Meneliti Kematangan Politik melalui Pertukaran MB

Paparan skrin mesej ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki mengenai isu pertukaran Menteri Besar (MB) Selangor dan senario analisis yang mencadangkan PAS meninggalkan Pakatan Rakyat (PAKATAN) yang bocor, tersebar luas di laman sosial dan telah menggusar hati orang ramai sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Dalam paparan tersebut, Dr Zuhdi melakar senario bahawa PAS masih boleh mengekalkan Selangor menerusi kerjasama dengan UMNO.

Dalam pada itu, kenyataan-kenyataan beliau, termasuk pendedahan beliau bahawa “usul PAS keluar dari PR (atau PAKATAN) itu telah disokong kuat oleh tidak kurang 10 orang anggota dalam kumpulan whatsapp itu”, walaupun dikomunikasi melalui media sosial dan bukan melalui kenyataan media, bukan sahaja menghampakan para pengundi yang memberi undi kepada calon-calon PAS di bawah tiket PAKATAN, malahan sekali gus mensia-siakan kepercayaan yang ditaruhkan terhadap PAS, khususnya di kalangan mereka yang bukan warga PAS.

Kenyataan beliau seterusnya yang berunsur perkauman lagi anti-demokrasi bagaikan tikaman pisau tajam yang kejam lagi memedihkan, sejurusnya mencemari imej “PAS untuk semua” yang bersusah payah didirikan agar memenangi hati pengundi, terutamanya mereka di kawasan bandar dan kota.

Badan pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) berpandangan, sekiranya isu ini tidak ditangani secara wajar dan serious, bilangan kerusi yang dipertandingkan dan cuba dipertahankan oleh PAS dalam pilihan raya akan jatuh merudum, dan kemaraan PAKATAN menuju ke Putrajaya akan turut terbantut khususnya kerana PAS.

Adakah PAS sedia mempertaruhkan usaha yang dicurahkan bersama PAKATAN, khususnya sejak tsunami politik 2008 sehingga kini, dalam perjalanan yang sesungguhnya sukar dengan curam lagi berliku-liku,tetapi masih terus memara ke destinasi yang sama? Adakah pihak tertentu dalam PAS (tidak kurang daripada 10 orang anggota dalam kumpulan whatsapp yang didakwa oleh Dr Zuhdi bahawa menyokong usul PAS keluar dari PAKATAN) benar-benar sedia mengkhianati kepercayaan serta perjanjian yang PAS meterai dengan PAKATAN dan rakyat yang menyokong dan mengundi PAS, demi kembali ke pangkal lama dalam soal memperjuangkan politik Melayu Islam seperti UMNO? Pertanyaan-pertanyaan harus diberi perhatian serius dan diberi jawapan yang sewajarnya.

 

Dalam sistem berparlimen, ketua eksekutif dilantik bukan dipilih

Dalam kemelut isu pertukaran MB Selangor, kenyataan Dr Zuhdi bukan sahaja memberi ruang kepada UMNO untuk mengambil kesempatan mengucar-ngacirkan pentadbiran dan pimpinan kerajaan PAKATAN, lebih-lebih lagi mengelirukan isu pokok dalam perdebatan pertukaran MB.

Terutama sekali, adalah mustahak untuk memahami perjalanan dan operasi sistem berparlimen yang diamalkan Negara ini. Sesungguhnya, dalam sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan Malaysia berdasarkan sistem Parlimen Westminster, pada peringkat negeri, seorang MB merupakan lantikan oleh parti atau gabungan parti yang membentuk majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN), justeru wujudnya prinsip MB bersama-sama barisan EXCO beliau harus bertanggungjawab secara kolektif kepada DUN. Justeru itu juga, fungsi asas kewujudan sebuah parti adalah menentukan barisan calon untuk bertanding dalam pilihan raya. Apabila menang pilihan raya, fungsi parti seterusnya adalah membuat pelantikan penting bagi membentuk kerajaan.

Nyatanya, sistem politik di Malaysia adalah berbeza sekali dengan sistem presidensi seperti yang diamalkan di Amerika Syarikat, di mana pemimpin tertinggi kerajaannya, iaitu Presiden, adalah dipilih melalui pemilihan langsung.

Sesungguhnya, beginilah sistem politik d Malaysia, yang mana gabungan parti politik diberi ruang untuk memainkan peranannya dalam membuat keputusan siapa yang memegang jawatan sebagai MB dengan keizinan ketua negeri, iaitu Sultan atau Yang di-Pertua Negeri.

Maka, dalam isu pertukaran MB Selangor, tindakan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dalam mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB sememangnya suatu tindakan menurut lunas demokrasi diambil oleh sesebuah parti politik yang bertanggungjawab dalam hal memilih seseorang calon yang sesuai lagi dipersetujui oleh rakan parti bagi melaksanakan dasar kerajaan yang selaras dengan halatuju dan prinsip gabungan parti yang diberi mandat oleh rakyat melalui undi dalam pilihan raya. Atas prinsip kerjasama PAKATAN seperti yang diperhatikan di negeri-negeri PAKATAN dulu dan kini, KEADILAN adalah berhak mencadangkan usul untuk menggantikan ketua eksekutif negeri Selangoor dengan calon yang lebih bersesuaian, dan pada masa yang sama, pemimpin yang ditolak oleh partinya sendiri tidak boleh terus menyandang jawatannya.

 

Kevin Rudd diganti Julia Gillard

Di Australia, kita pun pernah menyaksikan pertukaran Perdana Menteri pada tahun 2010 apabila perasaan ketidakpuasan terhadap kepimpinan Kevin Rudd semakin membara dalam Parti Buruh Australia (Australian Labor Party). Sedangkan imej Kevin Rudd di persada antarabangsa adalah agak positif dan popular dengan keupayaan beliau menguasai bahasa asing, seperti Bahasa Cina, namun gaya kepimpinan beliau dalam soal domestik banyak dipersoal dan dipertikaikan. Terutama sekali, Kevin Rudd dikatakan tidak berkemampuan untuk berkomunikasi secara berkesan dengan rakan sejawatnya untuk mencapai kata sebulat dalam soal pelaksanaan mana-mana dasar politik, malah tidak bertimbang rasa dan menghargai sumbangan anak-anak buah beliau. Tambahan pula, kekurangan ketegasan beliau untuk membuat keputusan secara efektif turut mengakibatkan kerajaannya terperangkap dalam beberapa isu negatif. Dalam penggal pimpinan Kevin Rudd, kerajaan beliau dibelenggu dengan berbagai-bagai pengenalan atau pelaksanaan dasar yang kontroversi, misalnya pengenalan kewajipan penapisan internet, kelewatan pelaksanaan skim pengurangan pelepasan karbon (carbon emission reduction scheme), pengenalan Cukai Keuntungan Sumber (Resource Super Profit Tax, RSPT)[1], masalah yang timbul berhubung program rumah penebatan (Home Insulation Program)[2] dan sebagainya.

