【Malaysiakini】Think-tank: PM’s spendthrift ways put country at risk

1:48PM Sep 25, 2013
The country has asked for extra money twice in every budget year ever since Najib Abdul Razak took over as prime minister in 2009, said think-tank Political Studies for Change (KPRU).

The consistent habit of over-spending, it said, is putting the country at risk as it juggles a large debt.

“In the context of the country being in deficit for 16 continuous years, the consistent tabling of two supplementary budgets is seen as a pattern of financial management that is risky to the country’s financial future,” it said in a statement today.

NONEAccording to KPRU, Najib (left) sought additional RM27.3 billion in two supplementary budgets after the 2010 budget and RM23.5 billion and RM28 billion, also in two packages, after the budget in 2011 and 2012 respectively.

The government has tabled its first supplementary budget of RM15 billion for the budget this year and KPRU predicts that a second one will likely follow suit, based on recent precedents.

This, KPRU warned, will not help in reviving the country’s credit rating which was in July downgraded by Fitch Ratings to “negative”.

‘Ballooning debt’

Due to the supplementary budgets, KPRU warned that the actual figures of the country’s debt and deficit would be higher than first estimated when the budget is tabled.

According to its calculation, KPRU said the country’s deficit will likely hit 5.5 percent of gross domestic product (GDP) compared to an initial estimation of four percent.

“In a Sept 17, 2013 report, Bank of America Merrill Lynch opined that the Malaysian government’s debt will likely hit the debt ceiling of 55 percent of GDP.

“The report said the Malaysian government’s debt had increased to 53.8 percent in the first quarter of 2013 and climbed further to 54.6 percent of GDP in the second quarter,” it said.

KPRU added that if contingent liabilities amounting to RM147.3 billion up to the second quarter of 2013 were to be factored in, the country’s debt will hit 70.2 percent of GDP.

Advertisements

Pindaan Pencegahan Jenayah 2013: 11 RUU

Untuk muat turun 11 Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan dengan pindaan pencegahan jenayah yang dikemukakan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada 25 September 2013:

RUU Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013

RUU Kanun Keseksaan (Pindaan) 2013

RUU Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Pindaan) 2013

RUU Penjara (Pindaan) 2013

RUU Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2013

RUU Keterangan (Pindaan) 2013

RUU Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya (Pindaan) 2013

RUU Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tak Wajar) (Pindaan) 2013

RUU Rumah Perjudian Terbuka (Pindaan) 2013

RUU Loteri (Pindaan) 2013

RUU Pertaruhan Pool (Pindaan) 2013

 

 

 

KPRU: Pola Pengurusan Kewangan Najib Membawa Risiko Tidak Menentu Kepada Negara

Berikutan pembentangan satu lagi belanjawan tambahan oleh kerajaan pusat di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, badan pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) berpendapat, pola pengurusan kewangan negara oleh Najib semenjak beliau menerajui Kementerian Kewangan memaparkan sikap yang tidak berhemat dalam tadbir urus kewangan negara.

Sepanjang pentadbiran Najib, pola pengurusan kewangan negara menyaksikan pembentangan dua belanjawan tambahan secara konsisten berikutan setiap pembentangan belanjawan asal negara. Pembentangan belanjawan tambahan bukanlah sesuatu yang ganjil dalam sistem pengurusan kewangan negara. Namun begitu, dalam konteks kewangan negara berada dalam defisit fiskal sepanjang pentadbiran Najib, pembentangan dua belanjawan tambahan secara konsisten bagi setiap belanjawan asal menonjolkan suatu sikap tadbir urus kewangan negara yang tidak berhemat.

Merujuk kepada Jadual KPRU di bawah, bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi telah membentangkan Belanjawan Negara 2009 pada 29 Ogos 2008. Seterusnya Najib memegang tampuk pentadbiran negara dan membentangkan Belanjawan Negara 2010, 2011, 2012 dan 2013. Dalam pada itu, Najib juga membentangkan belanjawan tambahan bagi menampung perbelanjaan negara bagi tahun 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2013.

 

Jadual KPRU: Belanjawan Asal dan Perbekalan Tambahan 2009 – 2013 (RM Juta)

Tahun Belanjawan Asal Perbekalan Tambahan Jumlah
Pertama Kedua Jumlah
2009 207,899 10,000 11,360 21,360 229,259
2010 191,499 12,077 15,218 27,295 218,794
2011 213,987 13,187 10,290 23,477 237,464
2012 232,833 15,295 12,707 28,002 260,835
2013 251,667 15,014 15,014 266,681

Hak cipta © KPRU 2013

Sumber: Akta Perbekalan dan Akta Perbekalan Tambahan bagi tahun 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2013.

 

KPRU berpendapat, dalam keadaan di mana kewangan negara berada dalam status lebihan (surplus), pembentangan belanjawan tambahan dapat dilihat sebagai sebahagian daripada alat pengurusan kewangan negara yang mempunyai fungsinya yang berkait rapat dengan belanjawan tahunan. Namun, dalam konteks kewangan negara berada dalam status defisit selama enam belas tahun berturut-turut, pembentangan dua belanjawan tambahan secara konsisten dapat dilihat sebagai sebahagian daripada pola pengurusan kewangan negara yang membawa risiko tidak menentu berhubung masa depan kewangan negara.

Umum kini sedia maklum, pada 31 Julai 2013, agensi penilaian global, Fitch Ratings telah menilai unjuran kredit Malaysia dan menyemak semula prospek Malaysia daripada status “stabil” ke “negatif” berikutan kelemahan kewangan awam selepas Pilihan Raya Umum ke-13 dan juga kekurangan kemajuan dalam reformasi kerajaan dalam usaha menangani defisit fiskal. Fitch dengan nyatanya menunjukkan bahawa hutang kerajaan telah mencecah 53.3% dalam Keluaran Dalam Negari Kasar (KDNK) penghujung 2012 daripada 51.6% pada hujung 2011 dan 39.8% pada hujung 2008.

