Calon wanita BN meningkat 4.9% berbanding 43% di bawah PAKATAN

Badan pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) berasa kesal dengan Presiden Barisan Nasional (BN) merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Najib Tun Razak, atas ketidakmampuan beliau untuk menamakan lebih ramai calon wanita untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini. Apabila dibandingkan dengan calon kaum wanita yang dicalonkan oleh Barisan BN pada tahun 2008, kadar calon kaum wanita BN hanya meningkat sebanyak 4.9 peratus sahaja, iaitu sebanyak 3 orang calon. Manakala pencalonan calon kaum wanita di bawah Pakatan Rakyat (PAKATAN) telah meningkat sebanyak 43 peratus, iaitu penambahan sebanyak 24 calon kaum wanita bagi PRU13 ini. Ini membuktikan ikrar Pakatan terhadap jasa kaum wanita dan usaha PAKATAN untuk menggalakkan kehadiran kaum wanita di atas pentas politik.

Najib menyalahkan kegagalan untuk mencalonkan lebih banyak calon kaum wanita atas alasan dikekang dengan batasan-batasan yang berkaitan. Ini menunjukkan bahawa walaupun beliau memegang jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, namun beliau masih kekurangan perasaan empati dan pada masa yang sama mengabaikan kebajikan dan kesejahteraan kaum wanita.

Sehubungan dengan ini, berdasarkan senarai penamaan yang dikemukakan oleh laman web Suruhanraya Pilihan Raya (SPR), ianya didapati BN melantik 19 calon kaum wanita, menyumbang kepada 8.6 peratus dalam 222 calon kerusi Parlimen. PAKATAN pula telah menamakan 23 calon wanita untuk bertanding di kerusi Parlimen, menyumbang kepada 10.4 peratus daripada keseluruhan kerusi Parlimen. Di samping itu, bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pula, sebanyak 45 orang wanita telah dinamakan sebagai calon oleh BN, menyumbang kepada 8.9 peratus daripada 505 kerusi DUN. PAKATAN pula menamakan sebanyak 56 calon wanita bagi bertanding kerusi DUN, menyumbang sebanyak 11.1 peratus. (Sila rujuk Jadual 1 di bawah)

Jadual 1: Calon Wanita berdasarkan Negeri

Negeri Kerusi Parlimen Kerusi DUN
BN PAKATAN BN PAKATAN
Selangor 3 2 4 11
Pahang X 3 3 4
Pulau Pinang X 1 4 7
Perlis X X 1 2
Kedah 1 1 7 3
Kelantan X 1 2 3
Negeri Sembilan X 2 4 4
Malaka 1 X 2 3
Johor 3 3 6 8
Perlis 2 3 8 6
Terengganu X X X 1
Wilayah Persekutuan 2 2
Sarawak 4 3
Sabah 3 2 4 4
Jumlah 19/222 23/222 45/505 56/505
Peratus 8.6 10.4 8.9 11.1

Nota: “X “bererti tiada calon kaum wanita

Sumber daripada Laman web SPR, dikemas oleh KPRU

Menurut laporan, ianya didapati seramai 120 orang wanita dinamakan sebagai calon pada tahun 2008 di mana 61 orang calon dicalonkan oleh BN, 55 orang dicalonkan oleh Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), DAP dan PAS, 3 orang calon bebas dan seorang merupakan calon Parti Bersekutu (BERSEKUTU). Apabila dibandingkan dengan PRU13 yang akan diadakan pada 5 Mei ini, terdapat hanya 64 orang calon wanita BN, berbanding dengan tahun 2008, iaitu sebanyak 61 orang. Peningkatan calon kaum wanita daripada PRU12 berbanding PRU13 hanya meningkat sebanyak 3 orang, iaitu 4.9 peratus. Sebaliknya, calon kaum wanita PAKATAN adalah seramai 79 orang, berbanding dengan tahun 2008 di mana hanya 55 orang calon kaum wanita dinamakan. Peningkatan antara dua PRU ini adalah sebanyak 24 orang. Peningkatan ini menyumbang kepada 43 peratus pencalonan kaum wanita dari PAKATAN.

Calon wanita BN bagi PRU pada tahun 2008 dan 2013 hanya meningkat sebanyak 3 orang sahaja dan ini tidak selari dengan tuntutan manifesto BN mengenai penambahan jumlah kaum wanita dalam proses membuat keputusan peringkat nasional. Keadaan ini memaparkan dua kemungkinan; iaitu BN tidak mempunyai kemampuan untuk melatih pemimpin kaum wanita yang mencukupi, atau Najib telah mengabaikan usaha ahli-ahli kaum wanita dalam BN.

