Manifesto PAKATAN Negeri Selangor, Mencerminkan Kehendak dan Keperluan Warga Negeri Selangor

Pakatan Rakyat (PAKATAN) negeri Selangor telahpun melancarkan manifesto negeri bagi Pilihan Raya ke-13 (PRU13). Ia akhirnya menerbitkan kehendak, cadangan and bersifat mesra rakyat di samping bersifat asli dan tidak ditiru dari manifesto milik lawan.

Sebagai sambutan kepada suara rakyat, salah sati dari manifesto yang memonjol adalah galakan yang dapat dilihat dalam manifesto PAKATAN Selangor adalah kesihatan dan pengangkutan awam. Ini termasuklah menyediakan pengangkutan awam yang percuma dan mesra orang awam termasuklah perkidmatan bas di Shah Alam, Petaling Jaya, Subang Jaya dan Kajang. Begitu juga penyediaan lorong basikal di kawasan perumahan baru di kawasan-kawasan terpilih.  Satu lagi menaik taraf yang menonjol adalah pemastian untuk menyiapkan pembinaan Jambatan Ketiga Klang yang bernilai RM300 juta.

Keputusan untuk meluaskan dan mewujudkan sebuah rangkaian pengangukatan awam di bandar-bandar kritikal seperti Shah Alam, Petaling Jaya, Subang Jaya dan Kajang merupakan keputusan yang dialu-alukan. Bandar-bandar ini telah lama merasai kesengsaraan kekurangan pengangkutan awam terutamanya selepas rayuan dari orang awam kepada RapidKL tidak diendahkan. Ianya merupakan suatu permulaan kepada bandar-bandar dalam negeri Selangor untuk merasai kelebihan ini.

Manakala bagi pembinaan lorong-lorong basikal di kawasan perumahan baru, ianya juga merupakan pengenalan yang dialu-alukan kepada kepada kehidupan yang lebih bijak, lestari dan juga lebih sihat. Malaysia ketinggalan jauh dalam pembangunan bijak dan kehidupan lestari. Ianya adalah diharap bahawa lorong-lorong basikal ini akan dikembangkan kepada bandar-bandar yang sedia ada dalam negeri Selangor ini. Akan tetapi, buat masa sekarang, ianya merupakan satu langkah ke hadapan bagi bukan sahaja PAKATAN negeri Selangor, bahkan bagi warga negeri Selangor untuk kehidupan lebih bijak dan lestari. Tidak dilupakan usaha oleh PAKATAN Selangor ini akan mengurakan jejak karbon dalam alam sekitar di mana ianya suatu kelebihan untuk memastikan anak-anak kita akan menikmati udara segar yang telah dipandang rendah serta mengurangkan kadar kesesakan lalu lintas dalam Lembah Klang.

Klang pula dari dulu hingga kini menghidapi masalah kesesakan lalu lintas. Dua jambatan di Klang telah lama mencapai kapasiti maksimumnya, lantas menjadikan sebarang perjalanan ke Klang atau Pelabuhan Klang suatu mimpi ngeri. Sebuah projek yang terdahulunya ditangguh, ianya kembali untuk dibina. Adakah pembinaan jambatan ini menjadi penyelamat kepada warga bandar Klang dan pengakhiran kepada kesesakan lalu lintas di Klang? Sebalik melihat ini sebagai peluang ketiga yang gagal, mungkin percubaan yang keempat ini akan membawa tuah dan kekayaan kepada warga bandar Klang.

Sementara itu, dari segi perlindungan alam sekitar pula adalah kepastian negeri Selangor bebas kuasa nuklear. Ini mungkin tidak beberapa penting dari segi ekonomi, akan tetapi kepastian untuk melindungi alam sekitar tarhadap kesan mudarat kuasa nuklear merupakan suatu jaminan kepada galakan penggunaan teknologi hijau serta keadaan alam sekitar yang lebih selamat kepada anak-anak kita dan masa hadapan mereka. Itu sahaja membawa kelebihan dari sebarang kekurangan ekonomi.

Dari segi keselamatan orang awam pula, permulaan dan perluasan program ‘Polis Komuniti’ yang ditaja oleh kerajaan negeri merupakan salah satu cara yang positif untuk memulakan  dan menguatkan semangat komuniti dalam kawasan perumahan. Ianya memperkasa kepada komuniti untuk memilih bagaimana mereka hendak menjamin keselamatan memandangkan ianya merupakan suatu usaha yang tidak munasabah untuk pihak polis meronda setiap kawasan perumahan selama 24 jam dan tujuh hari berturut-turut. Ini adalah berbeza dengan Polis Komuniti peringkat persekutan kerana ianya adalah lebih sukar untuk menjadi efektif memandangkan kekurangan komunikasi antara orang awam dan kerajaan persekutuan. Jika ianya dilaksanakan oleh kerajaan negeri, terdapat pagar sesat birokrasi lebih pendek untuk mengatasi oleh orang awam untuk berkomunikasi dengan kerajaan negeri. Ianya merupakan permulaan kepada hubungan lebih erat serta kerjasama yang lebih erat antara kerajaan negeri dan orang awam serta antara pihak berkuasa yang berkenaan.

Dari segi penjagaan kesihatan pula, PAKATAN dalam manifesto kerajaan negerinya menunjukkan bukan sahaja penjagaan kesihatan kaum wanita yang diutamakan oleh PAKATAN, malah, penjagaan kesihatan dan kebajikan kaum lelaki tidak diketepikan. Badan pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) mengalu-alukan manifesto oleh PAKATAN yang menawarkan pemeriksaan percuma bagi kanser prostat dan kanser testis untuk kaum lelaki. Menurut statistik, kanser prostat merupakan kanser ke-4 yang paling biasa di kalangan lelaki dengan kaum India mempunyai kadar tertinggi, diikuti oleh kaum China dan akhirnya kaum Melayu.