Dalam sebuah laporan bertarikh 17 September 2013, Bank of America Merrill Lynch berpendapat, hutang kerajaan Malaysia berkemungkinan besar mencecah silingnya iaitu 55% daripada KDNK. Laporan tersebut menyatakan bahawa, hutang kerajaan Malaysia telah meningkat kepada 53.8% pada penggal pertama 2013, seterusnya meningkat kepada 54.6% daripada KDNK pada penggal kedua 2013.

Malahan, apabila diambil kira tanggungan luar jangka (contingent liabilities), iaitu sebanyak RM147.3 bilion pada penggal kedua 2013, hutang kerajaan meningkat kepada 70.2%!

Berikutan pembentangan belanjawan tambahan kedua bagi tahun 2012 semasa sesi parlimen Jun 2013 dan pembentangan belanjawan tambahan pertama bagi tahun 2013 pada sesi ini, KPRU berpendapat, hampir pasti Najib akan membentangkan belanjawan tambahan kedua bagi tahun 2013 pada sesi parlimen tahun depan. Kini pembentangan dua belanjawan tambahan menjadi “peristiwa tahunan” selepas pembentangan belanjawan tahunan negara pada setiap hujung tahun. Hal ini bermaksud, angka defisit yang dibekalkan semasa pembentangan belanjawan tahunan lebih bersifat sementara sedangkan pengiraan nilai dan kadar defisit selepas pembentangan belanjawan tambahan lebih bermakna dalam memahami kerangka pengurusan kewangan negara.

Dalam konteks tersebut, berdasarkan anggaran asal Kementerian Kewangan semasa membentangkan Belanjawan Negara 2013, pengiraan KPRU di bawah mendapati bahawa defisit fiskal tahun 2013 akan mencecah 5.5% daripada KDNK setelah mengambil kira belanjawan tambahan pertama bagi tahun 2013, iaitu 1.5% lebih tinggi daripada unjuran asal sebanyak 4.0%

 

Statistik Kerajaan: Kedudukan Kewangan Kerajaan Persekutuan 2013 (RM Juta)[1]

Anggaran Asal 2013 (Unjuran)
Hasil 208,650
Perbelanjaan Mengurus 201,917
Perbelanjaan Pembangunan Bersih 46,726
Defisit/Lebihan Semasa -39,993
% daripada KNK -4.1
% daripada KDNK -4.0
KNK (harga semasa) 980,889
KDNK (harga semasa) 1,001,794

 

Statistik KPRU: Unjuran Defisit Fiskal Pasca Perbekalan Tambahan 2013 (2013) (RM juta)

Perbelanjaan Mengurus 201,917
Perbelanjaan Pembangunan Bersih 46,726
Perbekalan Tambahan Pertama 2013 Perbelanjaan Tanggungan 888
Perbelanjaan Bekalan 14,126
Jumlah Perbelanjaan 263,657
Defisit/Lebihan Keseluruhan -55,007
% daripada KNK -5.6%
% daripada KDNK -5.5%

Hak cipta © KPRU 2013

Pelan Pendidikan: Apa Isunya?

Sejak pembentangan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013–2025 pada 11 September 2012, perbincangan dan pertikaian terhadap pelan tersebut tidak pernah lenyap dalam kalangan masyarakat, biarpun dokumen rasmi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dimuktamadkan dan dilancarkan pada 6 September 2013, masih terdapat pihak yang tidak kelihatan letih lesu menentangnya. Apakah sebuah pelan yang dikatakan bermatlamat mentransformasikan sistem pendidikan yang merupakan tunjang pembangunan negara ini gagal mendapat sokongan padu daripada masyarakat berbilang etnik? Apakah dakwaan Timbalan Menteri Pendidikan P Kamalanathan[1] bahawa hanya Lembaga Pengelola Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) sahaja menentang pelan ini satu dakwaan yang sahih?

Dakwaan P Kamalanathan mungkin mudah mempengaruhi persepsi golongan masyarakat yang tidak membaca akhbar bahasa Cina. Namun begitu, jika diteliti liputan media khususnya akhbar Cina sejak pembentangan laporan awal sehingga dokumen rasmi PPPM, dakwaan P Kamalanathan sama sekali tidak benar.

Di antaranya, Gabungan Bertindak Malaysia (GBM), iaitu sebuah gabungan yang terdiri daripada 25 organisasi bukan kerajaan (NGO) pelbagai kumpulan etnik dan agama tidak berpihak kepada PPPM dan menyerahkan surat memorandum berpanjangan 10 muka kepada pihak kerajaan pada 29 November 2012. GBM mendakwa PPPM dimuktamadkan tanpa mengambil kira sepenuhnya pendapat dan saranan organisasi sivil. GBM turut menyeru pihak Kementerian Pendidikan untuk melanjutkan tarikh tamat perundingan bagi PPPM supaya organisasi sivil berkesempatan untuk mengkaji dan menyemak semula draf tersebut. [2]

Beberapa pertubuhan pendidikan termasuklah Dong Zong dan Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) juga membantah keras cadangan dalam PPPM, khususnya berkaitan dengan penambahan waktu kelas mata pelajaran Bahasa Melayu pada peringkat kedua Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina. Dong Zong berdiri tegas pada pendiriannya bahawa waktu kelas Bahasa Melayu harus dikekalkan pada tempoh 180 minit di SJK (C) dan SJK (T), dan dengan kerasnya menolak usul dan polisi yang tidak mendorong pembangunan pendidikan bahasa ibunda dalam PPPM. [3] Jiao Zong pula menggesa Kementerian Pendidikan untuk meningkatkan penguasaan dan standard Bahasa Melayu melalui bahan pengajaran, kaedah pengajaran, buku teks dan latihan guru, bukannya dengan menambahkan waktu kelas kepada 270 minit. Tuntutan Jiao Zong juga termasuklah pengiktirafan perbezaan bahasa pengantar di antara SJK dan SK, kurikulum, buku teks, dan tahap peperiksaan  Bahasa Melayu perlulah berbeza supaya sepadan dengan keperluan SJK. [4] Jiao Zong berbeza pandangan dengan Dong Zong di mana Jiao Zong menyarankan supaya waktu kelas Bahasa Melayu dinaikkan kepada tempoh 210 minit, bukan 270 minit (PPPM) mahupun 180 minit (Dong Zong).

