Mengapa Masih Merah: Masa Hadapan Masyarakat India Diperjudikan?

Pai di bawah (Jadual 1) menjelaskan pecahan kumpulan-kumpulan etnik dalam negara. Jumlah penduduk etnik India pada tahun 2010 terdiri daripada 7.3 peratus daripada 28.3 juta, akan tetapi pada masa yang sama etnik India mempunyai kadar enrolmen pelajar yang paling rendah dan kadar penggangguran yang paling tinggi. Situasi ini menggambarkan betapa genting keadaan kumpulan etnik India dalam negara. Kumpulan etnik India juga memghadapi masalah terlibat dalam jenayah yang tinggi berbanding kumpulan etnik yang lain.

Hak dan situasi kumpulan etnik India menjadi topik perbualan panas di kalangan masyarakat India, terutamanya mengenai hak kewarganegaraan dan pendidikan masyarakat India. 

                                                    Jadual 1: Populasi Mengikut Etnik Di Malaysia 2010[1]

 Baru-baru ini, Malaysian Indian Voice (MIV) memberi ikrar bahawa MIV akan bekerja keras membantu Pakatan Rakyat (Pakatan) untuk memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) agar gabungan parti itu dapat membela nasib etnik India.[2] Nasib etnik India di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN) telah menyebabkan jurang perkaumanan yang bersifatkan diskriminasi sistematik yang ketara di antara kumpulan etnik utama negara di samping jurang keadilan saksama dalam etnik yang sama juga semakin besar menyebabkan kehidupan kumpulan etnik India sebagai minoriti semakin nyata dan ketara. Kerajaan BN telah melancarkan polisi-polisi negara yang seringkali mengabaikan hak dan keperluan serta kehendak kewujudan kumpulan etnik India. Sering kali golongan ini tercicir dalam dasar-dasar pembangunan kerajaan BN.

Pada April yang lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa masyarakat India meletakkan ‘Nambikai’ (kepercayaan) dan harapan pada kerajaan agar perkongsian kumpulan etnik India dan kerajaan dapat menghasilkan sesuatu yang positif dan konkrit ke arah membina sebuah wawasan untuk masa depan mereka. Kenyataan Perdana Menteri mencerminkan kegagalan objektif penubuhan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Hal Ehwal Masyarakat India (Jawantankuasa Khas) selepas PRU-12. Selepas mengalami tamparan besar daripada masyarakat India ketika PRU-12,  Kerajaan BN berusaha sedaya upaya untuk mengambil hati kumpulan etnik India. Jawantankuasa Khas tersebut pada mulanya dipengerusikan oleh Najib untuk mencerminkan imej beliau sebagai peminpin yang demokrasi, bebas, berpandang jauh dan berwawasan, di mana beliau berjuang untuk kumpulan etnik india membangun bersama-sama etnik yang lain. [3] Akan tetapi, ia dapat dilihat bahawa, itu hanyalah sebuah retorik pada pihak beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Penubuhan Jawatankuasa Khas menunjukkan usahaan kerajaan Najib untuk menangani masalah etnik India, Presiden Malaysian Indian Congress (MIC) juga telah mengutarakan beberapa  isu sosial, ekonomi dan pendidikan membabitkan kumpulan etnik India yang telah berlanjutan dengan sekian lamanya dan mengalami penangguhan, kini selesai hasil campur tangan Perdana Menteri.[4] Namun begitu, Najib yang memperjuangkan konsep kesederhanaan atau wasatiyyah, tiba-tiba menggunakan perkataan ‘Nambikai’ kepada masyarakat India. Ini terbukti bahawa masyarakat India di negara kita telah hilang ‘Nambikai’ terhadap MIC dan Barisan Nasional. Selepas empat tahun, masyarakat india menyedari dan melihat Jawatankuasa Khas tersebut sebagai retorik, dilancarkan untuk mempromosi imej Najib.

Kekecewaan masyarakat India di bawah pemerintahan BN termasuk pengalaman bahawa kerajaan selama-lamanya tidak serius dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh etnik India, termasuk masalah kewarganegaraan, pendidikan, kemisikinan. Mereka berlakon seolah-olah tidak nampak masalah sebenar yang dihadapi oleh masyarakat India di negara ini.  Disebabkan pengabaian kerajaan BN, telah menyebabkan etnik India menghadapi pelbagai tekanan hidup sosio-ekonomi selama semenjak negar berada di bawah pemerintahan kerajaan BN.

