Kes Ganjil Perak dan Negeri Sembilan: Persekongkolan SPR dan Kecacatan sistem PRU

Pelaksanaan Pilihan Raya Umum (PRU-13) yang dicemari oleh pelbagai penipuan dan kontroversi mengakibatkan kebebasan dan keadilan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dipersoal oleh para pengundi dan rakyat Malaysia. Ia juga mendedahkan sektor awam yang diperkudakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) selama setengah abad merentasi sempadan antara negara dan antara parti politik. Bersama kerjasama SPR sewaktu PRU-13 ini, BN berjaya mengekalkan kuasa mentadbir walaupun kadar sokongan BN dalam keputusan PRU-13 telah jatuh kepada kurang daripada separuh.

Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak menyalahkan keputusan PRU-13 kepada “tsunami Cina”. BN mendakwa walaupun mereka gagal meraih sokongan etnik Cina, BN sebenarnya meraih sokongan daripada kumpulan etnik yang lain. Dalam dunia politik BN selama setengah abad ini, rejim pemerintah telah bergabung dengan sektor awam sambil mempromosi ideologi politik BN melalui media-media arus perdana bahawa erti BN adalah persamaan dengan maksud sebuah negara atau nasional dan bukannya sebuah parti politik semata-mata. Begitu juga, BN turut memanipulasi sektor awam seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan SPR untuk melaksanakan pelbagai tipu helah dalam pilihan raya di samping menimbulkan konstroversi insiden-insiden keganasan politik.

Badan pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) mendapati bahawa BN mendakwa mereka telah meraih sokongan daripada etnik lain selain daripada etnik Cina, lantas, ini mengakibatkan rejim BN mengekalkan status politik mereka dalam PRU ini. Namun begitu, kadar sokongan dan jumlah kerusi di negeri Perak dan Negeri Sembilan tidak selari jika ianya dibandingkan dengan negeri-negeri yang lain. Secara amnya, pertumbuhan kadar sokongan akan membawa peningkatan jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Namun keadaan tersebut tidak dilihat dalam PRU-13 ini.

Sebagai contoh negeri Perlis (Sila lihat Jadual 1) melihatkan Pakatan Rakyat (PAKATAN) hanya meraih satu kerusi DUN di Perlis menjelang PRU-12 pada tahun 2008, di mana kadar sokongan menyumbang sebanyak 39.9 peratus. Manakala, dalam PRU-13 ini, PAKATAN meraih dua kerusi DUN, lantas kadar sokongan adalah selari dengan jumlah kerusi DUN kerana sokongan melonjak sebanyak 44.3 peratus.  Sebaliknya, kadar sokongan kepada BN menurun sebanyak 4.8 peratus daripada 60.1 peratus tahun 2008 kepada 55.4 peratus pada tahun 2013. Ini melihatkan kadar sokongan selari dengan penurunan jumlah kerusi DUN. Namun, dengan anehnya, negeri Perak dan Negeri Sembilan mengalami satu fenomena yang berbeza daripada negeri-negeri lain; iaitu PAKATAN mengalami peningkatan kadar sokongan tetapi jumlah kerusi DUN telah dikurangkan dalam negeri-negeri tersebut.

Kadar undi meningkat tapi jumlah kerusi menurun?

 

Jadual 1Kadar pengundian dan Jumlah kerusi antara PAKATAN dan BN

 

2013

2008

Peningkatan/

Penurunan

Jumlah kerusi DUN

Peningkatan/

Penurunan

Kadar Sokongan undian

 

BN

PAKATAN

BN

PAKATAN

BN

PAKATAN

BN PAKATAN
Negeri Jumlah Kerusi DUN Kadar Sokongan Undian (%) Jumlah Kerusi

DUN

Kadar Sokongan Undian (%) Jumlah Kerusi

DUN

Kadar Sokongan Undian (%) Jumlah Kerusi

DUN

Kadar Sokongan Undian (%) Jumlah Kerusi

DUN

Jumlah Kerusi

DUN

Kadar Sokongan Undian (%)

Kadar Sokongan Undian

(%)