Terdapat juga 16 buah persatuan Cina telah menyediakan kenyataan bersama yang bertajuk “Memperbangunkan Pendidikan Bahasa Ibunda, Mempertingkatkan Pendidikan Kebangsaan”, untuk mengemukakan pandangan pelbagai pihak dalam masyarakat Cina terhadap PPPM dan menyerahkannya kepada Kementerian Pendidikan pada 21 Ogos 2013. Antara kandungan kenyataan tersebut merangkumi pendirian bahawa sistem pendidikan pelbagai aliran sekolah adalah munasabah dan bukannya penghalang perpaduan kaum, menuntut supaya mengiktiraf dan mengukuhkan kepentingan kelas peralihan, menjamin sistem pendidikan pra-sekolah pelbagai aliran, serta menubuhkan Education Ombudsmen bagi menyelia dan memastikan kecekapan dan keadilan Kementerian Pendidikan.

Selain itu, Penasihat Tamil Foundation, K. Arumugam turut menyatakan PPPM akan mengakibatkan pendidikan pelbagai bahasa dipinggir dan dimusnahkan. Hal ini kerana objektif utama PPPM dikatakan adalah untuk menjadikan sekolah kebangsaan sebagai pilihan sekolah sebagai langkah menggalakkan interaksi antara pelajar daripada latar belakang yang berbeza, dan rasionalnya adalah untuk membina perpaduan melalui sekolah kebangsaan yang dihadiri oleh semua pelajar daripada pelbagai latar belakang etnik. Lantas, beliau menggesa kerajaan agar membawa PPPM untuk dibahas oleh orang awam dan mempertimbangkan manfaat sosial dan ekonomi yang dibawa oleh kepelbagaian bahasa serta budaya dalam negara ini. [5]

Di sebaliknya, terdapat juga pertubuhan yang menyokong kuat usaha kerajaan merangka PPPM. Di antaranya, Kongres Perdana Pendidikan Kebangsaan (KPPK) telah mengemukan 10 resolusi bagi menyokong pelaksanaan PPPM pada 27 Ogos 2013. Dalam resolusi yang disenaraikan oleh KPPK, ia pula membidas beberapa pihak terutamanya Dong Zong yang tidak menyokong PPPM dan menuntut supaya Kementerian Pendidikan melalui Malaysia Qualification Agency (MQA) tetap tidak meluluskan Unified Examination Certificate (UEC) yang dikeluarkan oleh Independent Chinese Secondary School (MICSS) yang dituntut oleh Dong Zong untuk menjadikannya setara dengan kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Lebih-lebih lagi, KPKK turut mendesak Perdana Menteri dan Kementerian Pendidikan Malaysia agar bersikap tegas dengan mewujudkan satu sistem pendidikan yang tunggal dan tidak meluluskan penubuhan Sekolah Menengah Cina dan mengiktiraf Kolej Swasta Cina yang tidak mengikut Kurikulum Pendidikan Kebangsaan dan menggunakan Bahasa Melayu sebagai pengantar utama. [6]

Selain pelbagai suara daripada masyarakat sivil, beberapa ahli politik turut menyatakan pandangan mereka. Ketua Biro Pendidikan Persatuan Cina Malaysia (MCA) Kebangsaan, yang juga merupakan bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong menegaskan bahawa, merujuk kepada isu waktu kelas pengajaran Bahasa Melayu di SRJK(C), pendirian MCA tidak pernah berubah, iaitu tetap mahu dikekalkan 210 minit. Beliau juga menyatakan bahawa tahap penguasaan Bahasa Melayu di SRJK(C) tidak boleh disamakan dengan Sekolah Rendah Kebangsaan (SK) dan ini merupakan prinsip MCA yang tidak boleh dikompromi.[7] Pengerusi Biro Pendidikan Pemuda MCA, Chong Sin Woon juga tidak bersetuju untuk menyeragamkan kurikulum Bahasa Malaysia sekolah vernakular dan sekolah kebangsaan kerana kaedah pengajaran bahasa adalah berbeza antara sekolah, maka cadangan tersebut dan adalah tidak praktikal. [8]

Bendahari Agung Kongres India Se-Malaysia (MIC), Datuk Jaspal Singh pula menyatakan penyeragaman kurikulum Bahasa Malaysia tersebut bukan satu ancaman terhadap sekolah vernakular tetapi untuk mengukuhkan Bahasa Kebangsaan. Beliau menyatakan kurikulum Bahasa Malaysia yang berbeza telah menyebabkan pelajar dari sekolah vernakular sukar untuk mencapai kredit bagi Bahasa Malaysia dalam SPM.

Dasar pendidikan harus dibebaskan daripada kongkongan ideologi berpaksikan “negara-bangsa singular”, kepelbagaian bukan hambatan perpaduan

Pada pendapat badan pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU), PPPM yang kelihatan berwawasan tinggi dan komited menggerakkan transformasi sistem pendidikan yang selari dengan slogan transformasi yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, masih terkongkong dengan wacana perpaduan yang berpaksikan ideologi “negara-bangsa singular”. Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pusaka, negara-bangsa didefinisikan sebagai negara yang berdaulat yang didiami oleh satu bangsa. Malaysia bukan satu-satunya yang bersungguh-sungguh merealisasikannya sebagai sebuah negara-bangsa; di negara-negara jiran seperti Indonesia dan Thailand, mereka turut mendukung konsep negara-bangsa dengan mengadakan satu bahasa, budaya dan nilai bagi mengintegrasikan masyarakatnya. Di Singapura juga, sekolah-sekolah beraliran Cina dan Tamil dibubarkan selepas mencapai kemerdekaan bagi mengurangkan semangat “kecinaan dan keindiaan”, kebebasan berbudaya dan beragama pula disekat pada awalnya bagi menjadikannya sebuah negara-bangsa.[9] Dalam hal ini, sistem pendidikan tunggal yang dilihat sebagai pemangkin pembinaan negara-bangsa lazimnya dialu-alukan dan diberi penekanan bagi membolehkan semua masyarakt tegak di atas suatu identiti negara yang sama.

