JPM dan SPR disyaki manipulasi PRU13 Pertempuran antara demokrasi dan hegemoni

Badan Pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) mengecam sekeras- kerasnya tidakan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memanipulasi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). KPRU turut mengkritik SPR sebagai sebuah badan yang telah hilang kredibilitinya untuk memastikan PRU13 dijalankan dengan lancar and telus. Para pengundi bakal menghadapi pertempuran keras melawan dengan Jabatan paling berkuasa di negara ini iaitu JPM dan SPR dalam usaha para pengundi mengundi untuk masa depan mereka dan demokrasi negara ini.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Dato’s Seri Anwar Ibrahim mendakwa JPM terlibat dalam operasi untuk membawa masuk pengundi yang curiga dari Malaysia Timur ke Semenanjung. Menurut beliau, sekurang-kurangnya 40,500 orang akan dibawa melalui penerbangan menjelang hari mengundi untuk mengambil bahagian dalam aktiviti mengundi. Setiausaha Agung Barisan Nasional(BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kemudiannya mengakui bahawa penerbangan khas tersebut sebenarnya adalah sebuah penerbangan yang telah diatur dan dibiayai oleh Kelab Sahabat Barisan Nasional untuk membawa pulang para pengundi untuk mengundi.

KPRU menggesa BN menyediakan senarai nama penumpang pernebangan tersebut untuk membuktikan para penumpang tersebut tidak terdiri dari warga asing.

Di samping itu, calon kerusi Parlimen Batu Tian Chua turut mengkritik soal dakwat kekal senang dihilangkan sebagai sebuah konspirasi yang dirancang dengan teliti oleh SPR. Lantas dalang konspirasi ini mungkin adalah Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz.

Abdul Aziz menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan SPR yang tidak menyebelahi mana-mana parti atau mana-mana pihak. Walaubagaimanapun, Abdul Aziz pernah didedahkan sebagai bekas ahli parti UMNO.

KPRU berkata, JPM dan SPR disyaki terlibat dalam memanipulasi PRU13 telah membawa kepada kehilangan kredibiliti dan kehilangan kepercayaan rakyat terhadap PRU ini.

“PRU ini amat penting dan di mana ianya merupakan medan peperangan antara hegemoni dan demokrasi.”

Selama ini, SPR tidak mengambil sikap yang serius ke atas dakwaan mengenai penipuan pilihan raya dan hanya memberikan pelbagai alasan untuk menolak tanggungjawab mereka. Lantas, ini membawa ketidakcekapan mereka untuk memastikan PRU13 adalah sebuah PRU yang bersih dan telus. KPRU mengingatkan SPR bahawa SPR adalah sebuah pertubuhan yang sepatutnya bebas dan bertemakan kesaksamaan dan keadilan. Namun sekarang ianya telah didapati SPR dijadikan mesin bagi parti politik.

Menurut KPRU, SPR tidak mengambil berat terhadap dakwaan kewujudan kes-kes penipuan pilihan raya dan ini menyebabkan SPR disyaki berfungsi sebagai pengiring pilihan raya kotor. Di samping itu, terdapat satu gambar yang diedarkan di internet mengenai kemasukan sekumpulan warga Bangladesh yang memakai topi berlambang UMNO dan diiringi dengan penjagaan polis. Mereka disyaki memasuki negara untuk mengambil bahagian dalam pengundian. Diikuti pendedahan oleh Anwar Ibrahim, warga-warga asing itu mungkin adalah bidak penting untuk menghalang perubahan rejim dalam negara.

Tian Chua telah membuat laporan polis mengenai dakwat kekal yang senang dihilangkan pada 30 April, serta menggesa Pengerusi SPR meletakkan jawatan. Namun, SPR menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan bahawa dakwat kekal mudah dibasuh kerana botolnya tidak digoncang oleh pegawai-pegawai pilihan raya.

KPRU percaya dakwaan-dakwaan ini mengenai penipuan pilihan raya telah menghilangkan keyakinan orang ramai. Sehubungan ini, dalam masa kempen pilihan raya tiga hari terakhir ini,  KPRU  menggesa semua pengundi yang layak mengundi menggunakan hak mereka untuk mengundi bagi menggelakkan kelemahan sistem pilihan raya dan warga asing menghancurkan masa depan tanah air dan anak cucu kita.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s