RESEARCH OFFICER VACANCY (ONE) & RESEARCH ASSISTANT VACANCY (ONE)

RESEARCH OFFICER VACANCY (ONE) & RESEARCH ASSISTANT VACANCY (ONE)

Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU – Political Studies for Change,政改研究所)

Klang Valley

Main requirements include:-

  • Able to converse and write in Bahasa Melayu and English (Mandarin is an added advantage);
  • Have a strong interest in socio-political and economic issues;
  • Knowledge of economic principles is an advantage;
  • Able to work independently;
  • Relevant degree holder or related working experience.

Main responsibilities include:-

  • Dealing with parliamentary research and related matters;
  • Doing research on strategic issues and analyzing policy.

Interested? Email resume to ooheng@hotmail.com before 21st July 2011.

Advertisements

SIFAT UTAMA RUU PERBEKALAN TAMBAHAN (2011) 2011

SIFAT 1: PEMBIAYAAN SUBSIDI MENONJOL SEKALI

59.2% daripada peruntukan perbekalan tambahan (2011) 2011 digunakan untuk menampung pembiayaan berbentuk subsidi sementara pembiayaan bukan berbentuk subsidi mencakupi 40.8%.

Pembiayaan berbentuk subsidi merangkumi Maksud B.11 (Perkhidmatan Am Perbendaharaan – Kementerian Kewangan), Maksud B.20 (Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi) dan Maksud B.21 (Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani).

Jika dikeluarkan maksud-maksud pembiayaan berbentuk subsidi daripada RUU ini, peruntukan terbanyak dituntut oleh Kementerian Pelajaran (RM1.540 bilion), diikuti Kementerian Kesihatan (RM1.038 bilion) dan Kementerian Pertahanan (RM493.298 juta).

Dengan kata lain, apabila pembiayaan bukan berbentuk subsidi dianggap sebagai seratus peratus, maka peratusan peruntukan terbesar yang dituntut oleh tiga kementerian di atas adalah masing-masing: Kementerian Pelajaran (28.6%), Kementerian Kesihatan (19.3%) dan Kementerian Pertahanan (9.2%).

ANGGARAN PERBELANJAAN MENGURUS TAMBAHAN PERTAMA, 2011 MENGIKUT KEMENTERIAN

Kementerian  Perbekalan Tambahan (RM) Peratusan
Jabatan Perdana Menteri (termasuk Parlimen)  329,688,200 2.5%
Kementerian Kewangan (Perkhidmatan Am Perbendaharaan)  6,000,000,000 45.5%
Kementerian Luar Negeri  27,980,000 0.2%
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi 786,200,000 6.0%
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani 1,383,802,500 10.5%
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah 213,300,000 1.6%
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar 38,500,000 0.3%
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri 13,123,000 0.1%
Kementerian Kerja Raya 100,000,000 0.8%
Kementerian Pengangkutan 198,740,000 1.5%
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi 7,730,000 0.1%
Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar 15,000,000 0.1%
Kementerian Pelajaran 1,540,369,000 11.7%
Kementerian Kesihatan 1,037,800,000 7.9%
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan 442,149,000 3.4%
Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan 70,283,700 0.5%
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat 458,750,000 3.5%
Kementerian Pertahanan 493,297,600 3.7%
Kementerian Dalam Negeri 30,000,000 0.2%
Jumlah 13,186,713,000 100.0%

ANGGARAN PERBELANJAAN MENGURUS TAMBAHAN PERTAMA, 2011 MENGIKUT KEMENTERIAN (PERBEKALAN BUKAN BERBENTUK SUBSIDI – SELEPAS SUBSIDI DIKELUARKAN)