Namun, KPRU berpendirian bahawa sistem pendidikan tidak patut terperangkap dengan wacana perpaduan yang berpaksikan konsep “negara-bangsa singular” tersebut. Jika tidak, kepelbagaian akan sentiasa dilihat sebagai unsur yang bertentangan dengan perpaduan, dan sesungguhnya ini merupakan tanggapan yang tidak menguntungkan masa depan Malaysia – tanah air anak muda daripada pelbagai latar belakang etnik.

Sesungguhnya, tiba masa sebuah pelan pembanguann pendidikan membebaskan dirinya daripada falsafah pendidikan yang terikat dengan ideologi “negara-bangsa singular” dan memberikan nafas baru kepada dirinya di mana penghayatan konsep “negara-bangsa” adalah berlandaskan sifat dan realiti kepelbagaian. Dengan berbuat demikian, tanah air kecintaan kita dapat membebaskan pendidikan negara daripada mitos “singularisme demi perpaduan”, lantas mengembleng tenaga keseluruhan tenaga pengajar, pengetua, dan pengelola ke arah pendidikan berkualiti dan prihatin terhadap keperluan semua pelajar.

Sebagai sebuah pelan pendidikan yang dikatakan memacukan transformasi, corak pemikiran bahawa peningkatan dalam stratifikasi etnik di sekolah-sekolah kepelbagai aliran merupakan suatu hambatan kepada interaksi antara pelajar pelbagai kaum sepatutnya disingkirkan kerana ia tidak mencerminkan realiti masyarakat Malaysia. Hal ini bukan sahaja tidak dapat menambahbaikkan hubungan antara pelajar yang berasal daripada kumpulan etnik yang berbilang, bahkan menyemaikan tanggapan salah atau stereotaip yang tidak sihat dalam usaha menggalakkan interaksi antara kaum. Dalam situasi sedemikian, sudah tentu kepeluangan untuk interaksi tidak semestinya menjamin penambahbaikan hubungan etnik, malahan akan mencetuskan konflik ekoran gambaran tidak tepat yang direplikasi berulang kali.

Kepelbagaian aliran sekolah di Malaysia merupakan aset negara yang unik sejak kemerdekaan, ia seharusnya dihayati dan diberi penghargaan, bukannya dijadikan “isu palsu pendidikan” dan menyimpangkan isu pokok pendidikan, iaitu meningkatkan kualiti pendidikan dan memenuhi keperluan pelajar.

Dalam usaha memupuk perpaduan dan hubungan yang lebih erat antara etnik pula, pihak kerajaan seharusnya merujuk kepada model yang lebih berkesan. Menurut hipotesis Intergroup Contact yang dicadangkan oleh Allport, iaitu seorang pakar psikologi yang terkenal, yang menyatakan bahawa, hubungan antara kumpulan hanya dapat dipertingkatkan dengan berkesan apabila interaksi tersebut disertai dengan empat kriteria, iaitu status yang setara, matlamat yang sama, kerjasama antara kumpulan, sokongan daripada pihak berkuasa[10].

Pertama sekali, status yang setara bermaksud kumpulan-kumpulan tersebut berada dalam hubungan status yang sama. Dalam hal ini, ia boleh ditafsirkan sebagai kesaksamaan di antara sekolah pelbagai aliran. Namun, sistem pendidikan negara ini telah menyaksikan pelagai jenis ketidaksaksamaan dalam hal mendahului keperluan para pelajar tanpa berpaksikan ideologi dan kepentingan politik. Misalnya, sedangkan pertumbuhan populasi Cina dan Tamil dalam negara ini telah pun berlipat ganda sejak kemerdekaan, sekolah berbahasa ibunda mereka pula semakin berkurangan. Pada tahun 1970, SJK(C) dan SJK(T) masing-masing mempunyai 1386 buah dan 661 buah. Data terkini menunjukkan bahawa bilangan SJK(C) telah dikurangkan 93 buah dan kini  mencatat sejumlah 1293 buah manakala bilangan SJK(T) mengalami penurunan yang lebih mendadak, iaitu hanya tinggal 522 buah buat masa ini.

Jadual berikut menyenaraikan bilangan sekolah pelbagai aliran pada tahun 70-an dengan bilangan yang terkini. 

Tahun Sekolah Rendah Kebangsaan Sekolah Rendah Inggeris Sekolah Rendah Cina Sekolah Rendah Tamil
1970 2792 1519 1386 661
2013 5858 0 1293 522
1970-2013 Bertambah 3066 buah Sekolah Rendah Kebangsaan Pada tahun 1975, Sekolah Rendah Inggeris ditiadakan Berkurang 93 buah Sekolah Rendah Cina Berkurang 139 buah Sekolah Rendah Tamil

Sumber: Statistik Dong Zong[11]

Tambahan pula, dengan mengambil kira peruntukan secara dasar dan bantuan per kapita yang diberikan kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) sama ada Cina atau Tamil, perbezaannya adalah ketara dan ketidaksamaratan adalah menonjol iaitu kurang daripada 5 peratus daripada jumlah peruntukan untuk semua sekolah.[12] Di samping itu, wakil sekolah agama juga pernah menyuarakan ketidakpuasan mereka akibat terpinggir dalam sistem pendidikan negara. Pada 11 Oktober 2012, beberapa wakil pendidik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan Sekolah Agama Rakyat (SAR) serta kira-kira 1,000 pelajar termasuk guru-guru SAR di seluruh Malaysia telah berhimpun di depan Parlimen dan menyerahkan memorandum bantahan berhubung pengabaian peruntukan kepada sekolah agama dalam pembentangan Belanjawan Negara 2013. Selain itu, tuntutan juga dibuat agar kerajaan menambah geran bantuan per kapita yang sedia ada, bantuan modal, buku teks, bantuan guru akademik dan bantuan-bantuan lain bagi melicinkan pentadbiran SAR. Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik menyatakan ketiadaan peruntukan untuk SAR membuktikan kefahaman pihak kerajaan terhadap pendidikan Islam masih terbatas dengan menganggap ia sebagai mata pelajaran sahaja, bukan sebagai institusi penting dan menyeluruh. [13]

Justeru, jika kerajaan berhasrat untuk membina perpaduan melalui pendidikan, langkah pertama adalah dengan mengiktiraf semua aliran sekolah dalam sistem pendidikan negara secara setara dengan memberi peruntukan secara dasar kepada sekolah berdasarkan keperluan pelajar, dan bukannya keperluan politik.