Pada ketika itu, ahli-ahli parlimen ALP mengakui bahawa undi kepada parti tersebut telah jatuh ke paras kurang daripada 30%, iaitu suatu angka yang apabila diaplikasikan pada pilihan raya umum nanti bakal membayangkan kekalahan ALP.

Pada 23 Jun 2010, atas sokongan majoriti, Timbalan Perdana Menteri Julia Gillard meminta Kevin Rudd sama ada meletak jawatannya sebagai Perdana Menteri, ataupun mengadakan pemilihan pemimpin bagi menentukan kepimpinan ALP. Kevin Rudd pda asalnya menyahut cabaran untuk mengadakan pemilihan pemimpin dan bertanding sebagai calon. Namun, beliau terus menarik diri daripada pemilihan pada keesokan harinya. Lantas, Julia Gillard pun mengambilalih jawatan Perdana Menteri tanpa sebarang bantahan, dan muncul sebagai Perdana Menteri wanita pertama di Australia.

Peralihan kuasa dalam ALP yang turut menyebabkan pertukaran ketua eksekutif dalam kerajaan persekutuan Australia, walaupun sedikit sebanyak menjejaskan imej pimpinan ALP, ia bagaimanapun telah menunjukkan kematangan politik di Australia – kematangan politik yang berasaskan pemahaman operasi dan fungsi sistem berparlimen, dan sistem parti politik. Persoalannya, adakah rakyat dalam Negara ini, khususnya ahli-ahli parti politik dan pucuk pimpinannya turut bersedia mengenali dan menerima peraturan sistem tersebut, dan membesar bertambah matang seiring perkembangan demokrasi dalam Malaysia, yang selama ini diperjuangkan bersama dalam PAKATAN?

 

Yang bukan team player, patut diganti

Di Selangor semasa ini, situasi adalah lebih kurang sama dengan senario di Australia pada tahun 2010 memandangkan ketidakpuasan di kalangan rakyat, mahupun dalam PAKATAN terhadap ketidakmampuan Khalid Ibrahim menangani pelbagai isu yang hangat dipertikaikan secara berpasukan (team player) dan berkesan. Beliau kelihatan kurang berkeyakinan dengan Exco Kerajaan Negeri, sehingga beliau seakan-akan memonopolikan kuasa dalam mengendalikan isu-isu berkaitan tanpa mengambil kira pendapat atau pandangan wakil kerajaannya. Keadaan sebegini ketara kelihatan khususnya dalam isu Lebuh-raya Kidex, di mana beberapa ADUN Selangor termasuk ADUN Damansara Utama Yeo Bee Yin, ADUN Bukit Gasing R. Rajiv, ADUN Kinrara Ng Sze Han dan ADUN Lau Weng Sang telah menyuarakan bantahan mereka dan menyeru MB Khalid agar bertimbang rasa dengan kekecewaan penduduk setempat terhadap pelaksanaan projek pembinaan lebuh raya dengan kerajaan persekutuan yang banyak menimbulkan pertikaian tersebut, namun malangnya tidak diendah-endahkan oleh beliau.

Di samping itu, isu-isu seperti kalimah Allah, rampasan kitab Bible oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), dan krisis kekurangan air, kesemuanya telah menjejaskan keyakinan dan sokongan rakyat terhadap pentadbiran negeri Selangor di bawah pimpinan MB Khalid. Hasil kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaysia (UMCEDEL) yang baru-baru ini merumuskan sokongan kepada PAKATAN di Selangor telah merudum 35% merupakan satu amaran serius.

Tiada lagi masa dilengah-lengah dengan sebuta-butanya menafikan masalah-masalah yang timbul di bawah pentadbiran Khalid Ibrahim, tetapi langkah penyelesaian patut diambil dan dijalankan secepat mungkin. Pada hakikatnya, pengumuman telahpun dilakukan oleh Penasihat KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 22 Julai 2014 bahawa Presiden KEADILAN yang terkenal dengan nama Kak Wan dipilih secara rasmi untuk menggantikan Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor yang bahuru.

Namun, kini ditambah pula pertelingkahan dalaman dalam PAS mengenai pertukaran MB Selangor, KPRU mengkhuatiri masa yang lebih lama akan diambil bagi mengakhiri segala masalah tersebut. Walau bagaimanapun, perjalanan demokrasi sememangnya memakan masa. Bagi menyelesaikan kontroversi berhubung pertukaran MB dengan mengikut prosedur demokrasi dan secara telus, kesabaran adalah diperlukan.

Sekiranya masalah ini ditangani dengan cara UMNO dalam krisis Terengganu yang tercetus pada 12 Mei lalu, maka ia dapat diselesaikan dalam tempoh dua hari yang singkat, di mana kebanyakan rakyat Terengganu masih kelam dan kabur dengan apa yang sebenarnya telah berlaku dengan kenyataan penasihat perundangan yang mengelirukan lagi mengelabui rakyat.

 

[1] RSPT pada asalnya diumumkan sebagai respons terhadap kajian semakan Sistem Cukai Masa Depan Australia (Future Tax Syatem). Ia dikenakan pada semua industri ekstraktif termasuk aktiviti mengekstrak emas, nikel, perlombongan uranium dan pasir serta kuari pada kadar 40%. Walau bagaimanapun, RSPT akhirnya digantikan dengan Cukai Sewa Sumber Mineral (Minerals Resource Rent Tax, MRRT) – iaitu cukai yang dikena terhdap keuntungan yang dijana melalui mengeksplotasi sumber yang tidak boleh diperbaharui di Australia – berikutan pelantikan Julia Gillard sebagai Perdana Menter pada akhir Jun 2010.