Kerajaan BN Ulang Semula Muslihat PRU-12

Baru-baru ini, Pengerusi MIC mengumumkan bahawa Najib akan mempengerusikan persidangan rundingan meja bulat inisiatif memperkasakan ekonomi masyarakat India sekitar lewat Jun atau awal Julai tahun ini. Dalam persidangan ini, Najib akan melakukan sesi percambahan fikiran dengan kira-kira 100 profesional dalam agensi kerajaan dan swasta bagi merumuskan pelan tindakan jangka sederhana dan panjang untuk meningkatkan status sosio-ekonomi etnik India.[5] Menjejaki langkah PRU-13 yang semakin hampir, persidangan ini dilihat sebagai muslihat Kerajaan BN yang selama ini mengabaikan masalah masyarakat India, bertujuan untuk mengambil hati pengundi India dengan harapan undi India mudah diperolehi.

Undi masyarakat India selamanya disifatkan sebagai “deposit selamat” kerajaan BN dan MIC dalam setiap pilihan raya umum yang biasanya mencacatkan peratusan sokongan sehingga 80 peratus hingga 85 peratus telah gagal dipertahankan pada PRU ke-12 sehingga tersungkur sebanyak 47 peratus, umpamanya bekas Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu yang gagal mempertahankan kerusi Parlimen Sungai Siput yang diwakilinya sejak tahun 1974, setelah dikalahkan oleh Dr Michael Jayakumar Devaraj atau lebih dkenali sebagai Dr Kumar di bawah payung Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) semasa PRU-12. Kawasan tersebut memiliki 23 peratus pengundi India. Keadaan ini memaksa BN mula memberi perhatian kepada tuntutan-tuntutan masyarakat India.

Walaupun etnik India merupakan minoriti di dalam negara ini, namun berikutan kekuatan Pakatan kini setanding dengan kekuatan BN, setiap undi akan menjadi undi penting khususnya undi masyarakat India yang dikatakan boleh menentukan kemenangan calon-calon yang bertanding di hampir 60 kawasan parlimen nanti.[6]

Jadual 2Statistik KPRU: Pengundi Pendaftaran Baru Dan Pecahan Berdasarkan Etnik Pada Tahun 2008 – 2011[7]

Tahun

Jumlah

Melayu%

Cina%

India%

2008

155,420

53

29.4

8.1

2009

279,270

67.3

19.8

4.8

2010

826,462

56.4

27

6.6

2011

1,008,850

60

22

6.7

Jumlah

2,270,002

Sumber: Parlimen, diperkemas oleh KPRU.

Jadual 2 dibina oleh badan pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) berdasarkan statistik yang dibekalkan dalam jawapan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong semasa persidangan Dewan Negara pada 25 April 2012, bahawa seramai 2,270,002 pengundi baru didaftarkan dari tahun 2008 hingga tahun 2011. Pengundi etnik India baru tidak melebihi 10 peratus dari tahun 2008 hingga tahun 2011, agak selari dengan populasi kumpulan etnik India di negara ini yang juga tidak melebihi 10 peratus. Oleh itu, jumlah bilangan sebenar pengundi pendaftar baru tidak boleh dipandang rendah.

Status Kewarganegaraan Impian Masyarakat India

Walaupun negara sudah merdeka melebihi setengah abad, sebahagian masyarakat India  masih gagal untuk menyelesaikan masalah kad pengenalan merah. Menurut kenyataan Naib Presiden KEADILAN, N Surendran, sekurang-kurangnya 300,000 masyarakat India yang lahir di negara ini hanya memiliki kad pengenalan merah atau hijau atau langsung tiada apa-apa dokumen pengenalan diri.[8]

Seperti yang umum sedia maklum, kad pengenalan merah adalah untuk pemastautin tetap. Warganegara Malaysia memiliki kad pengenalan biru (Mykad). Pemegang kad pengenalan merah tidak mempunyai hak memilik harta, tidak dapat rawatan percuma di hospital, tidak dapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, tidak dapat mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan banyak lagi manfaat yang dberikan kepada warganegara.

Pada tahun lepas, Kerajaan BN melancarkan Program MyDaftar Masyarakat India pada 19 hingga 26 Febuari 2011. Program ini diadakan khusus untuk mengenalpasti jumlah sebenar masyarakat India yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan juga membantu masyarakat India yang menghadapi masalah berkaitan pendaftaran Sijil Kelahiran, Kad Pengenalan, Kewarganegaraan dan juga Pendaftaran Perkahwinan dan Perceraian.

Program ini hanya berlansung selama 8 hari, justeru hanya boleh menangani sebahagian kecil masalah yang dihadapi oleh masyarakat India. Pencapaian program ini tidak memuaskan.

