KPRU Kritik Perkembangan Insiden Keganasan Untuk Membina Suasana Ketakutan

Badan Pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) mengecam sekeras-kerasnya keganasan politik yang berlaku di Pulau Pinang baru-baru ini yang menggunakan bom. Ianya merupakan tindakan pengecut yang dilakukan untuk menyebabkan provokasi dan membina suasana ketakutan dalam perjalanan negara ini ke Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang demokrasi.

Kejadian keganasan politik baru-baru ini yang mengejutkan rakyat Malaysia di Pulau Pinang harus dihentikan dengan serta-merta. Keganasan politik yang berlaku di pusat operasi Barisan Nasional (BN) di Pulau Pinang di mana sebuah lagi bom ditemui di dalam tong sampah yang berdekatan malangnya bukan kali pertama keganasan politik seperti itu berlaku dalam perjalanan Malaysia ke Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini

Kejadian seperti ini sudah bermula sejak tahun lepas di mana para penyokong dipercayai bertindak ganas apabila menyerang orang ramai pada satu aktiviti ceramah ABU (Asal Bukan Umno)-Hindraf, mereka menggunakan kerusi dan juga menggunakan kayu bendera sebagai senjata memukul orang India yang berada di dalam serta di luar dewan. Insiden ini mengakibatkan seorang ahli Kelab Penyokong PAS, Krishnan cedera parah apabila diserang oleh Umno dan dimasukan ke Hospital Pakar Sri Sentosa bagi menerima rawatan.

Kes lain yang melibatkan keganasan politik juga berlaku di kawasan parlimen Lembah Pantai telah menjadi salah satu tempat yang dilaporkan menjadi mangsa keganasan politik. Pada mulanya hanya telur menjadi bahan yang dibaling  di tangga pejabat Nurul Izzah, calon kerusi Parlimen Lembah Pantai. Tahun ini, ahli pasukan sukarelawan Nurul Izzah menjadi mangsa apabila diacukan parang dan diugut dengan kata-kata kesat. Kini bom pula yang digunakan.

KPRU menggesa pihak polis mengambil tindakan tegas ke atas pihak-pihak yang bertanggungjawab. Nescaya, semakin dekat kita kepada PRU13, semakin mengganas keganasan politik, terutamanya di ceramah-ceramah politik. Berdasarkan statistik Polis Di Raja Malaysia (PDRM), mendapati 632 laporan polis diterima daripada hari penamaan sehingga masa terkini, dan sebanyak 22 tangkapan, iaitu hanya menyumbang 3.4 peratus tangkapan. KPRU mempersoalkan apakah tindakan polis untuk menghalang atau membanteras kejadian-kejadian seperti ini?

Pada tahun lepas, keganasan politik berlaku di ceramah-ceramah politik pakatan pembangkang. Pada tahun ini, ianya telah bermula menular kepada pihak Barisan Nasional. KPRU menyeru pihak polis mengambil tindakan sebelum terlambat. Ianya jelas bahawa tindakan pengecut seperti ini bukanlah suatu perkara yang kita ingini dalam perjalanan kita kepada proses PRU13 ini. KPRU juga mengajak semua pihak untuk kembali kepada perjalanan pilihan raya yang aman dan tenteram. Marilah kita menuju ke PRU dengan sikap matang dan pemikiran yang rasional.

Lampiran

Jadual 1: Kronologi Insiden Keganasan (Jan 2012-April 2013)

