Youtube: Arena politik Baru Bagi Golongan Muda

Badan Pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) berpendapat bahawa cara baru untuk memikat golongan mahir teknologi dalam Malaysia adalah melalui laman sesawang Youtube. Ianya dapat dilihat bahawa para pengguna laman Youtube adalah suatu sumber pengundi yang banyak bagi parti politik Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dan Barisan Nasional (BN) dalam perjalanan ke Pilihan Raya Umum (PRU13) ini.

Jadual 1: Sampel Klip Video Terpilih Melibatkan Parti Politik Dan Pemimpin Politik

Bil Video Tontonan ‘Suka’ ‘Tidak suka’
1. Guan Eng di mata mereka…. “Kari Kepala Ikan & Seluar Pendek” 125,826 1,687 77
2. 1马工作团队 – Love Is In The Air 79,301 202 2,536
3. Mendaki Politik Baru – Zairil Khir Johari dan Steven Sim Chee Keong 3,379 64 3
4. 颜骏任 Frankie Gan Joon Zin – 我问天 12,509 21 294
5. Mat Taib sah sertai PAS 32,786 340 11
6. PRU-13 : Wajib Undi Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ini 492 5 13
7. Bajet 2013 Khas: Tanya Najib [Secara Langsung] 129,336 627 15,153
8. Borak bersama Anwar 17 August 2012 #BorakAnwar (English) 30,451 175 64
9. Borak bersama Anwar 17 August 2012 #BorakAnwar (BM) 23,152 132 18
10 Anwar Ibrahim: Saya Yakin Akan Ada Perubahan Besar Dalam Masa Singkat 4,949 66 4
11 Najib dimalukan penonton Psy di Pulau Pinang? 264,061 592 86
12 Najib: Are You Ready For BN? People: Nooo! – CNY @ Penang , PSY- Gangnam 185,635 933 78
13 #SoalJawabTunMahathir TV3 FULL 13,832 191 16
14 Ubah Rocket Style 347,112 2884 357
15 UBAH Rocket Style (Malaysian Gangnam Parody) English Version 227,141 2374 154
16 Video Kempen Wanita PRU13: Tangan Mu 27,705 307 10
17 PRU-13 : BN Lancar Manifesto 6 April 2013 Untuk Rakyat Nilai 1,948 14 31
18 Vote for us and get more cash, BN tells Malaysia 13,851 16 507
19 Manifesto: Menepati Janji, Membawa Harapan 3,050 30 48
20 BN ciplak manifesto Pakatan dengan ketara 8,067 99 10
21 Inside Story – Is it time for change in Malaysia? 72,895 402 63
22 Mixed reviews for Najib’s CNY video 28,769 76 343
23 Malaysian opposition leader speaks to Al Jazeera 45,093 492 85
24 Najib Razak interviewed about BERSIH 2.0 (CNN) 36,537 41 580
25 Malaysia’s Prime Minister Najib Razak – Interview with Australia Network’s N 11,269 27 124
26 Terbaru! Video Zulkifli [PERKASA] Hina Kaum India Pada 06-03-2013 35,669 50 65

Jadual 2: 10 Klip Paling Popular Parti Politik dan Pemimpin Politik

bil Video Jumlah tontonan
1 Ubah Rocket Style 347,112
2 Najib dimalukan penonton Psy di Pulau Pinang? 264,061
3 UBAH Rocket Style (Malaysian Gangnam Parody) English Version 227,141
4 Najib: Are You Ready For BN? People: Nooo! – CNY @ Penang , PSY- Gangnam 185,635
5 Bajet 2013 Khas: Tanya Najib [Secara Langsung] 129,336
6 Guan Eng di mata mereka…. “Kari Kepala Ikan & Seluar Pendek” 125,826
7 1马工作团队 – Love Is In The Air 79,301
8 Inside Story – Is it time for change in Malaysia? 72,895
9 Malaysian opposition leader speaks to Al Jazeera 45,093
10 Najib Razak interviewed about BERSIH 2.0 (CNN) 36,537

 

Jadual 3: 10 Klip Teratas Mengikut ‘Suka’ dan ‘Tidak Suka’

Bil Video Suka Tidak suka
1. Ubah Rocket Style 2884 357
2. UBAH Rocket Style (Malaysian Gangnam Parody) English Version 2374 154
3 Guan Eng di mata mereka…. “Kari Kepala Ikan & Seluar Pendek” 1,678 77
4 Najib: Are You Ready For BN? People: Nooo! – CNY @ Penang , PSY- Gangnam 933 78
5 Bajet 2013 Khas: Tanya Najib [Secara Langsung] 637 15,153
6 Najib dimalukan penonton Psy di Pulau Pinang? 592 86
7 Malaysian opposition leader speaks to Al Jazeera 492 85
8 Inside Story – Is it time for change in Malaysia? 402 63
9 Mat Taib sah sertai PAS 340 11
10 Video Kempen Wanita PRU13: Tangan Mu 307 10

Jadual 1 memaparkan satu sampel kecil video pilihan raya dan juga video yang melibatkan para pemimpim parti politik KEADILAN dan BN. Ianya juga dapat dilihat bahawa setiap video yang memaparkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, akan sama ada mendapat jumlah penonton yang tinggi (klip Najib dimalukan penonton Psy di Pulau Pinang?) dan jumlah ‘tidak suka’ yang tinggi atau jumlah penonton yang rendah (klip PRU-13 : Wajib Undi Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ini) dan jumlah ‘tidak suka’ yang tinggi (klip Bajet 2013 Khas: Tanya Najib [Secara Langsung]).

