Hentikan Politik Penakutan Demi Pilihan Raya Bersih

Badan Pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) mengecam tindakan pihak polis menangkap aktivis PY Wong daripada badan bukan kerajaan Tindak Malaysia di bawah Seksyen 124 (c) Kanun Keseksaaan iaitu penglibatan dalam aktiviti yang mengganggu demokrasi berparlimen atau persediaan untuk aktivti berkenaan.

Tindakan oleh polis tersebut merupakan salah satu taktik penakutan dan taktif kotor yang berbau politik. Sebelum ini taktik penakutan yang digunakan adalah taktik menakutkan para pengundi mengenai implikasi perkauman yang akan berlaku jika berlakunya pertukaran kerajaan. Begitu juga dengan taktik penakutan bahawa kesan ekonomi yang negatif akan berlaku jika berlakunya pertukaran kerajaan.

Tindakan polis ini menambah satu lagi taktik penakutan dalam senarai panjang taktik penakutan yang dikenakan ke atas para pengundi. Ramalan bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sebagai pilihan raya yang terkotor dalam sejarah Malaysia makin berbunyi benar.

Ianya adalah sesuatu perkara yang pelik bahawa pengasas sebuah badan bukan kerajaan yang bertanggungjawab dalam program kesedaran hak semasa pilihan raya disoal siasat oleh pihak polis hanya sehari sebelum hari penamaan calon kerana kesalahan mendidik pengundi mengenai hak undang-undang mereka.

Oleh kerana identiti pihak yang melaporkan PY Wong ke pada pihak polis tidak diketahui, maka ianya dapat dilihat bahawa tindakan pihak polis ini bersifat untuk menjadikan PY Wong contoh kepada ancaman keadaan yang boleh menjejaskan demokrasi berparlimen ketika musim pilihan raya ini yang sebelum ini diwar-warkan oleh pihak kerajaan dan Barisan Nasional (BN).

Namun, apa yan tidak disedari oleh pihak polis adalah tindakan ini sendiri menjejaskan kebebasan yang terkandung dalam demokrasi berparlimen, iaitu mendidik orang awam mengenai hak-hak mereka sewaktu PRU13 ini. Adakah pihak polis dan pihak yang berkenaan lebih selesa jika rakyat Malaysia buta akan hak-hak mereka, terutamanya sewaktu musim PRU13 ini?

Soal siasat ke atas aktivis pilihan raya ini berbau sedemikian. Tindakan ini juga mengisyaratkan bahawa rakyat Malaysia akan dilimpahkan dengan taktik penakutan secara melampau untuk ‘menyedarkan’ rakyat bahawa keamanan dalam Malaysia akan terjejas jika mereka mengundi untuk parti politik pembangkang dan bukannya parti politik BN. Begitu juga keengganan pihak polis untuk bertindak ke atas parti politik BN kerana mereka sendiri bertanggungjawab mengganggu demokrasi berparlimen dengan menggunakan taktik penakutan ke atas rakyat Malaysia semata-mata untuk memancing undian.

Secara asasnya, tindakan polis ini merupakan suatu tindakan yang berbau politik kotor, tidak bertanggungjawab dan murah. Ianya memperkecil-kecilkan kepentingan hak rakyat ketika mengundi dan memberi isyarat jelas kepada aktivis-aktivis dalam negara bahawa mereka akan dijadikan bahan korban bidak dalam permainan politik. Daripada sudut lain pula, ianya juga mengisyaratkan bahawa pihak berkuasa atau kerajaan tidak menyukai jika rakyat mempunyai kesedaran mengenai hak-hak mereka.

KPRU menggesa para aktivis tidak dijadikan bidak dalam permainan politik. Ianya merupakan hak asasi rakyat untuk mengetahui dan diberikan kesedaran mengenai hak-hak mereka. Sebarang tindakan ke atas mana-mana aktivis selepas ini  akan dilihat sebagai suatu gangguan ke atas demokrai berparlimen dan jika ianya berpunca dari mana-mana parti politik, maka pihak polis hendaklah bersifat neutral dalam isu tersebut.

 

Advertisements

One thought on “Hentikan Politik Penakutan Demi Pilihan Raya Bersih

  1. Thanks for the particular good writeup. That in truth once were the discretion accounts the item. Look sophisticated so that you can significantly helped bring reasonable within you! Even so, what exactly is continue any communications?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s