Pendidikan Percuma di Malaysia: Bukan Sebuah Fantasi

Menteri Pengajian Tinggi pernah mengatakan, “Kementerian akan meneruskan, dan mempromosikan dan internalisasikan pendidikan tinggi. Apa yang dimaksudkan oleh Kementerian adalah internalisasi pengalaman para mahasiswa, di samping membina sebuah kokurikulum yang bersifat antarabangsa, meningkatkan persaingan bersifat antarabangsa melalui pelbagai jenis kerjasama dan perkongsian, dan terutamanya meningkatkan daya tarikan pengajian tinggi di Malaysia kepada kepada penonton global yang lebih luas.

Apabila pelan awal Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PPP) dilancarkan, ianya dikatakan akan menghasilkan para mahasiswa yang mempunyai Kemahiran ‘HOT’ (Aturan Pemikiran Tinggi). Ianya juga dikatakan akan menghasilkan para mahasiswa yang berpengetahuan tinggi di samping mahasiswa yang mempunyai sifat-sifat kempimpinan tinggi serta kecekapan dwibahasa yang lebih baik. Akan tetapi, pelan tersebut tersebut tidak memberitahu cara untuk menangani kemungkinan untuk menghasilkan sebuah pendidikan percuma, adil dan mudah diakses kepada semua jenis pelajar tidak kira perbezaan dalam latat belakang dan keupayaan mereka.

Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Khaled Nordin, ianya adalah mustahil untuk menyediakan pendidikan peringkat pengajian tinggi yang percuma kerana kosnya terlalu tinggi dan pada masa yang sama, ianya merupakan pelaburan secara individu. Kementerian membincangkan usaha untuk internalisasi perubahan dalam pendidikan seorang pelajar dan melaksanakan kemahiran-kemahiran HOT. Namun, apa yang tidak dibincangkan adalah ketiadaan perubahan holistik yang perlu dilakukan kepada landskap awam pengalaman pendidikan di Malaysia. Menteri Khalied Nordin silap mengenai suatu perkara, pendidikan pengajian tinggi bukan suatu pelaburan individu, ianya merupakan pelaburan komuniti. Pendidikan dan pengetahuan akan membawa kepada satu perkara sahaja, iaitu sebuah masa hadapan yang cerah kepada komuniti secara keseluruhannya. Menyenaraikan institusi pengajian tinggi sebagai pelaburan individu merupakan perbualan seorang pegawai bank dan bukannya falsafah seorang pendidik.

Menteri tersebut menegaskan dalam penerusan pinjamanan PTPTN atas dasar ianya merupakan pelaburan individu. Namun, beliau tidak membincangkan cara-cara penyelesaian kepada cara untuk menjadikan pendidikan pengajian tinggi lebih mudah untuk diakses tanpa keperluan untuk bergantung kepada pinjaman PTPTN untuk memasuki institusi-institusi pengajian tinggi. Beliau bercakap mengenai internalisasi para mahasiswa, akan tetapi, menurut pemahamam Kementerian, pendidikan pengajian tinggi merupakan sebuah institusi terbuka kepada hanya golongan yang mempunyai wang.

Sweden, Cuba, Brazil, Argentina, Norway, Finland, Chile, Venezuela, Denmark. Negeri-negeri tersebut mempunyai satu persamaan. Kerajaan di sembilan negara tersebut menyediakan pendidikan percuma kepada rakyatnya. Adakah Malaysia akan menyertai kumpulan sembilan negara ini? Hak akses kepada pendidikan termaktub dalam Perkara 13 (2)(c) Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan yang menyatakan;

“Negara-negara kepada Perjanjian Antarabangsa mengiktiraf dalam usaha untuk mencapai hasrat hak ini: pendidikan pengajian tinggi akan dijadikan mudah diakses secara sama rata kepada semua, atas dasar kapasiti, melalui apa-apa cara yang sesuai, dan dimulakan dengan pengenalan kepada pendidikan percuma secara progresif.”

Kerajaan Malaysia mungkin tidak menandatangani perjanjian antarabangsa ini akan tetapi, 70 buah negara lain menandatanganinya. Sembilan negara yang disebut di atas telah menawarkan pendidikan percuma akan tetapi, mereka juga mempunyai persamaan yang lain, iaitu sembian negara tersebut telah menandatangani Perjanjian Antarabangsa tersebut.

