120 detained and counting

Mar 28, 2015
By KPRU
120 detained and counting

Political Studies for Change (KPRU) wishes to raise our concern that democratic space in Malaysia has taken a back seat at a time when people are facing a new burden in the form of the goods and services tax (GST), starting April 1, 2015.

On March 27, 2015, on the 46th day that parliamentary opposition leader Anwar Ibrahim was imprisoned, KPRU’s collation shows at least 118 arrests made by the police.

A total of 118 Malaysians, comprising members of parliament, members of the legislative assembly, opposition politicians, academics, lawyers, activists, journalists, and others, have been arrested.

They are either detained for investigation, remanded or charged in court.

The police are using the Sedition Act, Peaceful Assembly Act, or the Penal Code for further action.

What worries KPRU is that the implementation of the GST from April 1, 2015, will burden the rakyat.

Our democracy has been stunted following the series of arrests involving as many as 118 cases and if this is not stopped immediately, the people who suffer the effects of the GST will blame the federal government for all the problems they face.

Regime change in some instances

If a government truly believes the implementation of the GST is beneficial to the people, it would not arrest critics but allow a broad democratic space to exist in an environment free from the pressures of tyranny.

In any country that has ever made changes in their tax system, such shifts have not been trivial, but history shows modifications in the tax system could lead to regime change.

This can be avoided by abolishing the implementation of the new tax system or refraining from suppressing democratic space.

KPRU believes that the current political situation suggests a scenario in which the oppressed masses – faced with a new tax, coupled with the stagnation of democratic space, will heighten their anger, targeting it against the present regime.

In the current political context, we are witnessing the attacks of former prime minister Mahathir Mohamad against Prime Minister and Finance Minister Najib Abdul Razak.

The current scenario also sees the possibility of a leader allowing the police to be used to suppress democratic space to preserve personal power, thus hindering the democratic space and riling up the people, and so putting the federal government in situations fraught with political risk, all over the interests of one individual.

List of arrests (up to March 27):

27 March 2015: PKR vice-president Rafizi Ramli arrested*

27 March 2015: six sit-in participants arrested – Teja assemblyperson Chang Lih Kang (left in pic), Simpang Pulai assemblyperson Tan Kar Hing (right in pic), and activists Chee Chu Sang, Michael Tamil AL, Gan Zhi Mou and Yong Ming Chong

26 March 2015: Universiti Malaya lecturer Khoo Ying Hooi probed

25 March 2015: IGP said the police will call in the Roketkini editor, after the DAP party organ promoted an article on Twitter which claimed that the police are Umno’s lackeys.

23 March 2015: 80 anti-GST activists – from civil society and the opposition – protest at the Royal Customs Department Complex in Kelana Jaya were arrested by police after a six-hour sit-in. Of those protesting the arrest later that night, three were hauled in in a scuffle with the cops at the Kelana Jaya police station. The next day, 29 of the anti-GST protesters, including a few Pakatan MPs, were remanded for two days at the Shah Alam police headquarters. Twenty-five protesters were eventually charged at the Petaling Jaya Sessions Court under Section 21(1)(d) the Peaceful Assembly Act and Section 447 of the Penal Code for ‘trespassing’.

23 March 2015: Three staff members from BFM radio station will be investigated under Section 298 of the Penal Code and Section 233 of the Communications and Multimedia Act related to a BFM video content said to be insulting hudud.

For the full list, click on this link.

https://kprumalaysia.org/2015/03/27/118-kes-tangkapan-membantutkan-ruang-demokrasi/