Tarikh Acara/Tempat Insiden
13 April2013 Pangsapuri Sri Pahang Seorang sukarelawan KEADILAN meletak bendera di pangsapuri Sri Pahang pada jam 5.30pm, diancam oleh samseng menggunakan sebilah parang.
11 April2013 Felda Neram 1, Kemaman, Terengganu Seorang sukarelawan PAKATAN yang berumur 40 tahun,  Asri Hassan, diserang 15 orang samseng dengan parang dan batang kayu semasa menggantung bendera parti, mengakibatkan beliau cedera parah, dimasukan ke hospital dan diberi rawatan  30 jahitan.
4 April2013 Johor Bharu/ Ceramah PAKATAN Sekumpulan orang yang memegang bendera BN dan UMNO membuat kacau di lokasi ceramah PAKATAN. Mereka memainkan lagu dengan kuat dan mengupah penyanyi untuk menyanyi, mengakibatkan pemimpin PAKATAN hampir diserang sewaktu ketibaan mereka di tempat tersebut.
29 Mac2013 Seri Pantai Seorang sukarelawan pilihan raya diserang apabila bekerja di Sekolah Menengah Seri Pantai. Beliau menghadapi cedera parah dan dimasukkan ke hospital, dirawat dengan 5 jahitan di bahagian kepala.
28 Mac2013 Batu Pahat Seorang pemuda berumur 17 tahun dilihat bersalam dengan kawan yang sedang menggantung bendera KEADILAN semasa dalam perjalanan pulang ke rumah selepas senaman. Beberapa orang samseng UMNO, termasuklah Ketua Cawangan Kampung Jorak Elahi UMNO telah ke rumah pemuda tersebut dan memukulnya.
28 Mac 2013 Bangsar Bilik Gerakan Bangsar KEADILAN dipecah masuk, bahan-bahan publisiti seperti bendera dicuri, mengakibatkan kerugian kira-kira RM20 ribu.
28 Mac2013 Taman Sri Sentosa Utara Semasa sukarelawan pilihan raya berada dalam khemah, beberapa samseng memberi ancaman lisan. manakala khemah tersebut dirobohkan pada hari keesokannya.
26 Mac 2013 Kuala Selangor/ Ceramah PAKATAN Lebih kurang 20 orang penuggang motosikal berkumpul di luar sebuah lokasi ceramah, mengejek hadirin di luar pagar. Mereka juga menunjukkan banner anti-PAKATAN.
12 Mac2013

 