Manakala ianya dapat dilihat bahawa setiap video yang memaparkan para pemimpin Pakatan Rakyat (PAKATAN) terutamanya Ketua Umum KEADILAN, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, video tersebut akan memperolehi jumlah penonton yang tinggi dan jumlah ‘suka’ yang tinggi juga (klip Malaysian opposition leader speaks to Al Jazeera).

Corak di laman sesawang Youtube ini memberi gambaran mengenai kemungkinan hasil hari mengundi pada 5 Mei 2013 ini. Gambaran yang diberi adalah walaupun PAKATAN diserang secara bertubi-tubi di medan media aliran perdana dan di dunia maya, namun dalam dunia Youtube, PAKATAN lebih popular daripada Najib dan BN.

Klip video ‘Google Hangout’ Najib melihat sebanyak 129,336 tontonan dan jumlah ‘tidak suka’ sebanyak 15,153. Manakala klip video yang memaparkan Timbalan Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agong Democratic Action Party (DAP) Lim Guan Eng melihatkan sebanyak 125,826 tontonan dengan 1,687 ‘suka’ dan ‘77’ tidak suka. Dua clip yang memaparkan sesi “Google Hangout” bersama Anwar Ibrahim yang dimuat naik oleh akaun milik Anwar Ibrahim pula menjana 53,603 tontontan, 307 ‘suka’ dan 82 ‘tidak suka’.

Manakala Jadual 2 dan 3 menunjukkan senarai 10 teratas dari segi tontonan dan klik ‘suka’ dan ‘tidak suka’. Corak yang dapt diperhatikan dari dua jadual ini adalah klip memaparkan Najib mendapat banyak pendapat negatif dari para pengguna Youtube dan klip yang memaparkan pemimpin PAKATAN seperti Lim Guan Eng and Anwar Ibrahim mendapat pendapat yang positif.

Memandangkan ini hanya merupakan suatu kumpulan sampel yang kecil dan tidak melibatkan beratusan klip video politik dan pilihan raya di Youtube, ianya terbuka untuk perbincangan.

Akan tetapi, corak yang dapat dilihat tidak patut diketepikan begitu sahaja. Laman sesawang Youtube mempunyai lebih dari 1 bilion penonton setiap bulan. Begitu juga 80 peratus pengguna internet di Malaysia menonton video di Youtube dan lebih dari 51 peratus mempunyai akaun aktif di Youtube. Klip video popular dari Januari hingga April 2013 yang melibatkan klip video Listen mahasiswi Bawani yang dimuat naik oleh seorang pengguna Penguincute33 telah menjana sebanyak 1,290,835 tontonan, 4,002 ‘suka’ dan 1,053 ‘tidak suka’. Ianya juga telah menjana sebanyak 8,594 komen dari pelbagai jenis para pengguna.

Dari segi laman peribadi di Youtube, laman milik selebriti kontroversi dunia maya Namawee merupakan laman yang mempunyai tontonan paling tinggi di Malaysia iaitu sebanyak 41,106,780 tontonan dari 133 klip video. Ini menunjukkan Youtube memainkan peranan penting dalam penyebaran idea dan berita dalam Malaysia.

Secara keseluruhannya, BN gagal untuk meraih sokongan warga pengguna Youtube dan pengguna internet Malaysia. Ini terutamanya apabila video manifesto BN hanya meraih sebanyak 3,050 tontonan, manakala video Kempen Wanita di Tangan Mu oleh KEADILAN meraih sebanyak 27,705 tontonan. Ini dapat menjelaskan bagaimana pengguna Youtube tidak menunjukkan minat kepada manifesto BN. Sebaliknya, klip kecil mengenai kempen wanita oleh KEADILAN yang dimuat naik oleh pengguna Media Rakyat telah meraih sokongan tinggi dari para pengguna Youtube.

KPRU berpendapat, rakyat Malaysia yang mahir teknologi telah memilih Youtube sebagai saluran utama memperoleh maklumat mengenai keadaan politik dan pilihan raya berbanding saluran media perdana. Sambutan panas terhadap klip pro pembangkang pula melihat PAKATAN dialu-alukan oleh pengguna Youtube berbanding dengan klip-klip pro BN. KEADILAN mungkin mempunyai banyak untuk dipertaruhkan dalam PRU13 ini, akan tetapi, mengikut jumlah tontonan di Youtube, dunia maya milik KEADILAN. Dalam erti kata lain, golongan mahir teknologi telah menunjukkan sokongan mereka kepada KEADILAN dan bukannya BN. Dan keputusan akhir PRU13 ini mempunyai potensi untuk menyebelahi PAKATAN dan mengecewakan BN.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s