http://www.malaysiakini.com/letters/293542

Advertisements

120 kes tangkapan membantutkan ruang demokrasi

120 kes tangkapan membantutkan ruang demokrasi Kemaskini tengah malam 27 Mac 2015
Badan pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) ingin membangkitkan kebimbangan di mana ruang pendemokrasian di Malaysia terbuntut pada ketika rakyat bakal berdepan dengan bebanan baru cukai barangan dan perkhidmatan (GST) mulai 1 April 2015.
Tanggal 27 Mac 2015, pada hari ke-46 Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Dato’ Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan, pengumpulan maklumat oleh KPRU menunjukkan, sekurang-kurangnya sebanyak 120 kes penangkapan telah dilakukan oleh pihak polis pada tahun ini.
Jumlah 120 kes penangkapan tersebut melibatkan rakyat Malaysia yang terdiri daripada ahli Parlimen, ahli dewan undangan negeri (ADUN), ahli politik oposisi, ahli akademik, peguam, aktivis, wartawan dan seumpamanya.
Mereka sama ada ditahan untuk siasatan, direman atau didakwa ke mahkamah. Pihak polis banyak menggunakan Akta Hasutan, Akta Perhimpunan Aman atau Kanun Keseksaan untuk tindakan polis dan tindakan mahkamah seterusnya.
Apa yang membimbankan KPRU adalah, pelaksanaan cukai GST mulai 1 April 2015 bakal membebankan rakyat terbanyak. Jika sekiranya ruang demokrasi terbantut setelah siri penangkapan melibatkan sebanyak 118 kes tersebut tidak dihentikan serta merta, rakyat yang bakal tertekan dengan kesan cukai GST akan menyalahkan pemerintah pusat berkenaan dengan segala beban dan masalah yang dihadapi mereka.
Bagi pemerintah yang percaya dengan kebaikan pelaksanaan cukai GST, sewajarnya bukan penangkapan yang dilakukan tetapi ruang demokrasi yang luas dibenarkan wujud dalam suasana tanpa tekanan kezaliman.
Di mana-mana negara yang pernah melakukan perubahan sistem percukaian, perubahan seumpama bukan hal remeh-temeh, malahan sejarah negara lain menunjukkan, perubahan sistem percukaian mampu membawa kepada perubahan rejim pemerintah.
Negara yang dapat mengelakkan diri daripada babak sejarah sedemikian adalah negara yang menarik balik pelaksanaan sistem percukaian baru atau negara yang tidak menekan ruang demokrasi.
KPRU berpendapat, suasana politik semasa menunjukkan senario di mana rakyat terbanyak yang tertekan dengan cukai baru, jika sekiranya berdepan dengan kebantutan ruang demokrasi, akan menyemarakkan kemarahan mereka terhadap rejim pemerintah.
Dalam konteks politik semasa menyaksikan serangan mantan Perdana Menteri Tun Mahathir terhadap Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak, senario semasa juga menyaksikan kemungkinan seorang pemimpin mengizinkan institusi polis digunakan untuk menekan ruang demokrasi demi kelangsungan kuasa individu, justeru, membantut ruang demokrasi serta menekan kemarahan rakyat, dan seterusnya meletakkan pemerintah pusat dalam situasi yang penuh dengan risiko politik akibat kepentingan seseorang.

KPRU: Senarai kes penangkapan sehingga 27 Mac 2015, hari ke-46 Anwar Ibrahim dipenjarakan
5 Feb 2015: Peguam hak asasi manusia Eric Paulsen didakwa di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan setelah mengeluarkan kenyataan mengenai JAKIM di Twitternya pada 9 Jan 2015. Eric Paulsen ditahan polis pada 10 Jan 2015.

11 Feb 2015: Kartunis Zunar atau nama sebenarnya, Zulkiflee SM Anwar Ulhaque ditahan polis berhubung tulisan di Twitternya yang mempersendakan institusi kehakiman selepas Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Zunar disiasat di bawah Akta Hasutan 1948.

19 Feb 2015: Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S. Arutchelvan ditahan polis di bawah Akta Hasutan berhubung satu kenyataan yang didakwa berbaur hasutan di internet berkaitan keputusan kes mahkamah Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 10 Februari 2015.

20 Feb 2015: Aktivis Lawrence Jeyaraj ditahan polis berhubung tulisan di Laman Facebook miliknya yang mempersendakan institusi kehakiman selepas Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Lawrence Jeyaraj disiasat di bawah Akta Hasutan 1948.

21 Feb 2015: Aktivis Adam Adli Abdul Halim ditahan di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan Akta Perhimpunan 2012 kerana menganjurkan Himpunan #KitaLawan pada 21 Feb 2015.

21 Feb 2015: Pemimpin NGO JIngga 13 Fariz Musa ditahan di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan Akta Perhimpunan 2012 kerana menganjurkan Himpunan #KitaLawan pada 21 Feb 2015.

22 Feb 2015: Ketua AMK Nik Nazmi ditahan di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan Akta Perhimpunan 2012 kerana Himpunan #KitaLawan pada 21 Feb 2015.

