Pertukaran Kerajaan Tidak Akan Membawa Kehancuran Negara

Badan pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) berpendapatan pertukaran kerajaan pentadbiran tidak akan membawa kemusnahan sepertimana yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengutarakan kenyataan bahawa Pakatan Rakyat (PAKATAN) akan membawa Malaysia kepada kemusnahan. Manakala Prof. Datuk Dr. Sidek Baba pula mengajukan pendapat beliau bahawa PAKATAN yang giat menabur fitnah dan memburukkan pemimpin negara tidak mungkin dapat membina sebua negara yang stabil jika mereka memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 ini.

KPRU akan mengambil beberapa contoh dari beberapa negara untuk mengajukan sebuah hipotesis bahawa perubahan kerajaan tidak membawa kepada kehancuran.

Pergelutan kuasa dalaman Liberal Democratic Party (LDP) di Jepun pada 2007 melihatkan pertukaran kerajaan pada tahun 2009 di mana kerajaan Liberal Democratic Party diambil alih oleh parti Democratic Party of Japan.  Pada tahun 2012, parti LDP telah memenangi semula pilihan raya umum dan mengambil semula kerajaan Jepun.

Begitu juga di United Kingdom (UK) di mana negara tersebut sering bertukar kerajaan.  Pada tahun 1983, parti Conservative memegang kerajaan UK. Ini berterusan pada pilihan raya tahun 1987 dan tahun 1992. Pada tahun 1997, kerajaan UK merupakan kerajaan di bawah Labour Party.  Labour Party telah memenangi pilihan raya sehingga tahun 2005. Pada tahun 2010, pilihan raya dimenangi oleh parti Conservative.

Malah di Amerikat Syarikat juga melihatkan perukaran kerajaan yang kerap. Bekas President Bill Clinton merupakan seorang ahli parti politik Democrat, bekas Presiden  George W. Bush merupakan seorang ahli Republican dan Presiden kini Barack Obama merupakan seorang ahli politik Democrat.

Di negara Australia juga melihatkan pertukaran kerajaan yang kerap. Pilihan raya umum dari tahun 1984 sehingga 1996, Australian Labour Party telah memenanginya. Manakala pilihan raya umum dari tahun 1998 sehingga 2007, kerajaan ditadbir oleh Liberal Party. Pada pilihan raya umum tahun 2010, Australian Labour Party mengambil alih semula kerajaan.

Sepertimana yang dibuktikan oleh negara-negara maju tersebut, pertukaran kerajaan merupakan salah satu ciri sebuah negara demokratik. Sebagai sebuah negara yang demokratik, negara-negara yang telah disebut di atas menunjukkan bahawa pertukaran kerajaan tidak membawa sebarang kemusnahan mahupun kehancuran kepada negara yang menukar kerajaan. Satu lagi persamaan negara-negara Jepun, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Australia adalah keempat-empat negara merupakan negara maju dan pemain-pemain utama ekonomi dunia. Persamaan yang ketiga dari keempat-empat negara adalah mereka mempunyai sistem dua parti. System ini membawa kepada sebuah kerajaan yang terbuka kepada sekat dan imbangan.

Jepun dikenali dengan perkembangan teknologi yang sangat maju. Walaupun mereka mengalami pertukaran kerajaan, ianya tidak menjejaskan keupayaan sains dan teknologi mereka,  ekonomi mereka mahupun keselamatan dalam negeri mereka.

Negara UK dan Amerika Syarikat pula merupakan pemain-pemain ekonomi utama di dunia.  Amerika Syarikat mempunyai reputasi sebagai antara negara yang mempunyai kekuatan tentera antara yang terkuat di dunia. UK pula mempunyai reputasi sebagai sebuah negara kebajikan yang maju. Manakala negara Australia pula merupakan salah satu negara maju yang utama di rantau Asia Pacifik.

Sistem dua parti ini juga akan membawa kepada keadaan di mana kerajaan terbuka untuk disemak dan diimbang. Walaupun sesebuah negara mempunyai pelbagai parti politik, namun kuasa semak dan imbang ini diletakkan kepada dua parti yang mempunyai paling banyak pengaruh. Di Malaysia ianya terletak kepada PAKATAN dan Barisan Nasional. Di Amerika Syarikat, ianya terletak kepada parti Democrat dan Repulican. Di Jepun, ianya parti LDP dan Democratic Party. Malah di negara kecil Malta juga mengamalkan sistem dua parti ini di mana dua parti utama negeri kecil tersebut adalah Nationalist Party dan Labour Party.

