Mengakhiri Politik Berasaskan Perkauman Legasi Tun M hingga ke Najib

Keadaan politik Malaysia di bawah kerajaan BN bagaikan tumpahan minyak dan politik perkauman merupakan mancis yang menjadi pencucuh kepada kebakaran yang membara tanpa kawalan tumpahan minyak tersebut. Ianya membakar dan meracuni udara, air dan bumi sehingga semua kehidupan berhampiran lemas dalam asap kebakaran tersebut.

Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir sendiri mengakui bahawa rakyat Malaysia bersifat perkauman. Menurut beliau, mereka yang menuduh beliau sebagai bersifat perkauman sendiri bersifat perkauman kerana menuduh beliau sebagai bersifat perkauman.[1]

Pasca rusuhan berdarah tahun 1969, kerajaan Malaysia pada ketika itu di bawah pentadbiran Mahathir mempunyai dua pilihan. Sama ada terus meneruskan dasar memecah belah Britsh atau menyatu padukan rakyat di bawah satu persetujuan: iaitu memajukan Malaysia bersama-sama. Namun, Mahathir memilih jalan yang akan membawa Malaysia ke jalan yang penuh liku dan masyarakat yang terpisah dari satu sama lain.

Politik perkauman seperti insiden kepala lembu dan seruan bagi kematian Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng melebarkan lagi jurang antara kaum-kaum di Malaysia. Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan untuk mengurangkan jurang pendapatan antara tiga kaum utama Malaysia; iaitu Cina, India dan Melayu di samping untuk mengeluarkan rakyat Malaysia dari kitaran kemiskinan. Namun, apa yang telah dicapai oleh DEB adalah permulaan kepada jurang pemisahan kritikal antara kaum-kaum di Malaysia.

Sebagai seorang bekas Perdana Menteri yang masih mempunyai pengaruh besar ke atas masyarakat Melayu, Mahathir banyak menggunakan isu perkauman bagi memulakan perasaan tidak puas hati antara tiga kaum utama di Malaysia. Antara isu perkauman yang dikemukakan oleh Mahathir adalah menuduh Pakatan Pembangkang menggunakan politik perkauman bagi kepentingan mereka.[2]

Begitu juga kenyataan beliau yang menyeru rakyat Malaysia merelakan diri untuk menerima bahawa Malaysia merupakan negara yang lebih bersifat perkauman dari masa dahulu[3]. Dan contoh terakhir isu perkauman yang diutarakan oleh Mahathir adalah kenyataan bahawa sesetengah Melayu bersedia untuk memperjudikan apa sahaja untuk memperoleh kuasa dan memecahbelahkan kaum Melayu sehingga ianya menjadikan mereka lemah.[4]

Sehingga kini, pendirian politik perkauman Mahathir diteruskan oleh ahli-ahli parti UMNO, contohnya kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang menuduh DAP sebagai sebuah parti politik bersifat perkauman dan cauvinis kerana mendakwa sektor awam sebagai rosak kerana dimonopoli oleh kaum Melayu sahaja. Ini juga berikutan kenyataan Timbalan Presiden DAP, Ariffin SM Omar yang menyatakan masalah rasuah akan dibanteras dengan efektif dari sektor awam jika ianya tidak dimonopoli oleh satu kaum sahaja.[5]

Rakyat Malaysia sentiasa diingatkan mengenai insiden berdarah pada tahun 1969. Shahrizat mengutarakan kenyataan tragedi 1969 mempunyai kemungkinan untuk berulang jika Umno menjadi lemah dan gagal mengatasi cabaran-cabaran yang dihadapi.[6] Timbalan Perdana Menteri mengungkit tragedi 1969 dengan menyatakan rakyat hidup dalam aman dan mahukan keadaan itu berterusan. Akan tetapi, pembangkang mengambil pendekatan untuk mencetuskan keadaan tidak puas hati supaya rakyat membenci dan menumbangkan kerajaan BN.[7] Najib pula mengarahkan penunjukan filem kontroversi Tanda Putera kepada warga Felda. Muhyiddin pula menyetujui bahawa penunjukkan filem Tanda Putera hanyalah bersesuaian untuk tayangan persendirian dan bukannya tayangan awam.[8]