Namun, di Malaysia pendidikan pengajian tinggi tidak percuma. Kerajaan Malaysia hanya membelanjakan sebanyak 4.1 peratus dari KDNK negara dalam pendidikan. Ini bertentangan dengan intuisi kerana negara-negara seperti Namibia, Vietnam dan Bolivia membelanjakan lebih dari Malaysia ke atas pendidikan. Malah, negara Cuba pun membelanjakan sebanyak 12.9 peratus dari KDNK-nya ke atas pendidikan dalam negara mereka. Juga dalam perhatian adalah kerajaan Malaysia telah memotong peruntukan ke atas pendidikan dari 20 peratus, dari RM50 bilion pada tahun 2012 kepada RM37 bilion pada tahun 2013. Di samping Najib mengurangkan peruntukan ke atas sektor pendidikan negara, pada masa yang sama, beliau memperuntukkan sebanyak RM200 juta untuk melatih semula para graduan yang telah menghabiskan masa sebanyak empat tahun di institusi pengajian tinggi.

Negara Sweden merupakan penyokong utama pendidikan percuma di mana dalam Belanjawan 2013 negara tersebut, kerajaan Sweden memperuntukan sebanyak SEK46.2 bilion untuk sektor pertahanan (RM22.3 bilion), SEK10.2 bilion (RM4.9 bilion) bagi cukai, kastam dan penguatkuasaan, dan pada masa yang sama memperuntukan sebanyak SEK57.1 bilion (RM27.6 bilion) bagi sektor pendidikan dan penyelidikan, SEK22.0 bilion (RM10.6 bilion) bagi sokongan kewangan para pelajar dan SEK10.5 bilion (RM5.1 bilion) untuk integrasi dan kesamarataan jantina.

Kebarangkalian untuk menyediakan pendidikan percuma di Malaysia bukanlah suatu mitos. Antara penyelesaian idealistik adalah kerajaan malaysia menghentikan pembaziran. Pembaziran seperti dasar Kementerian Pengajian Tinggi untuk memantau para mahasiswa yang ditaja Kementerian untuk memastikan mereka telah memenuhi syarat kelayakan Kementerian untuk sekurang-kurangnya 60 peratus staf akademik IPTA dilengkapi dengan sijil PhD atau setaranya pada tahun 2010. Pembaziran sebanyak RM1.02 bilion telah dibelanjakan pada tahun 2006 sehingga tahun 2011 bagi tujuan ini. Akan tetapi, program tersebut menemui kegagalan. Menurut Kementerian, faktor-faktor yang menjejaskan keputusan dasar ini adalah masalah keluarga, melepasi had umur dan para calon tidak bersedia untuk menghadapi dasar ini.

Keputusan di akhir dasar ini mencerminkan kegagalan Kementerian untuk mencapai sasaran para pekerja yang mahir dan sebaliknya, membanjiri lagi pasaran pekerja dengan para pekerja kurang mahir di bawah regim kerajaan kini. Kekayaan yang dirasai oleh negara-negara yang mempunyai para pekerja mahir tidak akan dirasai di bawah rejim kerajaan Malaysia kini, melainkan sistem keseluruhan diubah untuk mengemukakan sebuah sistem pendidikan demokratik, bebas dari pengaruh politik dan akan melibatkan semua pelajar, terutamanya yang miskin dan terpinggir.

 

Pengalaman Malaysia

Pendidikan dibawah rejim kini tidak berniat untuk menjadi sebuah sistem yang bebas. Ketika Akta PTPTN diluluskan pada tahun 1997, ianya bertujuan untuk memberi akses kepada para pelajar untuk pinjaman pendidikan. Walaupun, ianya telah membantu dalam memberi bantuan kepada golongan miskin untuk mengakses pendidikan di mana sebelum itu tidak mungkin berlaku, ianya juga telah membawa kepada penubuhan institusi pengajian tinggi secara besar-besaran serta penubuhan kampus antarabangsa universiti-univesiti dari luar negara yang menawarkan kursus ijazah pada harga yang tinggi. Kebergantungan tinggi pihak kerajaan ke atas PTPTN bukan sahaja pihak institut pengajian tinggi awam sebagai tebusan, para pelajar Malaysia turut menjadi tebusan. Pasca kegagalan untuk memasuki institut pengajian tinggi awam, PTPTN merupakan salah satu jalan mudah untuk memasuki institut pengajian tinggi swasta. Ianya memaksa pelajar miskin yang ditolak oleh institut pengajian tinggi awam untuk menanam diri mereka di bawah hutang sepanjang umur mereka.

