MoU antara BN dan Hindraf tiada kesan besar terhadap undi

Badan Pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) berpendapat perjanjian persefahaman (MoU) antara parti politik Barisan Nasional (BN) dan Hindu Rights Action Force (Hindraf) hanyalah suatu pancingan undian para pengundi kaun India, namun kesannya tidak besar dalam PRU13. Ini berdasarkan kegagalan selama 55 tahun BN meningkatkan taraf hidup kaum India dalam negara.

Hindraf di bawah pimpinan P Waythamoorthy dan BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak menandatangani MoU yang digelar ‘Pelan Tindakan Lima tahun Hindraf-BN untuk Masyarakat India’. Perjanjian tersebut merangkumi empat bidang utama iaitu meningkatkan taraf pekerja ladang yang tersesar, menyelesaikan isu tanpa kewarganegaraan dan peluang pendidikan dan perniagaan.

Ianya sebenarnya suatu tindakan yang terlalu lambat dan terlalu sikit untuk meraih undian kaum India. Melalui MoU ini, BN bagai kacang melupakan kulit kerana BN telah secara tidak langsung menjatuhkan Malaysian Indian Congress (MIC) daripada barisan parti-parti politik komponen BN dengan mengiktiraf kewujudan Hindraf. Ianya juga menandakan pengakuan secara tidak langsung dari BN terhadap kegagalan BN dan MIC mempertahankan kepentingan kaum India dalam negara.

Manakala secara langsungnya pula, MoU ini mengisyaratkan keadaan terdesak BN dan Najib untuk meraih undian kaum India tidak kira cara dan keadaan kerana MIC telah gagal dalam meraih undian kaum India. Ini adalah kerana Najib menyedari bahawa beliau kehilangan undian kaum India yang tidak lagi mempercayai akan kebolehan atau janji-janji kosong Najib dan BN.

Dalam erti kata lain, seperti biasa, kaum India tidak akan memperolehi sebarang manfaat dari penandatanganan MoU ini kerana ianya tidak dilakukan secara jujur dan telus untuk membantu meningkatkan taraf hidup kaum India atau membawa sebarang manfaat kepada kepentingan kaum India dalam negara. Ianya dilakukan semata-mata untuk meraih undian kaum India kepada Barisan Nasional.

Salah satu punca BN sedang giat memancing untuk udian adalah kerana BN tidak pernah menganggap mana-mana parti komponen BN sebagai sama taraf dengan parti politik United Malays National Organisation (UMNO). Contoh keadaan ini adalah pencalonan Zulkifli Nordin bagi kerusi Parlimen Shah Alam walaupun pencalonan tersebut merupakan pencalonan yang tidak disenangi oleh Malaysian Chinese Association (MCA) kerana Zulkifli Nordin sering dikaitkan dengan tindakan bersifat perkauman beliau.

Kaum India sepatutnya menyedari bahawa sokongan kepada MoU ini tidak akan membawa sebarang manfaat kepada kaum India dalam negara. Ini adalah kerana seperti MIC sebelum ini, penandatanganan MoU ini berbau kepentingan politik dan bukannya kepentingan awam kaum India. Dalam erti kata lain, MoU ini hanyalah sebuah janji kosong, semata-mata untuk meraih undian kaum India dalam PRU13 ini.

KPRU juga berpendapat bahawa dengan penandatanganan MoU ini, Hindraf meneruskan politik perkauman di mana Malaysia berada di persimpangan peralihan keluar dari politik perkauman dan memasuki kepada politik matang di mana kepentingan awam termasuklah semua kaum dalam negara diutarakan dan ditangani, bukan sahaja kepentingan sesuatu kaum seperti yang dilakukan oleh BN selama 55 tahun mentadbir.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s