Ini adalah walapun pada tahun 2009, Malaysia bersama-sama 141 negara lain menghadiri Deklarasi Durban di mana tujuan utama deklarasi tersebut adalah untuk menamatkan perkauman, diskriminasi perkauman, xenofobia dan sikap tidak bertoleransi. Namun apa yang berlaku kini adalah sealiknya. Individu seperti Ambiga Sreenevasan menjadi mangsa politik perkauman dengan dicaci, kehidupan peribadi dicerobohi serta diugut hanya kerana memanggil untuk pilihanraya adil adil dan saksama. Ambiga juga telah diugut oleh Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohammad Aziz supaya digantung sampai mati kerana menurut Ahli Parlimen Sri Gading, Ambiga mahu menggulingkan kerajaan.[9]

Kerajaan BN menggunakan dasar “Ketuanan Melayu” dan agama bagi memancing undian. Bekas Perdana Menteri Abdullah Badawi menggunakan konsep Islam Hadhari bagi memancing undi bukan Islam untuk meyakini bukan Bumiputera bahawa Bumiputera dan agama Islam adalah bersederhana dan tidak bersifat melampau. Manakala Najib pula menggunakan slogan “1Malaysia” sebagai usaha meyakinkan bukan Bumiputera bahawa mereka tidak ketinggalan dalam pembangunan negara. Di akhbar Melayu, PAS sering digambarkan sebagai hamba DAP.  Manakala DAP sering digambarkan sebagai parti yang anti-Melayu. Najib pula menyifatkan sokongan kepada DAP akan menjadi punca Islam ditindas dan undian terhadap PAS akan membawa kepada perpecahan.[10]

Untuk menyenaraikan setiap kenyataan yang dikeluarkan oleh kerajaan BN  yang bersifat perkauman akan mengambil jumlah perkataan dan kertas yang lebih banyak dari apa yang ditulis dalam penulisan ini. Perubahan arus dari arena politik bersifat perkauman bukanlah suatu perkara yang mudah. Walaupun Amerika Syarikat telah merdeka lebih dari 200 tahun, jurang perkauman terutamanya pasca Presiden Obama dilantik sebagai Presiden negara tersebut telah menunjukkan terburuk dalam perkauman Amerika. Barack Obama telah dituduh Kenya, seorang Indonesia, seorang ketua puak Afrika, Islam asing, dalam erti seorang lelaki yang tidak layak menjadi Presiden Amerika Syarikat semata-mata kerana dia tidak putih. Ini secara tidak sengaja mencetuskan arus perkauman yang tersembunyi Amerika.

UMNO sering menggambarkan dirinya sebagai satu-satunya parti politk yang boleh membawa sebarang perubahan dalam negara ini. Namun dua strategi[11] yang digunakan oleh kerajaan BN iaitu menakut-nakutkan rakyat dan mentaliti “diserang” tidak lagi berkesan pasca tahun 2008. Dua strategi ini telah digunakan oleh kerajaan Bush pada tahun 2001 untuk melancarkan peperangan di negara Iraq dan apa yang dikatakan sebagai membanteras “Senjata Pemusnah Besar-besaran”. Namun, akhirnya seperti yang dapat dilihat oleh sejarah, penggunaan dua strategi ini akhirnya memakan diri si pengguna.

Pembaharuan dan perubahan yang begitu didambakan oleh Najib bukan lagi pembaharuan dan perubahan yang diingini oleh rakyat Malaysia. Sebaliknya, rakyat Malaysia pasca tahun 2008 melihatkan keinginan rakyat untuk pembaharuan dan perubahan melalui idea dan dasar yang berteraskan keadilan, kesaksamaan dan ketelusan. Pembaharuan dan perubahan yang didambakan oleh rakyat Malaysia adalah pengurangan penekanan dalam bangsa dan agama[12] dan meletakkan fokus kepada merit dan usaha.

