LPA amendments an open attack on independence of M’sian Bar

Amendments to the 1976 Legal Profession Act: 
An open attack on the independence of the Malaysian Bar

Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) and the following Civil Society Organisations are gravely concerned with the decision of the government to make several amendments to the 1976 Legal Profession Act. Such amendments are open attacks on the independence of the Malaysian Bar and blatant violations of the right to freedom of association as guaranteed in the Federal Constitution.

It sets a dangerous precedent of government interference in the operations of independent statutory bodies and civil society organisations. We urge the government to withdraw such proposals immediately.

The amendments, due to be tabled in parliament in October 2016, empowers the government to abolish the current direct elections of 12 members of the Bar Council through postal votes and replace it with elections at the state level, the appointment of two representatives by the minister in charge of legal affairs to sit in the Bar Council and to increase the quorum of the Annual General Meeting of the Malaysian Bar from 500 to 4000 members.

The government purportedly made the amendments to improve transparency and representation of the Bar Council, when in reality, it does the exact opposite.

First and foremost, these proposals were not mooted by the members of the Malaysian Bar. Furthermore, the proposed bill has not been made available either to the Malaysian Bar or the public. Hence, its claim of improving transparency and representation is highly questionable.

It is ironic that the Attorney General who had complained about the inadequate representation of the current Bar Council had no qualms about government appointees, a measure that is totally devoid of transparency and representation of the members of the Bar.

The proposal to raise the quorum of the Annual General Meeting to 25% of the membership or 4000 members, smacks of ill intent.  It is absolutely unreasonable and unrealistic, since the highest turnout for any of her AGM has not surpassed 1910 lawyers, out of their 17,000 membership. It is designed to paralyze the functions of the Malaysian Bar.

In comparison, the quorum for the AGM of the Canadian Bar Association with 37,000 members, is only 100. The Hong Kong Bar Association with about 1,300 members, requires not less than 20 members as its quorum to convene a general meeting.

We strongly urge the federal government and the Attorney General, to withdraw the planned amendments and to respect the principle of self-regulation and the right to freedom of association of the Malaysian Bar.

It is the right of the members of the Malaysian Bar to choose her leaders and representatives, through a democratic electoral process. The government must not interfere nor impose conditions on this legitimate and transparent electoral process.

Endorsed by member organizations of Gabungan Bertindak Malaysia:

1.Anak Muda Sarawak (AMS)
2.ENGAGE
3.Islamic Renaissance Front (IRF)
4.Japan Graduates Association Malaysia (JAGAM)
5.Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI)
6.Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)
7.LLG Cultural Development Centre (LLG)
8.Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kritisian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST)
9.Muslim Professionals Forum (MPF)
10.National Indian Rights Action Team (NIAT)
11.Negeri Sembilan Chinese Assembly Hall (NSCAH)
12.Persatuan Aliran Kesedaran Negara (Aliran)
13.Pusat Komas (KOMAS)
14.Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
15.Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
16.Tamil Foundation (TF)
17.The Association of Graduates from Universities and Colleges of China, Malaysia (Liu Hua)
18.The Federation & Alumni Associations Taiwan University, Malaysia (FAATUM)
19.Tindak Malaysia
20.United Chinese School Alumni Associations of Malaysia (UCSAAM)

 

Endorsed by other non-governmental organzations:

1.Angkatan Warga Aman Malaysia (WargaAMAN)
2.Center for Orang Asli Concerns (COAC)
3.Federation of Malaysian Indian Organisation (PRIMA)
4.Friends of Kota Damansara
5.Green Friends Sabah
6.Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS)
7.JIHAD for JUSTICE
8.Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU)
9.Komuniti Muslim Universal (KMU)
10.Malaysian Indians Progressive Association (MIPAS)
11.Malaysian Indians Transformation Action Team (MITRA)
12.Malaysian Youth And Students Democratic Movement (DEMA)
13.Malaysian Youth Care Association (PRIHATIN)
14.Oriental Hearts and Mind Study Institute (OHMSI)
15.Perak Women for Women Society (PWW)
16.Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER)
17.Persatuan Komuniti Prihatin Selangor dan Kuala Lumpur
18.Persatuan Rapat Malaysia (RAPAT)
19.Persatuan Sahabat Wanita Selangor (PSWS)
20.Projek Dialogue
21.Sabah Women’s Action Resource Group (SAWO)
22.Sahabat Rakyat
23.Save Open Spaces, KK
24.Save Sarawak’s Rivers Network (SAVE Rivers)
25.Sekolah Pemikiran Asy Syatibi
26.Sisters in Islam (SIS)
27.Sunflower Electoral Education Movement (SEED)
28.WE ARE MALAYSIANS
29.Writers Alliance for Media Independence (WAMI)
30.Women’s Centre for Change (WCC)
31.Women Development of Malaysia PJ Branch

