Pentadbiran Najib Gagal Sebagai Pentadbir Sementara

Sebagai Perdana Menteri yang memegang jawatan dalam kerajaan sementara pasca pembubaran parlimen pada 3 April yang lalu, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melanggari suatu garisan panduan sebuah kerajaan sementara iaitu mempersutujui untuk mengikat bakal kerajaan kepada sesuatu perkara. Najib sendiri mengingkari panduan ini dengan mengumumkan tiga buah projek bernilai RM8 bilion di Cyberjaya dua hari selepas pembubaran parlimen.

Dari segi perundangan, Perlembagaan Persekutuan tiada pendirian jelas mengenai cara menangani atau panduan sebuah kerajaan sementara. Namun pemahaman dari segi demokrasi berparlimen pula, sebuah kerajaan sementara tidak boleh melancarkan apa-apa program atau apa-apa projek baru dalam nama kerajaan. Ini adalah undang-undang tidak bertulis sebuah kerajaan sementara.

Namun, apa yang telah dilakukan oleh Najib adalah sebaliknya. Najib melancarkan tiga projek bernilai RM8 bilion di Cyberjaya atas nama memajukan program Program Transformasi Ekonomi (ETP) beliau dalam nama kerajaan Barisan Nasional (BN). Dari segi ini, ianya kelihatan bahawa Najib telah melanggari kedua-dua undang-undang tidak bertulis ini. Lantas, Najib telah melanggari kepercayaan rakyat terhadap kerajaan sementara yang dipangku oleh beliau.

Kerajaan sementara di Britain ditentukan sebagai sebuah kerajaan sementara di mana kerajaan sementara tidak mempunyai kuasa untuk mengumumkan apa-apa projek besar-besaran atau apa-apa inisiatif dasar secara besar-besaran. Malah kerajaan sementara di Australia telah diwartakan sebagai panduan bertulis. Malah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz sendiri mengakui bahawa kerajaan sementara tidak mempunyai hak untuk melaksanakan komitmen baru.

Sebagai seorang Perdana Menteri, Najib seharusnya dimaklumkan kuasa terhad sebuah kerajaan sementara dan menepatinya.

Memandangkan Najib sudah memangku jawatan Perdana Menteri selama satu tempoh dan Malaysia bukanlah negara pertama yang melalui sebuah kerajaan sementara serta ini bukanlah kali pertama Malaysia melalui sebuah kerajaan sementara, ianya mustahil Najib tidak dimaklumkan mengenai konvensyen ini.

Oleh kerana peruntukan untuk mana-mana projek kerajaan dibuat melalui Kementerian Kewangan dan ini pula memerlukan kebenaran daripada Parlimen, maka persoalannya mengapakah projek ini tidak dimaklumkan kepada rakat sebelum Parlimen dibubarkan, terutamanya sewaktu sidang Parlimen yang lepas? Mengapakah Najib mengambil keputusan untuk mengumumkan tiga projek mega ini selepas pembubaran Parlimen?

Lantas, keputusan Najib untuk mengumumkan tiga projek mega ini selepas Parlimen dibubarkan dengan nyatanya berunsurkan kempen pilihan raya. Justeru, tindakan Najib ini bukan sahaja melanggari konvensyen kerajaan sementara, beliau juga telah mencabuli hak kepentingan rakyat Malaysia untuk menggunakan wang rakyat bagi tiga projek mega yang tidak persetujui malah dibantah oleh rakyat Malaysia.

Keputusan Najib ini mencerminkan etika beliau sebagai seorang ketua, iaitu seorang yang tidak menghormati undang-undang, memperlekehkan rakyat dan kepentingan rakyat serta mementingkan kepentingan politik peribadi beliau dan bukannya kepentingan am rakyat Malaysia.

Najib sepatutnya mencontohi kerajaan Negeri Selangor yang memulangkan kereta kerajaan serta pekeliling yang dikeluarkan yang menyatakan kerajaan Negeri Selangor seharusnya mengelak membuat apa-apa kontrak bagi apa-apa projek besar. Akan tetapi, itu bukan apa yang dilakukan oleh Najib. Najib seolah-olah melupai tanggunjawab utama sebagai seorang pemimpin. Di mana tugas seorang pemimpin adalah suatu pegangan amanah suara rakyat. Pemimpin melaksanakan keputusan bagi rakyat dan bukannya bagi kepentingan peribadinya. Dan tiga projek mega ini mencerminkan keadaan Najib sebagai pemimpin yang bertentangan dengan seorang pemimpin yang jujur, telus dan amanah.

 

Dalam kata lain, Najib sebenarnya telah memilih keputusan yang memakan dirinya dalam perjalanan negara kepada Pilihan Raya Umum ke-13. Nescaya, tindakan Najib ini akan akhirnya menghantui beliau kelak nanti.

 

**Bahasa Cina

 

2013年4月7日

 

智库政改研究所(KPRU)文告

 

納吉政权:失败的看守政府

在4月3日解散國會後,作為看守政府的首相,拿督斯里納吉已經違反看守政府指南,即以前朝政府為名許下承諾。納吉於国会解散两天后,在賽柏再也宣佈3項總值80億令吉工程時,違反了上述指南。

在法律角度,聯邦憲法沒有明確闡述看守政府的指南。不過,從民主制度方面理解,看守政府不能以政府之名義推動任何新的工程計劃。這些都是沒有明文列定的看守政府原則。

現在,納吉背道而馳。他以國陣政府及經濟轉型計劃之名,在賽城推動3項總值80億令吉的工程。納吉已經違反兩項指南,換言之,他違背人民對看守政府的誠信。

英國政策下的看守政府,沒有權力宣佈任何大型計劃。澳洲的看守政府已有一套明文規定的指南,而且首相署部長納茲里承認,看守政府沒有權落實或推行任何新的計劃。

身為首相,納吉理應知道作為看守政府的權限。他出任首相也有4年,馬來西亞也不是首次經歷看守政府的階段,所以沒有可能納吉不知道有關權限。

由於任何政府工程的所有撥款都通過國會批准財政部發出,問題在於,為何這項工程沒有在國會解散之前召開的國會會議上提出通過?為什麼納吉要在解散國會後才宣佈這3項大型工程?

顯然,納吉宣佈這3項工程是為了競選拉票。納吉此舉不但違反看守政府的原則,還私自動用納稅人的錢展開大工程,違反人民利益。

納吉的決定反映他身為領袖的道德,不遵守法律、貶低人民、妄顧人民利益,甚至只顧及個人政治利益,而不是全民利益。

納吉應該以雪蘭莪州政府為榜樣,歸還官車並發出通告,說明雪州政府不會決定或推動任何大型工程。

納吉明顯已經忘記他身為領袖的責任,以民意為先。領袖應以民意做決定,而不是個人利益。3項大型工程反映出納吉是一位違反誠信且不透明的領袖。

Advertisements

One thought on “Pentadbiran Najib Gagal Sebagai Pentadbir Sementara

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s