Pencalonan Zulkifli Noordin Makan Diri BN

Badan pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) melihat pencalonan Zulkifli Noordin sebagai calon kerusi Parlimen Shah Alam adalah suatu sokongan oleh Barisan Nasional (BN) dan Umno kepada ekstremisme dan bercanggah dengan konsep ‘1Malaysia’ yang begitu dilaungkan oleh Presiden BN Datuk Seri Najib Tun Razak.

Seperti yang diketahui ramai, Zulkifli Noordin terdahulunya sebelum dipecat oleh Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) pada tahun 2010 adalah wakil rakyat di bawah KEADILAN. Ketika beliau menjadi wakil rakyat di bawah KEADILAN, beliau telah mula menunjukkan sikap untuk mengungkap kata-kata bersifat perkauman.

Sebelum beliau mula menunjukkan sikap perkauman beliau itu, dalam sebuah temu ramah dengan sebuah akhbar dalam talian pada tahun 2008, beliau mengungkap, “saya seorang Ahli Parlimen (MP) yang berkhidmat untuk semua orang tidak kira agama, bangsa dan latar belakang. Pusat Perkhimatan saya diuruskan oleh kaum Melayu, Cina dan India, malah kakitangan saya yang paling rajin merupakan seorang kaum India”.[1]  Kata-kata ini akhirnya dibidas sendiri oleh Zulkifli Noordin dengan kata-kata perkaumannya dalam beberapa klip video dan penulisan dalam blognya.

Pendirian ekstremisme Zulkifli mula kelihatan pada tahun yang sama, dalam sebuah insiden di mana beliau mencerobohi sebuah forum Majlis Peguam-Peguam mengenai isu pertukaran agama. Dalam insiden itu, beliau dilaporkan mengutarakan dakwaan bahawa jika Majlis Peguam-Peguam meneruskan keangkuhan anti Islam mereka, mereka akan berhadapan dengan beliau, di mana beliau akan mempertahankan dan memperjuangkan agama Islam.[2] Pada tahun yang sama, Zulkifli Noordin mendakwa Islam sedang diserang dari kiri, kanan, atas, bawah, belakang dan di hadapan, sama ada daripada pihak kerajaan atau daripada pihak pembangkang. [3]

Pada tahun 2009 pula, kecenderungan Zulkifli Noordin untuk memberontak dengan KEADILAN dapat dliihat secara samar-samar. Beliau mengkritik tindakan beberapa MP KEADILAN yang melaungkan Dewan Rakyat harus dibubarkan dengan mengeluarkan kenyataan bahawa “wakil Pakatan Rakyatan (PAKATAN) tidak sepatutnya jatuh ke tahap rendah BN dan wakil rakyat sepatutnya menunjukkan contoh baik kepada generasi baru.”[4]

Juga pada tahun 2009, Zulkifli Noordin telah mengutarakan pendapat beliau bahawa ianya merupakan “jihad peribadi beliau untuk menegakkan hak golongan Islam untuk menganut dan mengamalkan agama Islam. Beliau akan berbuat sedemikian sehingga nafas terakhir beliau…golongan Islam hanya mahu kehidupan mereka kembali.”[5]

Pada tahun 2010 pula, kecenderungan beliau untuk mengeluarkan kata-kata yang bersifat perkauman dan seorang ekstremis semakin terserlah dengan kata-kata beliau bahawa “…sesetengah ateis yang menyebabkan masalah-masalah besar yang dihadapi oleh kita hari ini. Ia adalah mentaliti yang sakit dan sikap yang kita perlu menangani.”[6]

Pada tahun yang sama, sebelum beliau dipecat, Zulkifli Noordin telah mengambil peluang untuk mengkritik Khalid Samad yang ketika itu merupakan Ahli Parlimen Shah Alam kerana menurut Khalid Samad, Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 ketinggalan zaman. Menurut Zulkifli Noordin pula, kenyataan Khalid Samad merupakan “suatu pencabulan terhadap agama Islam dan institusi-institusi Islam dalam negara ini, terutamanya dalam negeri Selangor.”[7] Selepas Zulkifli Nordin mengkritik Khalid Samad, beliau mengambil tindakan untuk membuat laporan polis terhadap Khalid Samad kononnya menghina agama Islam.