7 Mac 2015: Ketua AMK Kelana Jaya Saifullah Zulkifli ditahan polis sejurus selepas perhimpunan #KitaLawan di bawah Akta Perhimpunan Aman (PAA) dan Seksyen 143 Kanun Keseksaan.

8 Mac 2015: Ketua AMK Nik Nazmi Nik Ahmad ditahan polis susulan penglibatannya dalam Himpunan 307. Nik Nazmi ditahan bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (PAA) dan Seksyen 143 Kanun Keseksaan. Nik Nazmi ditahan dua hari dan dibebaskan jam 8.20 malam pada 10 Mac 2015.

10 Mac 2015: Setiausaha Agung KEADILAN Rafizi Ramli ditangkap ketika hadir ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi di Kuala Lumpur untuk membuat aduan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Rafizi ditahan jam 7 malam bagi siasatan di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman. Beliau dibebaskan dengan jaminan polis jam 9.10 malam selepas keterangannya diambil.

10 Mac 2015: Pemimpin NGO Jingga 13 Fariz Musa ditahan polis susulan penglibatannya dalam Himpunan 307, di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman dan Seksyen 143 Kanun Keseksaan.

11 Mac 2015: Bendahari Pemuda PAS, Fakhrul Razi Mokhtar ditahan polis kerana menyertai perhimpunan #KitaLawan pada 3 Mac 2015. Beliau yang juga Sekretariat #KitaLawan ditahan ketika memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi berhubung perhimpunan #KitaLawan di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman.

14 Mac 2015: Ketua Pemuda DAP Teo Kok Seong ditahan polis serta-merta sebaik beliau hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bagi memberi keterangan berkaitan penyertaannya dalam demonstrasi #KitaLawan di ibu kota pada 7 Mac 2015. Teo Kok Seong disoal siasat di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman.

14 Mac 2015: Aktivis Adam Adli ditahan polis selepas terlibat dalam Himpunan Kita Lawan di depan Sogo Kuala Lumpur.

14 Mac 2015: Aktivis BERSIH Mandeep Singh ditahan polis selepas terlibat dalam Himpunan Kita Lawan di depan Sogo Kuala Lumpur.

16 Mac 2015: Naib Presiden KEADILAN Nurul Izzah ditahan polis serta-merta sebaik beliau hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bagi memberi keterangan berhubung isu beliau mewakili Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim membaca ucapan perbahasan Titah Diraja pada 10 Mac 2015. Nurul Izzah disoal siasat di bawah Akta Hasutan.

17 Mac 2015: Aktivis S Jayathas ditangkap polis dan disiasat di bawah Kanun Keseksaan berhubung Himpunan #KitaLawan.

20 Mac 2015: Naib Presiden KEADILAN Tian Chua ditahan di Lokap Jinjang dan disiasat di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan berkenaan Himpunan #KitaLawan.

20 Mac 2015: Ketua Pemuda PSM Bawani KS disiasat berkenaan Himpunan #KitaLawan dan dibebaskan pada hari yang sama.

20 Mac 2015: Aktivis mahasiswa Fahmi Zainol disiasat berkenaan Himpunan #KitaLawan dan dibebaskan pada hari yang sama.

22 Mac 2015: Peguam hak asasi manusia Eric Paulsen ditangkap buat kali kedua di bawah Akta Hasutan setelah mengeluarkan kenyataan mengenai Hudud di Twitternya.

23 Mac 2015: Peguam hak asasi manusia Michelle Yesuda dimaklumkan oleh polis akan disiasat berhubung kenyataan di twitternya mengenai ancaman bunuh dan rogol terhadap penyampai stesen radio BFM Aisyah Tajuddin yang didakwa menghina hudud.

23 Mac 2015: Setiausaha Publisitii DAP MP Tony Pua disiasat di bawah Akta Hasutan berhubung kenyataan di twitternya yang mengandungi frasa kata “Royal my foot” sejurus selepas MP Nurul Izzah ditahan oleh polis pada 16 Mac 2015.

23 Mac 2015: TIga orang staf stesen radio BFM disiasat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia berhubung kandungan BFM yang didakwa menghina hudud.