[2] Program Rumah Penebat dilanda kontroversi apaila berlakuny kematian 4 orang pekerja dalam insiden berasingan yang dikaitkan dengan program tersebut. Sebagai respons, program tersebut diberhentikan pada 19 Februari 2010.

Advertisements

Dari MB Wanita Pertama ke PM Wanita Pertama

Tanggal 15 Julai 2014, masyarakat Malaysia, khususnya golongan wanita amat tersinggung dengan kenyataan peguam UMNO Mohd Hafarizam Harun bahawa Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak layak menjadi Menteri Besar (MB) atas sebab ‘keuzuran sharie’ yang dialami oleh seseorang wanita. Kenyataannya yang berunsur diskriminasi terhadap wanita dikecam sekuat-kuatnya oleh masyarakat sivil dan juga pemimpin Pakatan Rakyat (PAKATAN), malahan rakan sekerjanya dalam Barisan Nasional (BN) dan UMNO pun tidak berpihak dengan kenyataan ‘cauvinis lelaki‘ sebegini. Sesungguhnya, nama peguam UMNO tersebut telah pun dikenali sebelum mengeluarkan kenyataan yang merendahkan martabat wanita, kerana dia-lah pengarah syarikat dan juga pengerusi masing-masing dalam Emrail Sdn Bhd dan Zabima Construction and Engineering Sdn Bhd yang memiliki Kidex Sdn Bhd.

Seperti yang umum sedia maklum, pembinaan lebuh-raya Kidex sepanjang 14 kilometer dengan anggaran kos RM2.2 bilion yang menimbulkan kontroversi dan perdebatan hangat kebelakangan ini telahpun dianugerahkan kepada konsortium Kidex pada akhir tahun lalu. Alangkah tidak langsung memeranjatkan sekali pun Mohd Hafarizam Harun tiba-tiba menampil untuk menghalang Dr Wan Azizah, yang begitu terkenal dengan nama Kak Wan, bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim bagi menerajui negeri Selangor.

Walau bagaimanapun, kenyataannya secara tidak langsung menyalakan cahaya harapan bahawa masyarakat Selangor berkemungkinan bakal menyambut kelahiran seorang MB wanita pertama yang sudah tentu akan mencorakkan arena politik negara ini.

Badan pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) ingin menyarankan kepada pihak pimpinan PAKATAN, agar tidak mengabaikan kemungkinan MB wanita pertama ini turut bakal membuka lembaran baru dalam sejarah dengan menerajui tampuk pemerintahan Putrajaya sebagai Perdana Menteri (PM) wanita pertama di Malaysia, sekiranya PAKATAN berjaya dalam perjuangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

MB wanita pertama ini bukan sahaja satu wawasan di mana jantina bukan lagi suatu halangan bagi mana-mana individu berwibawa untuk terus mara ke hadapan, khususnya dalam sebuah masyarakat yang mana kuasa pimpinan secara konvensyenya didominasi oleh lelaki. Malahan, ia merupakan satu fenomena baru dalam arena politik Malaysia yang membawa impian dan imaginasi baru kepada rakyat jelata.

Sesungguhnya, Presiden KEADILAN Kak Wan pada tahun 2008 telahpun muncul sebagai Ketua Pembangkang wanita pertama di Parlimen Malaysia dalam sejarah mengetuai gerakan menuju Putrajaya versi 1.0. Pada ketika itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sedang memimpin pembangunan Pulau Pinang sebagai Ketua Menteri sejak tahun 2008; Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga pernah menyandang jawatan sebagai MB Terengganu, manakan Pengerusi KEADILAN tidak berpeluang memegang tampuk pemerintah di negeri Selangor?

KPRU dalam artikelnya bertajuk “‘Kajang Move’ kickstarts PAKATAN’s Road to Putrajaya 2.0″[1] sebelum ini pernah menyatakan bahawa Rencana Kajang merupakan langkah strategik yang diambil oleh PAKATAN atau secara khusus KEADILAN, dengan mencatur strategi tersendiri dan muncul sebagai ‘game master’ tanpa diduga Umno BN. Ia bagaimanapun tidak berkesampaian akibat ketetapan Mahkamah Rayuan yang mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi terlebih dahulunya dan menjatuhkan hukuman penjara terhadap Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun, strategi Putrajaya versi 2.0 tidak wajar berhenti begitu sahaja, dan kini, isu sama ada wanita sesuai untuk menyandang jawatan MB negeri Selangor sekali lagi memberi peluang kepada PAKATAN untuk memecahkan peraturan tidak bertulis – yang mana hanya lelaki dilantik sebagai pemimpin tertinggi dalam pentadbiran negeri.

KPRU berpendapat, keberanian PAKATAN dalam menggerakkan pembaharuan ini dengan melantik seorang MB wanita bagi memimpin negeri Selangor bakal menjana kuasa baharu yang terus membangkitkan perjuangan PAKATAN sehingga menawan Putrajaya. Marilah rakyat Malaysia bersama-sama menaruhkan harapan bahawa negara ini bakal menyaksikan kelahiran Perdana Menteri wanita pertama yang akan mengisis impian rakyat jelata ekoran keberanian PAKATAN pada hari ini.

 

 

 

[1] https://kprumalaysia.org/2014/02/07/kpru-kajang-move-kickstarts-pakatans-road-to-putrajaya-2-0/

“NEGARA-KU”: GERAKAN RAKYAT UNTUK MENEBUS KEMBALI NEGARA MALAYSIA

Negara-Ku is endorsed by 68 civil society groups and NGOs, including KPRU.

“Negara-Ku”:A PEOPLE’S MOVEMENT TO RECLAIM OUR NATION

“NEGARA-KU”:GERAKAN RAKYAT UNTUK MENEBUS KEMBALI NEGARA MALAYSIA
“我的国家”:一场赎回国家的人民运动“
நெகாரா-கு”: நாட்டை புணரமைக்க ஒரு மக்கள் இயக்கம்
“NEGARA-KU”:ITI GEREMPUNG URANG MAYUH KENA NGAMBU BARU MENUA KITAI
“NEGARA-KU”: PINGGISAMAN DO LAYAT DO MONOBUS MAHIK DO POGUN MALAYSIA NOOKUO?