Dalam sebuah klip video dari lapan tahun yang lalu di mana klip tersebut baru saja ditonjolkan pada Mac 2013, Zulkifli Noordin mengambil peluang untuk menghina kaum India dengan mempersoalkan kesucian Sungai Ganges. Menurut beliau dalam sebuah video clip, “Saya pernah ke Sungai Ganga dahulu. Bagaimana boleh kata ia suci? Terdapat bangkai ayam dan ranting kayu terapung-apung”. Dalam video yang sama, Zulkifli Noordin juga mengambil peluang untuk menyatakan yang berikut mengenai pembelian tuhan Hindu yang patah, “Ramai orang India berebut untuk membeli patung-patung dewa gajah, walaupun satu dengan hidungnya yang patah… Saya bertanya si penjual mengapa mereka membeli tuhan ini, beliau berkata, ‘tidak pernah fikiran kita akan memperbaiki semula hidung tersebut.” Sambung beliau lagi beliau dalam video tersebut, “mereka (kaum India) tau ianya bodoh” (merujuk kepada tindakan meperbaiki hidung patung tuhan yang patah itu).

Begitu juga, kata-kata Zulkifli Noordin dalam sebuah klip video yang sama, beliau turut menggelar kaum India dan kaum Cina sebagai pendatang haram yang dibawa masuk oleh British ketika zaman penjajahan British dahulu. Menurut beliau, mereka hanya dijadikan warganegara negara ini menurut “kontrak sosial” antara kaum India, Cina dan Melayu.

Selepas video itu, muncul pula sebuah lagi video yang menunjukkan Zulkifli Noordin mengeluarkan kata-kata yang berikut, “Ada badigol Baghdad ni percaya, entah keling mana bawa kitab Hindu dia, ‘saya ada tengok, saya ada bukti’. Keling ni bawa kitab Hindu sumpah, dia percaya”.

Zulkifli Noordin akhirnya dipecat pada tahun 2010 kerana tindak-tanduk beliau yang seakan-akan menunjukkan beliau tidak lagi merupakan ahli parti KEADILAN dan sebaliknya mencerminkan seakan-akan beliau merupakan ahli politik parti UMNO. Ini ditambah dengan saman yang dikeluarkan oleh beliau terhadap Khalid Samad dan tindakan beliau di Majlis Peguam-Peguam, beliau tidak lagi mempunyai sebab untuk menyembunyikan sikap ekstremis beliau.

Ini tidak termasuk blog beliau yang bertajuk “DAP Tetap Cauvinis, Rasis dan Extremis!” bertarikh 17 Disember 2012, di mana dalam penulisan itu, beliau mendakwa parti politik Democratic Action Party (DAP) mahukan Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Karpal Singh sebagai barisan hadapan dalam pakatan pembangkang kerana menurut Zulkifili Noordin, ini adalah “supaya agenda hudud, qisas & ta’zir yang mike (anda) impikan terus ditentang dan dihalang!”. Begitu juga, Zulkifli Noordin mendakwa Lim Kit merupakan salah satu dalang tragedi 13 Mei 1969.

Lantas, KPRU mempercayai pencalonan Zulkifli Nordin akan makan diri UMNO kerana warga Malaysia yang bijak teknologi yang sudah melihat gelagat Zulkifli Noordin di internet dan klip-klip videonya mempercayai beliau seorang ekstremis yang tidak layak untuk meraih undi daripada mana-mana kaum dalam negara ini.

Beliau tidak mencerminkan sikap cinta keamanan rakyat dan pencalonannya mencerminkan Najib sebagai pemimpin politik yang memulaukan kaum India dan kaum Cina serta menggalakkan sikap ekstremis dalam negara di mana konsep ekstremis sebenarnya ditolak oleh rakyat Malaysia. Pencalonan Zulkifli Noordin akan membawa kebaikan kepada pakatan pembangkang dan yang akan mengalami kerugian adalah BN dan bukannya PAKATAN.


[1] The Nut Graph, “There Is No Compulsion In Religion”, 12 November 2008,

http://www.thenutgraph.com/there-is-no-compulsion-in-religion/

[2] The Nut Graph, PKR: Action against Zulkifli Nordin in November 29 Oktober 2008,

http://www.thenutgraph.com/pkr-take-action-against-zulkifli-nordin-november/

[3] Malaysian Bar, Zulkifli Nordin Attacks Everyone Over Islam, 23 Oktober 2008,

http://www.malaysianbar.org.my/bar_news/berita_badan_peguam/zulkifli_nordin_attacks_everyone_over_islam.html

[4] The Nut Graph, Zulkifli And Civility, 23 Jun 2009,

http://www.thenutgraph.com/zulkifli-and-civility/

[5] The Nut Graph, Zulkifli Noordin’s jihad, 24 Mac 2009,

http://www.thenutgraph.com/zulkifli-noordins-jihad/

[6] The Nut Graph, Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Baru) 15 Mac 2010,

http://www.thenutgraph.com/mp-watch-zulkifli-noordin/

[7] Mkini, Zulkifli Goes Ballistic Against Khalid, Lodges Police Report, 23 Januari 2010,

http://www.malaysiakini.com/news/122686

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s