23 Mac 2015: Seramai 80 aktivis dan ahli politik oposisi yang membantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di kompleks Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Kelana Jaya ditangkap polis selepas enam jam berada di situ. Kemudian 3 lagi ditangkap semasa bersolidariti bersama tahanan di luar balai polis. Pada 24 Mac 2015, seramai 29 peserta protes termasuk beberapa ahli Parlimen Pakatan Rakyat ditahan reman selama dua hari di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam. Pada 25 Mac 2015, seramai 25 peserta protes didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling jaya di bawah Seksyen 21(1)(d) Akta Perhimpunan Aman yang dibaca bersama dengan Seksyen 447 Kanun Keseksaan atas kesalahan menceroboh.

25 Mac 2015: Polis akan memanggil pengarang Roketkini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pada waktu malam 24 Mac 2015, selepas organ rasmi DAP itu berkongsi satu artikel di Twitter menuduh polis menjadi “pak turut” Umno.

26 Mac 2015: Pensyarah kanan Universiti Malaya Dr Khoo Ying Hooi yang juga kolumnis The Malaysian Insider, ditangkap dan disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan atas dakwaan memfitnah atas artikel bertajuk “Who Owns the Police” (Siapa Memiliki Polis) yang muncul dalam portal The Malaysian Insider pada 16 Mac 2015.

27 Mac 2015: 6 orang peserta protes Duduk Bantah secara aman iaitu ADUN Teja Chang Lih Kang, ADUN Simpang Pulai Tan Kar Hing, aktivis Chee Chu Sang, Michael Tamil AL, Gan Zhi Mou dan Yong Ming Chong ditangkap polis pada tengah malam. Selepas ditangkap, salah seorang daripada mereka iaitu Saudara Chee Chu Sang telah terpaksa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan setelah mengalami kecederaan sebelum dibawa ke Lokap. Difahamkan mereka telah ditahan bawah seksyen 186 (menghalang penjawat awam dari melaksanakan tugas) dan 353 (mengguna kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam dari melaksanakan tugas) Kanun Keseksaan.

27 Mac 2015: Setiausaha Agung KEADILAN Rafizi Ramli ditahan di bawah Akta Hasutan berkaitan sebuah pekeliling yang diedar beliau mengenai Himpunan‪#KitaLawan28 Mac 2015.

27 Mac 2015: Aktivis Hishamuddin Rais ditangkap di Dataran Merdeka dekat lokasi Duduk Bantah pada waktu malam.

27 Mac 2015: Naib Presiden KEADILAN Tian Chua dipanggil untuk siasatan di IPD Dang Wangi dan dimaklumkan akan ditahan oleh polis menjelang Himpunan #KitaLawan 28 Mac 2015.

27 Mac 2015: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu ditahan 10 anggota polis bersenjata dan bertopeng sebaik sahaja ahli politik popular itu tiba di restoran Seven Star di Sungai Dua, Pulau Pinang pada tengah malam.

27 Mac 2015: Ketua Polis Negara menulis di twitternya pada tengah malam bahawa pihak polis telah menerima laporan mengenai kenyataan mantan Presiden Majlis Peguam Malaysia Christopher Leong yang berunsur hasutan dan akan memanggil beliau untuk siasatan.

 

Dikeluarkan oleh,
Ooi Heng
Pengarah eksekutif KPRU
27 Mac 2015

A ‘functional and inclusive democracy’ needs a people-centred Parliament

Jointly issued by GCPP, or Parliamentary Reform Proposal Group, which includes KPRU.

A ‘functional and inclusive democracy’ needs a people-centred Parliament

MEDIA STATEMENT (6 March 2015)

A “functional and inclusive democracy” was promised to us by Prime Minister Najib Abdul Razak on Malaysia Day in 2011.

However, when it became apparent that very little was being done to attain this vision even as our democracy was maturing into a two-party system, several civil society groups decided to work on a proposal of recommendations to reform Parliament.

Calling ourselves Gabungan Cadangan Penambahbaikan Parlimen (GCPP), we thought it paramount for Parliament to reflect our robust democracy by being more equitable and accountable as a space for meaningful engagement of the legislative process.

Our proposal, which includes recommendations of MPs from both sides of the political divide as well as input from the Global Movement of Moderates and the Bar Council, presents a brief overview of our demands focusing on four areas:

  1. Reintroduction of the Parliamentary Services Act
  2. Parliamentary Committees
  3. Agenda-Setting in the Dewan Rakyat
  4. Allocations for Research and Constituency Development

On the first area: The Parliamentary Services Act 1963, which was repealed in 1992, must be restored in a first step towards making Parliament administratively and financially independent of the executive. Both ruling and opposition MPs have actually called for this so the battle is half-won. The other half is subject to the executive’s political will.