Menurut kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung, sebanyak RM44.62 bilion telah diagihkan, di mana sebanyak RM23.7 bilion telah diberikan kepada 1,371,754 para pelajar dari institusi pengajian tinggi awam and RM20.84 bilion kepada para pelajar di institusi pengajian tinggi swasta. Namun, satu-satunya cara untuk pendidikan percuma untuk menjadi realiti, adalah jika Malaysia melangkah keluar dari kuota bersifat perkauman dalam syarat-syarat kemasukan institusi pengajian tinggi awam.

Apabila Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (PHEIA), Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan dan Akta Lembaga Akreditasi Negara (NABA) diluluskan, ianya adalah untuk membuka pintu bagi meluaskan lagi tempat-tempat di institut-institut pengajian tinggi dan menghasilkan tenaga kerja yang berkelayakan untuk dipadankan dengan keperluan industri semasa dan pada masa yang sama, mengurangkan kos perbelanjaan pendidikan di luar negara yang bernilai berbilion-bilion. Namun, situasi ini telah menghasilkan dua keadaan bercanggahan di bawah sistem pengajian tinggi Malaysia.

Ianya telah menghasilkan jurang pemisahan antara kaum bumiputera dan bukan bumiputera di mana kebanyakan bumiputera akan menghadiri institusi pengajian tinggi awam dan bukan bumiputera akan kebiasaanya menghadiri institusi pengajian tinggi swasta. Ini pula akan menghasilkan keadaan bercanggah yang kedua iaitu institusi pengajian tinggi swasta kebiasaannya meraih manfaat dari kawasan bandar lebih dari kawasan luar bandar. Ini pula membawa kesan kepada golongan miskin dan terpinggir selalu ketinggalan di belakang dari kedua-dua institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

Keadaan bercanggah ini pula membawa kepada jurang pemisahan dala komuniti dari segi etnik dan juga jurang perbezaan kewangan. Ketidaksamaan antara institusi pengajian tinggi awam dan swasta bukan sahaja membawa kepada jurang pemisahan antara komuniti, ianya juga telah membawa kepada 40,000 graduan menganggur, di mana 21 peratus adalah dari institusi pengajian tingg awam, 27 peratus dari institusi pengajian tinggi swasta, 28 peratus dari politeknik dan 35 peratus adalah dari kolej komuniti. Manakala, lebihan bekalan dan persaingan telah mengakibatkan dalam penubuhan kepada 37 buah institusi pengajian tinggi swasta, 30 buah universiti kolej swasta, 7 kampus cawangan antarabangsa dan 414 kolej swasta.

Untuk mengatasi pergantungan kepada PTPTN, Perdana Menteri Najib Tun Razak melancarkan Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPP1M) dengan niat murni membantu para pelajar di peringkat tertiari mendapat pinjaman pelajaran tambahan. Bukan sahaja ini menambah bebanan dari pinjaman PTPTN, ianya turut menanam para pelajar Malaysia dengan hutang-hutang tambahan.

Persoalan yang timbul adalah sama ada pinjaman pelajaran seperti PTPTN dan SPP1M akan membebaskan pengajian tinggi dari tukang bonceng atau membebankan lagi sistem tersebut? Malaysia kini merasai sengsaraan dari sumber bekalan lebihan para graduan yang tidak mempunyai atau kekurangan kemahiran lembut yang bukan sahaja membanjiri golongan penganggur di pasaran pekerja, tetapi pada masa yang sama mengurangkan jumlah para pekerja berkualiti dalam pasaran pekerja.