 

 

Pindaan kepada Akta Profesion Undang-Undang 1976:
Satu Serangan Terbuka Terhadap Kebebasan Majlis Peguam
Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) dan Pertubuhan-Pertubuhan Badan Masyarakat Sivil yang berikut berasa amat bimbang dengan keputusan kerajaan untuk membuat beberapa pindaan terhadap Akta Profesion Undang-Undang 1976. Pindaan-pindaan ini adalah serangan terbuka terhadap kebebasan Majlis Peguam dan secara terang-terangan melanggar hak untuk berpersatuan yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Ia akan menetapkan satu contoh pertama kalinya yang merbahaya dari segi campur tangan kerajaan dalam urusan badan berkanun yang bebas dan pertubuhan-pertubuhan masyarakat sivil. Kami menuntut kerajaan segera menarik balik cadangan pindaan tersebut.
Pindaan-pindaan ini yang bakal dibentangkan di parlimen pada bulan Oktober 2016, memberi kuasa kepada kerajaan untuk memansuhkan pemilihan langsung 12 anggota Majlis Peguam menerusi undi pos dan menggantikannya dengan pemilihan di peringkat negeri, perlantikan dua wakil kerajaan oleh menteri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal undang-undang untuk duduk dalam Majlis Peguam, dan menaikkan kuorum Perhimpunan Agung Majlis Peguam dari 500 ke 4000 ahli.

Kerajaan mendakwa pindaan-pindaan ini dibuat untuk menambahbaik ketelusan dan perwakilan Majlis Peguam, tapi apa yang dilakukan adalah sebaliknya.
Pertama sekali, cadangan-cadangan ini bukan dicadangkan oleh ahli Majlis Peguam. Tambahan pula, akta pindaan yang dicadangkan ini tidak diberikan sama ada kepada Majlis Peguam atau kepada masyarakat umum. Oleh itu, dakwaan berkenaan menambaik ketelusan dan perwakilan boleh dipersoalkan.
Adalah ironik sekali bahawa Peguam Negara yang sebelum ini mempersoalkan perwakilan Majlis Peguam, tidak mempunyai apa-apa bantahan terhadap perlantikan wakil kerajaan yang merupakan satu langkah yang bercanggah dengan ketelusan dan perwakilan ahli-ahli Majlis Peguam.
Cadangan untuk menaikkan kuorum Perhimpunan Agung kepada 25% daripada keahlian atau sejumlah 4000 ahli, jelas mempunyai niat jahat. Ia adalah tidak munasabah dan tidak realistik, memandangkan jumlah tertinggi kehadiran yang dicatat dalam Perhimpunan Agung sebelumnya tidak lebih dari 1910 orang peguam dari jumlah keahlian seramai 17,000. Ia sengaja dirancang untuk melumpuhkan fungsi Majlis Peguam.

Untuk perbandingan, Perhimpunan Agung Majlis Peguam Kanada yang seramai 37,000 ahli kuorumnya cuma seramai 100 ahli. Majlis Peguam Hong Kong yang mempunyai 1,300 ahli hanya memerlukan tidak kurang dari 20 ahli sebagai kuorum untuk mengadakan perhimpunan agung.

Kami menyeru kerajaan persekutuan dan Peguam Negara untuk menarik balik cadangan-cadangan pindaan ini dan menghormati prinsip pengawalseliaan sendiri dan kebebasan berpersatuan Majlis Peguam.

Ahli-ahli Majlis Peguam mempunyai hak untuk memilih pemimpin dan wakil mereka melalui proses pemilihan yang demokratik. Kerajaan tidak patut campur tangan atau mengenakan syarat ke atas proses pemilihan sedia ada yang sah dan telus.

Senarai badan-badan pertubuhan ahli Gabungan Bertindak Malaysia:
1.Anak Muda Sarawak (AMS)
2.ENGAGE
3.Islamic Renaissance Front (IRF)
4.Japan Graduates Association Malaysia (JAGAM)
5.Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI)
6.Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)
7.LLG Cultural Development Centre (LLG)
8.Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kritisian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST)
9.Muslim Professionals Forum (MPF)
10.National Indian Rights Action Team (NIAT)
11.Negeri Sembilan Chinese Assembly Hall (NSCAH)
12.Persatuan Aliran Kesedaran Negara (Aliran)
13.Pusat Komas (KOMAS)
14.Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
15.Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
16.Tamil Foundation (TF)
17.The Association of Graduates from Universities and Colleges of China, Malaysia (Liu Hua)
18.The Federation & Alumni Associations Taiwan University, Malaysia (FAATUM)
19.Tindak Malaysia
20.United Chinese School Alumni Associations of Malaysia (UCSAAM)