As for Parliamentary Committees, with the exception of the Public Accounts Committee (PAC), the current Standing Committees only deal with the inner workings of Parliament. This has resulted in the PAC being over-burdened when it comes to oversight of the executive, which in turn results in legislation being ‘rubber-stamped’ by Parliament.

Our proposal calls for, among others, an increase in Standing Committees. This would be a timely move as it would help us keep up with the ASEAN Inter-Parliamentary Assembly General Assembly, which Malaysia chairs this year, that has standing committees on a host of issues: Political Matters, Economic Matters, Social Matters, Organisational Matters, Joint Communique, Dialogue with Observer Countries, and Women Parliamentarians of ASEAN Inter-Parliamentary Assembly.

The other area that will significantly improve the quality of laws and policy is in the setting of the parliamentary agenda. The current set-up needs to be reviewed for it leaves practically no time to debate Private Member’s Bills or for Non-government Business. We also want an allocation for a Prime Minister’s Question Time and a Shadow Cabinet.

The last area we are emphasising – allocations for research and constituency development – should be self-explanatory. MPs and Senators need timely, up-to-date, accurate and well-researched information for effective decision-making. Consider the practice in the thriving democracy that is our neighbour: Indonesia’s MPs have a personal assistant and a research assistant each, paid for by the state.

Constituency development funds should be scrapped in favour of federal funding for MPs’ office and administration funds; this will put a stop to the current misuse for political campaigning. Development funds, where needed, should be given directly to the local government councils.

A simple comparison of budgetary allocations already shows something is not right with how our Parliament is being run: it receives just RM89 million a year compared with a whopping RM4.5 billion for the Ministry for Transport. How can Parliament be an effective branch of government with so little funding?

The Upper House of Parliament, meant to represent the interests of the states, has had its effectiveness questioned too, to say the least. Since its lethargy is largely owing to a lack of accountability, we are thus proposing an elected senatorship via a state-wide Party List-Proportional Representation System.

We will be presenting our 15-page proposal to Shahidan Kassim in his capacity as the Minister in charge of parliamentary affairs in a meeting we hope to have with him during the Dewan Rakyat session to come.

Issued by:

Gabungan Cadangan Penambahbaikan Parlimen (GCPP, or Parliamentary Reform Proposal Group)*

*GCPP consists of Akademi Belia, Coalition for Clean and Fair Elections (BERSIH 2.0), Engage, Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS), Political Studies for Change (KPRU), Society for the Promotion of Human Rights (PROHAM), Projek Beres, Tindak Malaysia and Undi Malaysia, supported by Global Movement of Moderates and the Bar Council.

————– 

KENYATAAN MEDIA (6 Mac 2015)

‘Demokrasi yang berfungsi dan inklusif’ memerlukan Parlimen berpaksikan rakyat

 

Pada Hari Malaysia tahun 2011, Perdana Menteri Najib Abdul Razak telah menjanjikan rakyat Malaysia “demokrasi yang berfungsi dan inklusif”.

Walau bagaimanapun, apabila semakin jelas dilihat bahawa tidak banyak yang telah dilakukan untuk mencapai wawasan ini walaupun tahap demokrasi kita semakin matang menghampiri sistem dua parti, kumpulan masyarakat sivil mengambil inisiatif untuk memberi syor penambahbaikan Parlimen.

Gabungan Cadangan Penambahbaikan Parlimen (GCPP) dibentuk dengan berpegangkan dasar bahawa Parlimen harus mencerminkan demokrasi yang mantap – yakni, ia harus lebih adil dan bertanggungjawab sebagai ruang pelaksanaan proses perundangan secara bermakna.