Di samping itu, pasca janji PAKATAN untuk melantik 10 orang kaum wanita sebagai Menteri telah mencapai sasaran iaitu penyertaan sebanyak 30 peratus orang wanita dalam membuat keputusan di peringkat nasional selepas meraih kejayaan di PRU13 ini. [1]

Pengerusi BN, Najib mengakui bahawa walaupun BN bercadang untuk menambahkan jumlah calon wanita, akan tetapi BN gagal mencapai kata sepakat, justeru jumlah calon wanita tidak mencapai jangkaan beliau. Oleh itu, BN akan menyelesaikan masalah kekurangan wanita di peringkat nasional melalui cara yang lain. Cara ini melibatkan pelantikan lebih banyak kaum wanita sebagai Ahli Dewan Negara.

Walau bagaimanapun, Dewan Negara telah menjadi tempat bagi Perdana Menteri menenangkan kepentingan ahli-ahli BN dari kumpulan-kumpulan berbeza dalam partinya. Fungsi Dewan Rakyat telah diturunkan kepada sebagai tempat “cap getah”bagi kelulusan suatu Rang Undang-Undang.

KPRU berpendapat, Najib sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sepatutnya mengenali calon kaum wanita yang berpotensi dan memberi perhatian yang lebih kepada pembangunan wanita. Lantas, tindakan Najib menyalahkan kekurangan calon kaum wanita kurang dari 10 peratus kerana gagal mengatasi batasan-batasan yang berkaitan hanya menonjolkan sikap Najib untuk meneruskan kewujudan stereotaip jantina di mana kemampuan wanita masih dipandang rendah dalam arena politik.

Berdasarkan Laporan Jurang Gender Global, Malaysia berada di tangga ke-100 dari 135 buah negara. Prestasi ini sangat tidak memuaskan. Di bawah empat bidang iaitu ekonomi, pendidikan, kesihatan dan politik, didapati bidang politik berada di kedudukan yang paling rendah. Sekiranya Parlimen Malaysia mahu mencapai kadar peryertaan sebanyak 30 peratus, ianya bererti jumlah wanita sebagai Ahli Parlimen dikehendaki mencapai 66 orang. Oleh itu, walaupun Dewan Negara melaksanakan sistem pelantikan, tetapi demi mencapai hasrat untuk mencapai 30 peratus kaum wanita dalam Dewan Negara, kerajaan harus melantik 21 orang orang wanita dari 70 orang Ahli Dewan Negara.

KPRU mempersoalkan bagaimanakah BN hendak melaksanakan manifesto meningkatkan jumlah kaum wanita dalam proses membuat keputusan nasional jika peringkat tertinggi dalam negara tidak memberi peluang kepada calon kaum wanita? Malah, ianya didapati dari 13 orang Ahli Parlimen wanita BN selepas PRU tahun 2008, hanya dua telah dilantik sebagai Menteri kabinet iaitu Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Ramalan pada PRU13 ini pula melihatkan, jika BN berjaya meraih kembali kuasa pentadbiran pada PRU kali ini, isu wanita masih tidak akan dipandang secara serius. Ini adalah kerana Perdana Menteri masih dikekang dengan batasan glass ceiling.

Di samping itu, KPRU juga berasa Sinar Harian kurang adil dalam laporan bertarikh 21 April, di mana Sinar Harian telah mengambil kira jumlah calon wanita BN (kesemua 15 parti) dan membandingkannya dengan jumlah calon wanita 3 parti PAKATAN secara berasingan, lantas menonjolkan jumlah calon kaum wanita BN adalah lebih banyak daripada PAKATAN. Bagaimanapun, seawal bulan April tahun 2008, KEADILAN, DAP dan PAS telah menjadi satu gabungan yang digelarkan sebagai PAKATAN. Akan tetapi, akibat kerana halangan berulang daripada Jabatan Pendaftaran Negara, ini membawa kepada punca tiga buah parti ini tidak boleh mempunyai satu bendera seperti BN.

KPRU berpendapat, bagi satu laporan yang seimbang dan adil, Sinar Harian dalam isu ini harus menggunakan kaedah menganalisis perbandingan antara parti gabungan ataupun melalui analisis satu parti dan dibandingkan dengan parti lain, dan bukannya perbandingan antara BN dengan KEADILAN, PAS dan DAP secara asing. Ini adalah untuk mengurangkan ralat dalam kaedah penyelidikan dan mengelakkan perasaan keliru para pembaca.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s