**

Press Statement on 10 July 2014 (in 6 languages, Bahasa Melayu, English, Chinese, Tamil, Iban and Kadazan)

Coordinate Secretariat: Gabungan Bertindak Malaysia (GBM)

“NEGARA-KU”:
GERAKAN RAKYAT UNTUK MENEBUS KEMBALI NEGARA MALAYSIA (Bahasa Melayu)
10 Julai, 2014

MENGAPA?
Setiap hari kita berdepan dengan cabaran besar yang mula menggoncang asas negara ini. Keamanan dan keharmonian masyarakat kita yang berbilang kaum, berbilang agama dan berbilang budaya sedang terancam.
Politik berasaskan etnik, perkauman, dan kekelompokan terus-menerus menggugat proses pembinaan sebuah negara yang inklusif serta mengganggu proses pembentukan jatidiri Bangsa Malaysia. Agama semakin dipergunakan sebagai pengukur jatidiri yang utama, selain dijadikan tembok yang memisahkan-misahkan anggota masyarakat.
Terdapat parti politik dan pertubuhan-pertubuhan sekutu mereka lebih memberikan tumpuan terhadap peluasan kuasa dan pengaruh mereka berbanding usaha membina negara. Mereka menjalankan agenda yang bersifat sementara dan berjangka pendek, bukan agenda perubahan dan berjangka panjang.
Sentimen kaum dan agama diperguna serta diperalatkan sehingga menjejaskan semangat tolak-ansur dan mencambahkan sifat taksub dan melampau. Keganasan politik juga telah mula bertunas. Ini adalah petanda adanya arus berbahaya yang sedang bergolak di bawah permukaan masyarakat.
Kerajaan, entah kerana lumrah atau disengajakan, gagal menanggapi perkembangan yang memudaratkan ini. Kerajaan juga gagal memainkan peranan sebagai juri yang jujur dalam menguruskan pertembungan dalam masyarakat. 

APA?
Kami percaya sebahagian besar rakyat negara ini mahu politik perkauman dan keagamaan berakhir.
Kita perlu menebus kembali Malaysia, kerana kita sepenuhnya sedar rakyat negara ini disatukan oleh sejarah bersama serta sama-sama menginginkan negara dan masa depan yang sejahtera.
Kita perlu bertindak sebelum masyarakat semakin goncang.
Pakatan “Negara-ku” berhasrat menggerakkan dan mendorong rakyat untuk:
– Menolak semua jenis ketaksuban, kebencian, kekerasan, serta sikap melampau dan tidak bertolak-ansur;
– Menentang semua bentuk diskriminasi, penindasan dan ketidakadilan;
– Berusaha membentuk masyarakat yang inklusif;
– Menggesa kerajaan dan lembaga-lembaga kerajaan untuk menghormati, mematuhi dan menjunjung Kedaulatan Undang-undang; dan
– Menuntut kepatuhan terhadap prinsip kepengawasan, integriti, kebertanggungjawaban, dan ketelusan pada semua sudut urus tadbir.

Kami akan berusaha mencapai semua ini dengan kembali kepada perkara-perkara asas, iaitu:
– Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara;
– Perjanjian Malaysia; dan
– Rukunegara, sebagai pemandu matlamat dan nilai negara

Menerusi proses melibatkan dan mengupayakan masyarakat, kita berusaha untuk “MENYEMBUHKAN NEGARA” dan “MEMULIHKAN HARAPAN” demi masa depan bersama.

“NEGARA-KU”: A PEOPLE’S MOVEMENT TO RECLAIM OUR NATION (English)
10 July, 2014

WHY?
On a daily basis, we are confronted with serious challenges that have begun to undermine the very foundations of our Nation. The peace and harmony of our multi-ethnic, multi-faith and multicultural society are under threat.
Ethnocentric and race-based politics and communally-minded politicians continue to derail the process of inclusive nation building and the formation of a Bangsa Malaysia national identity. Importantly, religion is now increasingly used as a main marker of identity, and as a boundary maintenance mechanism to polarise the people.
There are political parties and their affiliates that are not focused on nation building, rather on building their respective power bases. These parties on both sides of the divide pursue their agenda that are transactional and short-term, not transformational and long-term.
The mobilisation and manipulation of race, ethnicity and religion have resulted in increasing intolerance, bigotry and extremism. There is also an emerging sub-culture of political violence. These are symptomatic of dangerous under-currents in our society.
The State, by default or design, has failed to address these pernicious developments. The State has also failed to play the role of an honest broker in managing conflicts in our society.

WHAT?
We believe the majority of the People want to end this brand of divisive ethno-religious politics.
We want to take ownership, fully cognisant, that Malaysia is a nation where her people are inextricably bound by a shared history, commonweal and destiny.
We have to act before our society descends into the abyss of instability.

The “NEGARA-KU” Coalition aspires to mobilize and empower the People: –
• To resist all forms of intolerance, bigotry, hatred, extremism, and violence;
• To oppose all forms of discrimination, oppression, persecution and injustice;
• To strive for a socially inclusive society;
• To exhort the State and its Institutions to respect, adhere and uphold the Rule of Law; and
• To demand adherence to the principles of stewardship, integrity, accountability and transparency in all aspects of governance.

We will strive to do this by returning to the basics:-
• The Federal Constitution as the Supreme Law of the Land;
• The Malaysia Agreement; and
• The Rukunegara as the guide for national objectives and values.

By this process of engagement and empowerment we endeavour to “HEAL THE NATION” and “RESTORE HOPE” in our future.

“NEGARA-KU”:
ITI GEREMPUNG URANG MAYUH KENA NGAMBU BARU MENUA KITAI (Bahasa IBAN)
10 Julai, 2014

NAMA KEBUAH?

Ninting ari, kitai betapi enggau penanggul ti udah berengkah mangka asas-asas ba menua kitai. Pengelikun enggau pengelantang bala kitai ti bebilang bangsa, pegarap sereta jalai pegidup diatu benung di ancam.

Politik ti belandik ka ethnocentric enggau bansa sereta ahli politik ti ngena cara runding komunal, majak ngacau proses ngemansang ka menua sereta numbuhka identiti nasional Bansa Malaysia.