 

Permainan Politik Membawa Padah

Di Amerika Syarikat, pemilihan rakyat Amerika untuk melantik seorang Presiden yang berbangsa Afrika-Amerika telah membawa kepada dakwaan beliau bukanlah seorang presiden sebenar dan dakwaan beliau juga bukan seorang warga Amerika.[13] Seperti di Amerika juga, perkauman adalah mengenai kuasa, dan ia adalah melalui kuasa bahawa sumber-sumber yang diedarkan. Penggunaan bangsa akan pudar apabila ia tidak lagi digunakan sebagai bahan api untuk membakar api perkauman tetapi jika digunakan dalam konteks tertentu, seperti “Perang di Keganasan”, ia boleh digunakan sebagai pengaruh untuk membalas dendam.[14]

Di Afrika Selatan, pasca perubahan dari dasar aparteid melihatkan rakyat yang ditindas mengambil keputusan untuk tidak membalas dendam kepada bekas kerajaan yang menindas mereka merupakan suatu keputusan yang dikatakan sebagai keajaiban. Namun, beberapa tahun kebelakangan ini, Afrika Selatan kembali jatuh kepada dasar perkauman. Ini berikutan parti politik Afrika Selatan (African National Congress atau ANC) seperti kerajaan BN mengambil langkah untuk menyalahkan orang lain dan mempertahankan tindakan ahli parti tersebut tanpa batas.[15]

Jika kerajaan BN ingin meneruskan usaha pemisahan bangsa dan agama, maka Malaysia akan terus menjejaki langkah negara Afrika Selatan. Syarikat penerbangan Afrika Selatan[16], iaitu South Africa Airlines mengalami masalah nisbah antara kaum pilot kapal terbang yang tidak stabil. 85 peratus pilot penerbangan berkulit putih manakala hanya 15 peratus pilot penerbangan berkulit hitam atau berbangsa lain. Sembilan belas tahun selepas merdeka, Afrika Selatan masih merasai tekanan dari isu-isu kaum, perwakilan dan kesaksamaan.

Menurut kajian, hasil pendapatan kaum kulit hitam masih jauh lebih rendah dari hasil pendapatan yang diraih oleh kaum putih di Afrika Selatan. ANC seperti kerajaan BN merupakan parti poltik majoriti dan memegang kuasa pentadbiran di Afrika Selatan telah gagal untuk mengutarakan sebarang penyelesaian kepada jurang pendapatan yang tinggi antara kaum di negara tersebut. Ini kelihatan lebih jelas pasca kemerdekaan Afrika Selatan di mana hasil pendapatan kaum putih berlipat ganda sementara kaum hitam masih berada dalam kemiskinan.[17]

Poltik perkauman berpanjangan memberi kesan negatif kepada bukan sahaja sosial dan arena politik. Ianya juga memberi kesan negatif kepada ekonomi, terutamanya ekonomi tempatan. Sehingga tahun 2011, satu pertiga dari satu juta rakyat Malaysia yang mempunyai pendidikan tertiari telah berpindah ke luar negara di mana 88 peratus rakyat Malaysia yang berada di Singapura adalah dari kaum Cina.[18] Begitu juga sebab utama yang diberikan oleh rakyat Malaysia yang memilih untuk pindah ke luar negara adalah kerana ketiadaan keadilan sosial.

Talentcorp yang telah diberi tanggungjawab untuk membawa pulang rakyat Malaysia dari luar negara merupakan retorik jelas pentadbiran Najib. Ianya dipengerusikan oleh seorang bumiputera dan Lembaga Pemegang Amanahnya dianggotai oleh kaum bumiputera sahaja. Bagi sebuah badan yang diberi mandat untuk membawa pulang rakyat Malaysia dari luar negara di mana kebanyakannya terdiri dari kaum Cina, Talentcorp di bawah pentadbiran Najib merupakan suatu retorik paling nyata dalam politik perkauman pentadbiran beliau.

