Diskriminasi Terhadap Pemimpin Pembangkang Dan Aktivis Hak Asasi Manusia

Tanggal 7 April 2013, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Tian Chua telah dihalang daripada memasuki negeri Sabah. Tian Chua menyertai suatu senarai individu-individu pembangkang dan aktivis hak asasi manusia yang dihalang daripada memasuki Sabah dan Sarawak.

Individu-individu tersebut termasuklah setiausaha kepada Timbalan Presiden KEADILAN Hilman Idham, aktivis hak asasi manusia Haris Ibrahim, ahli jawatankuasa Bersih 2.0 Ahmad Syukri Abdul Razab, pemimpin Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Mazlan Aliman, pemimpin parti Democratic Action Party (DAP) Lim Kit Siang, mantan Naib Presiden KEADILAN Sivarasa Rasiah dan tidak dilupai N. Gobalakrishan sebelum beliau melompat keluar daripada KEADILAN.

Manakala berikut ialah senarai aktivis yang pernah dihalang memasuki negeri Sarawak: pengerusi Bersih 2.0, Ambiga Sreenevasan, Steven Ng, Cynthia Gabriel, Wong Chin Huat, Johan Tan, Maria Chin Abdullah, B.K. Ong, Dr Kua Kia Soong, dan Tan Jo Hann.

Ini adalah walaupun pada tahun 2008, Timbalan Menteri dalam pejabat Ketua Menteri Sarawak, Datuk Daud Abdul Rahman menyatakan bahawa kerajaan negeri Sarawak tidak pernah menghalang mana-mana pemimpin pembangkang daripada memasuki negeri tersebut.

Jaringan menghalang kemasukan pemimpin pembangkang dan aktivis hak asasi manusia mencerminkan amalan diskriminasi terpilih oleh kedua-dua kerajaan negeri Sabah dan kerajaan negeri Sarawak.

Ini adalah kerana pada waktu Tian Chua dihalang memasuki negeri Sabah, beliau menaiki kapal terbang tersebut bersama Timbalan Pengerusi parti PAS, Mohamad Sabu akan tetapi, Mohamad Sabu dibenarkan memasuki negeri tersebut. Begitu juga keadaan ketika Hilman Idham dihalang masuk, cuma terdapat sedikit perbezaan situasinya. Hilman Idham dihalang memasuki Sarawak selepas Timbalan Presiden KEADILAN Azmin Ali dibenarkan untuk memasuki negeri Sarawak beberapa jam sebelum ketibaan Hilman Idham. Aktivis Tan Jo Hann pula dihalang memasuki Sarawak akan tetapi, seorang wartawan antarabangsa yang bersamanya ketika itu pula dibenarkan memasuki negeri Sarawak.

Manakala ketika Ambiga Sreenevasan dihalang daripada memasuki negeri Sarawak, beliau bersama Subramanian Pillay, Arul Prakash (kedua-dua merupakan ahli jawatankuasa Bersih 2.0) dan Ivy Josiah (Ketua Pengerusi bagi Organisasi Bantuan Wanita (Women’s Aid Organisation).  Ketiga-tiga individu tersebut dibenarkan memasuki negeri tersebut.

Ketika individu-individu pemimpin pembangkang dan aktivis hak asasi manusia dihalang daripada memasuki kedua-dua negeri tersebut, beberapa orang aktivis hak asasi manusia dan pro alam sekitar pula dihalang untuk keluar dari negeri Sarawak. Mereka termasuklah Gara Jalong (komuniti Long Geng Kenyah), Chee Yok Lin daripada Sahabat Alam Malaysia (SAM), Meenakashi Raman (penasihat undang-undang kepada Persatuan Pengguna Penang), Thomas Jalong (SAM), Jok Jau Evong (Persatuan Penduduk Rumah Bawang), Raymond Abin (Institut Sumber Borneo (Brimas), Wong Meng Chuo (Institut Pembangunan dan Kehidupan Alternatif, Ideal) dan lain-lain.
Aktivis Colin Nichols pula ditahan di Lapangan Terbang Tambang Rendah Kuala Lumpur (LCCT) sehingga Ketua Imigrsen di LCCT membenarkan beliau menaiki penerbangan berikutnya atas budi bicaranya. Ini berikutan nama beliau berada di senarai dihalang meninggalkan negara kerana beliau telah beberapa kali dihalang memasuki negeri Sarawak kerana membantah aktiviti pembalakan yang kian berlaku dalam negeri tersebut.

Reaksi sentakan lutut membenarkan sesetengah individu pembangkang dan aktivis memasuki sementara menghalang kemasukan yang lain terus mencerminkan ketiadaan dalam ketelusan dan akauntabiliti dalam pentadbiran Datuk Seri Musa Haji Aman dan Pehin Sri Haji Taib Mahmud. Kedua-dua Ketua Menteri mempunyai tanggungjawab untuk memberikan penjelasan tindakan berat sebelah ke atas individu-individu yang dinyatakan serta senarai nama individu-individu yang juga mengalami nasib yang sama.

Nama-nama yang dinyatakan mempunyai satu persamaan; mereka menyuarakan keprihatinan terhadap ketidakadilan yang melibatkan pentadbiran kerajaan negeri. Kerajaan negeri Sabah dan Sarawak telah dijangkiti penyakit paranoia terhadap individu-individu tersebut. Penyakit paranoia tersebut muncul akibat kesedaran bahawa isu-isu yang dibawa individu-individu tersebut akan menbangkitkan kesedaran warga Sabah dan Sarawak terhadap ketidakadilan yang berlaku di Sabah dan Sarawak.

Kebebasan berpolitik dan kebebasan hak bersuara adalah milik rakyat Malaysia. Kerajaan mentadbir mewakili rakyat untuk melaksanakan tugas-tugas bagi pihak rakyat. Lantas, negeri yang ditadbir adalah milik rakyat dan bukannya milik pentadbir mahupun parti politik yang mentadbir.

Memandangkan Malaysia kini dalam musim pilihan raya, maka penghalangan kemasukan Tian Chua berbau politik kotor. Manakala penolakan hak kemasukan ke dalam negeri, walaupun ianya merupakan hak kerajaan negeri, ianya tetap melanggari hak asasi rakyat Malaysia sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan hak asasi sejagat.

Rakyat Malaysia dihalang pergerakan mereka, akan tetapi warga asing diberikan kebebasan untuk bergerak tanpa halangan. Kerajaan negeri mempunyai tanggungjawab untuk melindungi hak asasi rakyat, sebaliknya akibat permainan politik kotor, aktivis dan pembangkang dilayani seperti penjenayah. Ini adalah ironi kerana kedua-dua Ketua Menteri Sabah dan Sarawak didakwa melanggari undang-undang dengan dakwaan rasuah, kronisme dan penyelewengan kuasa. Undang-undang diseleweng, hak rakyat dipijak, yang baik dibuang, yang buruk dijunjung. Begitulah keadaan di Malaysia selagi politik kotor dibenarkan berlangsung.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s