KPRU: BN Tidak Berhasrat Iktiraf UEC

KPRU: BN Tidak Berhasrat Iktiraf UEC

Naik Taraf Kolej New Era Tenangkan Hati Masyarakat Cina

 

Badan pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) mengucapkan tahniah kepada Kolej New Era, akhirnya dinaiktarafkan menjadi kolej universiti setelah menunggu selama 6 tahun. Walau bagaimanapun, KPRU mensyaki tindakan Kementerian Pendidikan Tinggi membuat pengumuman tersebut selepas pembubaran parlimen, hanya berniat menenangkan hati masyarakat Cina, kerana Barisan Nasional (BN)  masih tidak rancang mengiktirafkan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

KPRU melalui kenyataan media hari ini berkata, parlimen dibubarkan pada 3hb April, BN selaku kerajaan sementara mengumumkan Kolej New Era dinaiktarafkan menjadi kolej universiti pada 4hb April. Tapi, manifesto BN yang diumumkan kelak tidak menyatakan BN akan mengiktiraf UEC, menunjukkan wawasan BN masih cacat dalam mengiktiraf kepelbagaian, tidak boleh terima UEC sebagai sebahagian sistemnya, maka hanya melalui pengumuman menaiktarafkan Kolej New Era untuk menenangkan hati masyarakat Cina.

“Topik pengiktirafan UEC sudahpun dibincang dalam mesyuarat kabinet kerajaan BN selama berpuluh-puluh tahun. Pada 1hb April, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berbincang dengan rombongan wakil Dong Zhong mengenai isu pengiktirafan UEC selama satu jam, kedua-dua pihak mengeluarkan kenyataan bersama, memberitahu pengiktirafan UEC masuki peringkat perbincangan teknikal secara perinci, penyelesaian terbaik akan ditentukan selepas perbincangan antara Najib bersama Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin dan Menteri Pendidkan Tinggi Datuk Seri Mohd Khaled Nordin.  Walau bagaimanapun, apabila masyarakat Cina menanti-nanti berita baik daripada Najib, parlimen sudah dibubarkan. Diumumkan pula Kolej New Era naik taraf menjadi kolej universiti.”

Pengumuman Kolej New Era dinaiktaraf menjadi kolej universiti adalah berita baik bagi masyarakat Cina. Tetapi, BN tidak mengumumkan pengiktirafan  UEC selepas itu, menyebabkan pelajar Sekolah Persendirian Cina masih dikecualikan oleh universiti awam, malahan institusi kerajaan. Bukan sahaja masyarakat Cina rasa kecewa, pengumuman Kolej New Era dinaik taraf disyaki hanya untuk meredakan kekecewaan masyarakat Cina terhadap isu pengiktirafan UEC.

KPRU berpendapat, BN tidak berhasrat mengiktirafkan UEC sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan negara, sebaliknya hanya menaiktarafkan kolej komuniti Cina, menunjukkan BN masih memisahkan bidang kerajaan dan swasta berdasarkan bangsa dan bahasa, tidak dapat menerima Malaysia adalah masyarakat berbilang kaum.

Sebenarnya, pinggirkan masyarakat Cina atau pendidikan Cina akan menyebabkan rakyat yang berbakat mengalir ke luar negara, memburukkan ekonomi dan budaya negara yang berbilangan ini, tidak akan membantu negara mencapai matlamat negara berpendapatan tinggi. Sebaliknya, Manifesto Pakatan Rakyat (PAKATAN) menegaskan pengiktirafan UEC, membuktikan PAKATAN mengamalkan dasar saksaman dan adil terhadap aliran pendidikan yang berlainan.

“Setelah menjadi Perdana Menteri, Najib melalui propaganda hebat, malahan laman Facebook ‘Ah Jib Gor’ masih tidak dapat sokongan majoriti orang Cina. Oleh itu, Kementerian Pendidikan Tinggi asyik mengumumkan berita baik dalam 2 tahun ini, termasuk mengiktirafkan sebahagian sijil pendidikan tinggi negara China dan Taiwan,, dan menaiktarafkan Kolej Southern menjadi kolej universiti. Walau bagaimanapun, BN dan Dong Zhong masih tidak dapat mencapai persefahaman dalam isu masalah guru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan pengiktirafan UEC.”

“Walaupun Kementerian Pendidikan Tinggi sudah mengiktiraf sebahagian sijil universiti dari China dan Taiwan, membenarkan mereka yang tamat pelajaran berpeluang berkhidmat dalam sector awam. Masalahnya, dasar BN yang selama ini memisahkan bangsa serta pentadbiran yang tidak adil, boleh membenarkan pelajar tersebut memasuki sektor awam secara lancar atau tidak, biar kita tunggu dan lihat.”

Sebenarnya, masyarakat Cina amat mengharapkan pengiktirafan UEC, yang penting adalah membenarkan semua orang bebas pilih sistem pendidikan, dan juga diiktiraf oleh kerajaan, bukannya ada had, memisahkan sektor awam dan swata, terus diseret dalam pemecahan kaum.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s