Pengajaran yang boleh diambil oleh dasar-dasar politik perkauman pentadbiran Najib adalah apabila kerajaan BN melaksanakan dasar yang kononnya bertujuan untuk memperbaiki masalah politik perkauman melalui perundangan invasif seperti NEP dan Talentcorp, ianya sebenarnya menggalakkan sifat perkauman dan bukannya mengakhirinya.[19] Manakala masalah perkauman di negara maju seperti Amerika Syarikat memaparkan bahawa walaupun negara tersebut telah merdeka lebih dari 200 tahun, akan tetapi kegagalan kerajaan untuk mengubati kesan-kesan perkauman membawa kesan negatif kepada generasi masa depan dan masa depan anak-anak generasi depan.[20] Dalam konteks Malaysia, kerajaan BN telah diberi mandat lebih dari 50 tahun, akan tetapi, masalah perkauman kian menular di bawah kerajaan BN.

Begitu juga keadaan politik di Afrika Selatan. Parti politic Democratic Alliance terdiri dari kaum kulit putih dan mereka yang mempunyai latar belakang bercampur manakala parti politik terbesar Afrika Selatan, ANC pula terdiri dari kaum kulit hitam. Sepertimana parti politik di Afrika Selatan adalah berteraskan perkauman, begitu juga di Malaysia. Parti politik lama seperti MIC, MCA dan UMNO sehingga kini hanya dianggotai oleh kaum India, Cina dan Melayu masing-masing. Parti politik DAP, PAS dan PKR pula mengambil keputusan untuk meluaskan lagi keahlian kepada semua bangsa dan agama untuk menyertai parti-parti tersebut.

Sentimen perkauman sentiasa dimainkan oleh UMNO di mana pada tahun 2009,[21] Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein mempertahankan tindakan sekumpulan pembantah yang membantah menggunakan kepada lembu. Manakala ahli politik seperti Zulkifli Noordin yang diberikan kebebasan untuk mengeluarkan kenyataan bersifat perkauman juga didapati selari dengan ahli politik Afrika Selatan yang menyanyikan lagi :”Shoot the Boer” sebuah lagu yang anti-kulit putih dari zaman aparteid[22] .

 

Legasi Dato Onn Jaafar

Hasrat untuk mengakhiri politk perkauman bukanlah suatu perkara yang baru. Pada tahun 1949, Dato Onn Jaafar mengutarakan persoalan ini kepada kaum Melayu, “Ia adalah benar-benar penting bagi orang Melayu untuk mendapatkan hubungan lebih erat bersama orang lain di negara ini. Ia adalah masanya untuk kita mengambil pandangan yang lebih luas daripada pandangan kampung. Saya meminta anda, manakah anda akan memilih? Keamanan atau huru-hara, persahabatan atau perseteruan”?[23]

Kemudian pada Jun 1951, Dato Onn Jaafar mencadangkan untuk keahlian UMNO diperluaskan kepada bukan Melayu dan diberi nama baru iaitu “United Malayan National Organisation” bagi mencerminkan perubahan ini. Cadangannya telah ditolak dan akhirnya Dato Onn Jaafar kerana tidak lagi dapat bersetuju dengan politik perkauman UMNO memilih untuk meninggalkan parti tersebut.

Dato Onn Jaafar merupakan seorang yang berwawasan jauh. Beliau cuba sedaya upaya untuk menggalakkan penyertaan semua rakyat Malaysia dan bukannya sebahagian saja rakyat Malaysia ke dalam pembangunan negara. Namun, wawasan beliau ditolak dan akhirnya impian beliau gagal dikecapi.

Najib cuba sedaya yang mungkin untuk menjadi seperti Dato Onn Jaafar. Pelbagai ‘transformasi’ yang telah dilancarkannya. Namun, Najib tidak akan sekali-kali menjadi seperti Dato Onn Jaafar kerana transforamsi yang kononnya dilaksanakan oleh Najib bukanlah sebuah transformasi menyeluruh. Satu-satunya kebanggan dari transformasi Najib adalah konsep 1Malaysia yang dibangga-banggakan oleh Najib disebalik ianya merapatkan jurang antara kaum dalam Malaysia, sebaliknya ia mengembangkan lagi jarak jurang tersebut.