Pakatan Rakyat dalam manifesto PRU13-nya telah berjanji untuk menghapuskan PTPTN dan yuran-yuran di institusi pengajian tinggi awam akan dibiayai oleh pihak kerajaan serta sektor swasta pula akan disubsidikan.

Janji untuk membebaskan pengajian tinggi awam dari belenggu hutang pelajar telah ada, namun apa masih tidak kelihatan adalah mekanisme untuk memastikan pendidikan pengajian tinggi percuma selepas janji PAKATAN adalah kepastian kepada peningkatan dalam graduan yang berkualiti dan bukannya kuantiti.

Cabaran ini jatuh kepada Kementerian Pengajian Tinggi. Tanpa pembaharuan dalam Kementerian, tiada aspirasi atau idea dari artikel ini akan direalisasikan. Kementerian perlu mendengari keluhan para mahasiswa, kaum ibu bapa dan para pelajar dan bukannya para penyokong parti politik. Mengubah polisi-polisi dalam usaha menggiatkan semula pendidikan pengajian tinggi kepada suatu sektor yang lebih berdikari dan demokratik sepatutnya menjadi keutamaan Kementerian dan bukannya meletakkan para pelajar ke dalam kursus yang tidak dipilih dan memaksa para pelajar untuk tunduk kepada kehendak politik dan pentadbiran institusi pengajian tinggi.

 

Inisiatif Komuniti dengan Sokongan Swasta

Perbelanjaan kerajaan Malaysia ke atas pendidikan mungkin melebihi perbelanjaan ke atas sektor pertahanan akan tetapi kuantiti tidak semestinya menjamin kualiti. Di negara lain, pihak komuniti telah memilih untuk memastikan anak-anak mereka akan menerima pendidikan yang mereka layak untuk memperolehi tanpa campurtangan kerajaan mahupun politik. Di sebuah bandar di negara Amerika Syarikat (AS), Kalamazoo, Michigan, bandar yang terdahulunya berleluasa dengan masalah pelajar berhenti sekolah dan gejala kemiskinan, sebuah usaha biasiswa dilancarkan pada tahun 2006 kepada setiap pelajar dalam bandar Kalamazoo merupakan usaha untuk membantu mereka meneruskan pelajaran mereka di institusi-institusi pengajian tinggi Michigan.

Biasiswa tersebut tidak membezakan perbezaan pendapatan keluarga, markah pelajar, malah ianya juga tidak membezakan rekod jenayah dan rekod disiplin para pelajar. Dari tahun 2007 sehingga tahun 2012, program tersebut, iaitu Janji Kalamazoo telah membiayai sebanyak USD$35 juta kepada 2,500 pelajar Kalamazoo. Biasiswa tersebut memberikan jangka masa selama 10 tahun kepada para pelajar untuk menghabiskan pengajian mereka. Satu lagi objektif biasiswa tersebut adalah untuk memperbaiki ekonomi Kalamazoo di mana sebuah komuniti yang berpendidikan akan membawa kepada sebuah tenaga kerja yang lebih inovatif dan ini pula akan membawa kepada peningkatan dalam dasar percukaian komuniti tersebut dan akhirnya membawa kepada mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih menarik.

Pasca biasiswa tersebut, ianya didapati terdapat peningkatan dalam jumlah pelajar yang tidak berhenti dari sekolah dan ini membawa kepada peningkatan dalam pengupahan guru-guru baru dan pembangunan dalam kemudahan sekolah di kawasan tersebut. Secara keseluruhannya, 90 peratus dari pelajar sekolah menengah di bandar Kalamazoo telah berjaya memasuki kolej dan markah ujian pelajar Kalamazoo semakin bertambah baik sejak beberapa tahun yang lalu.

Oleh kerana kadar untuk meneruskan pengajian kian meningkat saban tahun, pintu kepada pendidikan bagi kelas sederhana miskin dan miskin semakin menutup, meninggalkan peluang untuk meneruskan pengajian hanya kepada yang paling kaya dan paling bijak. Lantas, pendidikan kian tersimpang jauh dari sebuah pintu gerbang kepada ilmu pengetahuan kepada hanya kepada representasi semata-mata kedudukan seseorang dalam masyarakat.