Kementerian Perbekalan Tambahan (RM) Peratusan
Jabatan Perdana Menteri (termasuk Parlimen) 329,688,200 6.1%
Kementerian Kewangan (Perkhidmatan Am Perbendaharaan) 250,000,000 4.6%
Kementerian Luar Negeri 27,980,000 0.5%
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi 86,200,000 1.6%
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani 24,700,000 0.5%
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah 213,300,000 4.0%
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar 38,500,000 0.7%
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri 13,123,000 0.2%
Kementerian Kerja Raya 100,000,000 1.9%
Kementerian Pengangkutan 198,740,000 3.7%
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi 7,730,000 0.1%
Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar 15,000,000 0.3%
Kementerian Pelajaran 1,540,369,000 28.6%
Kementerian Kesihatan 1,037,800,000 19.3%
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan 442,149,000 8.2%
Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan 70,283,700 1.3%
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat 458,750,000 8.5%
Kementerian Pertahanan 493,297,600 9.2%
Kementerian Dalam Negeri 30,000,000 0.6%
Jumlah 5,377,610,500 100.0%

ANGGARAN PERBELANJAAN MENGURUS TAMBAHAN PERTAMA, 2011 MENGIKUT KEMENTERIAN (PERBEKALAN BERBENTUK SUBSIDI)

Butiran Subsidi Perbekalan Tambahan (RM)
Tuntutan subsidi barangan petroleum 5,600,000,000
Subsidi bagi pengecualian bil elektrik bulanan 150,000,000
Pembayaran bekalan beras subsidi ST15% 488,000,000
Subsidi Baja Padi dan Insentif Peningkatan Hasil Padi 471,102,500
Bekalan Makanan Negara 400,000,000
Skim Penstabilan Minyak Masak 700,000,000
7,809,102,500

PERATUSAN PERBEKALAN TAMBAHAN SUBSIDI/BUKAN SUBSIDI

Butiran  Jumlah Peratusan
Perbekalan bukan berbentuk subsidi                                5,377,610,500 40.8%
Perbekalan berbentuk subsidi                                7,809,102,500 59.2%
Jumlah                              13,186,713,000 100.0%

59.2% daripada perbekalan berbentuk subsidi. Bukankah kerajaan sedang menjalankan Program Rasionalisasi Subsidi yang mengatakan bahawa:[1]

  • Peningkatan bahan api RM0.1/liter  setiap 6 bulan
  • Peningkatan 20% LPG setiap tahun

Nampaknya dasar kerajaan tidak seiras dengan PEMANDU di bawah Jabatan Perdana Menteri. Apakah dasar yang dilaksanakan oleh PEMANDU sekadar merupakan ”dasar peribadi Perdana Menteri” tanpa dihayati kementerian-kementerian lain?

SIFAT 2: PERUNTUKAN TERTINGGI DALAM SEJARAH BELANJAWAN TAHUNAN MALAYSIA

Jumlah keseluruhan peruntukan bagi perbelanjaan negara sepanjang tahun 2010 adalah sebanyak RM218.794 bilion. Jumlah ini merupakan hasil campuran anggaran peruntukan Belanjawan 2010 dengan peruntukan Perbekalan Tambahan sebanyak dua kali.

Setakat ini, jumlah peruntukan bagi perbelanjaan  negara tahun 2011 adalah sebanyak RM227.174 bilion. Jumlah ini merupakan hasil campuran anggaran peruntukan Belanjawan 2011 dengan peruntukan Perbekalan Tambahan yang dikemukakan dalam sidang dewan kali ini (Sidang Dewan Rakyat Jun 2011).

Perbandingan kedua-dua jumlah di atas menunjukkan bahawa, jumlah peruntukan bagi perbelanjaan negara tahun 2011 setakat ini telah melebihi tahun 2010 sebanyak RM8.380 bilion atau bersamaan dengan perbezaan sebanyak 3.8%.

Perbandingan tersebut juga menunjukkan bahawa, setelah dewan yang mulia ini meluluskan RUU Perbekalan Tambahan (2011) 2011, peruntukan Belanjawan 2011 termasuk Perbekalan Tambahan kali ini mecatatkan jumlah peruntukan tertinggi dalam sejarah belanjawan tahunan negara ini.