Cadangan GCPP termasuk pendapat daripada Ahli Parlimen parti pemerintah dan pembangkang serta Gerakan Kesederhanaan Global dan Majlis Peguam Negara. Ia merupakan gambaran ringkas mengenai tuntutan kami dari segi empat bidang:

1. Memperkenalkan semula Akta Perkhidmatan Parlimen

2. Jawatankuasa Parlimen

3. Penetapan Agenda Dewan Rakyat

4. Peruntukan Kajian dan Pembangunan Kawasan

 

Berkenaan bidang pertama: Akta Perkhidmatan Parlimen 1963, yang telah dimansuhkan pada tahun 1992, perlu dipulihkan sebagai langkah pertama ke arah membebaskan Parlimen daripada penguasaan eksekutif dari segi pentadbiran dan kewangan. Malah, kedua-dua Ahli Parlimen pemerintah dan pembangkang telah menyeru supaya akta ini dipulihkan maka pertempuran sudah setengah menang. Separuh lagi adalah tertakluk kepada kehendak politik eksekutif.

Berkenaan bidang kedua, semua Jawatankuasa Tetap, kecuali Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Negara (PAC), hanya mekanisme dalaman Parlimen. Ini telah membebankan PAC dalam tugas pengawasan kuasa eksekutif, yang seterusnya melahirkan undang-undang yang sekadar ‘dicop’ Parlimen.

Cadangan kami memerlukan, antara lain, penambahan bilangan Jawatankuasa Tetap. Ini merupakan langkah yang tepat pada masanya memandangkan bahawa tahun ini Malaysia ialah pengerusi Perhimpunan Agung Dewan Antara Parlimen ASEAN, yang telah menubuhkan jawatankuasa mengenai pelbagai isu: politik, ekonomi, sosial, organisasi, Kenyataan Bersama, Dialog bersama Pemerhati Negara, dan Ahli Parlimen Wanita dalam Dewan Antara Parlimen ASEAN.

Seperkara lain yang akan meningkatkan mutu undang-undang dan dasar ialah penetapan agenda Parlimen. Cara agenda ditetapkan pada masa ini perlu dikaji semula kerana ia tidak memberi masa untuk membahaskan Rang Undang-undang Ahli Persendirian atau bagi Perkara Bukan-Kerajaan. Kami juga mahu peruntukan bagi Masa untuk Soalan kepada Perdana Menteri serta Kabinet Bayangan.

Selain itu, peruntukan bagi kajian dan pembangunan kawasan perlu diulas. Ahli Parlimen memerlukan maklumat yang baru, jitu, tepat pada masanya dan yang diperolehi daripada kajian menyeluruh untuk membuat keputusan secara berkesan. Pertimbangkan amalan negara jiran kita yang kini memperlihatkan demokrasi yang berkembang maju: setiap Ahli Parlimen Indonesia mempunyai pembantu peribadi dan pembantu penyelidik yang dibayar oleh kerajaan.

Dana pembangunan kawasan perlu dihapuskan; sebaliknya kerajaan persekutuan harus membiayai dana pentadbiran dan pejabat Ahli Parlimen. Dengan cara ini, penyalahgunaan dana pembangunan bagi tujuan kempen politik dapat dihentikan. Di mana dana pembangunan diperlukan, ia harus diberi secara langsung kepada majlis kerajaan tempatan.

Dapat dilihat dalam perbandingan peruntukan belanjawan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan cara Parlimen dikendalikan: ia hanya menerima RM89 juta setahun berbanding dengan RM4.5 bilion bagi Kementerian Pengangkutan. Bagaimanakah Parlimen boleh berfungsi secara berkesan sebagai cawangan kerajaan dengan pembiayaan yang begitu sedikit sekali?

Keberkesanan Dewan Negara, yang berfungsi untuk mewakili kepentingan negeri, juga sering dipersoalkan. Disebabkan punca kelesuan dalam Dewan ini ialah kekurangan akauntabiliti, maka kami seterusnya mencadangkan agar senator dipilih melalui Sistem Perwakilan Berkadar-Senarai Parti di seluruh negeri.

Kami akan membentangkan cadangan 15 helaian ini kepada Menteri hal-ehwal Parlimen Dato’ Seri Shahidan Kassim pada pertemuan yang kami harap dapat diaturkan semasa sesi Dewan Rakyat yang akan datang.

 

Dikeluarkan oleh:

Gabungan Cadangan Penambahbaikan Parlimen (GCPP) 

*GCPP terdiri daripada Akademi Belia, Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0), Engage, Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU), Persatuan Hak Asasi Manusia Malaysia (PROHAM), Projek Beres, TindakMalaysia dan Undi Malaysia, dan disokong oleh Gerakan Kesederhanaan Global dan Majlis Peguam Negara.