Peningkatan dalam kos pendidikan dalam sesebuah negara bukanlah suatu perkara yang terpencil. Di Malaysia, kos pengajian tinggi sama ada dibiayai oleh PTPTN, biasiswa kerajaan dan bagi yang mampu, ibu bapa mereka. Keadaan ini telah menyebabkan PTPTN menjadi sumber kewangan kepada semua institut pengajian tinggi dan pada masa yang sama, kualiti pendidikan yang diterima oleh para pelajar semakin menurun hingga kepada suatu tahap yang merisaukan.

Ini bermakna terdapat keperluan untuk mengakhiri komodifikasi pendidikan dengan menukar para legislatif dan ketua-ketua di institut pengajian tinggi dengan golongan pendidik dan bukannya penyokong pasaran. Jika seseorang mahu anaknya belajar, mereka akan mengupah seorang guru untuk mengajar anak mereka. Begitu juga seseorang mahu kedai runcitnya meraih keuntungan, mereka akan mengupah seorang usahawan untuk membantu menjana keuntungan. Sepertimana bandar Kalamazoo melancarkan sebuah program untuk menjadikan pendidikan sebagai sebuah keperluan, Malaysia juga perlu menjelaskan pendirian yang sama.

Sehingga kini terdapat sekurang-kurangnya sebanyak 60 buah universiti di seluruh negara (awam dan swasta). 24 peratus dari 184,581 graduan berjaya untuk mencari pekerjaan. Dengan itu, hanya terdapat 1.65 juta pembayar cukai dari 12.8 juta tenaga kerja dalam negara. Ini adalah kerana hanya terdapat 29 peratus pekerja yang kemahiran tinggi.

Projek-projek seperti pembinaan menara 100 tingkat bukanlah pemacu pembangunan negara. Sebaliknya, peruntukan untuk membina menara 100 tingkat tersebut sepatutnya disalurkan kepada sebuah tabung amanah untuk digunakan oleh para pelajar untuk membiayai penyelidikan mereka dan meluaskan lagi ilmu pengetahuan mereka. PNB, pentadbiran Najib dan juga orang awam sepatutnya mengambil contoh dari para pendera rahsian program Janji di Kalamazoo sebagai usaha kolektif untuk menyediakan harapan kepada para pelajar yang miskin untuk meneruskan pengajian mereka tanpa merisau keadaan kewangan keluarga. Atau adakah kemungkinan untuk pendidikan tinggi yang percuma terlalu mustahil untuk diterima?

 

Kursus Berbayar berbanding Kursus Percuma Dalam Talian Ivy League

Pada hujung spektrum yang lain, kursus percuma dalam talian atau MOOC (kursus terbuka besar-besaran dalam talian) kini kian tersebar di Amerika Syarikat dan seluruh dunia. MOOC berbeza dengan kursus dalam talian berbayar kerana mereka menggunakan para profesor yang terkenal untuk mengajar secara percuma. Apa yang diperlukan hanyalah sebuah komputer dan sambungan kepada dunia internet. Profesor-profesor ini mengajar kelas-kelas ini tanpa dibayar dengan niat untuk mengajar para pelajar yang bersemangat untuk belajar. Kebanyakan orang terutamanya golongan terpinggir dan miskin tidak mempunyai akses kepada pendidikan yang berkualiti, akan tetapi kursus-kursus MOOC yang ditawarkan secara dalam talian seperti kursus kecerdasan buatan yang dijalankan oleh seorang profesor Stanford telah mendidik kira-kira 23,000 pelajar di seluruh dunia.

Dengan terciptanya dunia internet, para pelajar tidak kira di mana berhubung dengan profesor dan berinteraksi dengan profesor-profesor berkenaan dan para pelajar yang lain. Pada masa yang sama, mereka dididik dengan pendidikan berkualiti dalam cara masing-masing. Walaupun kebanyakan MOOCS tidak mempunyai kredit yang boleh dipindahkan, tetapi sebuah universiti di Amerika Syarikat telah mengambil keputusan untuk menjadikan kredit-kredit MOOCs sebagai kredit yang boleh dipindahkan ke kolej tersebut. Laman sesawang seperti Coursera telah  memasuki ke dalam perkongsian bersama 33 buah universiti termasuklah Berkeley, Princeton, Dukem Caltech, Stanford, John Hopkins dan institut-institut pengajian tinggi yang berprestij untuk menyediakan kelas dalam talian.