Jadual 3 menunjukkan bahawa walaupun borang yang keluar mencapai 14,835, tetapi sehingga tamat program, hanya 9,528 borang (64.2 peratus) telah dikembalikan semula untuk diproses.

Jadual 3: Statistik KPRU: Perbezaan Antara Borang Keluar Dan Kembali

 Sumber: KDN, diperkemas oleh KPRU.

Jadual 4 menunjukkan dalam jumlah 9,528 borang ini, pemohonan yang paling tinggi merupakan permohonan taraf kewarganegaraan, sebanyak 6,527, iaitu 68.5 peratus; 1,778 kes daftar lewat kelahiran (tidak mempunyai dokumen Sijil Kelahiran), iaitu 18.7 peratus; 913 permohonan kad pengenalan, iaitu 9.6 peratus; 222 permohonan untuk perkahwinan, iaitu 2.3 peratus dan 88 permohonan pindaan maklumat dalam sijil lahir iaitu 0.9 peratus.

                                         Jadual 4: Statistik KPRU: Jenis Permintaan Masyarakat India

                                                               Sumber: KDN, diperkemas oleh KPRU.

Disebabkan kegagalan program MyDaftar Masyarakat India, etnik india yang tidak mengetahui program ini atau tidak sempat menyertai program ini masih dalam jumlah yang tinggi. Pada 20 Mei 2012, sebuah kumpulan etnik India mengadakan perhimpunan aman di hadapan Jabatan Pendaftaran Kulim, selepas ia diketahui birokrasi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melambatkan proses mendapatkan IC biru dah mengesahkan masyarakat India sebagai warganegara Malaysia.[9]

Suatu lagi perhimpunan aman telah diadakan pada 19 April 2012 di hadapan pintu masuk Parlimen. Lebih kurang 100 orang kumpulan etnik India berhimpun bagi menuntut hak mereka agar diberikan status kewarganegaraan..[10] Masalah seperti ini merupakan masalah yang serius melibatkan warga emas etnik India yang telah menetap di negara ini melebih setengah abad selepas merdeka tetapi sehingga sekarang masih memegang kad pengenalan merah.

Berdasarkan kepada pertanyaan lisan Dewan Negara bertarikh 8 Mei 2012, bilangan terkini pemegang Kad Pengenalan Merah sehingga 31 Mac 2012 adalah seramai 298,795 orang. Oleh sebab Kementerian tidak merekodkan pecahan etnik bagi pemegang Kad Pengenalan Merah, Jadual 5 hanya menunjukkan pecahan Kad Pengenalan Merah mengikut negara asal seperti berikut:

Jadual 5: Bilangan Pemegang Kad Pengenalan Merah Berdasarkan Negara Asal[11]

BIL. NEGARA

JUMLAH

1 INDONESIA

164,430

2 MALAYSIA

55,758

3 FILIPINA

22,416

4 INDIA

21,456

5 THAILAND

8,718

6 SINGAPURA

6,894

7 CHINA

4,731

8 KEMBOJA

3,033

9 LAIN-LAIN

11,7171

JUMLAH KESELURUHAN

298,607

Jadual 5 menunjukkan sebanyak 55,758 berlahir di Malaysia masih memegang kad pengenalan merah. Apabila diambil kira pecahan etnik di negara ini, etnik India dipercayai mengambil bahagian yang besar dalam jumlah ini.

Pendidikan Perkauman, Suatu Diskriminasi Oleh Kerajaan BN

Selain isu IC merah, pendidikan adalah isu penting yang dipandang berat oleh masyarakat India. 80 peratus daripada 523 buah sekolah Tamil berada dalam keadaan usang dengan tiadanya latihan sukan, tempat rekreasi, komputer, perpustakaan dan lain-lain kemudahan yang diberikan kepada Sekolah Kebangsaan.[12] Manakala 99 peratus daripada sekolah Tamil tidak mempunyai taska berbanding dengan 99 peratus sekolah kebangsaan yang mempunyai taska.[13]

Pada tahun 1957,[14] terdapat 880 buah sekolah Tamil manakala pada tahun 2011, ia telah dicatatkan bahawa terdapat hanya 523[15] buah sekolah Tamil. Dalam 523 buah sekolah ini, hanya 154 buah sekolah Tamil diberikan bantuan kewangan sepenuhnya dari kerajaan, manakala 369 buah sekolah diberikan separa bantuan. Sekolah Tamil terbesar dalam negara ialah Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Simpang Lima, Klang mempunyai 2407 orang pelajar.

