Program 6P Bakal Temui Kegagalan

Proses pemutihan Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) akan dilanjutkan sehingga 10 April tahun ini. Program 6P telah dijalankan selama 7 bulan. Pada Jun 2011, Kementerian Dalam Negeri (KDN) membuat pengumuman buat pertama kali dan pelaksanaannya bermula pada bulan Ogos tahun yang sama.

Rasional KDN berhubung Program 6P adalah untuk memantapkan pengurusan warga asing di negara ini, membantu mengawal kemasukan baru pekerja asing ke negara ini, membantu pengurusan aktiviti ekonomi negara ini dan membantu mengawal perkembangan jenayah di negara ini.

Walau bagaimanapun, Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) berpendapat, meskipun Program 6P telah dilanjutkan beberapa kali, program pemutihan tidak dapat mencapai kejayaan dan tidak berkesan dari segi pengawalan jumlah pendatang asing tanpa izin (PATI). Hal ini kerana program pemutihan tersebut bukan kali pertama tetapi sudah kali kelima dilaksanakan dan melibatkan pengampunan PATI. Kerajaan Persekutuan pernah melakukan tindakan pengampunan PATI pada tahun 1989, 1991, 1996 dan 2004. Secara am, tindakan kerajaan pada tahun-tahun tersebut bertujuan untuk mengurangkan jumlah PATI. Tetapi hakikatnya, bilangan PATI meningkat setiap tahun.

KPRU juga berpendapat, bilangan PATI di negara ini tidak banyak berubah jika sekiranya masalah sedia ada seperti masalah penyelewengan, struktur serta bentuk ekonomi berorientasikan pekerja asing, dan butiran serta pelaksanaan dasar berkaitan yang mengelirukan tidak diselesaikan.

Pada ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berbicara tentang program transformasi yang kononnya dapat menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi, apa yang kita saksikan ialah, jumlah kiriman wang aliran keluar daripada Malaysia ke negara lain semakin meningkat. Sumbangan pekerja asing dalam aspek ini cukup besar.

Sehingga 19 Ogos 2011, sejumlah 2,088,358 PATI dan pekerja asing sah telah direkodkan. Daripada jumlah tersebut, 952,859 orang direkodkan melalui pendaftaran pekerja asing sah dan 1,135,499 orang direkodkan melalui pendaftaran PATI[1]. Rekod tersebut jelas tidak memuaskan walaupun KDN sering mendakwa kononnya Program 6P telah mencapai kejayaan. Merujuk kepada statistik The Migration and Factbook 2011,[2] yang diterbitkan olen Bank Dunia, bilangan pekerja asing sah dalam negara ini dianggarkan berjumlah 2.4 juta orang. Apabila dibandingkan statistik The Migration and Factbook 2011 dengan statistik Program 6P di atas, jurang perbezaan fakta ini bermaksud, masih terdapat kira-kira 1.4 juta pekerja asing sah yang belum didaftarkan di bawah Program 6P. Ini belum lagi termasuk bilangan PATI yang sukar dianggarkan secara tepat atau lebih tepat kalau disifatkan sebagai ‘hilang kawalan’.

Untuk memberikan gambaran tentang pendaftaran pekerja asing sah dan PATI mengikut negara, KPRU telah mengumpulkan statistik berkaitan sehingga 18 Ogos 2011 sementara statistik pada perenggan di atas merupakan jumlah besar sehingga 19 Ogos 2011 tanpa butiran mengikut negara. (Sila lihat Jadual 1)

Jadual 1: Pendaftaran Pekerja Asing Sah dan PATI Mengikut Negara (setakat 18 Ogos 2011)

Sumber: The Star, 18 Ogos 2011.[3]

Berdasarkan panduan Program 6P, PATI boleh membuat pilihan sama ada mahu terus bekerja di Malaysia atau balik ke negara asal setelah melalui proses pendaftaran. Selepas itu, bagi PATI yang memilih untuk tidak kembali ke negara asal, semasa proses pemutihan, KDN menyaring kelayakan PATI dari segi sektor dan penawaran kekosongan kerja. Kepada PATI yang tidak tersenarai untuk diputihkan (begitu juga yang memilih untuk balik ke negara asal), mereka akan diampun dan dibenarkan pulang atas kos sendiri tanpa dikenakan sebarang bentuk tindakan.