MOOC merupakan contoh yang bagus dalam usaha mencapai penyelesaian alternatif kepada pengalaman pendidikan Malaysia di mana ianya memberi peluang kepada para pelajar yang mencari peluang ilmu pengetahuan akan tetapi, akibat kekangan-kekangan yang tertentu, tidak dibenarkan untuk mencari ilmu pengetahuan. Kemungkinan untuk pengajian tinggi yang percuma tiada batas. Syarikat-syarikat seperti Coursera dan Udacity mungkin telah memulakan peluang pendidikan dalam talian percuma, akan tetapi, oleh kerana idea tersebut berjaya meraih pelaburan sebanyak USD$100 juta dari sektor swasta pada tahun 2012 serta sokongan dari syarikat besar seperti Google dan Pearson untuk menjayakan idea tersebut.

Malaysia perlu mengambil perhatian dari MOOC, kerana ianya menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada semua pelajar tanpa sekatan-sekatan seperti bebanan hutang pengajian. Sebuah pendidikan yang bagus membawa kepada masa hadapan yang lebih cerah.

Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) dilancarkan pada tahun 2012 untuk memastikan hanya graduan 30 peratus terbaik yang akan diambil untuk mengajar. Persoalan yang timbul adalah apakah perbezaan dasar ini dengan dasar sebelum ini yang memastikan 60 peratus kakitangan akademik akan disenjatakan dengan kelayakan PhD atau apa-apa yang setarafnya sebelum tahun 2010? Pihak kerajaan telah gagal untuk memastikan kejayaan polisi tersebut. Polisi baru tidak akan mengubah sesebuah situasi jika pihak legislatif dan para menteri yang melaksanakannya tidak mempelajari dari kesilapan masa dasar-dasar terdahulu. Usaha terbaru kerajaan ini hanya akan memulihkan luka pendarahan dengan penyapuan salap.

PPP mungkin telah siap dan sementara rakyat Malaysia menunggu akan pelancaran rasmi PPP, warga Malaysia sepatutnya mengambil masa untuk berfikir sama ada ianya adalah suatu perkara yang berbaloi untuk menukar rejim kini demi masa hadapan anak-anak kita? Jika ya, maka tiada apa-apa yang menghalang negara ini untuk menukar rejim pendidikan kini.

 

Penutup Kata

Adakah pengajian tinggi percuma sebuah mitos? Seperti yang telah dibuktikan oleh beberapa negara dan juga beberapa inisiatif swasta, ianya tidak. Ianya telah dibuktikan bahawa jika seseorang itu mempunyai kemahuan untuk mencipta dan mengalu-alukan perubahan, sambil mengetepikan kepentingan tersendiri demi masa hadapan generasi masa hadapan. Adakah ianya murah? Tidak. Adakah rejim pendidikan yang sedia ada lebih murah? Tidak. Adakah ianya satu konsep yang berdaya maju? Kemungkinan ya jika ianya diberikan peluang. Adakah ianya lebih elok dari rejim sedia ada? Ianya terbuka untuk perdebatan. Akan tetapi, adakah ianya sebuah tujuan yang rugi, tidak layak masa dan perhatian kita? Tidak. Pendidikan bukan sahaja untuk para pelajar. Para guru dan juga legislatif dari semasa ke semasa juga perlu dididik semula, bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi untuk orang-orang yang mereka mengajar.

Kadangkala perkara yang terbaik tidak percuma. Mereka adalah mahal dan berisiko. Bagaimanakah masyarakat akan maju ke hadapan jika risiko-risiko tersebut tidak diambil? Kerajaan Malaysia dan kementerian pelajararan telahpun dikenali untuk dasar-dasar flip-flop   mereka, namun, konsep pendidikan percuma seakan-akan tidak pernah didengari oleh mereka. Pendidikan percuma seakan-akan topik tabu kepada rejim pendidikan kini. Kementerian kini mahukan para graduan yang berjaya akan tetapi para pelajar dipaksa hanya menggunakan mekanisma yang disediakan oleh kerajaan jika mereka mahu berjaya. Pilihan lain tidak akan dilayani. Kesilapan yang telah dilakukan oleh Kementerian kini adalah mereka mengutamakan keuntungan dan kerugian yang disebabkan oleh pendidikan.

