KPRU gesa UiTM beri penjelasan pelajar dipaksa menonton Tanda Putera

 

Badan Pemikir Kajian Perubahan untuk Politik (KPRU) menggesa Universiti Teknologi Mara (UiTM) Johor memberi penjelasan mengenai pembatalan kelas dalam memberi laluan kepada tayangan wajib hadir filem kontroversi Tanda Putera kepada pelajar universiti tersebut.

Dalam langkah yang berbaur mencemari pendidikan dengan politik kotor, sebuah memo bertajuk “Program Wajib Hadir untuk Pelajar Sarjana Muda: Program Tayangan Perdana Filem Tanda Putera” telah diedarkan kepada para pensyarah untuk meluluskan pengecualian kuliah bagi memaksa para pelajar menghadiri sesi tayangan filem kontroversi tersebut.

Langkah UiTM Johor ini bukan sahaja mempolitikkan pendidikan, malah menggunakan peluang ini untuk meluaskan jurang antara kaum dengan indoktrinasi perkauman ke dalam minda para mahasiswa.

Pada masa yang sama, Barisan Nasional (BN) sekali lagi gagal dalam menghormati Ikrar Integriti Pilihan Raya di mana salah satu prinsip ikrar tersebut adalah mematuhi prinsip benar dan tatalaku beretika. Bukan sahaja para pelajar dipaksa untuk menonton filem penuh kontroversi ini, ianya adalah penayangan terpilih dan para pelajar dipaksa menangguhkan pembentangan, kuiz dan ujian semata-mata untuk diindoktrinasi dalam permainan politik kotor BN. Ini adalah bertentangan dengan tahun 2011, di mana BN sendiri yang menegaskan para pelajar seharusnya tidak diganggu dengan aktiviti politik dan kampus merupakan tempat untuk belajar.

Adakah memaksa meninggalkan kelas, pembentangan, kuiz dan ujian semata-mata untuk menonton sebuah filem politik kontroversi yang digunakan sebagai alat politik yang dimaksudkan oleh BN sebagai pendidikan? BN seperti tidak mengenal erti permainan politik secara bersih dan adil. Melibatkan para pelajar universiti ke dalam politik kotor dan murahan adalah sebuah tindakan yang menunjukkan BN sebagai sebuah parti politik yang tedesak.

KPRU menggesa penjelasan daripada pihak UiTM Johor serta BN untuk menghentikan tayangan filem kontroversi dalam perjalanan ke Pilihan Raya Umum (PRU13) serta memberhentikan permainan politik kotor ke dalam universiti-universiti.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s