT, iaitu lebih kurang RM4.24 bilion.

Adakah RM4.24 bilion itu suatu angka yang besar? Untuk tujuan perbandingan, ingin dibangkitkan di sini laungan sebuah badan bukan kerajaan bernama TRANSIT supaya diwujudkan Sistem Transit Rapid Bas (BRT), iaitu peningkatan tahap perkhidmatan bas supaya setaraf dengan rel melalui perwujudan laluan eksklusif serta pengubahsuaian infrastruktur jalan, jadual dan kenderaan. Berbanding dengan MRT yang menelan kos RM353 juta sekilometer, kos pembinaan BRT adalah hanya lebih kurang RM20 juta sekilometer sahaja.[7]

Oleh itu, penjimatan sebanyak RM4.24 bilion tersebut jika digunakan untuk melengkapkan sistem pengangkutan awam di sekitar Lembah Klang dengan BRT, kita akan dapat membina jajaran BRT sepanjang 212 km, iaitu hampir 4 kali lebih panjang daripada jajaran MRT Sungai Buloh-Kajang.[8]

KPRU ingin membuat dua penekanan di sini, iaitu:

  1. Perbelanjaan berhemat adalah perkara yang penting sekali untuk mengelakkan ketirisan dan kebocoran, terutamanya dalam pengurusan projek besar seperti MRT.
  2. MRT bukan satu-satu penyelesaian kepada kemelut sistem pengangkutan awam sekarang. Integrasi dan penambahan model pengangkutan awam lain di bawah satu dasar pengangkutan yang holistik dan mampan adalah jauh lebih penting.

Mengapakah kerajaan tidak mengamalkan perbelanjaan berhemat? Mengapakah bidaan terbuka tidak digunapakai? Mengapakah kerajaan tidak menaiktarafkan model pengangkutan awam lain seperti BRT mulai sekarang? Dengan persoalan-persoalan tersebut yang tidak terjawab, terbukti kerajaan gagal memenuhi kedua-dua kriteria di atas. Yang pertama berkaitan dengan kepentingan pihak tertentu, dan yang kedua memerlukan usaha dan pihak pengurusan pengangkutan awam yang profesional.

Kerajaan sanggup membiarkan ketirisan sekurang-kurangnya RM4.24 bilion dibazirkan begitu sahaja, tetapi tidak berupaya mencari penyelesaian kos rendah lain kepada isu pengangkutan awam yang telah membelenggu rakyat Malaysia selama lebih 20 tahun ini. Apa yang lebih diutamakan adalah pembinaan infrastruktur raksaksa dan projek mega, seumpama apa yang dilakukan dahulu. Bukankah daripada kes ini, jelas bahawa kerajaan tidak mempunyai keazaman politik untuk mengatasi masalah naungan politik dan rent-seeking?

Akhir kata, KPRU bukan berbicara mengenai soal bidaan terbuka secara membuta tuli tanpa mengambil kira aspek pemindahan teknologi, pendedahan dan pembangunan kapasiti syarikat tempatan. Apa yang membimbangkan KPRU dan rakyat adalah ketidaktelusan dan rundingan belakang pintu yang akhirnya memanfaatkan segelintir elit atasan, tetapi merugikan seluruh rakyat, para pembayar cukai mahupun pengusaha-pengusaha tempatan.

Dengan dasar pelaksanaan dan ketetapan kriteria yang tepat, projek ini mungkin menjadi pemangkin untuk meningkatkan daya saing dan kemampuan syarikat tempatan. Namun, tanpa dasar pengangkutan awam secara keseluruhan dan perancangan mampan, projek MRT tidak dapat menyelesaikan masalah pengangkutan awam yang menghantui Klang Valley sekian lama khususnya semenjak pengenalan projek kereta nasional!

Nota: Kenyataan ini dikeluarkan pada 20 Mei 2011 dan pembetulan telah dibuat pada 23 Mei 2011. Versi terbaru adalah seperti di atas.

Advertisements

2 thoughts on “KPRU: LALUAN EKSKLUSIF BAS SEPANJANG 212KM DAPAT DIBINA JIKA KETIRISAN RM4.24 BILION MRT DIJIMATKAN

  1. A few good points made, but the article somewhat fails to address some fundamental issues.

    I’ll keep this brief and ask these questions:
    – How is BRT going to be implemented given the complexity of KL’s road?
    – How are the roads going to be gazetted?
    – Are the roads going to be gazetted?
    – What will then be the cost of doing so?

    My thoughts is that the cost for BRT at the very end of the day, may not even justify implementing it. While I agree without a doubt that the cost of MRT is uncomprehendingly expensive, and everything in between that, but I do subscribe that building up and/or down (underground) may be the only choice, that said a cost analysis needs to be done! both in dollar figures and also from a societal impact point of view.

    I agree with everything mentioned in this article, but unfortunately I will still ask one fundamental question, and so? what will then be the solution? (which goes back to my above four points). The issue in hand is there must be a mechanism to check and balance as mentioned somewhere in this article, however, i see very little substance to suggest any viable alternative (at this point in time).

    I would suggest that this article remains as a work-in-progress – maybe to research a little more from the perspective of highway costing to determine cost of land acquisitions and maintenance and land law pertaining BRT, to give BRT the substantiation it is deprived off. You have established that MRT is expensive, now maybe to substantiate BRT is the way to go – that I believe is what is lacking in this article.

    Nonetheless a very informative piece, good job!

  2. The stated cost as to date of the MRT project is about RM33 billion.
    The fee for the Consultant is at 2% ( this figure the government picked from thin air) amounts to RM720 million, this is just for the Independent Check Engineer (ICE) fee.

    There must be detail breakdown on how the government get this figure, if not the rakyat will be taken for a ride!

    Let me give some idea on the more probable amount.

    Let say the consultant employs 100 engineers ( from new to very experienced) the top king engineers are very few maybe 2 or 3 of them. These 100 engineers, salaries ranges from RM3000 to RM9000 average say RM6000

    Let say they have worked on this project to study, design, assess, consider the impact, survey the route and so on for 12 months.

    Bosses salary say 3people @ RM100K = RM 3,600,000
    Engineers salary say 6000 X 100 X 12 = RM 7,200,000
    Survey cost say @ RM20,000 X 31 km = RM 620,000
    Stationery/Printing/ Office cosumables = RM 240,000 (RM 20K per month)
    Office overhead say = RM 240,000 ( ditto)
    Studies say 5 studies at RM 1 million = RM 5,000,000
    Contingencies say =RM 2,000,000 (legal/testing/accidents/insurance etc)
    TOTAL =RM 18,900,000
    Plus 10% profit =RM 1,890,000
    GRAND TOTAL = RM 20,790,000

    Worst case scenario:

    Say cost overun to double the amount, the total amount is now RM 41,580,000

    So the government is so kind, then give the Consultant a Lump Sum say RM 50 million.

    Therefore RM720,000,000 does doesn’t make sense!!!

    Then there will be another fee for the Project Management Team. This will be another billion may be. But still ridiculous.

    Then there will be another under the table Fee.

    What do you have to say about this.

    Regards

    Nawawi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s