Panggilan untuk mengakhiri politik perkauman bergema ke seluruh negara sejak zaman Dato Onn Jaafar, namun, di bawah kerajaan BN yang mengamalkannya, slogan 1Malaysia hanyalah sebuah retorik Najib. Amalan politik perkauman bukan sahaja menjarakkan lagi jurang antara kaum dalam negara, ianya juga punca kepada kejatuhan kualiti pendidikan dalam negara. Misalnya, kualiti penidikan di Univerisiti Malaya telah jatuh berikutan kuota kemasukan berdasarkan kaum dan campurtangan politik ke dalam pengurusan univerisiti tersebut.[24]

Perhimpunan Bersih telah memberi gambaran bahawa jurang antara kaum boleh didekatkan jika ada suatu kepentingan yang sama; iaitu pilihan raya bebas dan adil. Pada satu hujung spektrum, pasca pelaksanaan slogan 1Malaysia, Ketua BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow mengakui politik perkauman menjarakkan lagi jurang perkauman di Malaysia.[25]

 

Penutup Kata

Malaysia berada di persimpangan. Begitu juga, Malaysia suatu negara yang mempunyai identiti bercanggah. Tidak melupakan pertembungan antara dunia elit dan dunia awam. Slogan 1Malaysia secara ironinya sepatutnya melambangkan perpaduan antara kaum, akan tetapi ianya sebenarnya digunakan oleh kerajaan BN untuk meluaskan jurang akan kaum demi kepentingan politik dan kuasa mereka. Begitu juga pucuk pimpinan kerajaan BN yang melaung-laungkan slogan 1Malaysia akan tetapi mereka menperkenalkan diri mereka kepada dunia sebagai kaum pertama dan kewarganegaraan kedua.

Legasi NEP adalah bukanlah ianya berjaya mengurangkan kadar kemiskinan dalam negara dan menaikkan taraf ekonomi negara. Akan tetapi, legasi sebenar NEP adalah ianya menjarakkan jurang antara kaum sepertimana ianya menjarakkan jurang antara kaya dan miskin. Ianya telah mewujudkan sebuah landskap pengasingan dan pemisahan antara kelas, agama dan kaum.

Perpaduan atau transformasi di bawah slogan 1Malaysia merupakan suatu bentuk retorik yang sebenarnya menyembunyikan udang di sebalik batu. Ianya melindungi kepentingan politik dan kuasa di sebalik jiwa rakyat. Sementara rakyat sedang bergelut dengan identiti yang dipaksa oleh kerajaan BN di bawah slogan 1Malaysia dengan identiti sendiri yang mahu dicapai, politik perkauman pula sedang ditikam menusuk ke dalam rakyat demi menjamin kemandirian parti politik.

Kini ianya terpulang kepada rakyat untuk mengakhiri permainan politik kotor ini. Politik perkauman merupakan kebakaran yang menghancur setiap perkara yang berada dalam laluannya. Sepertimana air merupakan pemadam api, perpaduan rakyat tanpa slogan politik, secara murni merupakan pemadam api perkauman. Rakyat Malaysia telah menunjukkan kebolehan untuk bersatu padu tanpa slogan retorik 1Malaysia.

Jika Najib jujur dalam usahanya sebagai Perdana Menteri yang mungkin bakal bekas Perdana Menteri maka, beliau seharusnya mengambil peluang ini untuk memberhentikan permainan politik kotor UMNO melalui permainan politik perkauman. Namun, itu hanyalah sebuah impian yang tidak mungkin berlaku memandangkan rekod Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia.

