Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Malaysia telah berkuat kuasa sepanjang satu setengah bulan. Tempoh ini dijangka akan tamat pada 28 April 2020 melainkan jika data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan sebaliknya.

Oleh itu, strategi keluar (exit strategy) sering dibangkitkan untuk membolehkan Malaysia keluar daripada PKP serta memperkenalkan norma baru (new normal) dalam cara hidup pasca pandemik yang lebih mengutamakan kesihatan awam.

Dalam perbincangan tentang penamatan PKP, satu perkara yang masih menjadi perhatian seluruh negara adalah pembukaan semula sekolah. Setakat ini, tiada maklumat baharu tentang tarikh pembukaan semula sekolah walaupun tarikh tamat PKP hanya tinggal kurang daripada seminggu.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berjanji akan mengumumkan tarikh pembukaan sekolah sekurang-kurangnya dua minggu sebelum dibuka. Justeru, hampir pasti bahawa sekiranya PKP tamat pada 28 April 2020, sekolah tidak akan dibuka pada keesokan hari.

Badan Pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) berpendapat bahawa keadaan ini mungkin menyebabkan isu lain sekiranya ibu bapa kembali bekerja tetapi anaknya tidak dapat bersekolah. Ia menjadi beban lagi sekiranya ibu bapa terpaksa menghantar anak ke pusat jagaan dengan syarat pusat jagaan dibenarkan kembali beroperasi serta-merta selepas PKP.

 

Laporan KPRU_Senario sekolah semasa Covid-19

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s