Perlis

13

55.4

2

44.3

14

60.1

1

39.9

-1

1

-4.8

4.4

Kedah

21

50.6

15

48.5

15

46.8

21

53.2

6

-6

3.8

-4.7

Kelantan

12

43

33

53.7

6

44.7

39

55

6

-6

-1.8

-1.3

Terengganu

17

51.4

15

48.5

24

55.1

8

44.7

-7

7

-3.7

3.7

P.Pinang

10

31.6

30

67.8

11

36.9

29

63

-1

1

-5.3

4.8

Perak

31

44.9

28

54.7

26

46.5

33

53.3

5

-5

-1.6

1.4

Pahang

30

55.2

12

44.4

38

59.5

4

40.5

-8

8

-4.3

3.8

Selangor

12

39

44

59.4

20

44.3

36

55.4

-8

8

-5.3

4

N. Sembilan

22

51

14

47.3

21

54.7

15

45.1

1

-1

-3.7

2.2

Melaka

21

53.8

7

46.2

23

57.4

5

42.6

-2

2

-3.6

3.6

Johor

38

54.9

18

45

50

65.3

6

34.7

-12

12

-10.3

10.3

Sabah

49

55

11

35.9

59

61.6

1

32.5

-10

10

-6.6

3.4

Malaysia

276

47.4

229

50.9

307

51.4

198

47.6

-31

31

-4

3.2

Nota: Calon parti STAR yang memenangi kerusi DUN di Sabah pada PRU-13 dan calon bebas yang memenangi kerusi DUN di Kedah dan Pahang pada PRU-12 digolongkan bersama jumlah kerusi BN.

Sumber: laman web SPR dan akhbar bahasa Cina.

 

Rajah 1: Penurunan Kerusi DUN dibandingkan dengan Peningkatan Kadar Sokongan PAKATAN di Negeri Sembilan

 Negeri sembilan

 

 

PAKATAN memenangi sejumlah 15 kerusi DUN di Negeri Sembilan (Rajah 1) menjelang PRU-12 tahun 2008. Kadar sokongan kepada PAKATAN pada PRU-12 adalah sebanyak 45.1 peratus. Pada PRU-13 baru-baru ini, PAKATAN hanya memenangi 14 kerusi DUN di Negeri Sembilan, namun begitu, kadar sokongan telah meningkat kepada 47.3 peratus. Sebaliknya, BN memenangi sejumlah 21 kerusi DUN di Negeri Sembilan pada PRU-13 dan kadar sokongan kepada BN adalah sebanyak 54.7 peratus. Walaupun dengan kemenangan tambahan 1 kerusi pada PRU-13, kadar sokongan kepada BN sebenarnya menurun daripada 54.7 peratus kepada 51 peratus, iaitu penurunan sebanyak 3.7 peratus. Di samping itu, Perak juga mengalami keadaan yang sama dengan Negeri Sembilan; iaitu kadar sokongan yang tidak selari dengan jumlah kerusi yang dimenangi.

 

Rajah 2: Penurunan Kerusi DUN dibandingkan dengan Peningkatan Kadar Sokongan PAKATAN di Perak

perak2

 

PAKATAN memenangi sejumlah 33 kerusi negeri di Perak pada PRU-12 tahun 2008 (Rajah 2), dengan kadar sokongan mencapai 53.3 peratus. Lantas, PAKATAN berjaya merampas rejim kerajaan negeri Perak dari BN. Walau bagaimanapun, pada tahun 2013, PAKATAN hanya memenangi 28 kerusi negeri di Perak, iaitu penurunan sebanyak 5 kerusi negeri. Akan tetapi pada masa yang sama, kadar sokongan kepada PAKATAN telah meningkat kepada 54.7 peratus.

Sebaliknya, BN memenangi 26 kerusi DUN Perak pada tahun 2008, dengan kadar undi sebanyak 46.5 peratus. Ini melihatkan BN memenangi sejumlah 31 kerusi DUN dengan peningkatan sebanyak 5 kerusi pada PRU-13 ini. Akan tetapi pada realitinya, kadar undi BN dilihat menurun daripada 46.5 peratus kepada 44.9 peratus. Walaupun kadar sokongan adalah petunjuk sebagai hala tuju sokongan rakyat terhadap sesebuah parti politik, akan tetapi penurunan kadar undi ini telah memberikan BN kemenangan kuasa politik di Perak dalam PRU-13!

PAKATAN mengambil alih kerajaan negeri Perak daripada cengkaman BN pada tahun 2008 dengan kemenangan sebanyak 33 kerusi DUN. Namun begitu, BN menggunakan cara licik dan tidak beretika untuk merampas kembali kuasa pentadbiran kerajaan negeri PAKATAN di Perak dengan menyebabkan 4 anggota Ahli DUN PAKATAN keluar daripada PAKATAN dan memberi sokongan kepada BN. Insiden ini telah menidakkan Perlembangaan Persekutuan dan mengabaikan prinsip demokrasi rakyat memilih PAKATAN sebagai kerajaan negeri dan pelantikan Menteri Besar oleh PAKATAN.