PERUNTUKAN SEBENAR BAGI PERBELANJAAN NEGARA TAHUN 2010

Perkara (RM Juta) Belanjawan 2010 (anggaran) Perbekalan Tambahan Pertama Perbekalan Tambahan Kedua Peruntukan 2010 (termasuk 2 kali perbekalan tambahan)
Perbelanjaan Mengurus 138,279 9,265 13,271 160,815
Perbelanjaan Pembangunan 53,220 2,812 1,947 57,979
Jumlah 191,499 12,077 15,218 218,794

PERUNTUKAN SEBENAR BAGI PERBELANJAAN NEGARA TAHUN 2011 (SETAKAT INI)

Perkara (RM Juta) Belanjawan 2011 (anggaran) Perbekalan Tambahan Pertama (kali ini) Peruntukan 2011 setakat ini (termasuk Perbekalan Tambahan kali ini) Peratus Pertambahan Peruntukan Bagi Tahun 2011 (%)
Perbelanjaan Mengurus 162,805 13,187 175,992 8.0%
Perbelanjaan Pembangunan 51,182 NIL 51,182 NIL
Jumlah 213,987 13,187 227,174 6.2%

PERBEZAAN PERUNTUKAN SEBENAR BAGI PERBELANJAAN NEGARA ANTARA TAHUN 2010 DENGAN TAHUN 2011 (SETAKAT INI)

Perkara (RM Juta) Peruntukan sebenar 2010 Peruntukan sebenar 2011 (setakat ini) Perbezaan Peruntukan Peratus Perbezaan (%)
Jumlah 218,794 227,174 8,380 3.8%

SIFAT 3: BELANJAWAN KERAJAAN BN TIDAK BERHEMAT  

Semasa membentangkan Belanjawan 2010, kerajaan menyifatkan belanjawan tersebut sebagai ’bajet berhemat’.[2]

Begitu juga apabila membentangkan Belanjawan 2011, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein menyifatkannya sebagai ’satu belanjawan berhemat’.[3]

Akan tetapi, apabila belanjawan bagi 5 tahun lepas diteliti, didapati pembentangan Belanjawan Kerajaan BN adalah kurang jujur, jika bukan kurang tepat.

Dari tahun 2006 hingga 2010, didapati empat daripada lima tahun belanjawan yang dibentang mengalami lebihan perbelanjaan daripada 3% (tahun 2007) hingga 11% (tahun 2008) seperti berikut:

RM juta 2006 2007 2008 2009 2010
Anggaran Mengurus         101,246         112,986         128,799         154,170         138,279
Anggaran Pembangunan            35,502            46,510            48,118            53,729            53,220
Jumlah         136,748         159,496         176,917         207,899         191,499
Perbelanjaan Mengurus         107,694         123,084         153,499         157,067         152,158
Perbelanjaan Pembangunan            35,807            40,564            42,847            49,515            54,042
Jumlah         143,501         163,648         196,346         206,582         206,200
Perbezaan              6,753              4,152            19,429            (1,317)            14,701
Perbezaan % 5% 3% 11% -1% 8%

Sumber:

1) http://www.treasury.gov.my/pdf/ekonomi/le/1011/jp4_2.pdf

2) Belanjawan 2006 – 2010

Untuk menampung perbelanjaan lebihan tersebut, kerajaan terpaksa membentang dan meluluskan perbekalan tambahan bagi menuntut peruntukan daripada akaun Kumpulan Wang Disatukan.

Tindakan sedemikian bukan sahaja menjejaskan reputasi dan kepentingan belanjawan tahunan yang dibentang dan dibahaskan selama lebih kurang 6 minggu oleh seramai 222 Ahli Parlimen, malah juga menunjukkan kerajaan tidak memegang kuat kepada prinsip-prinsip perbelanjaan berhemat, dan tidak membelanja berdasarkan perancangan dan peruntukan asal.  Perbelanjaan yang sering kali melepasi had yang ditetapkan bukan merupakan satu amalan baik bagi kerajaan yang ingin memacu dan mentransformasikan ekonomi ke tahap negara maju berpendapatan tinggi.