Berat agi, pengarap majak dikena nyadi ka tanda raya bekelala ka identiti, sereta cara kena ngerempungka urang mayuh. Bisi parti politik enggau sekutu sida ti enda beratka deka ngemansangka menua, tang berat agi deka ngemansangka kuasa sida empu. Parti politik ti ari kendua piak tu majak ka agenda sida ti nguntung ka sida empu sereta dalam timpuh ti pandak aja, lalu ukai betuju deka nukar sereta dalam timpuh ti panjai.

Pengawa mobilisasi enggau manipulasi bansa, etnik enggau pengarap ngujungka asai ektremism ti kelalu. Budaya keganasan politik mega baru pansut. Semua tu tanda ti tau nganu raban bansa kitai.

Negeri kitai, tauka iya sigi ari suba bekenya tauka digaga bekenya, enda mujur mutarka semua penanggul tu. Negeri kitai mega enda mujur bejalaika tanggung penggawa sida nyadi urang tengah ti jurus dalam mutarka konflik ti di kembuan raban bansa kitai.

NAMA?

Kami pecaya ka majoriti rayat kitai ingin deka ngetu ka politik ti belandik ka pengarap tu.

Kami deka ngambu pengempu sereta sedar ka menua Malaysia tu siti menua dini alai rayat iya terikat enggau sejarah, pengelikun enggau penunga ati ti sebaka.

Kami patut berengkah ngaga nama ti patut sebedau raban kitai majak nurun nyadi enda stabil.

Gerempung “NEGARA-KU” ngembuan tuju deka nyedia ka sereta meri kuasa ngagai rayat :-

• Ngelaban semua macam ektremism, enda betoleransi, pemenci, enggau keganasan;
• Ngelaban semua macam pengawa bechiping, ngambi ulih ba urang bukai, di kenduan sereta nadai pengerurus;
• Ngulihka raban ti bebasaka runding urang bukai, pengelain serta keperluan asas sida diambi kira awak ka ulih idup enggau likun;
• Nerangka ngagai negeri enggau institusi iya awak ka bebasa, nitih sereta niri ka Kedaulatan Undang-undang; sereta;

• Nuntut awak ka nitih prinsip-prinsip kepimpinan, integriti, akauntabiliti sereta terang dalam semua aspek merintah.

Kami deka nguji ngereja semua tu enggau pulai ke pun/asas:-

• Perlembagaan Persekutuan nyadi undang-undang pengabis tinggi ba menua Malaysia;
• Sempekat Malaysia, enggau
• Ngena Rukunegara nyadi ka pandu kena ngulihka tuju sereta nilai-nilai nasional.

Enggau proses nyatup sereta meri kuasa tu kami betuju deka “NYEMBUH KA MENUA” sereta “MULAI KA ARAP ATI” kitai jemah ila.

“我的国家”:一场赎回国家的人民运动( Chinese)
2014年7月10日

为什么?
每一天,我们都面临严峻的挑战,而这挑战已经开始侵蚀我们国家的每一个根基。我们那种族、信仰和文化皆多元的社会之和平与和谐已经受到了威胁。

以自我为中心,鼓吹种族性政治,以及思想狭隘的政治人物,不断在国族建构过程中偏离轨道,也在建立马来西亚民族的身份认同上有所乖离。如今,宗教被使用为鉴定身份的主要指标,成为划分人民的机制。

政党和政党联盟宁可建立各自的基层力量,也不愿专注于国族的建构。这些来自朝野的政党都各别推行自家的政治交易和短期的议程,而不是推动国家转型和长期目标。

煽动和操纵种族、民族和宗教议题已导致刻薄、偏执的与极端意识的形成。这些因素产生出了政治暴力的次文化。这些都是是潜伏在现今社会的危险症状。

政府的默许和协调都无法解决这些不良的发展趋势。不仅如此,政府在调停我们社会的分歧时,无力扮演具有诚信的中间人。

如何?
我们相信大多数的人民都渴望结束这分裂种族与宗教的政治伎俩 。
我们要取得拥有权,全面地意识到马来西亚是一个人民紧密联系,并享有共同历史、权益和命运的国家。
我们得在我们的社会坠落于动荡的深渊之前采取行动。

“我的国家”联盟所向往的是动员和活化全民:
• 抵制任何形式的刻薄、偏执、仇恨、极端和暴力。
• 反对任何形式的歧视,压迫,迫害和不公。
• 塑造一个和谐与包容的社会。
• 告诫政府和政府机构,以便他们尊重、坚守和维护法治的精神。
• 要求在国家的治理上全面忠于至上的服务精神,并且遵于廉正、问责和透明的原则。

