Janji Najib Tubuh Jawatankuasa Sosma Luput 3 Tahun 3 Bulan 3 Hari

Janji Najib Tubuh Jawatankuasa Sosma Luput 3 Tahun 3 Bulan 3 Hari

Susulan kenyataan mantan peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail pada 3 November 2015, badan pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) ingin mengingatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, bahawa janji beliau menubuhkan sebuah jawatankuasa menyemak Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Sosma) 2012 apabila Akta Sosma dikuatkuasakan telahpun luput selama tiga tahun tiga bulan tiga hari.

KPRU telah menyemak penyata rasmi kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara dan mendapati bahawa pada 3 November 2015, yakni pada hari mantan peguam negara memberikan ucapan dalam forum yang dianjurkan Majlis Peguam bertajuk “Sosma – Serigala dalam badan kambing?” di Kuala Lumpur, jaminan yang dberikan oleh Perdana Menteri semasa beliau membaca kali yang kedua Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Sosma) 2012, telah luput selama tiga tahun tiga bulan tiga hari.

Pada 16 April 2012, semasa mencadangkan Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 dibacakan kali yang kedua, Perdana Menteri telah memberikan jaminan yang berbunyi seperti berikut:

“Lindung jamin keenam ialah apabila akta ini berkuat kuasa, kerajaan juga akan menubuhkan satu jawatankuasa secara pentadbiran untuk menyemak keseluruhan akta ini daripada semasa ke semasa dan jawatankuasa ini akan juga bertanggungjawab untuk meneliti pelaksanaan akta tersebut dan mengemukakan syor untuk penambahbaikan.”

Perdana Menteri juga menyatakan dalam Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat pada hari tersebut, bahawa “jawatankuasa ini akan dianggotai bukan sahaja dari agensi-agensi berkenaan tetapi juga oleh Presiden Majlis Peguam dan SUHAKAM.”

KPRU mendapati, jaminan yang sama telah diulang oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada ketika itu Datuk Liew Vui Keong dalam Majlis Mesyuarat Dewan Negara pada 8 Mei 2012.

KPRU juga menyemak status Akta Sosma dan mendapati bahawa Akta Sosma telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 18 Jun 2012, diwartakan pada 22 Jun 2012 sebagai Akta 747 dan dikuatkuasa pada 31 Julai 2012.

Dikeluarkan oleh,
Ooi Heng
Pengarah eksekutif
Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU)
4 November 2015

Advertisements

One thought on “Janji Najib Tubuh Jawatankuasa Sosma Luput 3 Tahun 3 Bulan 3 Hari

  1. Pingback: ‘Sosma review committee yet another Najib’s unfulfilled promise’ |

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s