Gaji minimum harus dilonggarkan untuk OKU

Gaji minimum harus dilonggarkan untuk OKU

Badan pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) mengalu-alukan kenaikan gaji minimum seperti yang yang diumumkan dalam Bajet 2016, namun KPRU berpendapat bahawa sistem gaji minimum yang sedia ada ini tidak mampu melindungi golongan Orang Kurang Upaya (OKU) atau juga dikenali sebagai Orang Kelainan Upaya.

Ini kerana warga OKU tidak mampu bersaing dengan pekerja bukan OKU dalam bidang pekerjaan dengan pentas sama rata (level playing field) di mana gaji minimum yang sama ditawarkan kepada semua. Ini akan menyebabkan kesukaran untuk warga OKU mendapat pekerjaan. Oleh itu KPRU berpendapat bahawa sistem gaji minimum harus dilonggarkan atau lebih fleksibel supaya menggalakkan pihak majikan memberi lebih peluang pekerjaan kepada OKU.

Meninjau realiti dunia pekerjaaan di negara kita, dengan gaji yang sama, sekiranya seorang pekerja bukan OKU dan seorang pekerja OKU (di mana kekurangan upayanya dianggap menjejaskan prestasi atau hasil kerjanya) memohon jawatan yang sama, kebarangkalian lebih tinggi bahawa majikan akan memilih untuk mengupah pemohon bukan OKU.

Menteri Kewangan Dato’ Seri Najib dalam ucapan Bajet 2016 mengumumkan bahawa OKU yang bekerja akan mendapat bantuan bulanan sebanyak RM350, manakala OKU yang tidak bekerja akan mendapat RM200.

KPRU ingin menegaskan bahawa, bagi OKU yang menganggur, bantuan bulanan RM200 adalah tidak cukup untuk keperluan mereka, oleh itu mereka tetap perlu dibiayai oleh keluarga mereka atau apa-apa pendermaan yang diberi kepada mereka.

KPRU mencadangkan supaya Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) mempertimbangkan sistem gaji minimum di negara-negara seperti Amerika Syarikat dan Australia. Di Amerika Syarikat, sedangkan gaji minimum lazimnya ialah USD7.25 setiap jam, terdapat beberapa pengecualian yang tertentu. Antaranya, pengupahan golongan OKU adalah dikecualikan sepenuh-penuhnya daripada gaji minimum yang ditetapkan, asalkan pihak majikan mendapat keizinan daripada Jabatan Tenaga Kerja (Department of Labor) untuk berbuat demikian. Dengan ini, pihak majikan boleh membayar gaji yang lebih rendah untuk pekerja OKU, justeru lebih peluang pekerjaan diberikan kepada pekerja OKU.

Bagi Australia pula, sedangkan gaji minimum ialah AUD 17.29 setiap jam, terdapat juga beberapa pengecualian yang tertentu. Seseorang yang bekerja 38 jam seminggu mendapat sekurang-kurangnya AUD 656.90 setiap minggu (sebelum pemotongan cukai). Namun bagi pengupahan OKU di bawah Supported Wage System pula, seseorang pekerja OKU mendapat gaji minimum AUD 81 seminggu.

Di bawah Supported Wage System Australia, penggajian seseorang pekerja OKU adalah berdasarkan penilaian keupayaan kerja yang wajib dijalankan terhadap mereka. Dengan itu, contohnya, sekiranya seseorang mempunyai keupayaan kerja sebanyak 70%, maka dia akan mendapat 70% daripada gaji yang biasa untuk jawatannya.

Oleh itu, kami menggesa pihak pemerintah pusat supaya meneliti sistem gaji minimum di Amerika Syarikat dan Australia, seterusnya mempertimbangkan kelonggaran gaji minimum bagi golongan OKU. Ini bagi menggalakkan sektor swasta untuk mengupah pekerka OKU, memandangkan mereka dapat membayar gaji yang lebih rendah, dan sekaligus “membuat pahala” membantu pekerja OKU itu dalam pencarian rezeki.

Perdana Menteri Najib Razak dalam ucapan Bajet 2016 mengumumkan bahawa mulai dari 1 Julai 2016, gaji minimum bulanan akan dinaikkan daripada RM900 kepada RM1000 bagi Semenanjung Malaysia dan daripada RM800 kepada RM920 bagi Sabah, Sarawak, dan Labuan. Ini melibatkan semua sektor swasta kecuali perkhidmatan domestik atau pembantu rumah.

Najib juga mengumumkan bahawa gaji permulaan terendah bagi penjawat awam ialah RM1200 sebulan, yang bakal memanfaatkan seramai 60,000 orang penjawat awam.

 

Dikeluarkan oleh,

Ooi Heng

Pengarah eksekutif

Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s