我们将会从基础做起,以达到奋斗的目标:
• 联邦宪法必须是至高无上的法律 。
• 马来西亚协议书,和
• 国家原则将会是国家目标和价值观的导引。

从这全民参与和激活社会的过程,我们会在未来的日子里尽全力地“拯救我们的国家”和“重拾人民的希望”。

“நெகாரா-கு”: நாட்டை புணரமைக்க ஒரு மக்கள் இயக்கம்(TAMIL)
10 Julai, 2014
ஏன்?
நாம், அன்றாட அடிப்படையில், நாட்டின் அடித்தளத்தையே தகர்த்தெறியத் தொடங்கியிருக்கும் கடுமையான சவால்களால் எதிர்கொள்ளப்படுகிறோம். நமது பல்லின, பல்சமய மற்றும் பல்பண்பாட்டு சமுதாயத்தின் அமைதி மற்றும் நல்லிணக்கம் அச்சுறுத்தப்பட்டு வருகிறது.
தன்னினச் சிறப்பை மையப்படுத்தும் மற்றும் இன அடிப்படையிலான அரசியலும், சமூக மனப்போக்கு கொண்ட அரசியல்வாதிகளும் அனைத்தையும் உள்ளடக்கிய நாட்டை நிர்மாணிக்கும் மற்றும் பங்சா மலேசியா என்ற தேசிய அடையாளத்தை உருவாக்கும் செயற்பாங்கை தொடர்ந்து தடம்புரளச் செய்து வருகின்றனர். முக்கியமாக, இப்போது சமயம் அடையாளத்தை குறியிடும் கருவியாக மேலும் மேலும் பயன்படுத்தப்படுகிறது என்பதோடு மக்களை இருவேறுபட்ட கோட்பாடுகளைக் கொண்டவர்களாக பிரித்து நிலைநிறுத்த வரம்பிடும் கருவியாகவும் இருக்கிறது.
நாட்டை நிர்மாணிப்பதில் கவனம் செலுத்துவதற்கு மாறாக தங்களின் தனிப்பட்ட அதிகாரத் தளத்தைக் கட்டுவதிலேயே கவனம் செலுத்தும் அரசியல் கட்சிகளும் அவற்றின் இணையமைப்புகளும் இருக்கின்றன. அரசியல் களத்தின் இரு கரைகளிலும் இருக்கும் அக்கட்சிகள் அவற்றின் சொந்த குறுகியகால தொழில்முறை திட்டங்களைக் கொண்டிருக்கின்றனவே தவிர, நீண்டகால உருமாற்ற திட்டங்களை அல்ல.
இனம், தன்னினத் தன்மை மற்றும் சமயம் ஆகியவற்றின் ஆதரவைத் திரட்டுவதும், உண்மையைத் திரித்துக்கூறுவதும் சகிப்புத்தன்மையின்மை, மத, இன வெறி மற்றும் தீவிரவாதம் ஆகியவற்றை மேலும் மேலும் வளர்ச்சியடையச் செய்துள்ளது. வளர்ந்து வரும் அரசியல் வன்முறை துணைக் கலாச்சாரமும் இருக்கிறது. இவை நமது சமுதாயத்தின் ஆபத்தான மனப்பாங்குகளைக் காட்டும் குறிகளாகும்.
அரசு, தெரிந்தோ, தெரியாமலோ, இப்பெரும் தீங்குகளை விளைவிக்கும் வளர்ச்சிகளை கையாளத் தவறிவிட்டது. அரசு நமது சமுதாயத்தில் காணப்படும் மோதல்களை தீர்த்துவைக்கும் நேர்மையான தகரர் என்ற பங்கைக்கூட ஆற்ற தவறிவிட்டது.

என்ன?
பெரும்பான்மையான மக்கள் இந்த வகையான பிளவுபடுத்தும் தன்னின-சமய அரசியல் முடிவுக்கு வருவதை விரும்புகின்றனர் என்று நாம் கருதுகிறோம்.
பொதுவான வரலாறு, பொது மக்களின் நலன் மற்றும் பொதுவான விதி ஆகியவற்றிலிருந்து விடுவித்துக் கொள்ளமுடியாதவாறு பிணைக்கப்பட்டுள்ளோம் என்பதை முழுமையாக அறிந்துள்ள மலேசியா என்ற நாட்டின் மக்களாகிய நாம் அந்நாட்டை உடைமையாக்கிக் கொள்ளவிரும்புகிறோம்.
நமது சமுதாயம் நிலையற்ற தன்மை என்ற படுபாதாளத்தில் வீழ்வதற்கு முன்பு நாம் செயல்பட்டேயாக வேண்டும்.

“நெகாரா-கு” கூட்டணி மக்களைத் திரட்டி அவர்களுக்கு ஆளுமை அளிக்க விழைகிறது:
• அனைத்து வகையான சகிப்புத்தன்மையின்மை, மதவெறி, பகைமை, தீவிரவாதம் மற்றும் வன்முறை ஆகியவற்றை எதிர்த்துப் போராடுதல்;
• அனைத்து வகையான வேறுபாடுகள் காட்டுதல், கொடுமைப்படுத்துதல், தொடர்ந்து துயர் அளித்தல் மற்றும் அநீதி ஆகியவற்றை எதிர்த்தல்;
• ஒருவரை ஒருவர் சார்ந்து வாழ்கிற, அனைத்தையும் உள்ளடக்கிய சமுதாயத்திற்காக உண்மையாக உழைத்தல்;
• அரசையும் அதன் இதர அமைப்புகளையும் சட்ட ஆளுமையை மதிக்க, கடைப்பிடிக்க மற்றும் நிலைநிறுத்த வற்புறுத்தல்; மற்றும்
• ஆளுகையின் அனைத்து அங்கங்களும் கண்காணியின் பணிகள், நேர்மை, பொறுப்புடைமை மற்றும் ஒளிவுமறைவின்மை ஆகிய கோட்பாடுகளை கடைபிடிக்கக் கோருதல்.

அடிப்படையான கூறுகளுக்கு திரும்புவதன் வழி இதனைச் செய்ய நாம் கடுமையாக உழைப்போம்:
• பெடரல் அரசமைப்புச் சட்டம் நாட்டின் தலையாயச் சட்டம்;
• மலேசியா ஒப்பந்தம்; மற்றும்
• தேசிய குறிக்கோள்கள் மற்றும் சமுதாய கோட்பாடுகளுக்கு ருக்குன்நெகாரா வழிகாட்டல்.
இவ்வாறான ஈடுபடுதல் மற்றும் ஆளுமை பெறுதல் வழி “நாட்டை குணப்படுத்தல்” மற்றும் நமது எதிர்காலத்தின் மீதான “நம்பிக்கையைப் புதுப்பித்தல்” ஆகியவற்றுக்கான பெருமுயற்சியை நாம் மேற்கொள்கிறோம்.