Akan tetapi pada yang sama, terdapat 159[16] buah sekolah Tamil yang mempunyai kadar enrolmen yang sangat rendah; iaitu kurang daripada 50 orang pelajar. Pecahan tersebut dapat dilihat seperti ini. Di 13 buah sekolah, terdapat kurang daripada 10 orang pelajar. Di 56 buah sekolah, terdapat kurang daripada 25 orang pelajar manakala di 90 buah sekolah terdapat kurang daripada 50 orang pelajar. Walaupun negara ini mempunyai 108, 000 pelajar masih belajar dalam sekolah Tamil akan tetapi pada masa yang sama, secara purata, hanya 201 orang pelajar yang sedang belajar dalam satu sekolah.[17] Hal ini dinayatakan dalam sebuah laporan Suhakam[18], yang melaporkan 60.6 peratus sekolah Tamil mengalami keadaan kekurangan enrolmen yang tinggi berbanding sekolah Cina 38.2 peratus dan sekolah Kebangsaan 25.2 peratus.

Seksyen 28 United Nations Convention on the Rights of the Child menyatakan

(1)   States Parties recognize the right of the child to education, and with a view to achieving this right progressively and on the basis of equal opportunity, they shall, in particular:

(a)    Make primary education compulsory and available free to all;

Kerajaan telah menerima Konvensyen pada 12 April 2012[19] manakala menurut Seksyen 29A Akta Pelajaran 1996[20] menyatakan

(2)   Every parent who is a Malaysian citizen residing in Malaysia shall ensure that if his child has attained the age of six years on the first day of January of the current school year that child is enrolled as a pupil in a primary school in that year and remains a pupil in a primary school for the duration of the compulsory education

 (3)   A parent who contravenes subsection (2) shall be guilty of an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding five thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding six months or to both.

Peruntukan tersebut menyatakan bahawa pelajaran di sekolah rendah merupakan suatu kewajipan dan setiap ibu bapa perlu memastikan anak-anak mereka menghadiri sesi pelajaran di sekolah. Kegagalan ibu bapa untuk memerhatikan peruntukan tersebut akan menyebabkan ibu bapa tersebut dihukum di bawah peruntukan tersebut. Lantas, ia merupakan tugas kerajaan pusat untuk memastikan tiada kanak-kanak yang tertinggal dalam pembelajaran mereka. Konvensyen United Nations telah menyediakan peruntukan bahawa setiap kanak-kanak harus diberikan pelajaran dan pelajaran tersebut hendaklah pelajaran percuma. Tetapi apa yang nyata berlaku bagi kumpulan etnik India ialah kepentingan untuk mendapat pelajaran tidak dibela di bawah kerajaan BN.

Kes terkini[21] kumpulan etnik India dinafikan hak mereka sebagai rakyat sah Malaysia  melibatkan tiga orang pelajar kumpulan etnik India tidak diberikan hak untuk belajar apabila JPN menghalang hak mereka untuk menerima sijil lahir dan kad pengenalan walaupun mereka lahir dalam negara dan ibu bapa mereka adalah warganegara negara. Manakala dua orang anak yatim kumpulan etnik India telah diberikan surat lahir tidak berguna dari kempen My Daftar MIC. Dokumen tersebut adalah tidak berguna kerana dokumen tersebut tidak boleh dipakai untuk membenarkan dua pelajar tersebut untuk menghadiri sesi persekolahan. Kerajaan BN juga telah menafikan jumlah 300,000[22] kumpulan etnik India adalah tidak berwarganegara akan tetapi pada masa yang sama, gagal untuk berikan jumlah yang tepat untuk membendung situasi ini.

Situasi ini bertambah kritikal apabila ”peruntukan” sebanyak RM 340 juta[23] Kerajaan Najib tetap tidak membawa perbezaan bermakna kepada sekolah-sekolah jenis aliran tamil dalam negara. Contoh utama ialah Sekolah Jalan Tajol Tamil sehingga kini masih tidak mempunyai kantin, padang sekolah mahupun tandas berfungsi walaupun telah diberikan peruntukan. Sekolah Tamil St Helier[24], Bahau pula telah disahkan tidak selamat oleh Menteri Kerja Raya akan tetapi, sehingga kini tiada apa-apa yang telah dilakukan oleh mana-mana pihak untuk membaiki situasi tersebut.

Jadual 6 di bawah menunjukkan bahawa pelajar etnik India mmpunyai kadar enrolmen ke dalam universiti awam dalam negara. Pada tahun 2010, hanya 2.5 peratus pelajar kumpulan etnik India yang berjaya mendaftarkan diri ke dalam universiti awam dalam negara. Ini menonjolkan suatu kebimbangan kerana ia mendapati kumpulan etnik India adalah ke belakang dari kumpulan-kumpulan etnik yang terbesar dalam negara iaitu etnik Melayu dan etnik Cina.

