Ganguan seksual terhadap pelajar dan calon wanita BN galak budaya keganasan jantina

Badan Pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) mengecam sekeras-kerasnya keganasan jantina yang berlaku di Kolej Universiti Selatan, Johor semalam. Barisan Nasional (BN) bersekongkol penyokong dan calonnya bertindak mengganggu secara seksual terhadap 2 orang pelajar daripada Kolej Universiti Selatan dan menggunakan perkataan-perkataan lucah dan menghina bagi mengancam dan memberi tekanan kepada calon-calon wanita Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dari segi psikologi dan fizikal.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiri institusi pengajian tinggi tersebut di Skudai, Johor bagi merasmikan majlis pecah tanah untuk kampus barunya apabila dua orang gadis yang bertugas sebagai wanita pengiring mendakwa mereka telah dicabul secara seksual oleh para penyokong BN. KPRU mengecam sekeras-kerasnya tindakan gangguan seksual tersebut dan menggesa dua gadis itu membuat laporan polis bagi mengakhiri keganasan jantina yang digalakkan oleh BN.

“Ini bukan kes pertama. Fuziah Salleh, calon kerusi Parlimen Kuantan dan calon kerusi Parlimen Kulai, Teoh Nie Ching juga adalah mangsa di bawah budaya keganasan berasaskan jantina.”

KPRU menyeru pihak yang berkenaan mengambil inisiatif ke atas corak politik yang sihat dan tidak meletakkan fokus ke atas jantina calon dan membawa kepada pembentukan sebuah pertempuran antara kaum lelaki dan kaum perempuan.

Pada 27 April, calon Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur lucah dan SMS disyaki serah daripada seorang wartawan TV terkenal. Kandungan SMS itu memanggil Fuziah dengan gelaran “sayang”, dan ditanya sama ada sudah membungkus barangannya untuk balik kampungnya. SMS itu mengugut beliau jangan sombong dan cepat berputus asa. Dalam kandungan terakhir menyebutkan perkataan lucah dan menggambarkan alat kelamin lelaki.

“Walaupun orang ramai merasai SMS lucah ini tidak akan membawa kesan. Akan tetapi SMS tersebut sebenarnya membawa kesan-kesan seperti mengakibatkan seseorang calon wanita berasa malu, takut, keliru, dan juga memberi kesan kepada prestasi calon-calon dalam kempen pilihan raya.”

KPRU memuji tindakan Fuziah yang dengan serta-merta melaporkan SMS tersebut kepada pihak polis selepas menerimanya. Tingkah laku Fuziah menjadi sesuatu contoh baik bagi mengakhiri keganasan jantina terutamanya dalam masa kempen pilihan raya, di mana calon wanita akan mungkin menghadapi lebih banyak serangan keganasan jantina.

Kelmarin, calon kerusi Parlimen Kulai, Teoh Nie Ching juga mengalami insiden keganasan jantina. Beberapa risalah tanpa nama yang penuh dengan kata-kata yang mendiskriminasi jantina, termasuklah penghinaan kepada fungsi fisiologi wanita, seperti menyusu bayi sebagai secara tidak langsung menyerang Teoh Nie Ching baru sahaja menjadi seorang ibu. Risalah lain turut menggambarkan Teoh Nie Ching sebagai seorang wanita yang datang ke Kulai semata-mata untuk memancing undian kaum lelaki di Kulai.

Risalah-risalah tersebut membentukkan corak pertempuran di Kulai sebagai pertempuran mengenai daya tarikan seksual. Gaya dan cara kempen ini telah tersasar jauh daripada  dasar dan undang-undang negara.

KPRU berpendapat, oleh kerana calon wanita BN hanya meningkat 4.9 peratus, dan calon wanita PAKATAN pula meningkat sebanyak 49 peratus, jika dibandingkan dengan Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, ianya didapati pemimpin BN tidak mengutamakan isu jantina, bahkan BN sebenarnya mengabaikan pencapaian wanita dan hanya menggunakan taktik kotor untuk menghina fungsi fisiologi wanita.”

KPRU berpendapat, PRU wajar menjadi satu pentas bagi petarungan antara dasar PAKATAN dan BN. Malangnya, calon BN dan para penyokong telah mengambil isu jantina ini dan menyerang calon wanita. Lantas, membentuk budaya keganasan jantina yang kian merebak ke seluruh negara dan juga mengukuhkan lagi ideologi mengutamakan kaum lelaki.

Sehubungan ini, KPRU menggesa BN dan para penyokongnya dengan serta-merta berhenti menggunakan apa-apa tindakan yang digunakan untuk menyerang atau mengugut calon wanita bagi memastikan PRU ini dijalankan dengan cara politik yang sihat.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s