Ianya diharapkan melalui inisiatif ini akan membawa kepada pengurangan dalam kadar statistik and peningkatan dalam kadar nyawa yang diselamatkan melalui pengesanan awal. Ianya turut merupakan suatu inisiatif yang proaktif untuk menyediakan kesedaran kepada kaum lelaki dan kepentingan pengesanan awal.

Sementar itu, walaupun terdapat beberapa persamaan antara manifesto BN menyediakan peruntukan bagi 150 buah mesin dialisis di pusat hemodialisis milik kerajaan seluruh negara. Manifesto PAKATAN pula menyediakan peruntukan sebanyak RM10 juta Tabung Dialisis Rakyat Selangor bernilai RM10 juta bagi bangunan dan subsidi rawatan. Adakah PAKATAN menjanjikan sesuatu yang lebih dari BN? Ya. Akan tetapi, ianya juga dapat dilihat sebagai suatu bantuan lengkap kepada mereka yang memerlukan dialisis tanpa mengira di mana rawatan tersebut berada. Bantuan ini tidak terhad kepada pusat-pusat kerajaan kerana akses kepada rawatan dialisis sepatutnya terbuka kepada semua warga negeri Selangor tanpa terhad kepada mereka yang menerima rawatan di pusat-pusat kerajaan sahaja.

Kemurahan PAKATAN tidak berakhir di situ. Warga kurang upaya di Selangor bakal menikmati peluang kawasan awam dilengkapi dengan kemudahan orang kurang upaya kerana PAKATAN akan memastikan ianya dilakukan. Ini memandangkan keadaan kini di mana terdapatnya kekurangan kemudahan untuk warga kurang upaya oleh kerajaan persekutuan. Sementara negara-negara Eropah seperti London telah menaik taraf stesen kereta api yang berusia berkurun lamanya dengan kemudahan-kemudahan untuk warga kurang upaya, ianya dilaporkan bahawa stesen kereta api LRT di Kuala Lumpur City Center (KLCC) yang sudah memunyai satu- satunya lif tangga telah dilipat ironinya telah mengalami kerosakan. Ini merupakan salah satu contoh kekurangan kemudahan untuk warga kurang upaya. Inisiatif oleh PAKATAN ini merupakan permulaan kepada bandar-bandar lain untuk memastikan hak-hak kepada warga kurang upaya dihormati dan dilayan dengan bermaruah.

Dari segi pendidikan pula, kerajaan persekutuan di bawah BN telah memperuntukkan sebanyak RM5 billion untuk Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPP1M) untuk membantu pengajian para pelajar di peringkat tertiari. Kerajaan negeri Selangor di bawah PAKATAN pula telah melancarkan biasiswa Menteri Besar bagi pelajar ijazah lanjutan dengan bon Kerajaan Negeri sebagai usaha membentuk sebuah Bank Pemikir Negeri Selangor.

Bagaimanakah ini berbeza dengan manifesto pendidikan BN? Ianya akan membentuk sebuah Bank Pemikir untuk memastikan tiada kekurangan warga negeri Selangor yang bijak. Ianya menyediakan peluang kepada yang terbaik untuk pulang ke negeri Selangor dan berkhidmat kepada negeri Selangor dan warga negeri Selangor. Perbezaan yang lain pula adalah ianya meringankan bebanan kerajaan persekutuan kerana warga negeri Selangor akan dipelihara oleh kerajaan negeri kerana pendidikan peringkat tertiari mereka yang dibiayai oleh kerajaan negeri. Juga, pendidikan manifesto PAKATAN tidak menyatakan kekangan untuk jenis kursus yang boleh dibiayai oleh skim bantuan ini. Ini adalah kerana skim SPP1M milik BN hanya terbuka kepada kursus-kursus yang terpilih sahaja. Juga, SPP1M merupakan pinjaman dana skim bantuan kerajaan negeri Selangor merupakan biasiswa lantas tidak akan membebankan masalah hutang para pelajar.

Bagi pembangunan kebudyaan negeri Selangor pula, kerajaan negeri Selangor dalam manifestonya akan membina tiga buah Pusat Kebudayaan di bandar Klang bagi komuniti-komuniti Melayu, India dan Cina di tepi Sungai Klang dengan dana milik kerajaan dan swasta. Bandar Klang yang dikenali oleh warga bandar Klang merupakan bandar yang kaya dengan budaya tempatan dan asing. Pembinaan tiga buah Pusat Kebudayaan ini akan membawa kepada penambahan warna dan kehidupan ke dalam bandar Klang, menukarkannya kepada sebuah bandar kebudayaan. Sebuah bandar yang mempunyai reputasi sama bandar Melaka sebagai sebuah bandar kebudayaan. Ini pula akan mengalu-alukan kedatangan para pelancong ke bandar Klang dan memperkayakan bandar Klang dengan pelbagai aroma dan warna dan sejarah apabila Istana Shah Alam juga terletak di bandar Klang. Dalam erti kata lain, pembinaan tiga buah Pusat Kebudayaan ini akan meningkatkan lagi hasil pendapatan dari sektor pelancongan negeri Selangor di samping manmbah lebihan ke dalam akaun kerajaan negeri.

Manifesto ini juga melihatkan penerusan Jawatankuasa Khas bagi Kecekapan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) dalam meningkatkan lagi pencapaian ketelusan kerajaan negeri dan meningkatkan lagi kepercayaan antara orang awam dan kerajaan negeri. Ini adalah berbeza dengan kerajaan persekutuan yang tidak mewajibkan para penjawat awam mengisytiharkan aset-aset milik mereka.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s