“NEGARA-KU”:
PINGGISAMAN DO LAYAT DO MONOBUS MAHIK DO POGUN MALAYSIA NOOKUO?(KADAZAN)
10 July, 2014

Tikid tadau kodumaak tokou do hipantazon di tagazo i koponguntazag do ningkokoton do pogun diti. Kataanangan om pihumaagan tinimungan tuhun tokou di mogisuusuvai o tinau, ugama’, kotumbazaan om koubasanan maamaso do oundoonok.
Pulitik di natamau do ahal kokomoi do bansa’, kotinouan, om kopindoodouvan potihombus do moguntazag do proses koponuidangan do iso’ pogun di kapapaampai do songovian layat dau om moguntingau do proses koponguugan sunduvan Bansa’ Malaysia. Maan kozo gunoo ugama’ do sabaagi ponuku’ do sunduvan di poinghimunduk, suvai ko’ dinadi do ponokosapad di mamaagi do layat.
Kivaa nogi’ do parti pulitik om kotinanan ngaavi’ di poinganding dioho’ i hobi do manaak potuduvan doid koingazaan do kuasa’ om tahung dioho’ mantad ko’ kotoina’an do koponuidangan om kopobuu’an do pogun. Izioho’ nopo diti nga’ papapanau agenda di naamot noopo om okon ko’ agenda kapaahanan om i kihizabon tosodu’.
Kogiiginovoo’ do umupus do bansa’ om ugama’ ginuno’ do poinhasa’ gisom no maa do minomiumbak do katabazan om kopoimbuhai do kosumbungan om koponongkindaadama’an. Hinsou do kopoginaaban pulitik nga’ tumimpuun nodii do humobut. Iti’ nopo nga’ iso’ o tanda’ do kivaa no dati’ do kountingaan id taatanga’ do layat.
Au’ di noihaan do andang-andang toi ko’ tinomod, nga’ au’ o kopolintaan do nakaanu do minonohibamban do kaantakan di kopogovit do kalaatan diti. Au’ nogi nakapanau do kopolintaan o tonggungan sabaagi’ do momumuntu di aadang doid koponoina’an do pigogutan id taatanga’ do layat.

NUNU?

Otumbazaan zikoi do kogumuan do layat do pogun diti do mimang do kotood om opupusan iti pulitik kotinouan om kougamaan.
Mimang zikoi do monobus mahik diti pogun Malaysia, saasabap kopiuman kozo tokou do layat nopo do pogun diti nga’ pinoiso’ maza’ do iso’ susuzan pointopot montok songovian om nogi’ saviavi’ nga’ mimang do pogun om timpu dumonto di otoonong.
Mositi’ no do maganu tokou haang di poinsudong poguhu i’ do ountazag kozo o kotinouan layat.
Piumpangazan “NEGARA-KU” nopo diti nga’ kituduvan do poposoou, magangat om mongunsub layat montok:-
• Au’ monoimo nunu noopo kavo do kosumbungan, kahadangan, kosiavan, koponongkindaadama’an om aiso katabazan;
• Humavan do nunu noopo kavo do momihi’-tuhun, nasatahan, kopongundasaan om au’ aadang;
• Sumigampot do dumadi’ do kotinouan layat i kapapaampai do songovian;
• Mogunsub do polinta’ om kotinanan ngaavi’ do kopolintaan do mamantang, tumanud kozo om sumokodung do Kootulan do Undang-undang; om
• Managi’ do kotonudan doid prinsip kotoina’an om kopomogompizan, kotuhidan ginavo, kitonggungan om i oduapus id saviavi’ hongkod do pomolintaan.

Sigompoton dagai o saviavi’ diti maza’ do gumuhi’ doid ningkokoton:-
• Undang-undang Hongkod Pogun sabaagi do Undang-undang do Pogun di Takavas no kozo;
• Pinidondian do pogun Malaysia; om
• Rukunegara sabaagi do ponontudukan do tuduvan om momohoogo do pogun.

Mantad no do proses piniangazan om koponguasaan-sondii’, kaanu tokou di pingisaman do “MONGUMBASI’ DO POGUN” om “POPOTONDUHI’ DO KAHANSANAN” doid timpu dumonto dotokou.

 

**

Negara-Ku Endorsement (as at 9July, 2014, 10pm. According to alphabetical order)

  1. Aliran Kesedaran Negara (Aliran) 国民醒觉运动
  2. All Women  Action Society (AWAM) 妇女行动组织
  3. Anak Muda Sarawak (AMS) 砂拉越青年之子
  4. Asalkan Bukan UMNO (ABU)只要不是巫统组织
  5. Baramkini反巴兰水坝网络
  6. BERSIH Singapore新加坡净选盟
  7. Centre for Orang Asli Concern (COAC) 原住民关怀中心
  8. Community Action Network (CAN) 社区行动网络
  9. ENGAGE社区参与网络
  10. Federation and Alumni Associations Taiwan University, Malaysia (FAATUM)马来西亚留台同学会
  11. Federation of ZhongShan Association Malaysia 马来西亚中山会馆联合会
  12. Friends of Kota Damansara哥打达曼沙拉之友
  13. Friends in Conversation (FIC) 清谈之友网络
  14. Gen Two Training Academy (GENTRA)  2世代培训学院
  15. Global Bersih 2.0 环球净选盟
  16. Himpunan Hijau绿色联盟
  17. Institute for Development of Alternative Living, (IDEAL, Sarawak)

另类生活发展研究所,砂拉越

  1. Islamic Renaissance Front (IRF) 回教复兴前线组织
  2. Japan Graduates’ Association of Malaysia (JAGAM) 马来西亚留日同学会
  3. Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (Jkoasm) 全马原住民网络
  4. Knowledge and Rights with Young people through Safer Spaces (KRYSS)

青年拥抱知识与权利塑造安全空间

  1. Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)

吉隆坡暨雪兰莪中华大会堂

  1. Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) 政改研究所
  2. Kuen Cheng Alumni Association (KCAA)坤成校友会
  3. Lingkaran Islam Traditional (LIT) 伊斯兰传统圈
  4. LLG Cultural Development Centre (LLG) 林连玉基金
  5. Malaysian Physicians for Social Responsibilities (MPSR)

马来西亚医生与社会责任组织

  1. Malaysian Youth & Students Democratic Movement (Dema)

马来西亚青年与学生民主运动

  1. Malaysians for Beng Hock (MBH) 全民挺明福
  2. Maljis Perundingan Malaysian Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCC BCHST) 马来西亚五大宗教理事会
  3. Muslim Professionals Forum (MPF)    穆斯林专业论坛
  4. National Human Right Society (HAKAM) 全国人权组织
  5. National Indian Rights Ation Team (NIAT) 全国印裔权益行动组织
  6. Negeri Sembilan Chinese Assembly Hall (NSCAH) 森美兰中华大会堂
  7. Oriental Hearts and Mind Study Institute (OHMSI) 东方思想研究中心
  8. Penang Chinese Independent Schools’ Education Society