Kedua, kerjasama antara kumpulan dapat menambahkan pemahaman antara etnik dan mengurangkan prejudis. Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam memberi tumpuan kepada usaha menggalakkan interaksi antara murid pelbagai kumpulan melalui aktiviti sukan dan kokurikulum merupakan satu langkah yang baik untuk memenuhi salah satu kriteria yang disebut oleh Allport. Dukacitanya, wujudnya persekitaran sekolah yang tidak menyokong norma pengeratan dan saling menghormati antara etnik di Malaysia. Guru yang sepatutnya menjadi teladan dalam mengeratkan hubungan antara etnik sebaliknya mengeluarkan kenyataan rasis di sekolah. Justeru, bagaimanakah perpaduan dapat dicapai walaupun semua pelajar berbilang etnik berada di sekolah yang sama?

Inisiatif atau usaha yang diambil oleh pihak berkaitan dalam aspek ini amat perlu dipergiatkan. Walaupun terdapat sesetengah langkah telah diambil, contohnya kajian yang dijalankan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia terhadap “Dialog antara Agama di Malaysia dalam mengurangkan prejudis”,[14] namun hasil kajian menyatakan dialog tersebut tidak disertai dengan empat kriteria yang disebut oleh Allport, dan ia hanya merupakan satu forum atau syarahan umum yang tidak berkesan dalam mengurangkan prejudis.

Penutup

Pengamatan KPRU dalam perkembangan pelancaran PPPM mendapati bahawa sistem pendidikan negara masih tidak dapat melepaskan diri daripada diskusi perpaduan berpaksikan “negara-bangsa singular”, dan sesungguhnya kekangan ini merupakan permasalahan yang didepani bukan sahaja pihak kerajaan, tetapi sebahagian besar elit masyarakat dalam usaha melonjakkan pencapaian pendidikan dan lantasnya memupuk generasi muda yang berpengetahun, berkemahiran kepimpinann, berupaya berkomunikasi dan berdaya saing pada peringkat global.

Unsur kepelbagaian harus diterapkan dalam sistem pendidikan semasa sebagai pengiktirafan kepada pelbagai aliran sekolah dalam mendidik dan memupuk tonggak utama negara untuk masa depan. Walau bagaimanapun, pendekatan yang diambil oleh Dong Zong sehingga mendakwa bahawa PPPM bakal menggugat kelangsungan SRJK(C) adalah reaksi yang terlalu pesimistik, memandangkan PPPM tidak menyatakan niat untuk menutup atau menafikan kedudukan sekolah vernakular, biarpun ia dilihat berkecenderungan menuju ke haluan sistem pendidikan tunggal.


[10] doi.apa.org/journals/psp/90/5/751.pdf‎

Education Blueprint: What’s the Issue?

Ever since the launching of the Preliminary Report of the National Education Blueprint 2013-2025 on September 11, 2012, we have already witnessed endless discussion and disputes over the plan. And even though the official document of Malaysian Education Blueprint 2013-2025 (PPPM) report was finalized and launched by Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin on September 6, 2013 there are still some organizations do not seem to be exhausted acting against it. Why is that a plan that claims to transform the education system, which acts as the backbone of the development of this country failed to gain unequivocal espousal from the multi-ethnic society? Moreover, to which extend is the claim made by Deputy Education Minister, P. Kamalanathan[1] that only United Chinese School Committees Association (Dong Zong) alone opposes this plan seems to be true?

In fact, there are many parties have voiced out their opinions towards PPPM. Amongst them, the coalition of 25 non-governmental organisations (NGOs) calling itself Gabungan Bertindak Malaysia (GBM)  has called for the scheduled launch of the education roadmap on September 6 be rolled back to allow more time for further study and public feedback. They have also submitted a memorandum on the matter to the government on Novermber 29, 2012. [2]

United Chinese School Teacher Association (Jiao Zhong) and Dong Zong have particularly objected the additional minutes of weekly Malay language classes in vernacular schools. Dong Zong stood firm on their stance to vigorously reject any motion or policy that thwart the development of mother-tongue education. [3] Jiao Zong, in additional, urged the Ministry of Education to increase the standard of Malay language through teaching materials and methods rather than introducing extra teaching time. [4] Nonetheless, Jiao Zong hold a different stance as compared to Dong Zong, wherein it suggested that Malay language classes can be increased to 210 minutes, neither 270 minutes as proposed by PPPM, nor 180 minutes as agreed by Dong Zong.

Moreover, 16 Chinese associations have also proposed a joint statement that represented the views of the various parties in the Chinese community towards PPPM and submitted it to the Ministry of Education on August 21, 2013. The statement consisted of the contention that various streams of school within education system is reasonable and should not be regarded as an obstacle in promoting national unity.