Malahan, kerajaan juga menunjukkan sikap ketidakjujuran dengan berkata bahawa belanjawan yang dibentang tidaklah besar dan munasabah, tetapi kemudiannya ditokok tambah dengan perbekalan tambahan yang jarang-jarang sekali dapat dikesan oleh rakyat jelata.

The Controversial Lynas – Real Issues

Topic: The Controversial Lynas – Real Issues

Date: 16th June 2011 (Thursday)

Time: 1.00 p.m to 2.30 p.m

Venue: Bilik Taklimat, Parliament, Kuala Lumpur

Speaker:

– Prof. Gurdial Singh Nijar A/L Sadu Singh  is a Professor of Law Faculty, University of Malaya.

– Dr. Jayabalan is a Physician in Occupational Medicine and Toxicologist at National Toxicology Centre University of Science Malaysia.

– Prof. Chan Chee Khoon is a Consultant in the Department of Social and Preventive Medicine, University of Malaya.

Moderator: YB Fuziah Salleh, Member of Parliament Kuantan.

Notes for Download:
YB Fuziah – Lynas -Taklimat kpd MP
Prof. Chan – Radiation and Health Aspects of Lynas-Gebeng
Dr. Jayabalan – LAMP

Seminar “Cabaran Transformasi Parti Politik : Ke arah Pertengahan dalam Kemajmukan”

Pergolakan politik tanahair kebelakangan ini amat menarik, terutamanya apabila pemimpin yang ingin membawa perubahan dalam PAS (dilabel “Erdogan”) menang dalam pemilihan parti yang diadakan, baru-baru ini.  Kemenangan ini diibaratkan sebagai garis pemisah yang penting dalam proses “transformasi” PAS.

Sekali imbas, “transformasi”, “reformasi” menjadi istilah yang kerap terkeluar dari bibir – selepas politik tanahair dilanda “tsunami politik”.  Ia mencerminkan realiti politik Malaysia, yang mahu menuju ke arah “pertengahan” dalam kemajmukan – untuk membentuk sesebuah masyarakat berbilang kaum, budaya dan agama yang sejahtera.  Idea ini dikongsi bersama, dan pemerintah mahupun pembangkang berebut-rebut untuk menampilkan diri sebagai pendokong idea tersebut.

Pernah veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah mencadangkan agar Barisan Nasional di-”transformasi” kepada sebuah parti berbilang kaum melalui sistem keahlian terus.  Beliau menganggap seandainyaBarisan Nasional membuka keahliannya, maka akan terbentuk sistem dua parti dan sistem yang tidak mengira latar belakang kaum.  Maka Pakatan Rakyat juga perlu membuat perubahan yang sama agar tidak ketinggalan.

Bagaimanapun, seandainya tiada reformasi secara menyeluruh dalam UMNO, maka mustahil juga untuk MCA mentransformasikan dirinya dalam struktur yang sedemikian.

Jikalau parti politik enggan berubah, maka tiada ruang untuk reformasi.  Persoalan yang berbangkit termasuklah:

A. Apa makna sebenar “transformasi” yang diinginkan, dan apakah hasil transformasi?

B. Bagaimana “transformasi” dijalankan dengan bayaran harga yang terendah, dan apakah transformasi mampu dijalankan dengan lancar pada peringkat ini?

C. Apakah kunci untuk melaksanakan transformasi?

D. Kes perbandingan.

– UMNO: Bagaimana UMNO mengikis politik perkauman?

– PAS: Bagaimana PAS membebaskan diri dari belenggu konservatif?