槟城独中教育学会

  1. Persatuan Alumni Chung Ling Wilayah Tengah中马钟灵校友会
  2. Persatuan Alumni PBTUSM KL dan Selangor雪隆理华同学会
  3. Persatuan Bekas Siswazah Univesiti dan Kolej di China, Malaysia (LiuHua)

马来西亚留华同学会

  1. Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER) 雪兰莪社区自强学会
  2. Persatuan Kwangsi Selangor dan Kuala Lumpur雪隆广西会馆
  3. Persatuan Masyarakat Selangor dan Wilayah Persekutuan (PERMAS) 雪隆社区协会
  4. Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (PROHAM) 人权协会促进组织
  5. Pertubuhan IKRAM Malaysia马来西亚回教革新组织
  6. Persatuan Komuniti Prihatin Selangor dan Kuala Lumpur (PRIHATIN)

马来西亚青年关怀组织

  1. Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS) 社区传播中心
  2. Sabah Women’s Action Resource Group (SAWO) 沙巴妇女行动资源组织
  3. Sarawak Access (Saccess) 砂拉越通道组织
  4. Save Rivers Sarawak (SRS)拯救砂拉越河流组织
  5. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM) 马来西亚之子组织
  6. Seksualiti Merdeka (SM) 性别独立组织
  7. Selangor and Federal Territory Chung Shan Association雪隆中山同乡会
  8. Selangor ad Kuala Lumpur Hokkien Association隆雪福建会馆
  9. Sister in Islam (SIS) 回教姐妹
  10. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) 大马人民之声
  11. Tamil Foundation தமிழ் அறவாரியம் (TF) 淡米尔基金会
  12. Tenaganita /Women’s Force妇女力量
  13. Tindak Malaysia (TM) 马来西亚行动组织
  14. United Chinese School Alumni Associations of Malaysia (Xiao You Lian Zong or UCSAAM) 马来西亚华校校友会联合会总会
  15. United Chinese School Committes’ Association of Malaysia (UCSCAM, DongZong)马来西亚华校董事联合会总会(董总)
  16. United Chinese School Teachers’ Association of Malaysia (UCSTAM,Jiao Zong)马来西亚华校教师会总会
  17. Women’s Aid Organisation (WAO) 妇女援助中心
  18. Women Development Organization of Malaysia, PJ Branch

马来西亚妇女发展组织,八打灵区

A single spark can light a prairie fire

On the second day of the second meeting of the second session of the 13th Parliament on June 10, 2014, Political Studies for Change (KPRU), the only parliamentary think tank in Malaysia was holding a KPRU Parliamentary Policy Briefing session to discuss on a special motion approved by the Sarawak state assembly in May this year. The motion requested the Federal Government to increase the state oil and gas royalties (hereafter referred to as oil royalty) from 5% to 20%.

There were two aspects which had prompted the think tank to pay heed to the Sarawak state assembly’s motion, as the motion has got a deep and far reaching effect on the other states. One aspect is on how to redress the growing tendency of federalism ever since the formation of Malaysia, the other aspect is how the national tax revenue is being utilised.

On June 8, Adenam Satem, the Sarawak chief Minister who was sworn in to the office for exactly 100 days, had submitted the state assembly’s request to Prime Minister Najib Razak. The request to increase the oil royalty by 15% is not a simple mathematical question.

On May 22, State Reform Party (Star) Sabah Chapter Chairman Jeffrey Kitingan told the Borneo Post that based on the international price level of US$103.19 per barrel, it was estimated that Sarawak would be able to receive oil royalty up to RM10 billion and Sabah was estimated to get RM5 billion.

Two years ago, the Finance Ministry in its reply to member of Parliament (MP) for Machang Saifuddin Nasution in the Dewan Rakyat, revealed that from 2008 to 2012, Sarawak, Sabah and Terengganu state governments had received RM10.413 billion, RM4.093 billion and RM11.623 billion respectively on oil royalties.

In other words, the three states comprising of Sarawak, Sabah and Terengganu had received a total of RM6 billion on oil royalties in 2012, and had received a total of about RM26 billion oil royalties within five years from 2005 to 2012.

In the book “Rich Malaysia, Poor Malaysians: Essays on Energy, Economy and Education”, the author Anas Alam Faizli said that the Terengganu state government had received RM7.13 billion in oil royalty from 1978 to 2000. However, in 1999 when PAS took over the Terengganu state government, the Federal Government had stopped paying the Terengganu state government oil royalty from 2000.

According to the estimation made by PAS vice president Husam Musa, if the Federal Government treated Kelantan fairly, it had owed Kelantan state of an average of RM1.7 billion per year in oil royalty.

The Kelantan state government had filed a suit against Petronas and the Federal Government in High Court on August 30, 2010 for breach of contract and also claiming for the oil royalty.

After the 13th General Election, the number of MPs in Sarawak, Sabah, Terengganu and Kelantan stood at 31, 25, 8 and 14 respectively. The four oil producing states have got an aggregate of 78 MPs, constituted 35% of the total number of 222 MPs.

Any motion or bill that requires simple majority to pass through in the Dewan Rakyat will be made possible if all the 78 MPs and another 34 MPs give their support. But for a two-third majority motion or bill to pass through, apart from the 78 MPs, it needs to have another 70 MPs to support.

DAP has got five MPs in Sabah and two in Sarawak, KEADILAN has got one MP each in Sarawak and Sabah. PAS has Nine MPs in Kelantan and four in Terengganu. In other words, the number of the Pakatan Rakyat (PAKATAN) MPs in these four oil producing states stands at 22.

PAKATAN’s MPs remained at a total of 88 after the Teluk Intan by-election. If we take off the 22 MPs in the four oil producing states, there are 66 MPs with PAKATAN, enough to support any motion or bill that needs only the simple majority to pass through.

In other words, it is possible to amend the Petroleum Development Act 1974 to increase the state oil royalty if all the MPs from the Barisan Nasional (BN) and PAKATAN in the four states supported the motion for amendment.

In fact, it does not have to wait until the next general election, the government of the four oil producing states can request the Federal Government to include the new term on oil royalty in the 2015 Budget allocation. If the Federal Government fails to do so, the MPs in the four oil producing states can ask for secret ballot and the 2015 Budget will not be able to pass through in the parliament. If this thing happened, what would be the next course of action is not beyond expectation.