Najib adalah punca kejadian Kolej Universiti Selatan

Selepas Presiden Kolej Universiti Selatan meminta maaf secara terbuka atas insiden, dua orang gadis yang didakwa telah dicabul sewaktu majlis makan malam bersama Perana Menteri, badan pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) menggesa pihak yang menjadi punca berlakunya dakwaan ini, iaitu Perdana Menteri Sementara, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya memikul bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kejadian ini dan meminta maaf secara terbuka kepada keseluruhan pelajar di Kolej Universiti Selatan.

Sehingga kini, Najib masih gagal untuk memberikan sebarang tindak balas mengenai insiden ini serta masih tidak memberikan penjelasan kepada orang ramai.

Presiden Kolej Universiti Selatan Thock Kiah Wah menghadapi tekanan daripada para pelajar, beliau telah mengambil keputusan untuk meminta maaf secara terbuka atas kejadian insiden dua orang gadis yang didakwa telah dicabul sewaktu majlis makan malam bersama Perana Menteri. Namun begitu, beliau tidak meminta maaf atas kemasukan politik ke dalam Universiti tersebut.

KPRU mempercayai bahawa Pengerusi Barisan Nasional (BN)Najib harus bertanggungjawab untuk insiden ini. Beliau dijemput untuk melawat Kolej Universiti Selatan sebagai seorang Perdana Menteri Sementara, namun kedatangan beliau diikuti oleh penyokong BN yang melambai bendera BN. Walaupun ini adalah suatu majlis pecah tanah bagi pembinaan sebuah kampus baru, akan tetapi, Najib sebenarnya membawa niat untuk merayu undian dalam menghadiri majlis ini.

KPRU menyatakan bahawa sejak Najib menjejakkan langkah ke Kolej Universiti Selatan, segala yang berlaku di sekolah tersebut berkaitan dengan Pilihan Raya Umum (PRU). Walaupun pihak Universiti Selatan menegaskan program ini tidak berkaitan dengan politik dan kempen PRU, namun, dalam tempoh kempen yang penting ini, program ini sebenarnya memberi Najib satu platform untuk merayu demi undi kepada calon Barisan Nasional di Johor.

Najib menghadirkan diri di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Skudai, Johor bagi merasmikan suatu majlis pecah tanah untuk kampus barunya. Ini juga telah mewujudkan dakwaan bahawa pihak Universiti disyaki  memotong bekalan tenaga elektrik kepada asrama dan menggunakan cara mendaftar nama untuk memaksa para pelajar menghadiri suatu majlis makan malan bersama Perdana Menteri.

Selepas itu, jurucakap pihak Universiti memberi penjelasan secara bertulis menjelaskan bahawa pihak Universiti tidak pernah memotong bekalan tenaga elektrik kepada asrama mahupun menggunakan cara mendaftar nama untuk memaksa para pelajar. Pihak Universti menegaskan program ini tidak berkaitan dengan politik dan kempen pilihanraya, oleh itu, Pihak Universiti berharap pelajar boleh mencuri masa untuk menyambut seorang tetamu bagi menghadiri majlis makan malam itu.

Pihak Universiti menjelaskan bahawa terdapat sedikit perselisihan fahaman dengan para pelajar akibat berlakunya kesilapan komunikasi antara Pihak Universiti dengan para pelajar.

KPRU berpendapat, walaupun Kolej Universiti Selatan telah mengisytiharkan dalam notis bahawa majlis ini tidak berkaitan dengan politik, namun, ketika Najib memberikan ucapan di pentas, beliau menyeru para hadirin untuk menyokong Menteri Besar Johor Abdul Ghani di Gelang Patah. Beliau turut mengumumkan kerusi Parlimen Gelang Patah akan dipulang semula kepada MCA selepas 5 tahun. Nescaya, semua ini adalah sebuah makan malam baur kempen PRU dan tindakan merayu undi.

KPRU menegaskan bahawa di bawah kerajaan Barisan Nasional, permainan ‘politik’ di IPT adalah satu perkara yang berat sebelah. Pelajar dipaksa untuk mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan parti pentadbir negara dan menerima mesej politik daripada parti yang mentadbir, akan tetapi jika aktiviti itu melibatkan pembangkang atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Bersih, pelajar akan menerima penindasan dan hukuman daripada pihak IPT .

“Satu video klip yang tersebar pada awal tahun melibatkan sebuah forum basuh otak (brainwash) di Universiti Utara Malaysia adalah satu contoh yang terbaik. IPT melalui cara mendaftar nama telah mewajibkan pelajar menghadiri satu forum yang tidak membenarkan perbahasan yang objektif.”

Selain itu, bulan Jun 2012, Najib melawat kolej Tunku Abdul Rahman. Seramai 3,000 pelajar digalakkan memakai baju berwarna merah, iaitu warna tradisional UMNO dan mengambil banner  “I love Najib”, berdiri di pintu sekolah dalam hujan bagi menyambut kedatangan Najib. Pelajar-pelajar pada hari tersebut  tidak dibenarkan memakai pakaian kurning yang dikaitkan dengan badan bukan kerajaan, Bersih.

Lantas, pada hari sebelum Najib melawat Kolej Tunku Abdul Rahman, Najib berjumpa dengan sekumpulan pelajar Universiti Melaya (UM). Salah seorang pelajar merupakan seorang pelajar bidang pengurusan Sukan yang memakai pakaian Bersih di dalam dan dipadankan dengan hitam kot, untuk menyertai program “Dialog Perdana Menteri dengan Pemuda kaum Cina”. Pelajar  akhirnya dibawa ke Balai Polis Lembah Pantai.

KPRU percaya, dunia politik adalah bidang yang mudah dan boleh membuat perbincangan secara terbuka. Namun melihatkan kepada contoh di atas, Barisan Nasional sudah lama menyekat pelajar dengan cara kekerasan. Oleh itu, sekiranya pihak Universiti Kolej Selatan mempercayai sebuah majlis pecah tanah yang diadakan dalam tempoh kempen PRU dan menjemput Perdana Menteri sebagai tetamu majlis makan malam yang tidak berkaitan dengan politik, ini hanya menunjukkan pihak Universiti benar-benar tidak memahami cara BN yang menggunakan IPT sebagai salah satu cara mencapai kepentingan politik mereka.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s