Tarikh:2011.06.17 (Jumaat), 8pm

Tempat:Auditorium, KLSCAH (No.1, Jalan Maharajalela, 50150 KL)

Penganjur:Civil Rights Committee, KLSCAH

Panelis:

1. Husam Musa (Naib-Presiden PAS)

2. Lee Ban Chen (Pengkritik politik, Kolumnis)

3. Ooi Heng (Pengarah Eksekutif Kajian Politik untuk Perubahan – KPRU )

Moderator:Ng Yap Hwa (Ahli Komiti CRC-KLSCAH)

Bahasa Pengantar: Bahasa Melayu

Kemasukan adalah percuma, semua dijemput hadir.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Sekretariat KLSCAH 03-22746645.

Yang benar,

Liau Kok Fah

Civil Rights Committee, KLSCAH

PENGAJARAN DARIPADA ISU LYNAS: KPRU MENUNTUT KERAJAAN PERSEKUTUAN SEGERAKAN PENGGUBALAN AKTA KEBEBASAN MAKLUMAT DAN MANTAPKAN AKTA ALAM SEKITAR

Sementara menunggu keputusan laporan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) ingin mengimbas kembali perkembangan isu pembinaan kilang tanah nadir (rare earth) oleh Lynas Corp serta mengulas dengan lebih lanjut beberapa perkara penting yang mungkin diabaikan khasnya oleh pihak media massa.

Lynas sebenarnya bercadang memulakan pembinaan kilang pemprosesan tanah nadir yang bernama Lynas Advanced Material Plant (LAMP) di Gebeng, Kuantan sejak tahun 2008 dan mendapat kelulusan Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dengan segera pada ketika itu. Sahabat Alam Malaysia (SAM) menyifatkan kelulusan projek sebagai “fast-track approval”. Hal ini kerana JAS meluluskan projek pada 15 Februari 2008 walaupun hanya mendapat Laporan Awal Kesan Alam Sekitar (PEIA) pada 21 Jan 2008.[1][2] Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) pula memberikan kelulusan kepada Lynas dalam tempoh 1 hari.[3]

Namun begitu, kerja pembinaan telah diberhentikan selepas pemegang bon projek menarik diri ekoran krisis kewangan sedunia pada tahun 2008.[4] Pembinaan tapak LAMP diteruskan pada hujung tahun 2009 selepas mendapat suntikan modal daripada pelabur baru.

Terkini, pembinaan LAMP hampir siap. Seperti yang diumumkan dalam laman web Lynas, ujian penerimaan kilang berkenaan sistem pengawasan proses dijangka siap pada pertengahan 2011, malah operasi pertama dijangka bermula pada September 2011.[5] Pembinaan dijalankan secara lancar tanpa gangguan sepanjang tempoh kunjungan dan kajian IAEA diadakan.

Penilaian tahap ketelusan dan kebertanggungjawaban yang diamalkan oleh kerajaan adalah perlu bermula daripada pembinaan LAMP mulai tahun 2008. Amat jelas bahawa kerajaan tidak memberikan maklumat terkini status projek LAMP kepada penduduk Kuantan dan Balok pada ketika itu. Majoriti Rakyat Kuantan hanya sedar dan terkejut apabila berita berkaitan disiarkan dalam akhbar antarabangsa New York Times bertarikh 8 Mac 2011, bukan dalam akhbar tempatan.[6]

Perkara yang sama juga berlaku sepanjang proses pembinaan. Rakyat tempatan berada dalam kegelapan dan tidak mempunyai akses kepada Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) serta Laporan Penilaian Risiko (RAS) yang disediakan untuk JAS, dan Laporan Penilaian Kesan Radiologi (RIA) untuk AELB.

Laporan-laporan tersebut hanya didedahkan secara berperingkat apabila suara bantahan rakyat menjadi semakin kuat. Misalnya, Laporan PEIA hanya dimuat naik ke laman web JAS pada 22 April 2011 meskipun LAMP sudah mula beroperasi menurut rancangan asal.[7] Kemudian, EIA dan RIA pula didedahkan kepada orang awam daripada 30 Mei hingga 30 Jun 2011 di tempat-tempat tertentu sahaja.[8] Malah pembaca tidak dibenarkan mengambil gambar ataupun membuat salinan berkenaan laporan-laporan tersebut.[9]

Seperkara lagi yang tidak rasional adalah, walaupun PEIA telah diluluskan oleh JAS pada awal tahun 2008, tetapi laporan RIA dan RAS LAMP hanya disiapkan pada Jun 2010 dan 19 November 2010 masing-masing.[10][11] Walaupun RIA merupakan laporan penting yang menggariskan kaedah mengendalikan sisa-sisa radioaktif, ia hanya disiapkan selepas permulaan fasa pembinaan LAMP.