Dalam kenyataan KDN, sehingga 16 Disember 2011, sejumlah 53,682 PATI yang terlibat dalam proses pengampunan di bawah pelaksanaan Program 6P telah meninggalkan Malaysia. Jumlah paling tinggi direkodkan ialah Indonesia dengan 35,142 orang; diikuti India (4,039); Myanmar (2,467); Kemboja (1,901); Nepal (2,766); Bangladesh (2,108); Vietnam (1,289); Filipina (1,167); Pakistan (1,123); Sri Lanka (786); dan China (493).[4] KPRU mendapati angka 53,682 tidak sama dengan jumlah besar (iaitu 53,284) apabila angka setiap negara dijumlahkan. (Sila lihat Jadual 2)

Apa yang lebih penting ialah, jumlah besar tersebut hanya mencakupi 4.69 peratus daripada keseluruhan jumlah PATI yang berdaftar. Setelah diambil kira bilangan PATI yang meninggalkan Malaysia melalui proses pengampunan, jumlah PATI dianggarkan menurun kepada 940,495 orang.

Jadual 2: Jumlah Pengampunan di bawah Program 6P Mengikut Negara

Sumber: Portal rasmi KDN.

Semenjak proses pemutihan di bawah Program 6P bermula pada 10 Oktober 2011, sejumlah 67,665 PATI iaitu 5.96 peratus daripada keseluruhan PATI yang berdaftar telah diputihkan. Berdasarkan statistik tersebut, pecahan mengikut negara merekodkan Indonesia dengan jumlah paling tinggi iaitu 42,544; diikuti Bangladesh (13,838); Myanmar (6,527); Nepal (2,107); India (903); Vietnam (612); Kemboja (447); Pakistan (362); Filipina (126); Sri Lanka (112); dan Thailand (87). (Sila lihat Jadual 3)

Jadual 3: Jumlah Pemutihan di bawah Program 6P Mengikut Negara

Sumber: Portal rasmi KDN.

Selepas pemutihan, didapati jumlah pekerja asing sah mengikut negara merekodkan Indonesia dengan jumlah yang paling tinggi iaitu 404,006; diikuti Nepal (201,523); Bangladesh (133,798); Myanmar (106,948); India (49,086); Filipina (43,913); Vietnam (37,719); Pakistan (11,024); Kemboja (5,679); China (4,391); Thailand, (4,266) dan Sri Lanka (2,595). (Sila lihat Jadual 4)

Jadual 4: Jumlah Pekerja Asing Sah selepas Pemutihan Mengikut Negara

Sumber: Portal rasmi KDN.

Selepas pengampunan dan pemutihan PATI, KPRU mendapati jumlah pekerja asing sah meningkat kepada 1,000,557. Namun, selepas proses pengampunan dan pemutihan, masih terdapat sejumlah 872,830 PATI yang membuat pendaftaran di bawah Program 6P yang belum diketahui status mereka. (Sila lihat Jadual 5)

Jadual 5: Jumlah PATI selepas Pengampunan dan Pemutihan Mengikut Negara

Merujuk kepada kenyataan media Menteri Dalam Negeri bertarikh 13 April 2011, bilangan pekerja asing mungkin dihadkan kepada 1.5 juta orang.[5] Walau bagaimanapun, Program 6P tidak mencapai kejayaan, justeru matlamat menghadkan bilangan pekerja asing kepada 1.5 juta lebih merupakan khayalan. KPRU khuatir, Program 6P tidak dapat mengurangkan bilangan pekerja asing dalam erti kata yang sebenarnya dan bilangan PATI terus kekal dalam keadaan ‘hilang kawalan’, sementara pungutan dana melalui Program 6P tidak dimanfaatkan untuk pembangunan negara tetapi digunakan untuk tujuan politik.

Pengampunan – Bukan Kali Pertama

Pengampunan PATI pernah berlaku pada tahun 1989, 1991, 1996 dan 2004.  Apabila ditinjau kembali sejarah, tindakan pengampunan PATI lazimnya berlaku semasa ekonomi berada dalam keadaan tidak menentu. Apabila ekonomi menjadi lemah, kerajaan terpaksa memberhentikan projek pembangunan, seterusnya pengawalan kemasukan pekerja asing baru[6] dan pengurangan bilangan PATI.

Kerajaan Persekutuan telah meminda Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) pada tahun 2002 dan memberatkan hukuman terhadap majikan yang mengupah PATI. Pesalah berdepan dengan denda sebanyak RM10 ribu, 5 tahun penjara, 6 kali sebatan[7] dalam usaha kerajaan untuk mengurangkan bilangan PATI.  Pada 1 Mac 2005, kira-kira 3 ribu orang anggota polis serta 5.6 ribu anggota RELA mula mengambil tindakan terhadap pekerja asing yang masih berada dalam negara selepas pengampunan sekitar tahun itu. RELA boleh mendapat emolumen RM100 bagi setiap penangkapan PATI.[8]

Walaupun kerajaan sering menyatakan kemahuan untuk mengurangkan pergantungan kepada tenaga pekerja asing, tetapi fakta menunjukkan hakikat yang sebaliknya. Apabila dibandingkan 409,660 pekerja asing sah pada tahun 1999 dengan 2 juta pekerja asing sah pada tahun 2008, bilangan perkerja asing sebenarnya tidak menurun, tetapi meningkat secara besar-besaran. (Sila Lihat Jadual 6)

