Menjelang Mei tahun ini akan menandakan genap dua tahun pentadbiran Pakatan Harapan (PH) selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). Dalam tempoh hampir separuh penggal pemerintahan PH, rakyat sentiasa mengambil berat terhadap manifesto PH. Walaupun Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata sebanyak 60 peratus daripada janji-janji dalam manifesto PH sudah ditunaikan, rakyat masih mempunyai tanggapan bahawa terdapat banyak janji yang tidak tertunai dan berasa kecewa.

Dalam janji-janji manifesto itu, salah satu janji yang sering dipersoal ialah janji untuk mewujudkan satu juta pekerjaan berkualiti. PH dalam manifesto PRU-14 menyebutkan hasrat untuk mencipta satu juta peluang pekerjaan dengan gaji sekurang-kurangnya RM2,500 sebulan untuk anak muda dalam tempoh lima tahun pertama pentadbiran.

Pelbagai reaksi telah dikemukakan terutamanya dari pihak pembangkang seperti pemimpin UMNO yang mempersoal dan juga menyindir janji tersebut. Di sebaliknya, Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran menegaskan bahawa berdasarkan inisiatif dan usaha berterusan, kerajaan mampu mewujudkan satu juta peluang pekerjaan seperti yang dijanjikan dalam manifesto. Malangnya, disebabkan persepsi bahawa banyak janji manifesto PH belum ditunai, maka orang ramai pun tertanya-tanya, adakah kerajaan benar-benar mampu mewujudkan sejuta peluang pekerjaan atau hanya satu janji kosong?

Setakat ini, kerajaan PH tidak menyatakan secara spesifik jumlah peluang pekerjaan yang bakal dicipta oleh setiap kementerian. Jadi, ia tidak memberi gambaran yang menyeluruh dan jelas kepada orang ramai bagaimana kerajaan boleh mewujudkan satu juta peluang pekerjaan dan di mana peluang pekerjaan ini berada. Ini menimbulkan keraguan orang ramai terhadap kemampuan kerajaan PH untuk mencapai angka satu juta pekerjaan dalam tempoh lima tahun.

Sesungguhnya, isu pekerjaan harus dibincang dan diberi perhatian di mana ia bukan sahaja menjana pendapatan untuk rakyat malah penting kepada pertumbuhan ekonomi negara. Sekiranya betul-betul satu juta pekerjaan boleh diwujudkan, ia adalah sesuatu perkara yang baik buat golongan pekerja dan negara kita.

Sehubungan itu, Institut Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) telah membuat kajian dan pengiraan secara anggaran sama ada kerajaan PH benar-benar boleh mewujudkan satu juta pekerjaan dalam tempoh lima tahun.

 

KPRU_Kajian Sejuta Pekerjaan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s