Defisit Meningkat Pasca Perbekalan Tambahan 2012

Loceng penggera peningkatan defisit fiskal negara sekali lagi dibunyikan berikutan pembentangan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Tambahan (2012) 2012 di Dewan Rakyat semalam.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah membentang RUU Perbekalan Tambahan (2012) 2012 untuk memohon dana tambahan mencecah sejumlah RM15,295,345,000, di mana RM13,795,345,000 merupakan perbelanjaan bekalan manakala RM1,500,000,000 adalah bagi perbelanjaan tanggungan. Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) berpendapat, perbekalan tambahan ini membebankan Negara dari segi kewangan dengan peningkatan hutang Negara yang setakat ini telahpun mencapai RM470,760 juta[1] dan turut menyeret defisit fiskal secara keseluruhan ke suatu tahap yang memerlukan pengawasan yang ketara.

Dalam penulisan KPRU bersama YB William Leong Jee Keen, Ahli Parlimen Selayang sebelum itu berjudul “Anwar vs Najib: Siapa lebih bijak dalam tadbir urus hutang kerajaan?”[2], statistik KPRU telah menunjukkan dengan jelas trend defisit fiskal secara keseluruhan Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak menampakkan perbezaan bermakna samada semasa ekonomi berkembang dengan baik atau semasa ekonomi meleset.

Kini, setelah membentangkan RUU Perbekalan Tambahan (2011) 2012 untuk mendapatkan tambahan peruntukan sebanyak RM10,290,243,800 bagi menampung perbelanjaan kerajaan tahun 2011 pada bulan Mac 2012, dalam tempoh masa yang singkat, Kerajaan BN sekali lagi membentangkan RUU Perbekalan Tambahan (2012) 2012 untuk mendapatkan tambahan peruntukan sebanyak RM15,295,345,000 bagi menampung perbelanjaan kerajaan tahun 2012.

RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Awang Adek Hussin untuk bacaan kali pertama kali ini dengan jumlah paling besar – RM11.2 bilion – diperuntukkan bagi “perkhidmatan perbendaharaan am”.

Berikut ialah senarai kementerian/jabatan kerajaan dengan peruntukan masing-masing:

Jadual 1: Peruntukan Perbekalan Tambahan Berdasarkan Kementerian

Kementerian/Jabatan Peruntukan (RM)
Perkhidmatan Am Perbendaharaan 11,232,000,000
Kementerian Kerja Raya 445,800,000
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan 404,000,000
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) 360,000,000
Kementerian Dalam Negeri 353,520,000
Perbendaharaan 300,000,000
Kementerian Pertahanan 210,000,000
Jabatan Perdana Menteri 112,900,000
Kementerian Pelajaran 195,000,000
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri 60,000,000
Kementerian Kesihatan 40,000,000
Kementerian Sumber Manusia 23,000,000
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar 16,028,000
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah 16,028,000
Kementerian Pelancongan 15,000,000
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani 10,000,000
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi 10,000,000
Kementerian Pengangkutan 2,000,000

Sesungguhnya, kekurangan disiplin dan kehematan dalam pengendalian kewangan yang diamalkan oleh Kerajaan BN di bawah pimpinan Najib telah menyaksikan pemborosan yang begitu menonjol serta penuh dengan pelbagai tuduhan penyelewengan. Biarpun Perdana Menteri telah berjanji berulang-ulang kali bahawa kerajaan akan mengambil insentif dan langkah bagi mengurangkan defisit fiskal, namun tiada pun kelihatan apa-apa usaha yang nyata, bah kata pepatah, apa payahnya menaupkan bibir atas bawah.

Kini, tambahan pula dengan pembentangan perbekalan tambahan, jangkaan bahawa defisit fiskal Negara akan terus terjunam ke paras yang membimbangkan selepas 15 tahun berturut-turut mengalami defisit.

Menurut Laporan Ekonomi 2011/2012 Kementerian Kewangan Malaysia, unjuran defisit yang dialami oleh Malaysia pada tahun 2012 adalah masing-masing berada pada kedudukan 4.8 peratus daripada Keluaran Negara Kasar (KNK, atau Gross National Product (GNP)) dan 4.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK, atau Gross Domestic Product (GDP)) seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2.

Jadual 2: Kedudukan Kewangan Kerajaan Persekutuan 2012 (RM Juta)

Dikemaskini pada April 2012 2012 (Unjuran)
Hasil 186,906
Perbelanjaan Mengurus 181,584
Perbelanjaan Pembangunan Bersih 48,343
Defisit/Lebihan Keseluruhan -43,021
% dari KNK -4.8
% dari KDNK -4.7
KNK (harga semasa) 890,347
KDNK (harga semasa) 918,322

Sumber: Laporan Ekonomi Kementerian Kewangan[3]

Memandangkan kerajaan memohon peruntukan tambahan yang berjumlah setinggi RM15,295,345,000 – suatu angka yang lebih tinggi daripada bajat tambahan sebanyak RM10,290,243,800 bagi menampung perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan untuk beberapa kementerian dan jabatan bagi perkhidmatan tahun 2011. Lantas, perbelanjaan kerajaan memecut dan memberi tekanan kepada defisit Belanjawan Negara.

Dengan menggunapakai data yang dibekalkan oleh Kementerian Kewangan dalam pengiraan defisit terbaru dengan menambah perbekalan tambahan yang baru dibentangkan dan mengekalkan faktor lain termasuk jumlah hasil pendapatan, adalah nyata bahawa defisit fiskal Ngeara kini telah mencecah 6.4 peratus daripada KDNK seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.

Jadual 3: Statistik KPRU: Unjuran Defisit Fiskal Pasca Perbekalan Tambahan 2012

Perbelanjaan Mengurus RM181,584,000,000
Perbelanjaan Pembangunan Bersih RM48,343,000,000
Perbekalan Tambahan 2012(Perbelanjaan Mengurus sahaja) Perbelanjaan Bekalan RM13,795,345,000
Perbelanjaan Tanggungan RM1,500,000,000

Jumlah

RM245,222,345,000
Defisit/Lebihan Keseluruhan -RM58,316,345,000
% dari KNK -6.5
% dari KDNK -6.4

Nota: Andaikan faktor lain seperti hasil Kerajaan tidak berubah.

Secara amnya, perkembangan ekonomi Negara adalah senantiasa dalam arus yang dinamik, ada kalanya dilandai kemelesatan dan ada kala pula meraikan peningkatan; data dan maklumat berkenaan turut akan mengalami perubahan dari semasa ke semasa. Maka, pengiraan tersebut sekadar suatu anggaran dan dikemukakan sebagai rujukan. Faktor lain seperti hasil pendapatan kerajaan mungkin berubah. Misalnya, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berjaya meningkatkan kutipan hasil tahun 2011 hampir 27 peratus lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya, iaitu mencatat jumlah kutipan RM109.7 billion.[4]

Secara teori, peningkatan hasil Negara sememangnya dapat mengurangkan atau sekurang-kurangnya menstabilkan defisit fiskal Negara, atas premis perbelanjaan yang berhemat. Permasalahannya, pengurusan kewangan oleh pihak kerajaan Malaysia yang menampakkan defisit fikcal berlarutan telah menimbulkan keraguan tentang kemampuan kerajaan semasa dalam menangani hutang Negara yang kian memuncak dan dalam merangka perbelanjaan Negara secara berhemat.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s