 


[1] MI, Dr M Calls All Malaysians ‘Racists’, 22 Februari 2012,

http://www.themalaysianinsider.com/litee/malaysia/article/dr-m-calls-all-malaysians-racists

[2] Asia Sentinel,  Mahathir Fans Fear of Racial Politics, 12 Mei 2010,

http://www.asiasentinel.com/index.php?option=com_content&task=view&id=2457&Itemid=178

[3] Malaysian Reserve, Malaysian Politics Is Based On Race, Says Mahathir, 29 Jun 2012,

http://themalaysianreserve.com/main/news/corporate-malaysia/1585-malaysian-politics-is-based-on-race-says-dr-mahathir

[4] MI, Mahathir: Malays In Dilemma Over Defence Of Own Race,  12 Februari 2011,

http://www.themalaysianinsider.com/mobile/malaysia/article/mahathir-malays-in-dilemma-over-defence-of-own-race/

[5] The Star, Muhyiddin: DAP A Racist Party, 19 Disember 2012,

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/12/19/nation/12477448&sec=nation

[6] Mkini, Muhyiddin Dismisses May 13 Remark, But Warns Of Chaos, 29 November 2012,

http://www.malaysiakini.com/news/215448

[7] BHarian, Pembangkang guna pendekatan supaya rakyat benci BN: Muhyiddin, 24 November 2011,

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PembangkanggunapendekatansupayarakyatbenciBN_Muhyiddin/Article

[8] Mkini, DPM: Okay To Show Tanda Putera Behind Closed Doors, 15 Mac 2013,

http://www.malaysiakini.com/news/223953

[9] Keadilan Daily, Bersih: Penarikan tanpa mohon maaf hina Ambiga dan rakyat, 28 Jun 2012,

http://www.keadilandaily.com/mp-bn-akur-tarik-balik-ugutan-terhadap-ambiga/

[10] The Star, Najib: Vote Barisan For A Far Better Future, 24 Februari 2013,

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/2/24/nation/12753772&sec=nation

[11] MI, Ending Race-Based Politics ― Ooi Kok Hin, 24 Oktober 2012,

http://www.themalaysianinsider.com/sideviews/article/ending-race-based-politics-ooi-kok-hin

[12] ibid

[13] The Nation, What Race Has to Do With It, 22 Oktober 2012,

http://www.thenation.com/article/170337/what-race-has-do-it#

[14] ibid

[15] Al Jazeera, Re-Racialising South Africa’s Politics. 23 September 2011,

http://www.aljazeera.com/indepth/opinion/2011/09/201191811586746710.html

[16] BBC, Does Race Still Matter In South Africa?, 29 Ogos 2012,

http://www.bbc.co.uk/news/world-africa-19402353

[17] BBC, Does Race Still Matter In South Africa?, 29 Ogos 2012,

http://www.bbc.co.uk/news/world-africa-19402353

[18] MI, Malaysia’s brain drain getting worse, says World Bank, 28 Ogos 2011,

http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/malaysias-brain-drain-getting-worse-says-world-bank

[19] DM, The Expectations Gap: Race Relations And Naïvete In South Africa, 20 November 2012,

http://www.dailymaverick.co.za/opinionista/2012-11-28-the-expectations-gap-race-relations-and-navete-in-south-africa/#.UV0juaJkM44

[20] ibid

[21] Sin Chew, Hisham Defends Cow-Head Protestors, 2 September 2009,

http://www.mysinchew.com/node/28890

[22] World News, Killings Of White Farmers Highlight Toxic Apartheid Legacy In South Africa, 30 November 2012,

http://worldnews.nbcnews.com/_news/2012/11/30/15571149-killings-of-white-farmers-highlight-toxic-apartheid-legacy-in-south-africa?lite

[23] MalaysianBar, The Rebel In Onn Jaafar, 18 Jun 2007,

http://www.malaysianbar.org.my/news_features/the_rebel_in_onn_jaafar.html

[25] MI, Malaysians more racial after 2008 polls, says Penang BN chief, 3 Jun 2012,

http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/malaysians-more-racial-after-2008-polls-says-penang-bn-chief

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s