Bahau/ Ceramah Pakatan Lebih kurang 200 orang samseng membuat kacau dan mengepung Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua. Mereka merentasi kawasan perlindungan polis, membaling botol air mineral, batu, mercun dan barangan, mengakibatkan seorang    penyokong PAKATAN cedera di bahagian tepi mata.
11 Mac2013 Tropicana, Petaling Jaya 50 orang dari 3 pertubuhan pro-UMNO menunjuk perasaan di ibu pejabat KEADILAN dengan baling telur, batu dan batang kayu, mengakibatkan papan logo parti rosak.
8 Mac2013 Bukit Katil Penyokong BN telah membuat kacau di ceramah PAKATAN, mengakibatkan sekurang-kurang 2 orang cedera. Bas Jelajah Merdeka Rakyat KEADILAN pula kemek dan cermin pecah kerana dibaling batu.
5 Disember2012 Gombak Para penyokong PKR dan BN cedera apabila berlakunya pergaduhan antara dua kedua-dua belah di sebuah ceramah yang dihadiri oleh Anwar Ibrahim.
16 Ogos2012 Pengerusi Little India Joint Action Committee S Pathavachalam mendakwa menerima ugutan bunuh berbaur politik.
30 Mei2012 Taman Mutiara, Meru, Klang Dua ahli DAP telah diserang di Taman Mutiara, Meru, Klang dan dimasukkan ke hospital akibat keretakan tulang hidung dan patah tangan.
25 Mei2012 Kuala Kangsar 11 buah kereta yang diletakkan berhampiran dengan ceramah yang dihadiri bekas Menteri Bersar Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin dibaling dengan cat merah.
25 Mei 2012 Lembah Pantai   Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah melaporkan beberapa biji telur dilempar di tangga pejabatnya.
24 Mei 2012 Ceramah Pakatan/ Lembah Pantai   Beberapa individu membaling batu, telur dan botol air ke arah para hadirin mengakibatkan seorang penonton ceramah cedera selepas terkena batu yang dilemparkan dari arah yang tidak diketahui dan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, Nurul Balqis turut terkena lontaran batu sebesar kira-kira penumbuk tangan.
24 Mei 2012 Ceramah Pakatan/ Kuala Kangsar   Terdapat 11 kereta disimbah cat biru semasa majlis ceramah dilangsungkan, termasuk kereta Bekas Menteri Besar Perak yang digulingkan dari kuasanya, Nizar Jamaluddin. Cat itu kebanyakannya disimbah di bahagian lampu depan.
24 Mei 2012 Ceramah Pakatan/ Bangi   Sekira-kira 30 orang melakukan provokasi termasuk membaling batu dan melontar kata-kata kesat ketika Mat Sabu memberi ceramah di pentas.[1]
20 Mei 2012 Minum Petang bersama Amiga/Merlimau, Melaka   Dua anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP menjadi mangsa apabila acara minum petang bersama Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga. Salah satu daripada tayar kenderaan ADUN Bandar Hilir Tey Kok Kiew dipancitkan, cermin sisi pecah dan badannya kemik teruk dihentam kumpulan itu.
11 Mei 2012 Pulau Pinang   Kira-kira 30 anggota kumpulan pendesak Melayu PERKASA melangsungkan “upacara pengebumian” di depan rumah Ketua Menteri Lim Guan Eng di Pulau Pinang bagi menyatakan perasan tidak puas hati terhadap pentadbirannnya sejak 2008.
6 Mei 2012 Pahang   Ibu Pejabat Keadilan Pahang diceroboh. Pengerusi Majlis Pimpinannya, Datuk Fauzi Abdul Rahman berkata bahawa pencereboh itu bukan berniat mencuri tapi fail, komputer habis dimusnahkan.[2]
2 Mei 2012 Hantar memorandum pada Perdana Menteri/Putrajaya   Tiga orang ahli Keadilan iaitu K. Gunasekaran, S. Murali dan Gobalakrishnan telah tercedera akibat serangan yang didakwa diketuai oleh Ketua Pemuda MIC, T. Mohan semasa mereka melawat Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya untuk menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri berkenaan isu kad pengenalan bangsa India di Malaysia.[3]
19 April 2012 Demonstrasi Mansuhkan PTPTN/ Dataran Mederka   Sekumpulan antara 40 hingga 80 samseng berkelakuan biadap apabila menyerang perkhemahan mahasiswa di Dataran Merdeka, kira-kira jam 2.30 pagi. Mereka berpakaian serba hitam, samseng itu turut meroboh khemah, memukul mahasiwa dan orang ramai yang menyokong perkhemahan di samping mensasari terhadap mereka yang membawa kamera dan alat perakam video.
3 April 2012 Pertikaian rumah pangsa Kampung kerinchi/ Lembah Pantai   Protes aman melibatkan seramai 433 bekas penduduk rumah pangsa Kampung Kerinchi, bertukar kecoh apabila sebahagian penduduk enggan mengosongkan rumah mereka. Kekecohan ini juga menyaksikan pelajar kontroversi Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) Adam Adli ditumbuk.
26 Mac 2012 Majlis Sambutan Sempena Empat Tahun Pemerintahan Pakatan Rakyat Selangor/ Stadium Kuala Selangor   Seramai kira-kira 20 samseng bermotor berkumpul di pagar stadium dan melakukan provokasi kepada hadirin, termasuk membaling objek seperti batu dan botol air ke dalam stadium.[4]
26 Febuari 2012 Ceramah Pakatan/Felda Lepar Hilir, Gambang, Pahang   Seorang samseng Umno mengacu penumbuk, beberapa inci sahaja dari wajah Nurul Izzah, sebelum sempat dihalang penyokong Pakatan.[5]
26 Febuari 2012 Perhimpunan Hijau, Pulau Pinang   Sekumpulan samseng Umno menaiki pentas acara Himpunan Hijau di Pulau Pinang dan menghambur kata-kata kesat terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng. Penceroboh tersebut mengakibatkan seorang wartawan dan seorang jurugambar sebuah akhbar bahasa Cina cedera dipukul dengan topi keledar.
19 Febuari 2012 Ceramah Pakatan/ Sembrong, Johor   Lebih 100 orang, kebanyakannya remaja belasan tahun, telah melakukan gangguan di sebuah program ceramah DSAI. Mereka turut melempar mercun, telur, botol dan kayu di samping melontar kata-kata kesat ketika DSAI berucap.  Di samping itu, sekumpulan samseng yang membawa bendera Umno dan BN itu turut memecahkan cermin kereta DSAI dan bertindak ganas menendang bahagian keretanya sehingga kemek.
13 Febuari 2012 Ceramah Pakatan / Alor Gajah   Sekira-kira 20 hingga 30 samseng bermotosikal serta puluhan lagi kereta bagi mengganggu ceramah tersebut. Malah, sejurus sebelum ceramah bermula, mereka telah menampar seorang lelaki ahli Keadilan yang cuba meletakkan bendera parti sebagai persiapan ceramah.
12 Febuari 2012 Kebebasan Akademik/ Klang   Satu ceramah mengenai kebebasan akademik terpaksa dibatalkan selepas sekumpulan remaja mengganggu majlis itu dan mengepung lokasi sebelum ceramah bermula.
21 Januari 2012 Ceramah ABU/ Shah Alam   Penyokong Umno dipercayai bertindak ganas apabila menyerang orang ramai pada satu aktiviti ceramah ABU (Asal Bukan Umno)-Hindraf, mereka menggunakan kerusi dan juga menggunakan kayu bendera sebagai senjata memukul orang India yang berada di dalam serta di luar dewan. Insiden ini mengakibatkan seorang ahli Kelab Penyokong PAS, Krishnan cedera parah apabila diserang oleh Umno dan dimasukan ke Hospital Pakar Sri Sentosa bagi menerima rawatan.
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s