Jadual 6: Jumlah Pekerja Asing Sah Mengikut Negara, 1999-2008

Tahun

1999

2000

2001

2002

2003

Negara

Jumlah

%

Jumlah

%

Jumlah

%

Jumlah

%

Jumlah

%
Indonesia

269,194

65.7

603,453

74.8

634,744

74.7

788,221

73.8

988,165

73.9

Bangladesh

110,788

27

158,149

19.6

114,308

13.5

82,642

7.7

94,541

7.1

Thailand

2,130

0.5

2,335

0.3

2,508

0.3

20,599

1.9

10,158

0.8

Filipina

7,299

1.8

14,651

1.8

11,944

1.4

21,234

2

17,400

1.3

Pakistan

2,605

0.6

3,101

0.4

2,392

0.3

2,000

0.2

2,141

0.2

Lain-lain

17,644

4.3

25,407

3.1

83,933

9.9

152,833

14.3

224,575

16.8

Jumlah

409,660

100

807,096

100

849,829

100

1,067,529

100

1,336,980

100

Tahun

2004

2005

2006

2007

2008

Negara

Jumlah

%

Jumlah

%

Jumlah

%

Jumlah

%

Jumlah

%

Indonesia

1,024,363

69.7

1,211,584

66.7

1,174,013

62.8

1,148,050

56.1

1,085,658

52.6

Bangladesh

54,929

3.7

55,364

3

62,669

3.4

217,238

10.6

316,401

15.3

Thailand

5,463

0.4

5,751

0.3

14

0.7

18,456

0.9

21,065

1

Filipina

16,663

1.1

21,735

1.2

24,088

1.3

23,283

1.1

26,713

1.3

Pakistan

1,156

0.1

13,297

0.7

11,551

0.6

16,511

0.8

21,278

1

Lain-lain

367,516

25

507,507

28

583,077

31.2

621,267

30.4

591,481

28.7

Jumlah

1,470,090

100

1,815,238

100

1,869,209

100

2,044,805

100

2,062,596

100

Sumber: Kementerian Dalam Negeri, disusun oleh Cheong.[9]

Pekerja Asing Sah Memberi Keuntungan

Pekerja asing sah bukan sahaja menyumbangkan sumber tenaga untuk membangunkan negara, bahkan aspek pembekalan, pengurusan dan pengawasan pekerja asing telah menjadikannya satu industri yang boleh membawa keuntungan kepada pelbagai sektor termasuk ejen dan kroni, malahan kepentingannya diberi perhatian khusus oleh pihak penguatkuasa.

Lantaran itu, kita sering kedengaran dakwaan berhubung penyelewengan kuasa dan seumpamanya. Contohnya, Tenaganita, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hak dan kebajikan pekerja mendakwa tujuan KDN memungut dana melalui program pemutihan berkait rapat dengan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU Ke-13).[10]

Apabila ditinjau kembali kes pengampunan PATI sekitar tahun 2004, sebanyak 309,248 PATI[11] menukar status mereka kepada pekerja asing sah, tetapi atas syarat bahawa mereka harus balik ke negara asal dahulu, kemudian datang semula ke Malaysia. Dalam proses tersebut, pekerja-pekerja berkenaan diwajibkan membayar levi dan membuat pemeriksaan fizikal dalam pusat kesihatan yang ditetapkan – FOMEMA (The Foreign Workers Medical Examination Monitoring Agency). Dasar ini membekalkan hasil pendapatan kepada hosipital dan kerajaan.[12] Ini kerana FOMEMA merupakan sebuah syarikat swasta yang dipegang oleh Khazanah Nasional Bhd, syarikat pemegangan pelaburan milik kerajaan yang diberi kuasa sebagai pelabur strategik kerajaan dalam industri dan pasaran baru.

Pada tahun 1993-2004, FOMEMA menjalankan 27 juta pemeriksaan terhadap pekerja asing. Pada tahun 2002, FOMEMA mendapat kos bayaran daripada pekerja asing sebanyak RM17 juta.