Mahkamah Persekutuan kemudiannya memberi pengiktirafan kepada keputusan Sultan negeri Perak yang mengabaikan Perlembangan Persekutuan dan membawa kepada punca PAKATAN kehilangan kuasa politik di Perak selepas 11 bulan mentadbir.

 

PRU13 ‘ibu segala penipuan’

Insiden rampasan kuasa pentadbiran kerajaan negeri di Perak adalah satu contoh baik menunjukkan usaha BN menghalang PAKATAN mengambil alih kuasa pentadbiran daripada tangan BN kerana ianya melihatkan BN sebagai sebuah parti politik yang sanggup memperkudakan kuasa sektor awam dan insititusi raja yang sepatutnya menegakkan prinsip keadilan dan kesaksamaan demi kepentingan politik tersendiri. Menjelang PRU-13 ini, ianya dapat dilihat bahawa kadar sokongan dan jumlah kerusi DUN yang diraih oleh PAKATAN adalah tidak selari di samping ianya turut mendedahkan kewujudan penipuan dalam pilihan raya yang membawa kesan negatif kepada ketelusan pelaksanaan PRU-13.

Pada PRU-13 ini, BN berjaya mengekalkan status politik mereka akan tetapi kejayaan tersebut diselitkan dengan kemenangan yang tipis iaitu hanya kemenangan 133 kerusi Parlimen daripada 222 kerusi Parlimen. Berbanding dengan PRU 2008, BN kali ini mengalami kehilangan sebanyak 7 kerusi Parlimen dan 31 kerusi DUN di seluruh negara. Kadar sokongan BN daripada 51.4 peratus juga menurun kepada 47.7 peratus.  Sebaliknya, kadar undi PAKATAN meningkat daripada 47.6 peratus pada tahun 2008 kepada 50.9 peratus pada tahun 2013. Lantas, ianya dapat dilihat bahawa PAKATAN berjaya meraih lebih dari separuh sokongan para pengundi. Namun, PAKATAN masih gagal untuk mengambil alih kuasa pentadbiran kerajaan pusat. Ini berpunca daripada SPR yang memainkan peranan bersekongkol dengan rejim pemerintah,  dan melaksanakan sistem pilihan raya yang tidak adil.

Kontroversi-kontroversi lain PRU-13 termasuklah dakwat kekal yang didakwa senang dicuci, pekerja asing yang disyaki turut mengundi, dakwaan SPR menandatangani borang 14 sebelum kiraan undi atau tidak memberikan salinan borang 14 selepas kiraan undi, insiden-insiden keganasan politik, dan Kelab Kebajikan Pulau Pinang 1Malaysia pro-BN yang didakwa memberikan sogokan wang tunai kepada para penduduk kawasan DUN Air Putih, iaitu kawasan yang dimenangi oleh Lim Guan Eng pada tahun 2008.

Pelbagai insiden di atas menunjukkan SPR bersifat berat sebelah dan  ini bersama faktor-faktor yang telah dinyatakan membawa BN kepada pentadbiran berterusan selama 56 tahun sambil menikmati keistimewaan-keistimewaan politik. Pada masa yang sama, BN menggunakan tipu helah tidak beretika untuk memastikan pentas persaingan antara PAKATAN dan BN tidak adil mahupun sama rata. Keadaan ini, sekali dengan sistem first-past-the-post yang mnguntungkan rejim pemerintah, akhirnya membawa kepada keputusan PRU yang tidak munsabah aneh iaitu peningkatan dalam kadar sokongan dan undian kepada PAKATAN, pada masa yang sama, jumlah kerusi DUN dikurangkan.

KPRU mempercayai bahawa jika masalah struktur melibatkan sektor awam, terutamanya SPR yang terus menuruti pucuk pimpinan BN, maka impian rakyat bagi perubahan rejim atau pertukaran kerajaan tidak akan tercapai. SPR telah mengabaikan dakwaan-dakwaan penipuan dalam pilihan raya dengan kerap. Dakwaan-dakwaan yang telah diabaikan termasuklah pendaftaran undian yang mencurigakan iaitu dakwaan pendaftaran berulang warga Sabah dan Sarawak di negeri-negeri lain, isu penyempadanan semula kawasan pilihanraya, dan dakwaan keputusan pengundi pos pengundi di luar negara dan tentera yang tidak telus.