Besides that, the adviser of Tamil Foundation, K. Arumugam also expressed his fear that vernacular schools will be marginalised under the new education roadmap as PPPM is ultimately aiming of ensuring that national schools become the school of choice and vernacular school would not be able to enjoy their fair share of education resources. He thus urged the government to bring forth the PPPM for public debate and to reconsider the benefits and advantages brought by the diversity of languages and cultures in the country. [5]

Education policy should throw off the shackles of the “singular nation-state” ideology, diversity is not a barrier of national unity

In the opinion of think-tank, Political Studies for Change (KPRU), despite PPPM seems visionary and committed to push for education system transformation in line with the transformation slogan inspired by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, it is in fact still bound by the discourse of solidary revolving around the ideology of “singular nation-state”.  KPRU hold the stance that the education system should not be stuck with a discourse of unity centered on the concept of “singular nation-state”. Otherwise, diversity will always be seen as a element contrary to the unity, and indeed this is an unfavourite impression that will gain nothing for Malaysia’s future – which is a homeland for young from various ethnic backgrounds.

Indeed, it is timely to infuse new breath into an education development roadmap that is based on the appreciation of “nation-state”, which embraces the nature and reality of diversity. Diversity should be applied in the current education system in recognition of the contribution of various streams schools in education and nurturing the mainstay of country for the future. By doing so, our beloved homeland can thus liberate itself from the myth of “singularism for unity”, and hence unite and fully utilize all forces to push for quality education that meets the needs of all students. Nevertheless, the approach taken by Dong Zong alleging that PPPM will threaten the survival of Chinese vernacular school is being too pessimistic, as PPPM does not indicate any intention to close or deny the position of vernacular schools, despite it does signify a tendency paving towards a single education system.

Full report: https://kpru2010.wordpress.com/2013/09/10/pelan-pendidikan-apa-isunya/

KPRU: Biar PETRONAS Lapor Kepada Parlimen Sebelum Laksana GST

 

Pada 27 Ogos 2013 lalu, Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) mengumumkan bayaran dividen sejumlah RM27 bilion kepada kerajaan pada 2013, iaitu berkurang 3 bilion berbanding dengan RM30 bilion yang disumbangkan pada tahun lepas.[1] Ini bermakna, pendapatan kerajaan akan menurun memandangkan PETRONAS yang merupakan penyumbang terbesar kepada sumber pendapatan kerajaan mengurangkan sumbangan dividennya.

Pada 2 September, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat “pengumuman gempar” bahawa harga diesel dan minyak petrol RON95 dinaikkan sebanyak 20 sen seliter mulai tengah malam hari tersebut. Pengumuman tersebut mengejutkan rakyat Malaysia daripada kemeriahan suasana sambutan Hari Kemerdekaan. Menurut Najib, ini merupakan salah satu langkah rasionalisasi atau penyusunan semula subsidi yang dilaksanakan secara berperingkat oleh kerajaannya. Ia juga merupakan salah satu insiatif menuju ke arah mengukuhkan kedudukan kewangan negara dalam menghadapi persekitaran ekonomi dunia yang mencabar.[2]

Kedua-dua pengumuman tersebut dibuat secara berasingan dan kelihatan tidak berkaitan; pengamatan badan pemikir, Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) pula mendapati keadaan yang sebaliknya. KPRU berpendapat, dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, tambahan pula dengan penurunan pendapatan kerajaan, penurunan eksport negara, kejatuhan nilai mata wang negara dan fiscal defisit yang masih berada dalam kedudukan yang tinggi, serta pertumbuhan ekonomi negara yang gagal mencapai sasaran, pemotongan subsidi minyak ini yang menimbulkan keresahan bercampur dengan kemarahan di kalangan rakyat Malaysia merupakan salah satu langkah bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan di samping mengganti balik pendapatan kerajaan yang berkurangan, memandangkan Presiden PETRONAS, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas sebelum ini pernah mengumumkan bahawa PETRONAS berhasrat menetapkan nisbah pembayaran dividen pada paras 30 peratus, di mana jumlah dividen yang diisytiharkan akan berubah-ubah mengikut pendapatannya.[3] Penting sekali, kenaikan harga minyak ekoran penstrukturan semula subsidi ini bakal diikuti dengan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Maka, KPRU ingin mencadangkan, sebelum kerajaan Najib dengan tegasnya membawa GST ke Parlimen semasa pembentangan Belanjawan Negara 2014, kerajaan seharusnya pertama sekali meminda Akta Pembangunan Petroleum 1974 apabila Dewan Rakyat kembali bersidang pada 23 September ini, supaya PETRONAS bertanggungjawab kepada Parlimen, bukan sekadarnya bertanggungjawab kepada Perdana Menteri bagi menjamin ketelusan atau transparensi dalam tadbir urus kedua-dua kewangan PETRONAS dan kewangan negara.

Langkah ini bukan sahaja penting bagi mempertahankan kepentingan PETRONAS daripada terus dicekik oleh kerajaan dan terpaksa menyerahkan keuntungannya kepada kerajaan tanpa ketelusan, malah ia dapat menjawab persoalan mengapa harga petrol tidak diturunkan apabila harga minyak mentah pasaran antarabangsa mencatatkan penurunan. Khususnya, dengan mengambil kira kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam majlis perasmian Seminar Minyak dan Gas Asia 2013 (AOGC) Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 10 Jun bahawa industri minyak dan gas menyumbang lebih 40 peratus kepada pendapatan negara ini. Menurut beliau, kerajaan turut menjangka PETRONAS akan menjana RM131.4 bilion kepada Pendapatan Negara Kasar (PNK).[4]

Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual KPRU, PETRONAS merupakan pembayar cukai yang terbesar dan sumber hasil terbesar, di mana sumbangannya mencakupi sekurang-kurangnya 30 peratus daripada hasil kerajaan persekutuan.