Jadual 6: Peratus Enrolmen Pelajar Dalam Universiti Awam di Malaysia[25]

Tahun

Bumiputra

Cina

India

Lain-lain

JUMLAH (%)

1960

20

60

20

0

100

1970

53.7

38.3

5.3

2.7

100

1980

59.7

32.1

6.3

1.9

100

1990

65.3

28.6

5.5

0.6

100

2000

67.2

26.3

5.0

1.5

100

2010

75

12.6

2.5

9.5

100

Pada bulan April yang lalu[26], sekumpulan individu terdiri daripada kumpulan etnik India telah mengadakan mogok lapar bagi memberi tekanan kepada MIC untuk mengembalikan tanah yang telah diperuntukkan untuk pembinaan Sekolah Tamil Effingham. Ini berikutan selepas pada tahun 2007, seorang ahli PIBG membuat laporan mendakwa tanah seluas 3 ekar diambil daripada mereka untuk pembangunan sekolah tersebut telah dipindahkan kepada MIC. Semenjak itu, orang ramai dan PIBG telah berkempan untuk memulangkan tanah itu  untuk mendirikan sekolah tersebut. Ini menunjukkan bahawa Kerajaan BN gagal dalam mempertahankan nasib pelajar kumpulan etnik India dalam mendapatkan keadilan dan kesamaan pelajaran. Ia juga menonjolkan bahawa kemelut yang dihadapi oleh kumpulan etnik India di anak-tirikan oleh Kerajaan BN dan seharusnya semua kumpulan etnik dalam negara berhak mendapatkan hak belajar yang saksama dan adil dan bukannya menganak-tirikan mana-mana kumpulan etnik.

Jadual 7[27]di bawah menunjukkan bahawa pendaftaran kursus oleh pelajar kumpulan etnik India mempunyai peratus yang paling rendah berbanding kumpulan etnik lain dalam semua kursus yang dinyatakan di atas. Jumlah paling rendah adalah dalam pendaftaran kursus pergigian iaitu hanya sebanyak 4 orang pelajar kumpulan etnik India berdaftar. Kursus Farmasi melihatkan hanya 7 pelajar yang mendaftar dari kumpulan etnik India. Ketiga terendah ialah pendaftaran kursus perakaunan iaitu hanya sebanyak 18 orang pelajar dari pelajar kumpulan etnik India yang mendaftarkan diri. Pendaftaran kursus paling tinggi ialah pendaftaran kursus perubatan iaitu seramai 50 orang pelajar dari kumpulan etnik India yang berdaftar namun ia tidak dapat menandingi jumlah pendaftaran dari kumpulan etnik Bumiputera iaitu seramai 581 orang dan 339 orang pelajar dari kumpulan etnik Cina.

Jadual 7: Pendaftaran Kursus Pengajian Tinggi Menurut Kumpulan Etnik[28]

Tahun

Bumiputra 

Cina 

India 

Lain-lain 

JUMLAH

Perubatan

581

339

50

13

983

Pergigian

91

77

4

2

174

Farmasi

151

125

7

0

283

Kejuruteraan Kima

648

217

45

9

919

Kejuruteraan Elektrik

923

209

18

13

1,163

Kejuruteraan Mekanikal

1251

311

20

19

1,601

Perundangan

221

105

37

4

367

Perakaunan

509

269

18

8

804

JUMLAH

4375

1652

199

68

6,294

 

Penutup Kata

Masyarakat India mengalami diskriminasi secara sistematik di bawah pemerintahan Kerajaan BN terutamanya dari segi kewarganegaraan dan pendidikan. Kehendak kumpulan etnik India untuk mendapatkan kewarganegaraan walaupun mereka lahir dalam negara sebelum dan selepas kemerdekaan mencerminkan kegagalan kerajaan BN dan slogan 1Malaysia janaan kerajaan BN.

Oleh itu, ia adalah sangat penting bagi masyarakat India untuk mendapatkan kembali hak mereka sebagai warganegara di bawah kerajaan Pakatan kerana ia sudah terbukti begitu lama bahawa hak, keperluan dan kehendak masyarakat India tiada dalam agenda penting dan dasar Kerajaan BN. Apabila Pakatan memegang tampuk pemerintahan pada peringkat persekutuan nanti, pendekatan berlainan harus diambil. Pendekatan kaum yang dipraktikkan oleh Kerajaan BN penuh dengan diskriminasi dan hanya membawa lebih banyak masalah.


[16] ibid

[24] ibid

2 thoughts on “Mengapa Masih Merah: Masa Hadapan Masyarakat India Diperjudikan?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s