 

Senarai badan-badan masyarakat madani lain:
1.Angkatan Warga Aman Malaysia (WargaAMAN)
2.Center for Orang Asli Concerns (COAC)
3.Federation of Malaysian Indian Organisation (PRIMA)
4.Friends of Kota Damansara
5.Green Friends Sabah
6.Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS)
7.JIHAD for JUSTICE
8.Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU)
9.Komuniti Muslim Universal (KMU)
10.Malaysian Indians Progressive Association (MIPAS)
11.Malaysian Indians Transformation Action Team (MITRA)
12.Malaysian Youth And Students Democratic Movement (DEMA)
13.Malaysian Youth Care Association (PRIHATIN)
14.Oriental Hearts and Mind Study Institute (OHMSI)
15.Perak Women for Women Society (PWW)
16.Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER)
17.Persatuan Komuniti Prihatin Selangor dan Kuala Lumpur
18.Persatuan Rapat Malaysia (RAPAT)
19.Persatuan Sahabat Wanita Selangor (PSWS)
20.Projek Dialogue
21.Sabah Women’s Action Resource Group (SAWO)
22.Sahabat Rakyat
23.Save Open Spaces, KK
24.Save Sarawak’s Rivers Network (SAVE Rivers)
25.Sekolah Pemikiran Asy Syatibi
26.Sisters in Islam (SIS)
27.Sunflower Electoral Education Movement (SEED)
28.WE ARE MALAYSIANS
29.Writers Alliance for Media Independence (WAMI)
30.Women’s Centre for Change (WCC)
31.Women Development of Malaysia PJ Branch

Advertisements

Segerakan pelaksanaan Skim Insurans Pekerja

Segerakan pelaksanaan Skim Insurans Pekerja

KPRU

Menurut liputan media semalam, Kementerian Sumber Manusia akan membentangkan kertas cadangan Skim Insurans Pekerja (Employment Insurance Scheme, EIS) untuk mendapatkan kelulusan di Parlimen pada tahun ini atau awal tahun depan sebelum dijangka mula dilaksanakan tahun depan.

Badan pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) menyambut baik sebarang usaha kementerian yang dapat membantu golongan pekerja khususnya mereka yang berdepan dengan masalah pengangguran.

Skim Insurans Pekerja merupakan sejenis kebajikan pekerja yang melindungi para penganggur daripada kehilangan pendapatan akibat kehilangan kerja, serta membantu mereka mencari kerja yang baru.

Skim seumpama telahpun dilaksanakan di negara lain termasuk Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, Thailand, Vietnam, Korea Selatan, Jepun, Jerman, Itali, Perancis dan Sepanyol.

Bagi tujuan mewujudkan skim ini, suatu tabung dana perlu diwujudkan sebagai sumber elaun, oleh itu setiap pekerja dan majikan mereka harus diwajibkan untuk menyumbang kepada tabung ini dengan mencarum satu peratusan kecil daripada gaji masing-masing, sepertimana yang dilaksanakan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) buat masa kini.

Biasanya terdapat had tempoh untuk para pekerja menerima elaun pengangguran, ada negara yang hanya memberi 6 bulan, ada yang memberi 12 bulan, ada juga yang memberi 24 bulan. Bergantung kepada syarat-syarat tertentu termasuk syarat ‘pekerja telah mencarum selama satu tempoh seperti 6 bulan’, lazimnya pekerja yang bekerja dan mencarum untuk satu tempoh tetapi kemudian menganggur akan menerima elaun penggangguran sekitar 6 bulan hingga 24 bulan.

Namun sebagai permulaan pelaksanaan sistem ini, KPRU bercadang agar kementerian mengambil kira realiti semasa di mana terdapat berpuluh-puluh ribu pekerja yang sedang dan akan diberhentikan kerja sebelum pelaksanaan Skim Insurans Pekerja. Kumpulan ini tidak dapat mencarum dan seterusnya tidak dapat menikmati bantuan skim baru ini.

Untuk membantu golongan yang sedang menganggur buat masa ini, skim baru ini harus terbuka kepada penyertaan mereka dan syarat-syarat penerimaan bantuan harus diketepikan untuk satu tempoh apabila skim baru ini dilaksanakan nanti, supaya golongan ini dihulurkan bantuan dengan kadar segera.

Baru-baru ini, kita sering menerima berita bahawa terdapat pekerja yang kehilangan kerja, akibat kemerosotan industri yang tertentu. Malah terdapat juga kilang yang terpaksa ditutup atas faktor-faktor yang tertentu. Dengan ini, adalah mustahak untuk membantu para penganggur untuk mengharungi kesulitan kehidupan mereka atas masalah pendapatan, serta membantu mereka mencari pekerjaan yang baru untuk meneruskan kehidupan mereka.