Malahan, perkara kritikal yang menjadikan kredibiliti laporan tersebut terhakis adalah, mengikut maklumbalas IAEA kepada Majlis Peguam Pahang pada 31 Mei 2011, semua maklumat dan statistik yang digunakan sebagai sumber laporan RIA dibekalkan oleh Lynas.[12]

Lakaran perkembangan isu Lynas menunjukkan kelemahan dan kecacatan dalam dua aspek. Aspek pertama, kerajaan tidak mengamalkan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban sepanjang pelaksanaan projek tersebut. Maklumat penting sengaja dilindungi tanpa pengetahuan rakyat dan hanya didedahkan apabila terdesak. Kerajaan juga tidak mengambil langkah proaktif untuk menerangkan kemajuan projek dan kesannya kepada penduduk-penduduk tempatan. Oleh itu, hak rakyat untuk memperolehi maklumat tidak dijamin sungguhpun rakyat merupakan pihak berkepentingan (stakeholder) utama.

Aspek kedua ialah proses kelulusan, pembinaan, penilaian serta pengoperasian projek yang akan membawa kesan kepada alam sekitar sama ada tidak mengikut standard yang ketat, ataupun prosedur yang sedia ada memang kurang lengkap. LAMP yang memperuntukkan RM700 juta kos pembinaannya perlu dinilai secara lebih komprehensif sebelum mendapat lampu hijau kerajaan untuk memulakan fasa pembinaannya. Kenyataan AELB bahawa projek tersebut ‘belum diluluskan sepenuhnya’ walaupun proses pembinaan sudah bermula memang tidak munasabah biarpun bagi pihak pelabur asing.[13]

KPRU berpendapat jika Kerajaan BN ingin merealisasikan impian negara maju yang dapat membanggakan rakyat, aspek ketelusan dan kebertanggungjawaban harus diberi penekanan khusus. Jika rakyat dapat akses kepada maklumat penting seperti risiko pengoperasian LAMP dan pendapat pihak berkepentingan utama diambil kira dalam proses rundingan awal sebelum permulaan projek, konsensus dapat dicapai meskipun wujud pertindihan kepentingan pelbagai pihak.

Oleh itu, untuk menjamin hak rakyat akses kepada maklumat, KPRU menganggap sudah tiba masa Kerajaan Persekutuan mengambil langkah proaktif dengan menguatkuasakan Akta Kebebasan Maklumat (FOI) di semua peringkat seperti yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang. Kerajaan Persekutuan juga wajar menilai semula akta-akta berkenaan alam sekitar, terutamanya Akta Alam Sekeliling 1974 (serta pindaan-pindaannya), Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti yang ditetapkan) (Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling) 1987, Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 dan lain-lain bagi menyeragam serta memperketatkan kebolehlaksanaan, kuasa penyeliaan, penguatkuasaan dan kebebasan supaya mendekati standard antarabangsa.

Negara maju adalah negara bertaraf dunia. Negara bertaraf dunia pasti mempunyai aspek perundangan dan mutu hidup bertaraf dunia. Penguatkuasaan FOI dan penambahbaikan akta-akta alam sekitar pasti akan merapatkan jurang kita menuju ke status negara maju.


[10] Radiological Impact Assessment of Advanced Material Plant Gebeng Industrial Estate Kuantan, Pahang, m.s 1

[11] Quantitative Risk Assessment Study of Proposed Advanced Material Plant Within the Gebeng Industrial Estate, Kuantan, Pahang, m.s 2