Sementara itu, kerajaan juga mewajibkan majikan membeli insuran untuk pekerja asing dalam 10 syarikat insuran yang dilantik oleh kerajaan. Sumbangan tahunan sebanyak RM72.00 hingga RM86.00. [13]

Apabila diteliti Belanjawan Negara, butiran anggaran hasil tahunan 2009-2012 (berkaitan dengan pekerja asing dan warga asing) adalah seperti berikut: (Sila lihat Jadual 7)

PENDAPATAN SEBENAR TAHUN 2009 PENDAPATAN SEBENAR TAHUN 2010 ANGGARAN DISEMAK TAHUN 2011 ANGGARAN TAHUN 2012

71305

Permit Kerja Untuk Pekerja Bukan Warganegara

291,949,975

235,565,978

268,714,000

279,776,000

71309

Levi Ke Atas Pekerja-pekerja Asing

1,819,457,663

1,520,756,984

1,929,678,000

2,009,113,000

72111

Bayaran Perkhidmatan Perubatan, Kesihatan dan Pergigian untuk Pesakit Luar- Warganegara Asing

19,312,461

22,444,864

23,791,000

24,788,000

72115

Bayaran Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh – Warganegara Asing

632,115

882,115

782,000

815,000

Jumlah

2,131,352,214

1,779,649,941

2,222,965,000

2,314,492,000

Sumber: Lapaporan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan Tahun 2011 dan 2012.

Jadual 7: Hasil Kerajaan daripada Pekerja Asing Sah pada tahun 2009-2012

Sumber: Laporan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan Tahun 2011 dan Tahun 2012.

Kerajaan mengenakan caj levi pada majikan ke atas setiap pekerja asing yang diambil untuk bekerja, dan membenarkan majikan menguna cara memotong gaji bulanan untuk menbayar levi. Walaupun Kementerian Sumber Manusia  pernah memberi kenyataan bahawa majikan harus menanggung bayaran levi pekerja asing tetapi masih terdapat banyak majikan yang memotong gaji pekerja asing untuk bayaran levi.

Jadual 8 di bawah menunjukkan, daripada hasil Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2011 berjumlah 183,375 juta, anggaran hasil daripada pekerja asing seperti permit dan levi berjumlah 2,223 juta, iaitu 1 peratus pada tahun 2011. Walaupun, peratusan ini dianggap kecil dalam keseluruhan hasil Kerajaan Persekutuan, tetapi angka berkaitan tidak termasuk manfaat ekonomi yang lain.

Jadual 8: Kiriman Wang Aliran Keluar

Sumber: The Migration and Remittances Factbook 2011, yang diterbitkan oleh Bank Dunia.[14]

Merujuk kepada Jadual 8 di atas yang dipetik daripada The Migration and Factbook 2011, kiriman wang aliran keluar daripada pekerja asing yang bekerja di Malaysia semakin meningkat, daripada USD3,462 juta pada tahun 2003 kepada USD6,800 juta pada tahun 2009. Pengarah Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia, Baslian Krisnayoza dalam kenyataannya menyatakan bahawa, sekitar Januari hingga November tahun 2011, kiriman aliran keluar dari Malaysia ke Indonesia adalah sebanyak USD2,100 juta. [15] Malaysia merupakan negara pengirim wang ke luar negara terbanyak di Asia Pasifik.

Sementara itu, kiriman wang aliran masuk ke Malaysia daripada warga Malaysia yang bekerja di luar negara adalah sebanyak USD1,110 juta pada tahun 2009, dan meningkat kepada USD1,576 pada tahun 2010. Angka ini hanya mencakupi 16 peratus daripada kiriman wang aliran keluar pada tahun 2011. Ini juga menunjukkan ketidakseimbangan antara aliran keluar dan masuk mata wang, menyebabkan kerugian kewangan negara ini.

Sebagai rumusan, Malaysia masih bergantung kepada tenaga pekerja asing untuk pembangunan negara dalam jangka masa pendek. Soal sama ada Malaysia dapat membebaskan diri daripada pergantungan kepada pekerja asing dalam jangka masa panjang masih tidak jelas apabila diteliti dasar dan program kerajaan sehingga hari ini. KPRU tidak mempunyai keyakinan terhadap program transformasi dalam isu pekerja asing.

 

 

 


[9] Wey-Jin Cheong (2010) Malaysia Migrant Worker Policy and the Dual Logic of Nation-State: Developmentalism and Nationalism, Nasional Taiwan University Master Thesis.

[11] Wey-Jin Cheong (2010) Malaysia Migrant Worker Policy and the Dual Logic of Nation-State: Developmentalism and Nationalism, Nasional Taiwan University Master Thesis.

Advertisements

One thought on “Program 6P Bakal Temui Kegagalan

  1. Many people are making money from the business of dealing with the immigrants. Immigration officers will get the kick-backs from them, RELA officers will get some money when doing raids both from their allowances and from the bribes given by the illegal immigrants, the PDRM will aslo get bribes to release theem when they get caught, the doctors will get more business from their medical check-ups, in Indonesia the docors will just be given the fees to sign the medical documents, those who are involved in all the UMNO/BN government efforts to legalise, pardon or register them will make tons of money each time from the exorbitantly high charges the illegal immigrants have to pay, while the government announced that minimal payment should be involved. It is all about money and of course to gain new voters for BN, especially UMNO.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s