 

Jadual KPRU: Hasil Kerajaan Persekutuan daripada Sumber Petroleum 2009-2013

Tahun Jumlah Sumbangan Hasil daripada Sumber Petroleum (RM Juta) Hasil Kerajaan Persekutuan (RM Juta) Jumlah Sumbangan Petroleum sebagai Peratus Hasil Kerajaan (%)
2009 63,140 158,639 39.8
2010 55,313 159,653 34.6
2011 64,893 185,419 35.0
2012 66,138 207,246 31.9
2013 64,819 208,650 31.1

Hak cipta © KPRU 2013

Nota: –

2009-2011: penerimaan sebenar

2012: anggaran disemak

2013: anggaran belanjawan

Sumber: Memorandum-memorandum Perbendaharaan mengenai Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan

 

Sejak perbadanannya pada tahun 1974, PETRONAS sentiasa dijadikan sebagai “kantung peribadi” kerajaan dan dananya disalurkan bagi menanggung pembiayaan projek-projek kesayangan pihak kerajaan. Sebagai syarikat minyak negara, memang dalam jangkaan PETRONAS mengisytiharkan sebahagian besar keuntungannya kepada kerajaan. Bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2011, hampir 55 peratus daripada keuntungan bersih PETRONAS telah dibayar sebagai dividen kepada kerajaan, nisbah peratusan ini jauh melebihi purata 38 peratus yang dibayar oleh syarikar-syarikat minyak nasional di seluruh dunia![5]

Namun, butiran-butiran tentang bagaimana hasil yang disumbang itu dibelanja dan digunakan oleh kerajaan tidak ditunjukkan dalam akaun rasmi  atau didedahkan. Berikutan itu, KPRU berpendapat, PETRONAS harus bertanggungjawab kepada Parlimen dan tidak lagi disembunyikan daripada tatapan wakil rakyat, biarpun rakyat Malaysia.

 

Perbandingan syarikat minyak milik kerajaan luar negara dengan Malaysia

KPRU telah membuat kajian terhadap syarikat-syarikat petroleum nasional di luar negara dan mendapati bahawa syarikat berkenaan seperti Statoil di Norway, Pemex di Mexico, Petrobras di Brazil , dan Pertamina di Indonesia adalah tertakluk di bawah kuasa kementerian berkaitan, bukannya di tangan Perdana Menteri atau Presiden. Statoil di Norway dan Pemex di Mexico masing-masingnya diwajibkan mendapat kelulusan di Parlimen dalam hal pembukaan kawasan baru untuk penerokaan atau membuka sektor tenaga untuk pelaburan swasta. Di Brazil, Petrobras bukan sahaja bertanggungjawab kepada Menteri dan Kongress Kebangsaan, ia juga diwajibkan memberi maklumat kepada Mahkamah Audit Persekutuan. Tambahan pula, bagi menjamin ketelusan dalam pengurusan dan pentadbiran, Petrobras menubuhkan Citizen Information Service (CIS) untuk memberi maklumbalas dan panduan kepada masyarakat awam untuk mengakses kepada maklumat.

Secara perbandingan, PETRONAS di Malaysia hanya perlu melapor terus kepada Perdana Menteri dan beliau diberi kuasa sepenuh untuk meneliti akaun dan keadaan semasa kewangan PETRONAS. Peruntukan dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974 ini menyebabkan rakyat Malaysia tidak berpeluang memantau penggunaan kewangan PETRONAS yang diperolehi daripada kekayaan sumber asli negara ini. Di samping itu, keputusan dalam hal seperti pengendalian penggunaan petroleum hanya perlu mendapatkan kebenaran Perdana Menteri dan bukannya dibahas dan diluluskan di Parlimen.

Pelbagai pihak telah pun menyatakan keperluan bagi mengadakan jawatankuasa khas sebagai pendekatan yang demokratik dan menggalakkan pelaksanaan prinsip pemisahan kuasa bagi mengelakkan penyalahgunaan kuasa di samping memastikan ketelusan dalam penggunaan kewangan.[6] Terdapat juga cadangan bahawa Jabatan Audit Negara seharusnya menjalankan siasatan audit ke atas PETRONAS dan laporan tersebut kemudiannya diketengahkan di Parlimen untuk dibahaskan.[7]

Namun, dukacitanya, gesaan-gesaan sedemikian masih tidak mampu memberi tekanan yang cukup besar kepada kerajaan agar pindaan Akta Kemajuan Petroleum 1974 dibuat dengan segara dan membolehkan PETRONAS bertanggungjawab kepada Parlimen dan mewujudkan mekanisme semak dan timbang. Kini dengan peningkatan harga petrol dan kesan-kesannya bakal dihadapi rakyat jelata, apakah hala tuju Malaysia seterusnya? Ke arah tadbir urus yang lebih telus dan baik atau ke arah pelaksanaan GST tanpa memperbaiki keborosan dan kelemahan tadbir urus kewangan negara?

 

Jadual KPRU: Syarikat-syarikat Petroleum Nasional di Luar Negara dan Malaysia

Negara Syarikat Pemegang saham utama  
Norway Statoil Kerajaan Norway merupakan pemegang saham utama Statoil dengan memegang sebanyak 67% saham. Statoil telah ditubuhkan pada tahun 1972 dengan keputusan parlimen Norway. Menteri Perdagangan dan Industri bertanggungjawab untuk mengurus kepentingan negara sebagai pemegang saham utama [8]. Statoil dikehendaki menghantar laporan tahunan kepada parlimen[9]. Walaupun Statoil tidak perlu melaporkan operasi syarikat kepada Parlimen, namun ia adalah perlu dibentangkan dalam Parlimen sebelum mendapat kelulusan Kementerian Petroleum dan Tenaga jika terdapat pelan yang membawa kesan kepada ekonomi  dan sosial[10]. Kementerian Petroleum dan Tenaga mempunyai kuasa budi bicara eksekutif untuk menganugerahkan lesen pengeluaran dan menentukan syarat-syarat lesen, namun Kerajaan Norway tidak berhak memberi lesen sehingga Parlimen Norway telah memutuskan untuk membuka kawasan yang berkenaan untuk penerokaan[11].
Mexico