Pengajian tinggi di Malaysia seharusnya dibebaskan dari nilai pasarannya dan digantikan dengan perspektif seorang pendidik atau perspektif seorang ibu bapa. Kedua-dua golongan ini mempunyai naluri semula jadi untuk mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Apa yang terbaik untuk anak-anak mereka adalah sebuah pendidikan yang berkualiti yang tidak mendiskriminasi mana-mana kumpulan dalam masyarakat.

Bagaimanakah sebuah masyarakat dan kerajaan hendak menyaingi nilai pasaran sebuah pendidikan dengan pendidikan percuma? Seperti yang ditunjukkan oleh negara-negara seperti Sweden, Chile, Argetina dan lain-lain, ianya terletak di bahu kerajaan. Sepertimana yang ditunjukkan program Janji di Kalamazoo; lebih banyak graduan berkualiti akan membawa kepada lebih banyak tenaga kerja berkemahiran yang akan membuka lebih banyak perniagaan, dan ini pula akan meningkatkan kadar cukai dalam komuniti tersebut dan itu akan membantu masyarakat tersebut secara keseluruhannya.

Untuk mengekalkan ideologi pasaran yang kini sedia ada, pentadbiran Najib terpaksa meningkatkan kadar cukai untuk menjustifikasikan perbelanjaan PTPTN atau mengambil dari sumber lain. Dan untuk meningkatkan kadar cukai tanpa mengungkit kemarahan rakyat Malaysia, pentadbiran Najib perlu meningkatkan jumlah tenaga kerja dalam negara. Untuk mencapai objektif ini, Malaysia perlu meningkatkan jumlah tenaga kerja yang berkemahiran dan bukannya membawa masuk tenaga kerja asing. Akan tetapi, sistem pendidikan yang sudah ada tidak menghasilkan tenaga kerja yang berkemahiran. Sistem pendidikan yang sedia ada sebaliknya menghasilkan para graduan yang tidak berkelayakan kerana pendidikan tidak berkualiti yang tercemar dengan politik, krisis ketetapan, disamping krisis pengesahan. Semua ini adalah kerana pentadbiran Najib takut akan para graduan yang mempunyai pendapat tersendiri (contohnya kes pelajar Bawani).

Lantas, pendidikan percuma mempunyai kemungkinan yang positif melalui mengasingkan sistem pendidikan, badan ketetapan dan perubahan sistem pendidikan Malaysia.

Kerugian yang akan dirasai adalah pada pihak-pihak berkenaan yang tidak akan meraih sebarang keuntungan kewangan dari menyediakan pendidikan percuma kepada para pelajar. Para pelajar yang tidak perlu risau mengenai masalah kewangan hanya akan menumpukan perhatian kepada pelajaran mereka. Pelajar tersebut yang mencari ilmu pengetahuan akan membawa manfaat kepada bukan sahaja mereka sendiri, mereka juga akan membawa manfaat kepada komuniti yang memberikan peluang tersebut kepada mereka.

Sebuah pendidikan yang adil dan berkualiti bererti bukan sahaja menaikkan suatu kumpulan dalam masyarakat, ianya juga bererti semua kumpulan dalam masyarakat akan dinaikkan demi kebaikan sejagat. Ianya merupakan tanggungjawab kepada bukan sahaja para ibu bapa, dan pendidik, akan tetapi, ianya merupakan tanggungjawab para legislatif dan eksekutif untuk memastikan tiada anak-anak yang akan tertinggal dari peluang ini, terutamanya para pelajar dari kawasan luar bandar yang tidak boleh dimasuki oleh sebuah kereta Perodua Kancil. Sebuah pentadbiran yang adil adalah sebuah pentadbiran yang mengambil perhatian kepada pelaburan komuniti dan bukannya seorang Menteri yang menyenaraikan pendidikan pengajian tinggi sebagai sebuah pelaburan intividu.

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s