Melalui sistem ini, maklumat akan lebih pantas disalurkan kepada rakyat dan kerajaan terbuka untuk dikritik dan diperbetulkan jika ada sebarang isu, skandal atau masalah. Dalam konteks skandal-skandal yang melanda Malaysia di bawah kerajaan BN, mereka yang bertanggungjawab akan menerima hukuman adil di bawah undang-undang dan kembalikan kepercayaan rakyat kepada sistem pengadilan dan eksekutif negara. Sudah 56 tahun Malaysia berada di bawah pentadbiran kerajaan BN. Adalah sudah tiba masanya Malaysia memasuki alaf baru yang berasaskan ketelusan dan kejujuran kerajaan yang mentadbir.

Nescaya bagi sebuah negara yang bercita-citakan perubahan dari negara dunia ketiga kepada sebuah negara maju, penghalangan kepada pertukaran kerajaan merupakan halangan utama cita-cita rakyat Malaysia. Apabila Najib dan Sidek Baba secara tidak langsung menyatakan pertukaran kerajaan di Malaysia adalah sesuatu perkara yang tidak elok untuk negara ini, mereka sebenarnya berhujah untuk mereka sendiri. Mereka tidak mewakili suara dan pendapat rakyat.

Pertukaran kerajaan memberikan peluang kepada rakyat untuk memastikan kerajaan yang mentadbir bersikap telus kerana kerajaan yang gagal mendengari suara mereka akan ditukar dalam pilihan raya yang seterusnya. Negara-negara maju seperti UK, Amerika Syarikat, Jepun dan Australia menunjukkan bahawa pertukaran kerajaan merupakan sesuatu perkara yang normal, perkara yang wajib untuk memastikan kerajaan yang mentadbir bersikap terbuka dan telus.

Malah manifesto PAKATAN sendiri tidak mempunyai sebarang janji untuk merosakkan mahupun menghancurkan negara. PAKATAN sendiri menjanjikan pertukaran kerajaan yang aman. Kenyataan Najib dan Sidek Baba bukan sahaja dibuat secara mala fide, ianya juga dibuat sebagai suatu hasutan. Adakah Najib dan Sidek Baba menyedari kenyataan mereka bersifat hasutan? Kenyataan Najib dan Sidek Baba bertujuan untuk menimbulkan perasaan takut dan syak wasangka antara rakyat dan PAKATAN.

Ianya juga mencerminkan pendapat-pendapat individu-individu yang tenggelam dalam perasaan paranoia yang tidak berasas. Ianya bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat kepada PAKATAN walaupun PAKATAN tidak pernah mengutarakan hasratnya untuk membawa sebarang kehancuran.

Lantas, tindakan Najib dan Sidek Baba, terutamanya Najib yang merupakan seorang Perdana Menteri, seorang negarawan dan seorang wakil rakyat telah menyebarkan fitnah, hasutan dan penipuan untuk mengelirukan dan  menakutkan rakyat dan para pengundi dalam negara dari menjalankan kewajipan dan menunaikan hasrat mereka untuk menukarkan kerajaan.

Ini adalah kerana bagi seorang Perdana Menteri yang mengeluarkan kenyataan berbau fitnah dan hasutan semata-mata untuk memenangi undian dan memastikan kedudukan politik dan kepentingan persendiran dalam masyarakat tidak terjejas mencerminkan seorang individu yang tidak berwajahkan seorang negarawan. Ianya mencerminkan wajah dan pendirian seorang yang tidak menghormati prinsip-prinsip asas sebuah negara demokratik.

Najib harus membuktikan kepada rakyat dan dunia bahawa Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi dengan membenarkan pertukaran kerajaan. Kegagalan Najib untuk membenarkan perkara tersebut mengisyaratkan bahawa Malaysia menuju kepada hala tuju sebuah negara autokratik dan mengamalkan politik ekstrem.

Lantas, ianya merupakan keengganan Najib untuk menerima kenyataan kepada kepentingan pertukaran kerajaan yang akan menjejaskan ekonomi dan masa hadapan negara. Lebih dari 1 juta rakyat Malaysia telah berpindah ke negara lain kerana tidak berpuas hati terhadap pentadbiran kerajaan BN. Tindakan Najib menghalang pertukaran kerajaan ini akan menggalakkan lagi penghijrahan secara besar-besaran rakyat negara ke luar negara dan pada masa yang sama menjejaskan kepercayaan para pelabur terhadap pentadbiran kerajaan yang mengecam sifat demokrasi iaitu, pertukaran kerajaan.

Lantas, KPRU mengecam tindakan Najib yang menyebarkan fitnah dan hasutan mengenai PAKATAN dan soal pertukaran kerajaan. KPRU menggesa pertukaran kerajaan dibenarkan berlaku dan dilakukan secara aman.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s