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pemex Pemex adalah dimiliki oleh pemerintahan Mexico Pemex perlu melaporkan pendapatan dan perbelanjaannya kepada Kementerian Kewangan. Laporan tersebut perlu dibentangkan dalam Kongres sebagai sebahagian daripada proses kelulusan bagi belanjawan PEMEX[12]. Perbentangan rang undang-undang di Kongres diperlukan contohnya membuka sektor tenaga Mexico untuk pelaburan swasta.[13]
Brazil Petrobras Pemerintahan Brazil memilik 54% saham syarikat Petrobras, dengan  Brazilian Development Bank dan Brazil’s Sovereign Wealth Fund (Fundo Soberano) masing-masing memegang 5% saham. Jumlah pemilikan saham pemerintahan Brazil secara langsung dan tidak langsung adalah 64%[14]. Ketua Pegawai Eksekutif Petrobras adalah dilantik oleh Presiden Brazil.[15] Ketua Pegawai Eksekutif bertanggungjawab untuk memberi maklumat kepada Menteri, Mahkamah Audit Persekutuan dan Kongres Kebangsaan.[16]  Semua maklumat dikeluarkan oleh kerajaan yang tidak diklasifikasikan sebagai sulit, mesti boleh diakses oleh semua rakyat seperti yang dinyatakan dalam undang-undang mengenai akses kepada maklumat (Undang-undang 12,527 tahun 2011)[17]. Oleh itu Petrobras telah menubuhkan Citizen Information Service (CIS) untuk memaklumbalas dan memberi panduan kepada awam untuk akses kepada maklumat Petrobras.

 

Indonesia Pertamina Pertamina adalah dimiliki oleh pemerintahan Indonesia Pertamina adalah dibawah penyelarasan Kementerian Badan Usaha Milik Negara.[18] Pertamina perlu melaporkan kepada Kementerian Badan Usaha Milik Negara bagi sebarang pembelian saham syarikat lain.[19]
India Oil and Natural Gas Corporation Limited (ONGC) Presiden India memegang 74.14% saham syarikat ONGC adalah dibawah Kementerian Petroleum dan Gas Asli. ONGC menandatangan satu memorendum dengan Kementerian Petroleum dan Gas Asli setiap tahun. Memorendum tersebut menetapkan sasaran kewangan dan operasi ONGC[20]. Pemerintahan India berhak melantik pengarah ke dalam lembaga pengarah[21].
Malaysia Petronas Dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia. Di bawah Akta Kemajuan Petroleum 1974, Petronas diberikan pemilikan dan hak dalam sumber hydrokarbon di Malaysia[22]. Akta Kemajuan Petroleum 1974 juga menyatakan kebenaran Perdana Menteri dikehendaki bagi pengendalian penggunaan petroleum[23].

Hak cipta © KPRU 2013


KPRU: Let PETRONAS Report to Parliament before Implementing GST

On August 27, 2012, Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) declared a lower dividend of RM27 billion to government this year, compared with RM30 billion in the previous year.[1] This signifies that government revenues will as well decline as PETRONAS being the largest income contributor reduces its payout.

On September 2, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, who is also the Finance Minister announced that the price of the widely used RON95 and diesel would be increased 20 cents per litre. Pump price rise was indeed sudden. Najib said this is one of rationalization or restructuring of subsidies implemented gradually by the government. It is also one of the leading initiatives to ease country’s fiscal situation and to strengthen the financial position in midst of a challenging global economic environment.

The two announcements were made separately and seemed to be unrelated; think-tank Political Studies for Change (KPRU) nonetheless observed the correlation in between. KPRU argues that during such uncertain economic times, together with the decline of government’s revenue, the depreciation of our national currency, and a slow growth in economies whilst fiscal deficit remains high, slashing oil subsidies is deemed to be one of the measures to keep government’s spending low, and meanwhile replacing the declining government revenue. As the president of PETRONAS, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas had announced earlier that PETRONAS wanted to adopt a 30 per cent dividend payout ration rather than paying a dividend of RM30 bilion consistently regardless of its profit level[2], oil price hike will soon be followed by the implementation of the Goods and Services Tax (GST).

Therefore, KPRU would like to suggest the government to amend the Petroleum Development Act 1974 for the coming Parliament session which will be convene on September 23rd before tabling the GST for the National Budget 2014. This is to ensure Petronas will be responsible to Parliament and not solely responsible to the Prime Minister to ensure the transparency in the governance of finance for both Petronas and the country.

This is also crucial not only to defend the interest of PETRONAS from being strangled by the government and forced to hand over its profits to the government without transparency, but this can as well help to answer the question of why fuel prices are not lowered when crude oil price within international market declines. In particular, as we taking into account the fact delivered by Datuk Seri Najib Tun Razak in the opening of the Asia Oil and Gas Seminar 2013 (AOGC) in Kuala Lumpur Convention Centre on 10 June that the oil and gas industry accounted for over 40 per cent of the country’s income. According to him, the government also expects PETRONAS will generate RM131.4 billion in Gross National Income (GNI).

As shown in the table below, PETRONAS is the largest taxpayer and the largest source of revenue, which accounts for at least 30 percent of the federal government revenue.

KPRU: Federal Government Revenue from Petroleum Resources 2009-2013

Year Total revenue contributed by petroleum (RM Million) Federal Government revenue (RM Million) Total contribution of petroleum as per government revenue (%)
2009 63,140 158,639 39.8
2010 55,313 159,653 34.6
2011 64,893 185,419 35.0
2012 66,138 207,246 31.9
2013 64,819 208,650 31.1

Copyright © KPRU 2013

Note: –

2009-2011: actual receipt

2012: revised estimate

2013: budget estimate

Source: Treasury Memorandums on the Federal Government’s Revenue Estimates

Since its establishment in 1974, PETRONAS has always been treated as a “piggy bank” of the government to provide funds for pet projects. Being a state-owned oil companies, Petronas is expected to share a big portion of profit to the government.According to PETRONAS figures, in the fiscal year ended March 31, 2011, the annual payout to the government gobbled up almost 55 percent of its net profits, which was well above the average of 38 percent paid by any other national oil companies around the world![3]

Nevertheless, the information regarding how the money is being spent has never been shown in Malaysia’s official accounts and the government has steadfastly refused to disclose any details about that.

 

Full report: https://kpru2010.wordpress.com/2013/09/05/kpru-biar-petronas-lapor-kepada-parlimen-sebelum-laksana-gst-2/