Antara berita yang menjadi perbualan harian ialah, penutupan kilang roti High-5 (oleh High-5 Consolidated Bhd, sebelum itu Silver Bird Group Bhd) di Shah Alam yang secara tiba-tiba pada 23 Jun 2016 (dan perlu mengosongkan premisnya pada 3 Julai 2016) akibat perintah mahkamah yang diperolehi oleh AmanahRaya Real Estate Investment Trust (Amanahraya REIT) selaku pemilik hartanah.

Para pekerja High-5 mendakwa bahawa pengupahan mereka dihentikan dengan serta merta dengan hanya notis yang dikeluarkan 24 jam sebelum itu, dan hanya mendapat gaji separuh bulan sebagai pampasan. Namun tuduhan ini dinafikan oleh pihak kilang, bahawa tarikh penamatan kerja ialah 22 Julai 2016, dan separuh lagi daripada gaji mereka akan dibayar sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Menurut laporan pada 2 Mei 2016, pengarah eksekutif Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF), Shamsuddin Bardan memberi amaran bahawa sekiranya Perintah Gaji Minimun 2016 (PGM 2016) dikuatkuasa pada 1 Julai 2016, maka 30,000 orang pekerja (terutamanya pada peringkat bawahan) akan diberhentikan kerja. Ini kerana para majikan terpaksa menanggung kos yang tinggi, dan terpaksa memberhentikan sesetengah pekerja sebelum Julai demi menjimat kos operasi dan pampasan kehilangan kerja.

Menurut Shamsuddin, para pekerja yang akan diberhentikan adalah datang dari sektor-sektor seperti minyak dan gas (oil and gas), perbankan dan kewangan (banking and finance), insurans, dan peruncitan. Beliau turut menyatakan bahawa pada tahun 2015, ramai syarikat besar mengalami pengurangan pendapatan sebanyak 30% hingga 40% dan menyebabkan seramai 38,000 orang pekerja diberhentikan.

Dilaporkan bahawa pada tahun 2015 dalam sektor perbankan, Standard Chartered Bank telah memberhentikan 11% daripada tenaga kerjanya, CIMB Group Holdings Bhd memberhentikan 3,599 orang kakitangannya yang merupakan 11% daripada tenaga kerjanya, dan RHB Capital Bhd telah memberhentikan 2,700 orang kakitangan iaitu 15% daripada tenaga kerja.

Menurut laporan pada 8 Januari 2016, bagi sektor minyak dan gas pula, sejumlah 10 buah syarikat bercadang untuk memberhentikan 2,700 orang kakitangan. Dikatakan Shell Malaysia ingin memberhentikan 1,300 orang dalam masa 2 tahun, 7 buah lagi syarikat ingin memberhentikan 80 hingga 600 orang kakitangan setiap syarikat, dan 2 buah syarikat yang baki bercadang melaksanakan skim pemberhentian sukarela (VSS).

Selepas itu, menurut laporan pada 21 Januari 2016, Petronas sedang bertimbang untuk memberhentikan 51,000 orang kakitangannya, sebagai sebahagian daripada tindakan untuk mengurangkan modal dan kos operasi sebanyak RM50 bilion dalam 4 tahun.

Menurut laporan pada 6 Julai 2015, JVC terpaksa menutup kilang mereka di Shah Alam sebagai langkah memindah operasi mereka ke Negara Thai. Ini menjejaskan 300 orang pekerja di sini. Antara sebab JVC memindahkan kilang mereka ialah, nilai mata wang Ringgit yang rendah.

Menurut laporan pada 1 Mac 2016, Samsung Electronics Display (M) Sdn Bhd terpaksa menutup kilang pengeluaran televisyen di Seremban pada April 2016, akibat persekitaran perniagaan yang mencabar dan keadaan pasaran yang tidak stabil. Ini menyebabkan 620 orang pekerja (475 warganegara Malaysia dan 145 pekerja asing) terjejas.

Dengan suasana ekonomi sekarang, terutamanya dengan kemerosotan industri minyak dan gas, industri perbankan, industri elektronik dan seumpamanya, adalah sesuatu yang mustahak dan harus didahulukan bahawa kita membantu mereka yang kehilangan kerja akibat keadaan ini.

Sesungguhnya, skim baru ini harus dibentang ke Parlimen sesi akan datang dan dilaksanakan tanpa dilengah-lengahkan lagi.

 
Dikeluarkan oleh,
Ooi Heng
Pengarah eksekutif
Badan pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU)
21 Julai 2016