Oleh sedemikian rupa, sistem pilihan raya yang tidak adil mengakibatkan kekalahan kepada PAKATAN walaupun PAKATAN telah meraih sokongan yang lebih daripada separuh para pengundi serta kegagalan PAKATAN untuk mengambil alih kuasa pentadbiran negara ini dengan berpaksikan prinsip demokrasi, iaitu kemenangan majoriti pengundi.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar telah didedahkan sebagai bekas ahli parti UMNO. Mereka kemudiannya menggunakan taktik pendirian “tidak ingat” dan “tidak pernah membayar yuran keahlian tahunan” sebagai alasan untuk terus menyandang jawatan-jawatan sebagai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR.

Namun, PRU-13 telah membuktikan SPR tidak boleh melaksanakan tugas-tugas mereka secara profesional kerana akibat latar belakang parti politik kedua-dua pegawai senior mereka yang mempengaruhi kebolehan melaksanakan tanggungjawab mereka secara telus. Ini adalah kerana Abdul Aziz Mohd Yusof dan Wan Ahmad Wan Omar telah membiarkan penipuan berlaku sepanjang tempoh pilihan raya PRU-13 ini tanpa sebarang perasaan bersalah.

KPRU mempercayai SPR dan JPN telah menjadi pembela kuasa pentadbiran BN sewaktu pentadbiran berterusan BN selama 56 tahun. Oleh itu, demi menegakkan prinsip-prinsip demokrasi dan pilihan raya yang adil dan saksama, SPR mestilah diperbaharui dengan menangani segala kelemahan dalam struktur organisasi dan pentadbiran. Selain itu sektor awam juga memerlukan penstrukturan semula dan menamatkan fenomena amalan kronisme.

 

Penutup

Pasca PRU-13, PAKATAN mengadakan Perhimpunan Suara Rakyat Suara Keramat di seluruh negara dan usaha PAKATAN ini berjaya meraih sambutan bersemangat daripada rakyat Malaysia. Ini menunjukkan rakyat seluruh negara menuntut sistem pilihan raya yang adil dan saksama. Di samping itu, Pasukan Siasatan PRU-13 PAKATAN dijangka membuat rayuan di mahkamah mengenai keputusan 27 kerusi Parlimen PRU-13 pada hujung bulan Mei ini.  27 kerusi Parlimen tersebut melibatkan kerusi-kerusi yang meraih kemenangan tipis termasuklah kerusi di Machang, Bentong, Pasir Gudang, Titiwangsa, Bagan Serai, Setiawangsa, Segamat, Balik Pulau, Kuala Kangsar, Kulim-Bandar Baru dan lain-lain.

Akan tetapi, sebarang peluang untuk memperbetulkan keputusan PRU-13 adalah sangat tipis di bawah rejim pentadbiran BN.  Walau bagaimanapun, perhimpunan yang diadakan di setiap negeri dan usaha PAKATAN untuk menuntut PRU yang adil di bawah undang-undang telah menonjolkan sikap tidak putus asa PAKATAN dan rakyat untuk melindungi hak-hak dan kepentingan rakyat di bawah sistem demokrasi demi masa hadapan Malaysia.

Akhir kata, KPRU berpendapat walaupun rakyat Malaysia mengidamkan PRU-14 nanti akan berjaya membawa kepada perubahan rejim atau pertukaran kerajaan bagi mengakhiri rejim BN; akan tetapi jika JPN meneruskan tindakan memberi kad pengenalan kepada warga asing dan bukannya warga Malaysia, disamping SPR terus mengabaikan tututan PAKATAN dan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) untuk mengemaskini senarai nama pengundi, menutup sebelah mata kepada insiden penipuan pilihan raya dan pihak berkuasa yang tidak menangani masalah keganasan politik, maka sebarang pertukaran kerajaan atau penukaran rejim, sebagai proses bagi negara demokrasi tidak akan berlaku di Malaysia walaupun negara ini digelar sebagai sebuah negara demokrasi.

Rakyat Malaysia kini berhadapan masalah struktur institusi awam yang genting. Sebarang reformasi atau perubahan dalam jangka masa lima tahun ini hanya akan tercapai jika BN mempunyai kesedaran untuk melakukan sebarang reformasi atau perubahan kepada masalah-masalah ini. Kegagalan atau keengganan BN untuk menyedari fakta ini hanya akan membawa kekecewaan kepada rakyat Malaysia tidak kira sama pada masa kini atau dalam jangka masa lima tahun akan datang.

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s